test

Selasa, 7 Oktober 2008

Tahi Lembu Telah Jatuh Dari Amerika Kelepap Melekat ke Muka Penoreh Getah Malaysia

"Wahai Datuk ahlil nujum marang kerapu kepunden marang sekepot
semalam beta telah bermimpi setompok tahi lembu telah jatuh dari langit kelepap melekat keatas muka beta. Apa itu tok nujum?"


"Menurut amalan patik, tuanku akan ditimpa masalah ekonomi."

"Tidak, Tidak, Tahi lembu itu tidak betul betul melekap  dimuka beta, hanya sipi-sipi kena bahu beta. Apa itu tok nujum"

"Kalau kena sipi, Alamat tuanku terkena demam kekurangan FDI."

"Tidak tidak, Sipi pun tidak
Sebenarnya beta ketik
kelepak jatuh kemuka peniaga getah."

"Itu alamatnya peniaga getah akan rugi."

----

Apa yang terjadi sekarang ini adalah harga getah turun. Kenapa ia turun, jawapannya sama dengan jawapan kenapa harga minyak dunia turun.

Minyak dan getah kedua-duanya komoditi.

Harga getah turun kerana nilai ringgit naik (berbanding dgn matawang bukan USD) akibat daripada kenaikan sementara USD.

Kenaikan sementara USD adalah kerana pelabur amerika menjual pegangannya di Asia. Mereka menjual pegangannya di Asia kerana krisis ekonomi di Amerika.

Atau dalam erti kata lain "Tahi Lembu dari Amerika kelepap ke muka penoreh getah"

Tahi lembu itu, walaupun Najib sudah kata bukan terkena sipi, tetapi terketik ke muka peniaga getah.

Kemana penoreh getah nak jual getah kalau bukan kepada pembeli?

Sampai bila nilai dollar nak sementara itu akan turun?
Tidak tahu.
Mungkin beberapa bulan, setengah tahun setahun. Mungkin lebih.

Akan tetapi kalau penoreh getah cukup berani, mereka boleh menyimpan getah mereka selama tempoh itu.

Atau, hanya menjual 90% daripada getah yang ditoreh, 10% disimpan sedikit demi sedikit sehingga habis tempoh itu.

Ada berani?

---

Lihat video asal

5 comments:

  1. Assalamualaikum YB..

    ISA PROTEST!

    Sila tandatangan surat protes untuk mendesak kerajaan agar segera membebaskan Raja Petra Kamaruddin dan semua tahanan ISA lainnya.

    Sila KLIK DI SINI untuk menandatangani surat tersebut.

    Thanks.

    razzi-media.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Kalau harga getah turun, sian emak aku kat kampung...

    Setahun dua ini bukan main seronok dia kerana harga getah mahal.

    Jangan sampai macam aku kecil-kecil dulu sudahlah, 20 sen sekati. Kalau 20 sen sekati alamat makan getah sekeraplah...

    BalasPadam
  3. abdrahim kassim,

    Telefon emak, bagitau, penganalisis ekonomi tak bertauliah ramal ia akan naik.

    penoreh getah jangan manabung guna ringgit, tapi sebaliknya menabung guna getah.

    BalasPadam
  4. balik raya baru ni, mak cakap dlm bulan posa tak sampai 10 hari dpt motong..hari2 hujan..

    BalasPadam
  5. bapak ku seorang penoreh getah.. eh.. bapakku ada kebun getah.. camne neh..?? hurmm...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit