test

Rabu, 24 Disember 2008

Blog Audio Creation

Saya baru sahaja menjumpai blog "Audio Creation", satu syarikat yang menjual peralatan audio kereta yang saya sendiri tidak pernah pergi.


Saya mengenali Audio Creation, apabila saya berborak dengan "car crazy" di forum vios club.

Kalau mengikut citarasanya, boleh botak kepala kalau mahu ikut kualiti bunyi yang dia suka.

Dunia Hi Fi untuk rumah, agak berbeza dengan kereta.

Pembuat pembesar suara untuk rumah yang baik, tidak banyak buat untuk kereta. Jadi ianya agak berbeza untuk mengetahui apa barangan audio "Hi End" untuk kereta.

"B&W" dan "AE" tidak membuat pembesar suara untuk kereta.


Satu perkara yang saya pelajari daripada "Car Crazy" ialah mengenai kapasitor.

Sistem tenaga elektrik kereta kebiasaannya menggunakan sumber daripada bateri, Arus Terus  (DC) dimana cukuplah terhad.

Apabila memainkan bunyi, bateri tak boleh meramalkan bila kuasa yang lebih untuk disediakan untuk bunyi tertentu akan datang.

Kapasitor dapat menyimpan tenaga elektrik lebihan yang tidak digunakan, supaya boleh digunakan bila perlu.

'Amplifier' yang baik untuk rumah, biasanya sudah mempunyai kapasitor sendiri didalamnya.

'Amplifier' saya yang ini, masih berbunyi selama beberapa saat walaupun sudah dipadamkan.



Untuk kereta, saya tidak pernah pula mendengar perbandingan bunyi berkapasitor dengan tidak.

Audio Creation ada jual Kapasitor jenama Mundolf

Menarik juga  Mundorf DC Power Supply - Germany.

Isnin, 22 Disember 2008

Faktor "Kool" dalam Mendekati Golongan Muda

Golongan muda adalah golongan yang sukar difahami, bermacam cara golongan tua cuba mendekati golongan muda, namun gagal.

Adakalanya golongan tua terpaksa menjadi muda untuk mendekati golongan muda.

Sebenarnya tidak.

"Kool" adalah sesuatu yang dikejar oleh golongan muda.

Golongan muda selalunya ada kegilaan terhadap sesuatu.

Golongan Melayu pula pelik, bila ramai orang suka A yang dianggap "kool", maka ramai orang muda melayu lain yang mengikutinya.

Tiada unsur diversifikasi.

Jadi gila merempit adalah "kool", maka ramai-ramai merempit.
Bila orang gila "shufle" ramai-ramai orang shufle.

Sebenarnya mereka senang dibentuk, apabila sesuatu dijadikan "kool".

Golongan muda berubah daripada satu kegilaan kepada satu kegilaan yang lain.
Ada kegilaan yang baik, ada yang tidak baik.

Ketika 1998 dulu, "reformasi" adalah sesuatu yang "kool".

Zaman sekarang ianya tidak "kool" lagi.

Kalau mahasiswa idealis mejadikan mereka "kool", pasti akan menjadi ikutan.
Rausyanfikir perlu menjadi selebriti :)

Kalau ada kemeja-T "Rausyanfikir.com" yang direka dengan begitu artistik, pasti ianya laku untuk dijual.

Golongan muda tidak semestinya hanya anggap sesuatu yang muda itu "kool".

Tok Guru Nik Aziz adalah idola semua orang, kalau gambarnya berdoa sambil menangis dijadikan Kemeja-T, ia juga akan menarik minat golongan muda.

"Kool" adalah sesuatu yang dikejar tanpa disedari oleh seseorang.

Terdapat satu buku bertajuk "Chasing cool" menceritakan bagaimana cool boleh digunakan untuk menarik pelanggan.

Konsep yang sama boleh digunakan untuk menarik pengundi muda dan merubah golongan muda daripada merempit kepada benda lain.

Stok Penimbal Getah Husam Musa

Hari ini saya dikejutkan dengan cadangan Husam Musa supaya diadakan Stok penimbal getah. mesti klik


Mari kita lihat catatan saya supaya menyeru supaya membeli getah dan menyimpan stok.


Akan tetapi kalau penoreh getah cukup berani, mereka boleh menyimpan getah mereka selama tempoh itu.

Atau, hanya menjual 90% daripada getah yang ditoreh, 10% disimpan sedikit demi sedikit sehingga habis tempoh itu.

Ada berani?


Tetapi penoreh getah tak ada modal untuk simpan stok sebegitu banyak.


Menurut teori ekonomi saya sendiri, penurunan harga getah adalah disebabkan oleh "False Dollar Rally" atau juga dikenali "Deflasi sementara". Maka ianya akan naik semula bila ia berakhir.

Akan tetapi ia juga disebabkan oleh penurunan permintaan dunia.

Secara teorinya  ia akan naik.

Sekiranya ada syarikat stok penimbal kebangsaan yang boleh membeli getah itu pada harga yang agak tinggi, syarikat itu akan untung juga lambat laun.


Ambil contoh, sasaran stok penimbal getah kebangsaan adalah 100 tan. Syarikat stok penimbal terus membeli getah pada "harga purata" supaya penuhkan sasaran 100 tan itu.

Apabila aliran harga menurun, sudah tentu "harga purata" lebih tinggi daripada harga semasa. Penoreh getah lambat rugi.


Sebenarnya saya belum habis fikir tentang stok penimbal getah kebangsaan ini.

Tapi saya percaya, jika sesuatu dilakukan berkaitan stok, maka kerugian dapat dielakkan.

Ianya lain sedikit dengan "pengsubsidian harga", tidak menunjukkan pasaran bebas.

Stok penimbal, agak lebih "pasaran bebas" cuba stok dimanipulasi sedikit. Namun permintaan/penawaran tetap ada.

Permintaan diwujudkan untuk memenuhi sasaran inventori stok penimbal kebangsaan.

Ahad, 21 Disember 2008

Google/Blogger Menterjemah "Malay" sebagai "Bahasa Malaysia"?

Apabila saya cuba logmasuk Blogger.com , didapati Nama Bahasa "Malay" telah ditukar daripada "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia"

Yang mana lebih benar merujuk kepada Malay (language) , Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu?




Catatan lama:
Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia?

Persetankan Plural dalam Terjemahan Teknikal Bahasa Melayu

Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa

Isu IJN, Perlancongan Kesihatan, Ali Rustam, Merlimau, Malaysiakini

Saya agak sukar untuk mengulas tentang isu IJN kerana saya masih belum mendapat cukup maklumat.

Ingin juga saya mendengar hujah pihak yang menyokong pengswastaan IJN itu.

Menurut blog Anil Netto, pengswastaan itu adalah sebagai langkah meningkatkan perlancongan kesihatan.

Dalam kes ini saya tidak pasti siapa yang memerlukan siapa.
Kementerian kewangan perlukan dana Sime Darby untuk buat Hospital Jantung Swasta atau sebaliknya?

Saya tidak rasa Sime Darby kemaruk sangat keuntungan sehingga perlu melabur pada hospital yang bakal di swastakan.

Sime Darby dikatakan akan membeli 51% daripada IJN, untuk sayap swasta IJN dapat beroperasi secara komersil.

Kenapa 51% bukan bawah 50%? itu persoalan dari saya.

Mengapa perlu IJN ada sayap swasta, ada sayap bukan komersil?

Saya bukan menolak Hospital Jantung Swasta secara total, kerana perlancongan kesihatan adalah satu jenis perlancongan yang sihat. Datang sakit, balik sihat.

Jikalau Sime Darby merasakan perniagaan Hospital Jantung menguntungkan mengapa tidak buat hospital jantung swasta yang baru?

Kenal Ali Rustam? Ketua Menteri Melaka yang lebih mementingkan perlanconga, pernah banyak kali menyebut tentang perlancongan kesihatan.

Kalau benar Melaka mahu dijadikan pusat perlancongan kesihatan yang terunggul dirantau ini, mengapa tidak hospital jantung swasta itu diletakkan di Melaka?


Ali Rustam lupa nak lobi?

Kalau benar Sime Darby merasakan perniagaan hospital jantung swasta itu menguntungkan, dan Melaka memerlukan aset tambahan sebagai penarik pelancong kesihatan untuk datang.

Sime Darby sudah memang ada banyak tanah di Merlimau, lokasi cantik , berdekatan dengan lebuh AMJ, berdekatan dengan Simpang Keluar Lebuh Raya Utara Selatan.

Pelancong "Sakit Jantung" Singapura tidak perlu bersesak-sesak mengharung kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak.

Maka Pembinaan Hospital Jantung Swasta Sime Darby di Merlimau adalah baik untuk semua.

  1. Kerajaan negeri Melaka dapat Produk Perlancongan Baru
  2. IJN sedia ada tidak perlu dikacau
  3. Penduduk Merlimau dapat peluang Pekerjaan.
  4. Pesakit tidak sesak laluan trafik.
  5. Tiada isu pengambilan tanah.



Tapi mengapa Ali Rustam tidak lobi Sime Darby untuk membuat Hospital Jantung Swasta di Merlimau?

Sabtu, 20 Disember 2008

Kerana Dinar dan Dirham Krisis Berlaku?

Ulasan saya di catatan blog Dr Halimah yang mengatakan krisis Ekonomi Berlaku kerana mengejar Dinar dan Dirham, (tetapi dibaca sebagai dollar dan sterling).


Apabila Dr Halimah berkata:

Dinar dan dirham tak berdosa dan bersalah. Sebab dirham dan dinar dijadikan matlamat dan matlamat itu pula menghalalkan cara mendaptkannya, maka dek kerana nawaitu dah silap, natijahnya pun jadi tak betul. Ok ke response di atas. Contoh lain, makanan: hidup nak makan atauu makan nak hidup? salahke nak hidup? Hidup itu untuk apa pulak?


Saudara Sebol, banyak hadith tentang kehidupan dunia menyebut secara khusus dinar dan dirham. Tk.


Dan kemudian saya jawap.
Bagi saya jikalau semua orang mengejar emas dan perak, krisis ini tidak berlaku.
Krisis berlaku apabila mereka tetap mahu menguasai dunia walaupun tidak cukup emas dan perak, mahupun komoditi) untuk menguasai dunia.

Bagi saya "Pengejaran terhadap emas dan perak" adalah ubat kepada krisis ekonomi.

baca:


Dr Halimah.

Banyak Hadis yang berkata tentang emas dan perak, dinar dan Dirham , satu simbol kekayaan.
Namun apa yang terjadi sekarang ini sehingga menjadi krisis adalah disebabkan mereka (orang barat) meninggalkan fungsi emas dan perak sebagai matawang.

crime of 73, membunuh fungsi perak sebagai matawang,

goldstandard , mewujudkan emas yang kononnya ada.

bretton wood, menyebabkan emas hanya boleh ditebus oleh Amerika

Kemudian Nixon, hapuskan kaitan emas dengan dollar.

Kemudian, penawaran palsu terhadap emas dilakukan supaya merendahkan nilai emas, emas yang kononnya ada di centralbank USA telah di “pinjamkan” untuk memenuhi permintaan.

Emas ditekan, perak ditekan oleh USD.

Amerika membeli minyak murah selama lebih 20 tahun dari umat Islam kerana sebab itu.

Umat islam tidak nampak.

Dinar dan Dirhamlah akan jadi penyelamat pemanipulasian ekonomi oleh barat,
Bayangkan, mereka (Amerika) boleh menguasai dunia walau kehabisan emas?
Syarikat yang menagih bailout itu bukan tagih emas dan perak, mereka hanya dapat dollar yang tiada tetapi di adakan.

Kalau dunia guna emas dan perak kembali, Amerika tidak mampu nam sediakan emas dan perak untuk syarikaat yang dibailout itu.

mmaksudna selagi guna wang kertas, selagi itu syarikat amerika boleh hidup.
Mana adil?

Bila Asia krisis dulu, Syarikat Amerika boleh telan syarikat Asia, tetapi bila dia bermasalah, dicetakpula dollar untuk mereka.

Seminar Bloggers dirasmikan

Dirasmikan oleh ahli parlimen Hulu Langat Che Rosly



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Google+ Hasbullah Pit