test

Ahad, 11 Januari 2009

Pelacuran Bahasa oleh Heliza di "Heliza's Diary"

Tahniah diucapkan kepada Heliza.
Terima kasih kerana tindak-tandukmu memberi impak besar terhadap Gerakan Mansuh PPMSI.



Catatan di bawah ditarik balik , baca yang baru


---------



Entah bagai mana saya terjenguk ke blog Heliza.


Amat kecewanya saya apabila bahasa yang digunakan adalah seolah-olah dengan sengaja melacurkan bahasa.


klik sini untuk paparan yang lebih besar.




Mana tidaknya saya mengatakan dia seolah-olah melacurkan bahasa dengan sengaja, terdapat perkataan yang dilihat sebagai sengaja melacurkan bahasa seperti "xde"


lame x cite2 ngan anda semua ni
 Dia juga didapati melacurkan bahasa apabila menambah "er" pada dalam perkataan "mana"


tapi x tau nak setat dari maner
Adakah dia mengejar "kool" sehingga melacurkan bahasa.
'kool'kah melacur bahasa ketika musim penentangan terhadap PPMSI sedang hangat?


Terdapat juga orang lain yang menjadi artis, masih boleh menulis dalam bahasa indah.


Aznil Nawawi, yang jauh lebih popular daripada Heliza, tidak pula melacurkan bahasa dengan sengaja.


Cuba bandingkan catatan blog Aznil Nawawi.


Aznil juga bersahaja ketika menulis blog, namun dia tidak dengan sengaja melacurkan bahasa.


Penulisan Aznil tidaklah 100% betul mengikut nahu Bahasa Melayu, tetapi ayat boleh diolah supaya ia kekal dalam keadaan bersahaja dan kesalahan bahasa adalah minimum.


Walaupun perkataan "Korang" adalah tidak betul, tetapi tidak pula dilacurkan menjadi "kowang" seperti Heliza.


Heliza bukan artis bodoh yang tidak berpelajaran sehingga tidak mampu mengolah ayat.
Saya yakin dia mampu.




Dia sepatutnya menjadi ikon muda-mudi yang elok, bukannya mengajak peminatnya untuk melacurkan bahasa.






Para Pencinta bahasa dan Penentang PPMSI sekalian, mari kita serang Blog Heliza menggesa supaya dia tidak melacurkan bahasa.




Mungkin tiba masa bagi Rausyanfikir membuat kemeja T "Rausyanfikir.com" untuk dihadiahkan kepada Heliza. Kerana ia lebih 'kool' daripada melacurkan bahasa.

Federelisme Pemerintahan Malaysia Wajar Diubah?

Telah diberitakan di Sinar Harian bahawa Tian Chua (PKR) mahu mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya Royalti minyak dinaikkan kepada 20% , berbanding sekarang ini hanya 10% Persekutuan, 5 % Negeri.

Pada Masa yang sama pula Syarikat Minyak milik kerajaan Persekutuan.

Yang menariknya, alasan untuk meminta negeri pengeluar minyak diberi lebih royalti adalah supaya membasmi kemiskinan.

“Kita hendak beliau (Wan Farid) menyatakan pendirian terhadap isu ini kerana jika beliau ikhlas ingin membantu rakyat Terengganu, beliau hendaklah menyatakan pendirian sama dengan rakyat negeri ini.

“Dengan royalti minyak yang meningkat sekali gus kerajaan negeri dapat meningkatkan projek pembangunan untuk mengurangkan kemiskinan rakyat,” katanya pada sidang media anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam.

Pemberian lebih royalti minyak kepada kerajaan negeri akan menyebabkan kerajaan persekutuan kekurangan sumber 10% yang dinikmatinya.

Apabila royalti menjadi 20%, maka Syarikat minyak akan kekurangan 5%.
Kerajaan persekutuan akan kehilangan lagi sumber daripada syarikat minyak miliknya.

Bagi saya pemberian lebih royalti adalah umpama pembayaran daripada bapa ke anak, atau boleh juga dikatakan sebagai dari poket kiri ke poket kanan.

Apa rasionalnya mengurangkan sumber pendapatan kerajaan persekutuan supaya negeri yang mempunyai sumber minyak mendapat terlalu banyak?

Jikalau matlamatnya untuk mengurangkan kemiskinan, bagi saya langkah yang baik adalah dengan menambahkan peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan.

Kerajaan negeri itu samada BN atau PR.

Apa yang terjadi sekarang ialah kerajaan persekutuan terlalu kaya, berbanding dengan apa yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Rakyat di negeri-negeri banyak juga membayar kepada kerajaan persekutuan.

Pembangunan pula banyak diberikan kepada wilayah yang dikuasai persekutuan iaitu Kuala Lumpur.

Ini bukan soal BN vs PR.

Ini soal Kerajaan Persekutuan vs Kerajaan Negeri.

Tatkala Malaysia mendapat sumber Dalam Negeri Kasar 504 bilion, belanjawan Negeri Kelantan saiznya hanya lebih kurang 300 juta.

Tetapi PKR mahu PR laksanakan pengurangan sumber pendapatan persekutuan supaya negeri mempunyai minyak mendapat lebih?


Siapa yang benar-benar diharapkan untuk membasmi kemiskinan, Persekutuan atau Negeri?

Yang dekat dengan Rakyat ialah Kerajaan Negeri. Tetapi Kerajaan negeri terlalu mendapat sedikit peruntukan daripada kerajaan Pusat.

Jika politik basmi kemiskinan mahu dimainkan, maka peruntukan-peruntukan ke arah akar umbi perlu dinaikkan.

Peruntukan Kerajaan Negeri
Peruntukan Parlimen

Peruntukan ADUN.


Tetapi perkara sebaliknya berlaku, banyak kerajaan negeri yang berhutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Ada juga Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh parti yang sama dengan kerajaan persekutuan, menyerahkan kepentingan negeri kepada Persekutuan.

Bila agaknya Melaka menjadi "Wilayah Persekutuan Melaka" ?


Eh

Di Malaysiakini ada melaporkan aktiviti penjajahan persekutuan terhadap kepentingan kerajaan negeri.

Sabtu, 10 Januari 2009

Wahid Endut == Jawapan Kepada Persoalan Faye Wong 明月幾時有?

Jed amat menggemari 王菲 - 但願人長久 - Faye Wong - Forever




Ayat pertama lagu itu  memberi maksud ,

"Bright moon, when did you appear?"

atau

"Will a moon so bright ever arise again?"

 Jawapan di tangan pengundi PRK P036 Kuala Terengganu.

Jawapan juga bergantung kepada Wahid Endut selaku Calon PAS di PRK itu.


Mari kita tafsir perenggan pertama darikaca mata politik Semasa, menggunakan kaedah nujum pak belalang.


明月幾時有?
把酒問青天。
不知天上宮闕5,
今夕是何年?

Will a moon so bright ever arise again?
Drink a cupful of wine and ask of the sky.
I don’t know where the palace gate of heaven is,
Or even the year in which tonight slips by.

Ia memberi maksud bahawa harapan terhadap PAS oleh pengundi Cina begitu tinggi, tetapi masih tertanya-tanya soal pengharaman arak. Adakah PAS boleh menang tahun ini?



我欲乘風歸去,
唯恐瓊樓玉宇6,
高處不勝寒。
起舞弄清影7,
何似在人間8


I want to return riding the whirl-wind! But I
Feel afraid that this heaven of jasper and jade
Lets in the cold, its palaces rear so high.
I shall get up and dance with my own shadow.
From life endured among men how far a cry!
 Ia memberi maksud bahawa pengundi mempunyai dasar tenaga alternatif berasaskan angin.
Dan juga memberi maksud, Kerajaan negeri Pulau Pinang serba salah dalam isu iDance.

hehehe


人有悲歡離合,
月有陰晴圓缺,
此事古難全。
但願人長久,
千里共嬋娟12。



People have their grieves and joys, their togetherness and separation,
The moon has its dark and clear times, its waxings and wanings.
Situations are never ideal since long ago.
I only hope we two may have long long lives,
So that we may share the moon’s beauty even though we are a thousand miles apart.

 Perenggan ini menceritakan tentang Pakatan Rakyat.
Ada isu bersama, wujud juga perbezaan pendapat.
PAS pula dilihat sebagai baik dan adakalanya dilihat negatif oleh bukan Islam bila isu hudud dimainkan.
Namun semua mahu PAS bersama Pakatan Rakyat.
Supaya keindahan Islam yang dibawa  PAS akan membawa Pakatan Rakyat Jauh ke depan.

Dalam Erti kata lain Islam akan membawa Pakatan Rakyat ke depan.

Jumaat, 9 Januari 2009

Amerika Mencukai Dunia dengan USD, bukan hanya pada orang Islam

Saya agak kecewa ada pihak yang memperlekehkan penentangan terhadap USD.

Di sini saya hendak maklumkan bahawa Amerika menggunakan USD untuk mencukai semua negara yang mempunyai rizab USD, atau menyimpannya.

Amerika juga mencukai rakyatnya sendiri.

Amerika bukan hanya mencukai orang Islam sahaja, dia mencukai semuanya tak kira kamu India atau Cina atau Melayu atau apa pun bangsa.

Jadi, agenda menentang USD sepatutnya menjadi agenda dunia. Bukan hanya pada penyokong Palestin.

Faham?

Saya pasti ada yang tidak faham bagaimana Amerika menggunakan USD untuk mencukai dunia dan rakyatnya sendiri.

Bayangkan bahawa wang USD ialah 10 trilion.

Amerika mencetak 1 trilion dalam bentuk "bail out" kepada syarikat tempatannya.

Jadi 10+1 =11.

Andaikata dunia luar dari amerika meyimpan 3 trilion USD di bank pusat negara-negara yang ada, termasuklah simpanan peribadi.

Kebiasaannya kalau bilangan wang dilebihkan sebanyak 10% , (1 trilion adalah 10% drpd 10 trilion) , maka nilai USD sepatutnya akan mengalami inflasi 10%.

Akan tetapi inflasi 10% itu tidak berlaku serta merta, Ia mungkin dilewatkan berpuluh tahun.

Tapi Amerika sudah mempunyai lebihan 1 trilion, maka dia boleh beli komoditi, untuk dijadikan produk untuk rakyatnya dan eksport.

Dan Amerika boleh membeli apa sahaja produk dalam dunia ini, kerana duit mereka laku walaupun mereka cetak lebih.

Lambat laun duit USD yang pada simpanan rizab bukan amerika akan mengalami inflasi , nilainya jatuh.
Duit USD pada Amerika itu juga turut jatuh nilainya, tetapi dia sudah dapat siang-siang 1 trilion.

Duit USD pada simpanan luar Amerika jatuh, tapi penyimpannya tidak dapat apa-apa.
Amerika tidak kongsi sebahagian daripada 1 trilion itu kepada penyimpan dollar luar Amerika.

Dari situ, Amerika sudah mencukai sebanyak 1 trilion USD dari pemegang USD samada rakyatnya sendiri dan bank pusat lain.

Jadi begitulah cukai Amerika terhadap negara lain.

Eh, Iran tidak dikenakan cukai kerana dia telah menolak USD lebih awal.

Cukai Amerika ini tidak mengira siapa.
Kau Cina kah
Kau India kah
Kau Jepun kah

Semua kena.

Bagi saya negara China yang paling teruk dicukai, mereka bertungkuslumus membuka kilang dan sebagainya, untuk memenuhi nafsu konsumerisme rakyat Amerika, tetapi pembayarannya adalah dalam USD yang makin lama merosot nilainya.

Negara lain pula agak pelik, apabila USD merosot, mereka risau matawangnya tinggi, kalau matawangnya tinggi, mereka takut Amerika tidak mahu membeli produknya, maka 1 dunia pula berlumba-lumba merendahkan matawang supaya sepadan dengan kejatuhan USD.

Kerana itu, apabila inflasi dibongkarkan, harga barang naik. Sebenarnya matawang negara lain juga turut direndahkan supaya mengikut rentak kejatuhan dollar.

Apabila harga barangan naik, negara lain juga turut risau, maka semua akan meningkatkan produksi supaya harga turun dan dibeli oleh Amerika. Maka Amerika dapat lagi membeli belah komoditi dan produk dunia dengan murah.

Setiap Undi Adalah Penentu, Bukan HANYA undi 11% Cina Sahaja Penentu

Harap maaf, jika catatan ini mengguris sensitiviti.

Pada PRK Kuala Terengganu, 11% pengundi adalah Cina.
Namun, banyak suara-suara mengatakan "undi Cina adalah penentu".

Jika difikirkan balik, adakah undi 88% yang lain itu bukan penentu?

Memang tidak dinafikan wujud politik perkauman dalam Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan. Saya bukan jenis yang terlalu terima hakikat tembok perkauman sudah runtuh.

Jika tembok perkauman sudah runtuh, kenapa pula di kawasan Majoriti Melayu, dilaungkan pula undi cina jadi penentu. Mana tidaknya makcik-makcik di kampung risau tentang survival melayu jika 88% undi tidak dilaungkan sebagai "penentu" tetapi yang 11% itu juga yang dikononkan sebagai penentu.

Jadi, jangan terperengakap dengan agenda "11% Undi Cina adalah penentu".

Ada juga kawasan dimana Kaum Melayu adalah minoriti, ada kawasan dimana india minoriti, ketapi tidak pula kedengaran "Undi Melayu adalah penentu" atau "Undi India adalah Penentu".


Kenapa perlu laungkan sangat "Undi Cina adalah penentu" di Kuala Terengganu?

Kalau benar mahu perjuangkan politik tidak perkauman, mengapa mesti ada suara mengatakan undi sesuatu kaum itu penentu? Katakan sahajalah setiap undi adalah penentu.

Sekiranya dalam politik, undi sesuatu kaum terlalu dilebih-lebihkan maka agenda sesuatu kaum itu akan dapat lebih perhatian. Bagi saya ini agak tidak adil.


Kesimpulan, setiap undi adalah penentu, bukan undi daripada sesuatu kaum sahaja.

Terima Kasih Negara China

Daripada Beras Padu, saya terjumpa satu berita yang disiarkan di gata.org mengatakan Negara China akan berusaha dengan program perintis untuk memnyelesaikan perdagangan antarabangsanya menggunakan matawang yuan berbanding sebelum ini USD.



China's central bank said yesterday that it plans to implement a pilot program that would settle overseas trade with the Chinese currency instead of the US dollar.

The People's Bank of China will expand financial cooperation with overseas economies and "properly deal with the global financial crisis," the central bank said.

"We'll actively join international efforts to tackle the global financial crisis while safeguarding national interests," the central bank said.

It pledged to implement a pilot program that the State Council announced last month.
China will allow the yuan to be used for settlement between Guangdong Province and the Yangtze River Delta, China's two economic powerhouses, and the special administrative regions of Hong Kong and Macau, according to the central bank
 Walaupun tujuan asal Bank Pusat China adalah untuk mendapatkan kestabilan, tetapi ianya adalah penolakan besar terhadap dollar Amerika, dan Ianya sebenarnya satu serangan ekonomi yang besar terhadap Amerika.

Sama seperti serangan Iran mac lalu.

Walaupun Negara China tidak mengatakan supaya tidak menjual barang kepada Amerika, namun langkah itu adalah saling tidak tumpah langkah memboikot USD seperti yang pernah dinyatakan pada 2 catatan terdahulu.


Masih ingatkah lagi kris kewangan 1998?
Disitulah medan dimana dunia mempercayai bulat-bulat pengukuhan dollar. Ketika itu, Malaysia tambat bulat-bulat nilai Ringgitnya dengan USD.

Terdapat juga satu negara lain yang terus menggunakan USD sebagai matawang menggantikan matawang negaranya sendiri.  Saya lupa apa nama negara itu.

Kini semua menongkah arus.
Malaysia bagaimana?

Rabu, 7 Januari 2009

macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika'

Menarik persoalan yang diutarakan oleh Afnanhassan

Boleh Pakcik Sebol terangkan macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika' sebab di sekeliling kita semuanya dalam USD. Yang dalam internet ni pun berlambak yang gunakan USD. Habis macam mana nak realisasikan matlamat kita ni?

Sebenarnya ia jauh lebih susah daripada jangan beli Barangan Amerika.

Amerika memerlukan 2 perkara.

1. Barangan komoditi atau untuk dibeli
2. Permintaan terhadap USD.

Jadi untuk merelalisasikan "Jangan Jual Barangan Kepada Amerika" perkara itu memerlukan kuasa politik dalam sesuatu negara. Peringkat tinggi.

Agak sukar untuk mengeluar minyak , minyak sawit, untuk memilih pembeli.

"Aku tak jual pada kamu"

Namun ia boleh dilakukan dengan 2 cara.

1. Kita putuskan hubungan dagangan dengan Amerika.
2. Kita cari pasal sehingga dia sekat kita, macam Iran.

Mutaligat sudah mencadangkan supaya putuskan hubungan dagangan dengan Amerika.

Rundingan FTA dengan Amerika haruslah ditamatkan serta-merta.

Jangan takut.

Namun rakan dagangan Malaysia yang terbesar ialah Amerika. Kita mesti berani putuskan.

Jangan takut, Malaysia bumi bertuah, tanam apa saja pasti menjadi.

Pemutusan hubungan dagangan dengan Amerika akan menyebabkan KDNK kita merosot.
Jangan takut, bila Amerika tak boleh beli dari kita, pihak lain akan jadi proksi untuk membeli bahan mentah kita, dia akan balik asal juga akhirnya.

Adakah sama apabila Amerika membeli komoditi kita melalui proksi?

Ada sedikit perbezaan iaitu, kita tidak lagi membeli atau menyimpan USD daripada mereka.

Kak Zety boleh gantikan rizab USD dalam Rizab Bank Negara dengan emas atau matawang lain.


Bagi peringkat individu, pun boleh menolak dollar.
Sekiranya pembayaran di dalam web boleh pilih matawang pound atau USD atau Euro, maka pilihlah yang bukan USD.

"Serangan keatas USD" memang sukar difahami. Kerana itu ia perlu diolah menjadi "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".

Sekiranya anda peniaga e-dagang tempatan, kalau ada pilihan, gunakan matawang bukan USD sebagai pembayaran dan paparan harga.

Sekiranya pendapatan dalam USD, cepat-cepat tukarkan ke matawang lain.

Penjualan dollar adalah aksi menolak dollar juga.

Google+ Hasbullah Pit