test

Selasa, 24 Februari 2009

Dinar Emas, Lain ditanya, Lain Timbalan Menteri Jawap

Menurut MPPAS, Dr Dzulkefly telah meyampuk tentang Dinar Emas di Parlimen.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini menyinggung perkara yang lebih khusus tentang penggunaan mata wang dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu menjurus kepada satu usaha kerajaan ntuk
mengarus perdanakan penggunaan mata wang dinar, tetapi seperti mana yang saya bangkitkan semalam, persoalannya pada akhirnya adalah satu komitmen untuk meletakkan bukan hanya persoalan penggunaan dinar emas itu sebagai satu yang dikatakan mengambil alih fiat money kerana money ini ada beberapa bentuk sama ada commodity money, representative money ataupun fiat money yang digunakan hari ini.

Soalannya, itu tidak meletakkan Tuan Yang di-Pertua kita sudah semacam nampak komitmen kepada kewangan Islam kerana yang menjadi utama yang perlu kita keluarkan ataupun yang kita arus perdanakan adalah kewangan Islam yang keluar daripada sistem ribawi.

Dengan kata lain walaupun kita kata kita sudah ada kewangan Islam, tetapi akhirnya dia masih sangkut dengan all the conventional finance dengan izin kerana ia masih sangkut dengan penentuan OPR atau penentuan interest rate.

Itu lebih saya kira mustahak untuk ditangani oleh sebuah kerajaan seperti kita dan penggunaan kewangan dinar emas ini tentunya merupakan satu lobi yang begitu besar untuk kita memenangi hati budi negara-negara OIC khususnya pertama.

Jadi minta penjelasan sikit apakah ke arah itu ada usaha-usaha kita untuk kita benar-benar mengarus perdanakan kewangan Islam. Terima kasih


 Namun apa yang dijawap ialah tentang "Kewangan Islam" yang masih bersandarkan wang Fiat.


Timbalan Menteri Kewangan l [Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku krisis kewangan bermula dengan sub-prima Amerika Syarikat dan ia merebak ke seluruh dunia.
Di dalam mesyuarat IMF dan World Bank, Malaysia telah menyuarakan pandangan kita bahawa sudah tiba masanya dunia melihat kepada sistem kewangan Islam dan kita menjadikan Malaysia model kerana Malaysia merupakan model yang unik bagi dunia.

Di sini kita ada sistem konvensional dan kita ada sistem Islamic Banking dan ia amat
berjaya. Di mesyuarat-mesyuarat yang lain termasuk di Islamic Bank, kita kata inilah masanya untuk kita memperkembangkan sistem ini kerana kepercayaan masyarakat dunia kepada sistem konvensional sudah makin luntur.

Jadi saya berani menyatakan kepada Yang Berhormat, ini adalah asas utama kita. Salah satu produk yang kita kembangkan kepada global adalah sistem kewangan Islam.

 Rupanya Soalan asal adalah daripada Ahli Parlimen BN,

Soalan asal No. 7 - Dato’ Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kerangka
strategi kerajaan untuk memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang dan sekali gus
membolehkan bank dan kewangan Islam memainkan peranan yang lebih bermakna sejajar
dengan Resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) yang meminta kerajaan menyegerakan
pelaksanaan penggunaan dinar emas.
BN pun BN lah, terima kasih kepada Ahli Parlimen Ismail Kasim kerana membangkitkan soalan berkenaan Dinar Emas di Parlimen.

Rasanya saya perlu beritahu, musuh utama Dinar dan Dirham ialah "Bank" dan "Kewangan Islam".

"Kewangan Islam" diwujudkan supaya menghalalkan sistem perbankan yang sebelum ini kelihatan haram.

Pinjaman dalam "Kewangan Islam" adalah berasal daripada duit yang tidak wujud. Apabila duit itu diwujudkan, maka hanya akad pinjaman itu yang berlandaskan syariaah.

Jadi, apabila MP Arau bertanya tentang Dinar Emas, satu perkara yang perlu dielakkan ialah mengharap Bank.

Bank bersangkut rapat dengan Bank Pusat, atau di Malaysia "Bank Negara", bersangkut paut dengan IMF.

Mana mereka mahukan penggunaan Dinar dan Dirham.

Mereka mahu emas, yang hanya jadi "rizab" , duduk diam diam di tempat simpanan.

Mereka tidak mahu emas jadi matawang, paling teruk pun mereka kononkan sahaja duit itu bersandarkan emas.

Mereka tidak mahu emas digunakan sebagai matawang secara langsung.

Jadi memanglah IMF dan World Bank suka benar "Islamic Banking" kerana ia kelihatan halal 100%, walaupun hanya akad sahaja yang halal.

Apabila umat islam sudah merasakan cukup halal dengan "perbankan Islam", maka kuranglah pejuang Dinar dan Dirham.

Persoalan yang diutarakan oleh Dr Dzul itu betul, mengapa masih bersandar pada OPR yang ribawi itu?

Sedangkan boleh diwujudkan terus pinjam 10 dinar bayar 10 dinar, tidak perlu ada penambahan yang perlu dibayar oleh peminjam. Kalau ada pun, ianya sepatutnya sekadar caj perkhidmatan yang minimum.

Namun disebablkan duit itu fiat, dan nilainya menurun setiap hari, (diambil oleh Obama untuk menyerang Afghanistan), maka "Kewangan Islam" masakini meletakkan pembayaran yang lebih tinggi disebabkan oleh "time value of money", dan seterusnya mewujudkan "keuntungan".

Jadi Dr Dzulkefly dan Ismail Kasim, perlulah bercakap tentang dinar emas dan dirham perak sambil mengharapkan satu institusi yang bebas daripada Bank Negara untuk melaksanakannya.

Bank Negara itu sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal emas digunakan sebagai alat jual beli atau pelaburan yang tidak melibatkan ringgit langsung. Malah mereka telah menetapkan syarat kukubesi jual beli iaitu "Urusniaga mestilah dalam Ringgit Malaysia"

Adakah "Subsidi Makanan rakyat" releven untuk situasi ekonomi hari ini?

Krisis Ekonomi bagi orang kebanyakan hanya kelihatan apabila 2 perkara ini berlaku.

1. Orang tiada pekerjaan atau sumber pendapatan
2. Orang yang bekerja tetapi tak cukup duit.

Peduli apa KDNK, hutang negara dan lain-lain bagi orang biasa.

Apabila harga minyak melonjak dahulu, senario no 2 banyak berlaku, dimana orang yang bekerja pun tak cukup duit. Tapi hari ini ramai pula yang tiada kerja.

Jadi apa penyelesaiannya?
Penyelesaian sementara atau penyelesaian jangka panjang.

Penggunaan Dinar dan Dirham hanya memberi faedah untuk jangka panjang.
Sistem ekonomi berdasarkan emas memang lambat untuk berkembang. Itu hakikat yang pendokong dinar dan Dirham kena terima. Namun walaupun lambat berkembang tetapi ia stabil akibat daripada ketiadaan "bubble".

Mahu tak mahu, mungkin ada orang yang tak cukup makan pakai. Almaklumlah budaya menyimpan agak kurang bagi golongan pertengahan dan rendah.

Bukan mereka tidak mahu menyimpan, tetapi ada yang tidak mampu.

Jadi saya bongkar balik arkib blog ini juga, iaitu "Subsidi Makanan Rakyat"

Di Amerika, Obama meluluskan "bailout" 787 billion, akan tetapi ianya bukanlah untuk diagihkan kepada setiap batang hidung penduduk Amerika. Bailout itu ialah penciptaan wang baru, kesan inflasinya akan kena tetapi bukan serta-merta. Bailout Amerika itu diberikan kepada syarikat besar yang sebelum ini pun telah menindas rakyatnya. Bank itu, Peminjam ini. Itu yang dapat habuan.

Di Amerika, terdapat bank yang nak muflis, terima bailout, akan tetapi gunakan wang itu untuk bonus pula pekerja atasannya. Amat tidak wajar.

Saya bukan penyokong 'bailout', atau sebarang penciptaan duit samada cetakan atau "duit perkauanan" (accounting money). Akan tetapi kalau duit yang baru dicipta itu dinikmati atau dipinjamkan kepada golongan kaya, korperat, tiada ertinya.

Alang-alang bailout, pukul rata semua orang.

Najib ada pelan rangsangan 7 billion yang duitnya entah dari mana.

7 bilion itu bukan mudah untuk mencipta pekerjaan bagi yang telah kehilangan pekerjaan.

Tetapi, pekerja yang diberhentikan, tetap mahu makan minum.
Anak nak sekolah, cikgu pula suruh beli kertas lukisan.

Alangkah baiknya, kalau pakej rangsangan itu wujud dalam sesuatu yang agak meluas. bukan sektor tertentu sahaja.

Alang-alang cetak duit lebih, cetaklah sampai 16 billion, supaya setiap warga malaysia boleh dapat RM 50 setiap bulan. Anak ramai dapat lebih sikit. Penjaga rumah anak yatim, berasa lega.

Kalau Zety sudah turunkan kadar faedah tetapi tak ada orang nak "meminjam", berikan sahaja "NPL" percuma pada rakyat.

Isnin, 23 Februari 2009

Mana Suara Boikot USD oleh Ahli Parlimen PAS di Parlimen?

Seperti biasa, ramai orang suka boikot barangan Amerika berbanding matawang Amerika. Apa sebabnya?
Entahlah. Mungkin boikot barangan lebih mudah difahami berbanding boikot USD.

Penerangan menunjukkan boikot USD tidak memberi kesan kepada mereka juga sukar difahami.

Kalau kita tidak membeli barangan mereka sekali pun, mereka boleh cetak duit atau wujudkan "duit perakaunan" (accounting money)  untuk menggantikan kekurangan duit akibat boikot itu.

Tahniah kepada Ahli Parlimen PAS Pasir Putih yang mengatakan kerajaan tidak serius memboikot barangan Amerika.

Tetapi bagi saya tidak cukup, kerana tidak disebut boikot matawang.

Asyik-asyik barangan.

British datang Ke Malaysia dan berkuasa kerana kita membeli barangan mereka, atau mereka mahu mendapatkan barangan dari kita?

Jepun datang menjajah mahu kita beli produk jepun? atau mahu hasil bumi kita?

Situasi tidak stabil, lombong bijih timah di Perak menyebabkan British tidak senang duduk kerana bekalan timah terganggu. Mereka seolah-olah mahu membeli secara paksa.

Apabila Malaya di tawan Jepun , British dan Amerika tidak senang duduk kerana risaukan bekalan getah.

Adakah British risau kalau orang Melayu tidak mahu membeli basikal Ralieghnya?

Hari ini kejadian merampas barangan daripada negara Asia tetap wujud. Walaupun mereka "beli" tetapi wujudnya seigniorage atau dalam erti kata lain "cukai inflasi" atau bak kata Awaludin sebagai "mencuri".

Akan tetapi berapa ramai Ahli Parlimen PAS faham apa maksud seigniorage? Kaedah penjajahan Amerika terhadap kita itu?

Adakah kita tidak merasa perlu untuk menentang penjajahan itu?

Beberapa hari lalu Obama telah meluluskan 'bailout' 787 billion, sebelum itu pun telah beratus bilion telah dibailoutkan. Daripada mana duit itu?

Duit itu hutang.
Hutang daripada mana?
Obama nak bayar pada siapa 787 bilion itu?

USD tidak turun nilai serta-merta akibat penciptaan duit baru dalam bentuk kertas atau pun elektronik ataupun bon.
Kesan inflasi daripada perbuatan itu lambat lagi, maka mereka mempunyai cukup duit untuk membeli barangan mentah dari serata dunia.

Kemudian nilai USD itu akan jatuh, dikenakan inflasi yang lewat, siapa yang kena? Kita semua.

Duit yang dalam dompet kamu itu, dalam Simpanan Bank, dalam Simpanan apa pun, akan susut nilainya, dan nilai yang susut itu sebenarnya telah diambil awal-awal oleh Obama.

Obama pula menghantar tentera ke Afghanistan, menggunakan duit kamu itu.
Duit Ahli Parlimen PAS juga, duit Ahli Parlimen lain, duit semua rakyat Malaysia, tak kira apa keturunan.



Jadi perlunya Malaysia melakukan serangan terhadap USD seperti mana yang dilakukan oleh Iran, China dan beberapa negara lain.

Maka, saya cadangkan Ahli Parlimen PAS supaya menggesa 
1. rizab USD dalam Bank Negara dikurangkan,
2. Tamatkan terus rundingan US-FTA
3. Banyakkan rizab emas dalam Bank negara seperti yang dicadangkan oleh MPMUM

Mungkin konsep "seigniorage" agak sukar difahami, tetapi tolonglah cuba fahaminya.

Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja?

Sekarang ini musim pembuangan kerja.
Kilang itu kilang ini dikatakan akan membuang pekerja.

Ada pula exco mengemukakan cerita indah tentang pelaburan asing yang bernilai berbilion ringgit masuk. Sama sahaja perangainya dengan Ketua Menteri yang itu.

Nak buat apa cerita indah banyak-banyak?

Tidak boleh dinafikan kilang akan tutup, dan ramai hilang pekerjaan, dan ramai pula nanti tidak mampu bayar hutang bank. Kemudia itu ini kena tarik.

Saya melihat krisis ini sebagai pembetulan terhadap ketidakadilan ekonomi.

Ya, memang ramai diantara kita cukup bahagia bila banyak pelabur datang, sediakan peluang pekerjaan, tetapi sampai bila?

Banyak produk dihasilkan itu dijual kepada Amerika , digunakan seketika kemudian buang.

Mereka boleh cetak duit, boleh kasi kredit tanpa had kepada rakyatnya, dan terus membeli produk daripada kilang-kilang seluruh dunia , dan kemudiannya dibuang.

Apabila berlaku krisis kredit, rakyat Amerika sukar untuk berhutang seperti dulu dan menyebabkan permintaan terhadap barangan merosot.

Adakah kita perlu bergembira sangat apabila mereka tidak lagi boleh membeli dan membuang produk-produk yang dihasilkan di Asia?

Orang asia menjadi hamba tabiaat konsumerisme mereka.

Orang Amerika bukan ada duit sangat. kebanyakkan mereka berhutang untuk membeli dan membuang,

Istilah "membeli belah" bolehlah ditukar kepada "membeli buang" berdasarkan tingkah laku konsumerisme yang melampau oleh mereka. Kita pun lebih kurang sama, cuba had kredit rakyat Malaysia lebih rendah.

Namun apabila rakyat Amerika terlalu banyak berhutang, mereka sudah sampai tahap sukar untuk berhutang lagi.

Bernanke turunkan kadar faedah pun, mereka cuba berjimat.

Kemudahan kredit melampau itu akan menyebabkan permintaan terhadap barangan juga meningkat secara melampau. Mereka beli barang yang tidak perlu, pakai sekejap dan buang.

Bilangan duit maya yang disebut oleh Dr Kamil sebagai "accounting money", itu tidak wujud sekiranya dunia menggunakan emas dan perak sebagai matawang.

Terhadnya emas dan perak dalam dunia ini, menyebabkan sukarnya pemberian kredit yang tidak bersandarkan apa-apa. Kalau nak pinjam emas , boleh, tetapi emas itu perlu wujud.

Mereka tidak boleh wujudkan emas yang tidak wujud.

Teringat saya pesanan cikgu fizik saya, tenaga itu tidak boleh dicipta, hanya bertukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Emas dan perak umpama tenaga.

Tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan.

Jika emas digaulkan dengan nasi, emas tetap emas.

Jadi, sekiranya permintaan melampau akibat kemudahan kredit melampau itu tidak wujud, Maka kilang yang bersepah itu juga tidak wujud.

Kilang mungkin wujud, tetapi ianya wujud berdasarkan permintaan sebenar yang berdasarkan kemampuan pembeli. Bukannya berdasarkan kemampuan "maya" pembeli.

Maka tidak wujudlah pembuangan kerja berleluasa seperti hari ini, kerana kilang yang tidak patut ada itu tidak ada.

Pekerja kilang yang dibuang kerja hari ini, mungkin sepatutnya sudah buat kerja lain yang bukan kerja kilang.

Ahad, 22 Februari 2009

Revolusi Dirham Kelantan dan Dirham Melaka

Pada Seminar Dinar Emas anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, satu berita baik telah diumumkan oleh Umar Vadillo, Nik Mahani dan Husam Musa iaitu Negeri Kelantan akan lebih menempa Dirham Kelantan dalam sekala banyak dengan adanya mesin penempaan yang baru.

Ianya akan berlaku lebih kurang 3 bulan dari sekarang.

Sebelum ini, Dirham perak (logam, bukan negeri) amat sukar diperolehi.

Pada peringkat saya pula, saya telah merangka pelan menyelamat ekonomi Kampung Sempang, dengan cuba untk menempa Dirham sendiri.

Namun terdapat beberapa masalah , iaitu kos menempa 1 dirham, adalah jauh lebih tinggi daripada nilai 1 dirham itu sendiri. Mungkin disebabkan itu, Negeri Kelantan tidak menempa Dirham Kelantan dalam skala banyak.

Bayangkan kalau nilai 1 dirham adalam Rm 4, kos menempa nya ialah RM 12, dan menjadikan kos keseluruhanmenjadi RM 15.

Puan Nik Mahani telah memberi amaran kepada pendokong Dinar Emas supaya jangan tamak untuk mencari  kekayaan. Mungkin harga emas akan jatuh akibat konspirasi tertentu. Sebelum ini harga emas telah rendah sekian lama akibat konspirasi Bank Pusat Amerika yang memalsukan jumlah simpanan emas mereka. Rujuk GATA.

Jangan tamak dengan skim itu ini yang menjanjikan kekayaan. Harga emas naik mendadak sekarang ini kerana ia bangun daripada tekanan terhadap nilai emas oleh konspirasi.

Pendokong dinar emas sepatutnya tidak meletakkan matlamat jadi kaya dalam berjuang, kita mahu dirham dan dinar menjadi matawang dan bukannya rizab sahaja, atau peragaan di rumah.

Untuk merealisasikan Dinar dan Dirham, ianya memerlukan pengorbanan oleh pendokong D&D itu sendiri.

Semua orang berani beli emas, kerana ia boleh digadai. Tetapi tak berani beli perak kerana tak boleh gadai.

Jadi saya lihat perlunya setiap pendokokng D&D membeli sekurang-kurangnya 1,000 keping Dirham apabila Dirham Kelantan dikeluarkan 3 bulan dari sekarang.

Kemudian hanya simpan 199 keping sahaja, dan kemudian agihkan bakinya kepada orang miskin atau "pinjamkan" kepada golongan sederhana.

Untuk peribadi, simpan hanya 199 dirham sahaja.

Mungkin agak ekstrim kalau daripada 1000  keping simpan hanya 199.
Hanya ektrimis Dirham yang sanggup berkorban sebegitu.

Kaedah yang agak selamat ialah guna cara biasa.
Beli 400 keping, simpan, kemudian zakatkan 10 keping
Baki = 390 dirham
Tahun depan, zakat 10 keping lagi

Umar Vadillo telah meronda Malaysia supaya zakat boleh kembali diterima menggunakan dinar dan dirham.
Beberapa pusat Zakat akan menerima Dirham anda itu.


Cara untuk mengagihkan dirham alternatif ialah menggunakan ia sebagai "duit raya" atau sebagai angpau tahun baru cina.

Jumaat, 20 Februari 2009

Orang Malaysia Menang Lawan Cocal Cola

Diberitakan bahawa Cocacola tidak memperbaharui lesen francaisnya ke terhadap F&N Cocacola Malaysia.

Penganalisis CIMB Invesment Bhd, Norziana Mohd Inon, berkata pengumuman lewat malam kelmarin oleh The Coca-Cola Company, pengeluar minuman ringan terbesar di dunia berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat itu, ternyata mengejutkan.

“Bahagian pembotolan dan pengedaran minuman ringan Coca-Cola selama ini menjadi tulang belakang F&N. Bagi tahun kewangan 2008-2009, ia menyumbang 33 peratus kepada pendapatan kumpulan itu.

“Justeru, pengumuman untuk tidak memperbaharui kontrak yang tamat pada 26 Januari 2010 itu akan memberi kesan kepada prestasi F&N bagi tahun kewangan 2009-2010 dan seterusnya,” katanya Norziana menerusi nota penyelidikan harian bank pelaburan itu semala
 F&N hanya perlu mencari jenama kola yang lain. Permintaan terhadap minuman kola tetap ada.

Susah sangat nak suruh F&N buang Jenama Coca-Cola, akhinya Coca-cola yang melarikan diri.

Adakah anda merasakan bahawa boikot menyebabkan orang akan dibuang kerja dan sebagainya?
Kilang F&N di Shah Alam itu tutupkah?

Permintaan terhadap minuman kola berubahkah kalau tiada coca-cola?

Jadi kepada KFC Malaysia dan Mc Donald Malaysia yang takut sangat nak buang francais, Kalau terjadi perkara sebegitu kepada mereka, barulah mereka terkial-kial membina jenama baru. Walhal sepatutnya mereka boleh membuat pelan transisi pembinaan jenama sendiri yang baru secara berperingkat.

Selepas 26 Januari 2010, Tiada lagi Coca Cola di Malaysia, melainkan kalau Coca-cola jumpa syarikat tempatan lain yang jadi Pak Sanggup.

Ia akan menyebabkan ruang vakum dalam pasaran minuman kola di Malaysia. Itulah peluang Syarikat tempatan jual minuman kola sendiri banyak-banyak.

Yeos, Power Root, Orang Kampung sempat lagi untuk keluarkan produk minuman kola untuk memenuhi permintaan selepas Januari 2010. Radix sudah mengorak langkah.

Jangan jadi Pak Sanggup bagi Coca-Cola sudahlah.

Eh, Koperasi Saudagar Minyak juga boleh bekerjasama dengan syarikat minuman tempatan untuk membekalkan "Mesra Cola". Suhaimi, Kau baca blog aku kan?

Cerita Berkaitan Elizabeth Wong

Ada banyak cerita atau ulasan tentang kejadian yang berlaku pada Elizabeth Wong.

Namun banyak yang saya lihat adalah berdasarkan andaian.

Walaupun banyak cerita ataupun ulasan, bagi saya masih belum cukup maklumat untuk tentukan dia bermoral atau tidak.

Kalau tak tengok gambar, memang susah untuk beri ulasan.

Saya tanya Ezza, dia sudah tengok atau belum, dia kata belum.

Gambar yang pernah saya nampak hanya gambar dia tidur terselak (telah ditapis), tetapi bukan "berbogel".

Lagi satu gambar ialah gambar dia tidur tanpa buka cermin mata.

Apabila Eliza (bukan Heliza) mengatakan gambar "bogel "itu diambil oleh bekas teman lelakinya. Banyak pula tanggapan negatif diberikan kepadanya.

Gambar yang dikatakan "berbogel" itu, ditambah pula ditangkap oleh bekas teman lelaki, ianya seolah-olah berlaku nya hubungan sebelum itu.

Namun, tiada pula pengakuan Eliza berkaitan itu, bagaimana boleh timbul persoalan moral terlalu banyak seolah-olah sudah tahu maklumat secara terperinci?

Kalau bekas teman lelaki itu boleh masuk kerumahnya, ianya tidak semestinya bersekedudukan, mungkin ada pihak ketika yang ketika itu di dapur atau di tempat lain.

Bagai mana orang boleh tuduh dia khalwat.

Sekiranya bekas teman lelakinya boleh masuk kedalam rumah Eliza, ianya tidak semestinya 'cohabitation'. Wujud kemungkinan dia hanya datang sebagai tetamu sahaja.

Kalau Eliza tidur terselak di atas sofa, bagaimana ada pihak boleh kata ianya tidak bermoral kerana membenarkan dia masuk ke dalam "bilik"? Mana dia tahu sofa itu dalam bilik atau tidak?

Eli must remember that it is morally wrong and unacceptable for a single woman to allow a man access to her room.


Ulasan Ali Rustam (di blog Jed) seolah-olah dia tahu yang Eliza itu "bergambar bogel"
“Tindakan bergambar bogel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. Apatah lagi membabitkan individu yang bergelar exco kerajaan negeri dan seorang wakil rakyat,” 
Mana dia tahu?



Sekarang ini, Hilmi Malek dikatakan sebagai orang yang mengambil gambar, tetapi dia tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan? Wajahkah kita salahkan dia sebelum dia jelaskan apa-apa?

Google+ Hasbullah Pit