test

Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Rabu, 16 September 2009

Mod Kebajikan Bersama 2 Hamzah

Tadi berlakunya kerja yang tidak popular iaitu membungkus bekalan untuk diagihkan kepada fakir miskin.

Projek ini adalah diantara saya sebagai wakil PAS Cawangan Sempang bersama MTD Merlimau.
Sempang sebenarnya bukan di dalam DUN Merlimau, tapi sudah jodoh untuk bertemu.

Bagi saya program ini agak istimewa kerana ia mengagihkan ke bilangan rumah yang agak banyak.
Merlimau 75, Sempang 15, menjadikan keseluruhan 90.

Kerja pembukusan dijalankan bersama saudara Hamzah dan Mubin . Ditemani oleh Hamzah lagi satu.



Jadi ada 2 Hamzah.
Hamzah kecil jadi tukang hulur, Hamzah besar buat kerja akhir pembungkusan.


Hasilnya,


Dalam setiap plastik ada beras 10kg, kopi, gula dan lain-lain. Berpeluh.



Kopiah Hamzah (kecil) adalah sama dengan yang dimiliki Umar.


Dibeli ketika keluar sebentar untuk 'beli ubat nyamuk' .

Isnin, 10 Ogos 2009

PAS kalah soal Arak?

PAS kalah soal Arak?

Jawapan ringkas oleh saya ialah tidak.

Walaupun pertelahan yang berlaku seolah-olah kemenangan bagi DAP, namun langkah Ronnie Liew bukanlah satu langkah yang disokong boleh majoriti pengundi mahupun Makcik DAP atau Makcik MCA.

PAS berjaya membawa isu arak kekancah politik. Sebelum ini isu arak tidak diendahkan ketika UMNO BN memerintah. Berbuih PAS cakap, ia tidak dilayan, tetapi kini Pemuda UMNO pula yang nak tambah kuah, beria-ria nak atasi arak.

Setiap serangan politik berkenaan arak terhadap PAS di Selangor adalah serangan politik ke atas UMNO Melaka, Johor, Pahang.

PAS walau dengan 1/3 kuasa di Selangor telah mencuba, akan tetapi di Negeri di mana UMNO memerintah, ianya seolah-olah bukan isu politik.

Tak nampak pula Wanita UMNO jerkah pemimpin UMNO negeri soal penjualan arak.

Terhadap artikel di Malaysiakini yang menulis bahawa soal arak bukan soal orang islam sahaja.
Terdapat juga  ulasan di blog Tony Pua yang mengatakan bahawa suri rumah bukan islam juga dijangka menyokong langkah PAS.



alcohol is nothing but trouble.

marriages are crumbling becoz of this nonsense

i am very sure all the chinese housewives and whatever will
support 100% PAS good intention.

DAP/PKR please think out of the box.

remember we voted for changes.

Drinking and gambling are not part of chinese culture.

 Hakikatnya, di luar daripada dunia orang islam, negara barat juga pernah mengharamkan arak, kebanyakannya berlaku pada awal kurun ke 20.


The first half of the 20th century saw periods of prohibition of alcoholic beverages in several countries:
Arak juga diklasifikasikan sebagai perkara yang tidak elok dalam "Public Moral".

Jurutera politik PAS Selangor telah cuba menjadikan kawasan majoriti Islam sebagai tempat larangan penjualan arak. Akan tetapi, golongan yang tidak mahu arak dijual di kawasan berdekatan kediaman, juga terdiri daripada daripada bukan islam.


Maka, sesuatu kaedah lebih baik perlu dicari supaya penyokong anti-penjualan arak di kalangan bukan islam dapat bersama-sama PAS mengurangkan kesan sosial daripada arak.

Sekiranya ada 1 taman perumahan baru didirikan, adakah penduduk berbilang kaum di kawasan itu pernah diberi peluang ditanya samada anda mahu arak dijual di kawasan situ atau tidak. Yang mana keputusan itu akan memberi kesan kepada masa depan anak mereka yang akan membesar di situ.

Maka PAS perlu merangka strategi Kejuruteraan politik yang tersusun supaya dapat berkawan dengan NGO atau sayap parti politik yang lain seperti Wanita PKR, Wanita DAP, atau madd.org (Mothers Againts Drunk Driving), atau persatuan Mahasiswa.

Wanita PKR adalah satu organisasi yang paling sesuai untuk menggambarkan adakah benar kaum ibu pelbagai kaum penolak penjualan arak berleluasa.

Ketika pra dan pasca demo mansuhkan ISA. Saya selesa berurusan dengan Wanita PKR.
Terima kasih Felicia, Fairuze, YB Zuraida dll.


YB Zuraida, Terima Kasih kerana menelefon saya di Bukit Jalil.

Khamis, 9 Julai 2009

Stok Penimbal Beras PAS

Setiap Pemuda PAS, Muslimat PAS, Ahli PAS dicadangkan supaya menyimpan beras, lebih sedikit daripada penggunaan biasa.

Kalau biasa hanya sekampit beras yang disimpan pada satu-satu masa, Maka tingkatkanlah ia menjadi 4 atau 5 kampit.

Mengapa?

Seandainya berlakunya krisis, samada krisis banjir atau gempa bumi, maka tidak perlulah membeli beras untuk memberi bantuan. Hanya bawa sekampit dari stok masing-masing.

Stok beras yang disimpan, adalah milik pemiliknya.

Sekiranya krisis ekonomi meruncing sehingga tahap ada yang tidak mempunyai makanan, maka beras-beras milik ahli juga boleh dihimpunkan di markas kawasan atau cawangan untuk tujuan diagihkan.

Seandainya krisis 'kekurangan' beras 15% hancur seperti yang pernah belaku sebelum ini, maka sesiapa yang mempunyai stok penimbal beras tidak merasainya. Krisis mungkin selesai sebelum beras pada stok itu habis.

Sekiranya cawangan atau kawasan atau dewan ingin melaksanakan aktiviti yang melibatkan jamuan, maka sumbangan beras adalah 'kurang terasa' berbanding wang tatkala hujung bulan.


Bagaimana pula kalau berlaku hiperinflasi sehingga harga beras yang dikawal itu tidak lagi mampu dikawal?

Ada banyak kebaikan untuk mengadakan stok penimbal beras di rumah masing-masing.

Kisah Nabi Yusuf menyimpan stok makanan perlu diteladani.
Mungkin kita semua beranggapan bahawa tidak wujudnya krisis, akan tetapi isyarat krisis itu telah ada.

Bukankah 'Pemanasan Global' satu tanda krisis kemarau?
Bukankah krisis beras tahun lepas adalah satu petunjuk?

Khamis, 18 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Jenis "Front" tak boleh serasi dengan Jenis "Coalition"

Saya memang sudah tulis tentang "Kerajaan Perpaduan", pada takrifan yang hampir sama dengan TGHH. Lebih kurang sama dengan Tok Pa cakap.

Sebelum ini banyak cerita "Kerajaan Perpaduan" di tempat lain, tapi kebanyakannya mengaitkan hanya UMNO-PAS.

Saya tidak tahu sangat samada cerita gomoi sebelum merisik itu benar atau tidak.
Anggaplah ia berstatus 'teori konspirasi' dulu.

Pada penulisan saya yang awal tentang Kerajaan Perpaduan ialah pada topik



Maka saya petikkan semula, kerana ia sudah terlalu lama (3 bulan yang lalu)


Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN

Itulah yang sering dianggap oleh ramai orang, apabila sebut "Kerajaan Perpaduan" maka ada yang kata "gabung" atau "Masuk BN".

Bagi saya ia tidak semestinya.

Kalau masuk BN ertinya disembelih.

Jadi kalau nak bentuk kerajaan perpaduan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah pecahkan BN, daripada satu bentuk Parti berdaftar yang terdiri daripada parti komponen, kepada parti-parti yang hanya membentuk pakatan.

Sekiranya perkara sebegitu tidak dilakukan oleh BN, maka lupakan dahulu kerajaan perpaduan.

Rasanya tidak salah PAS, DAP, PKR membentuk kerajaan dengan berpakat dengan beberapa komponen BN dan bukannya BN secara keseluruhan.

Maka eloklah parti komponen BN keluar dari BN untuk membentuk persekitaran politik yang lebih baik.

PAS, DAP, PKR adalah "Pakatan", atau nama Coalition.
Manakala BN adalah jensi 'Front'.

walaupun PAS,DAP,PKR membentuk pakatan sebagai Pakatan Rakyat, namun wujud ciri-ciri 'Front', dimana parti tidak bersaing pada kerusi yang sama dalam pilihanraya.

Dalam hal persaingan kerusi, kedua-dua BN dan PR adalah lebih kurang sama.
di dalam satu kerusi yang dipertandingkan, ada 1 wakil daripada BN dan 1 daripada PR.

Ini semua kerana PAS,DAP,PKR mahu "1 lawan 1".

Maka dalam BN akan wujud perebutan kerusi di antara parti.
Kerusi A UMNO mahu, Gerakan pun mahu.
Kerusi A DAP mahu, PKR pun mahu.

Undi orang UMNO kepada calon Gerakan, diterjemah sebagai sokongan kepada Gerakan.

Undi orang PAS kepada calon PKR, diterjemah sebagai sokongan kepada PKR.

Itu yang terjadi.

Selain dari itu, ada pula istilah "beri kerusi".

Kenapa pula seseorang pengundi itu tidak boleh menunjukkan sokongan sebenarnya kepada parti yang dia suka pada kertas undi?

Kenapa pula sokongan seorang pengundi kepada sesuatu parti, diterjemah kepada undi kepada parti lain?

Kenapa semua pengundi tidak boleh undi parti-masing masing?


Berbalik kepada 'Front' dengan 'Coalition'.

PAS,PKR,DAP adalah lebih bebas berbanding parti yang berada dalam BN,
Ideologi parti masing-masing dalam PakatanRakyat boleh dikekalkan.


PAS, PKR, DAP boleh membentuk pakatan dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.


Akan tetapi tidakkah pelik, dalam satu Pakatan PAS-DAP-PKR-BN, wujud pula satu Front yang mengandungi banyak parti.

PAS,DAP,PKR memang bermati-matian tidak akan duduk dalam Front BN itu.

Jadi sekiranya ingin membentuk Pakatan (coalition) yang lebih besar mengandungi parti komponen BN, maka Front BN itu perlu dihapuskan.

Maka barulah boleh bentuk Pakatan Baru untuk Kerajaan Perpaduan PAS-DAP-PKR-UMNO-Gerakan-PPP-PBB-MCA-MIC-PSM-bla-bla-bla.

Selasa, 16 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Saya pun Benak Seperti Penarik beca

Sudah 2 kali Bang Bakaq mengaku benak, kerana tidak faham-faham maksud Kerajaan Perpaduan.


  1. Benak bab Kerajaan Perpaduan
  2. Kerajaan perpaduan: Memang bakaq benak hati, tak reti-reti
Bang Bakaq "benak" keraja terlalu mengkaitkan ianya dengan hubungan sulit dengan UMNO

Saya pun benak.
(sebut macam ayat 'saya pun Melayu")

Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan oleh TGHH, maka saya terlalu jauh lari daripada maksud asal.

  1. Saya benak kerana mengganggap Kerajaan perpaduan tiada kena mengena dengan UMNO.
  2. Saya benak kerana mengganggap ianya satu Penolakan terhadap Sistem Demokrasi Penjajah.
  3. Saya benak kerana mengganggap ianya sebagai satu reformasi sistem demokrasi 'menang kaut semua' kepada sistem yang menjamin peratusan kerusi mengikut peratusan undi popular.
  4. Saya benak kerana mengganggap ianya satu kaedah supaya tiada lagi "kerusi yang di beri"
  5. Saya benak kerana menggangap Kerajaan Perpaduan tidak semestinya masuk BN,
  6. Saya benak kerana mengganggap "Kerajaan perpaduan" sebagai satu percambahan idea.
  7. Saya benak kerana meletakkan syarat "Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh kuasa diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya "ihsan" daripada parti yang mempunyai kuasa penuh."

Bang bakaq benak, saya lagi banyak benaknya.
Dia ada 2, saya ada 7.

Kepada pembaca blog, maaf dipohon sekiranya "kerajaan Perpaduan" yang ditulis di blog ini terlalu memberikan harapan tinggi kepada politik di Malaysia.

Saya tidak boleh jamin bahawa "Kerajaan Perpaduan" yang sebenar (versi TGHH ) sebagai satu penolakan terhadap Sistem Demokrasi British, perubahan ke arah perwakilan berkadar, menghapuskan budaya "beri kerusi", pembubaran BN dan sebagainya.

Saya tidak boleh jamin "Kerajaan Perpaduan" yang sebenar, meletakkan syarat yang jitu/'countable'/'measurable'/spesifik dan bukannya  "subjektif":-

Antara syarat itu ialah kerajaan BN perlu bersedia melaksanakan pemulihan terhadap demokrasi negara, sistem kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kebebasan media
Anda mahukan perubahan sistem demokrasi?
Kita bercakap menggunakan istilah lain.

Ahad, 24 Mei 2009

PAS Melaka tak sabar mendengar amanat pimpinan utama..

PAS Perak membuat satu konvensyen PAS peringkat negeri.

Hari ini akan berlangsung Konvensyen PAS Perak di Dewan Perbandaran Teluk Intan. Seluruh perwakilan dari kawasan-kawasan negeri Perak akan mendengar amanat-amanat penting pimpinan utama parti terutama Datuk Presiden yang akan merasmikannya nanti pada sessi sebelah petang.
 Di Melaka, terumata sekali Bukit Katil, masih bersabar untuk menanti peluang untuk "mendengar amanat-amanat penting pimpinan utama'.

Jumaat, 15 Mei 2009

Kelab Penyokong PAS, Perpaduan Nasional Tanpa Melayu?

Hari ini saya nak kritik sedikit model Perpaduan Nasional, yang mana Kelab Penyokong PAS ditubuhkan, adalah seolah-olah sebagai platform "bukan Islam" dan bukannya "platform perpaduan Nasional".

Maka, sekiranya Kelab Penyokong PAS dijadikan sebagai Dewan sekalipun, Pengasingan itu tetap wujud.

Manakala Dalam Model Kelab Penyokong PAS ada pengerusi kelab penyokong PAS India. Ianya seolah-olah dipecahkan mengikut kaum, Ada kelab Penyokong PAS India, ada CIna, tapi tak nampak pula siapa pengerusi Kelab Penyokong PAS Melayu.

Adakah Melayu tiada kena mengena dengan Perpaduan Nasional?

Jadi apa yang saya lihat model sebegini dapat menyatupadukan bukan islam di dalam PAS, tetapi ia terasing dalam satu kelompok.

Hanya pemimpin yang bermesyuarat sahaja yang berinteraksi antara kaum.

Jadi apa penyelesaiannya?

Saya selaku jurutera politik yang tersohor di Melaka, akan mengemukakan beberapa idea.
(Angkat bakul sendiri)

Saya ingin melihat bahawa perpaduan kaum itu wujud di pelbagai aktiviti,
Kita pasang bendera sama-sama
kita jaga trafik sama-sama
Jaga sukan PASTI sama-sama
Cabut bendera sama-sama
Edar Risalah sama-sama.
Minum petang di kedai semit sama-sama.
Kemas kawasan ceramah selepas ceramah sama-sama

Mana yang boleh buat sama-sama itu, kita buatlah sama-sama.


Saya tidak nampak pengasingan itu dapat merealisasikan "sama-sama" .

Jadi apa yang saya nampak, ialah perlunya Kelab Penyokong Muda PAS, berada bersama pemuda PAS, supaya segala mak nenek aktiviti boleh dilakukan sama-sama.

Dalam Lajnah yang ada dalam Pemuda PAS, perlu ada ahli Kelab Penyokong Muda PAS.

Ahli Kelab Penyokong Muda PAS wanita pula bergerak bersama Dewan Muslimat, Takkanlah tiada bukan islam yang boleh bantu jayakan Karnival Muslimat Melaka?
Jed Yoong, kalau dia jadi Kelab Penyokong Muda PAS, boleh jual bunga di Karnival Muslimat Melaka.
Kalau Jed nak memperagakan beg tangannya dengan Kak Kintan, ianya boleh dibuat secara subversif.
Kak Kintan pula meracuni Jed supaya membeli Vios. hehe

Kemudian, Jed pula racun, "Akak buat lah bumper macam ini, baru nampak muda"





Dalam Lajnah yang ada pada Muslimat PAS, perlu ada ahli Kelab Penyokong PAS Wanita (tak kira muda atau lebih 40)


Di situ akan berlakunya perpaduan, iaitu daripada aktiviti, dan borak-borak harian.

Masalah kesukaran untuk mengingati nama atau wajah seseorang yang bukan dari kaum sendiri, sedikit demi sedikit akan terhapus.

Selasa, 12 Mei 2009

30 Mei 2009 Tarikh Penentuan

30 Mei 2009 adalah Tarikh Penentuan.

Tarikh yang menentukan....

.... Siapa punya yang kena potong.


Jumaat, 8 Mei 2009

Teknik "Engage" PAS yang Terkebelakang.

Adaka taruna menulis tentang bagaimana serangan politik dilakukan oleh DAP berbanding PAS.


Gua respek pemikir DAP.


Kembali kepada tahun lepas sewakti Seminar Dr Dzulkefly Ahmad, beliau telah berpesan "Jangan Takut untuk Engage" & "Jangan Engage kerana Takut".


"Engage", apabila saya buka kamus, ianya bermaksud serangan.

Saya ambil contoh satu isu.

Kerajaan Negeri Melaka membuat monorel di sepanjang sungai Melaka, untuk perlancongan dan bukannya untuk pengangkutan.

Ianya nyata membazir, Walaupun ianya "pengangkutan" ianya hanya untuk tengok-tengok, dan bukannya menyelesaikan masalah bagaimana nak pergi ke MITC dengan pantas daripada Jalan Hang Tuah.

Jadi banyak perkara boleh dilakukan samada bentuk serangan atau bukan serangan.

PAS Melaka .....
1. boleh hantar memorandum khusus untuk isu itu.
ATAU

2. boleh juga buat demo, baring depan jentolak.
ATAU

3. boleh juga saman kerajaan Negeri sekiranya ada berlakunya ketidakadilan pengambilan tanah.
ATAU

4.hanya tulis dalam risalah untuk diedarkan
ATAU

5. Kain rentang
ATAU

6. Kenyataan media
ATAU

7. buat larian disepanjang monorel itu, supaya menampakkan ianya tidak perlu.
(Kalau boleh lari, buat apa ada monorel)

ATAU

8. Tulis di blog sendiri
ATAU

9. hanya cerita ketika ceramah.

Perkara 1 hingga 8 adalah boleh dikatakan 'serangan', samada 'serangan' keras atau tidak keras.

Namun perkara yang popular dilakukan ialah no 9, iaitu hanya cerita dalam ceramah yang mana tidak boleh dikategorikan sebagai serangan.

Di Johor, Khairul Faizi dan kawan-kawannya cukup banyak membuat 'serangan'.

Serangan cukup ringkas, tak perlu banyak tenaga.
Hantar memo
hantar memo
Sampai menangis Inul dikerjakan Faizi.


Tak perlu sewa Sistem PA, cari balai, sediakan makanan, tampal poster, angkat sofa, dan...  (senarai perkara yg perlu ada untuk aktiviti biasa).

Andaikata berlakunya satu serangan, serangan itu biasanya akan terkena kepada individu walaupun ia bukan ditujukan kepada individu.

Andaikata projek monorel terpaksa dihentikan, kontraktor akan marah Ali Rustam.


Sekarang ini, Ali Rustam terbukti Rasuah.

Boss, Mahu Serang atau Tak Mahu serang?

Sabtu, 2 Mei 2009

Menghormati Suara Demokratik di Penanti

Berlaku sedikit krisis soal kerusi di Penanti.

Memanglah PAS akan memberi laluan kepada PKR atas dasar perjanjian.

"(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu," kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.


Kejadian berpunca daripada usul di Mesyuarat Agung kawasan supaya PAS bertanding di kerusi itu & usul itu diluluskan, bagi saya ianya adalah secara demokratik di dalam PAS.


Namun, mungkin ramai perwakilan yang tidak tahu menahu tentang perjanjian sebegitu, yang mengatakan bahawa calon mesti daripada parti yang sama jika berlaku pilihanraya kecil.


Namun, kalau usul itu ditolak, maka akan berlaku perkara tidak demokratik.


Bukan hanya YDP kawasan yang bertindak sendirian, tetapi ianya keputusan majoriti. YDP kawasan perlu menghormati keputusan itu. Maka bagi saya langkah untuk "menunggu arahan atasan" adalah tepat.

Namun apa yang berlaku, ialah Anwar tetap umumkan calon PKR di Penanti tanpa merujuk kepada keputusan demokratik di dalam mesyuarat itu.

Perjanjian perlu dihormati dan Suara demokratik juga perlu dihormati.

Namun terdapat percanggahan ketika menghormati 2 perkara itu , sepatutnya ada perbincangan khas dilakukan antara pimpinan atasan PAS dengan PKR.

Rabu, 22 April 2009

Takut Pertandingan? Masa Untuk Mencuba Perwakilan Berkadar di dalam PAS?

Sejak Akhir ini, banyak ku temu ahli PAS yang anti pertandingan. Suka sangat supaya jangan di adakan pertandingan.

Bagaimana demokrasi mahu subur?

Daripada mana mereka belajar bahawa pertandingan itu perkara negatif?

Dari UMNOkah?

Pertandingan dalam UMNO sering dianggap "berpecah" bagi mereka. Seboleh-boleh mereka tidak mahukan pertandingan. Budaya ini meresap pula di dalam PAS.

Bagi saya, sindrom takut pertandingan adalah sindrom negatif yang lambat laun merosakkan parti dalam jangka masa panjang.

Akan tetapi, pertandingan yang keterlaluan sehingga menjatuhkan seseorang juga negatif.

Apa jalan tengah?

Memandangkan Idea "Kerajaan Perpaduan" ditolak mentah-mentah oleh ramai ahli PAS, tanpa mengkaji apa itu perwakilan berkadar.


Tidak mustahil kalau perwakilan berkadar digunakan di dalam PAS sebagai contoh pertandingan sihat,sebelum ianya di bawa ke politik Negara.


Berikut adalah satu contoh penggunaan perwakilan berkadar (sekadar rekaan) ...

Sesiapa sahaja yang bertanding untuk jawatan pertama (seperti Ketua Pemuda, YDP, Presiden, Ketua Muslimat), sekiranya seseorang itu kalah, tetapi mendapat undi melebihi 25% , maka dia automatik diwajibkan untuk menerima sesuatu jawatan.

Sebagai contoh, Ahmad Tanding Ketua Pemuda, dia kalah, tapi dapat undi 35% , maka automatik dia jadi Naib Ketua Pemuda Tambahan, boleh duduk dlama Dewan Harian.

Abu tanding timbalan, tapi kalah walaupun dapat 37% undi, automatik dia jadi exco pemuda.

lebih kurang macam itulah.
Dipendekkan cerita, tiada siapa yang dijatuhkan sehingga jatuh terduduk melainkan dapat undi yang amat-amat rendah.

Sistem ini, kita perlu rekayasakan sendiri. Samada guna 25% kah atau 30%kah , kita tentukan.

20 sen.

Selasa, 21 April 2009

Prof Hamirdin nak tujukan lagu "Melaka di Hatiku"

Akhir-akhir ini, Prof Hamirdin , Pemimpin Melaka, bawah sedikit daripada Bendahara Tun Perak, begitu komited memajukan PAS Melaka, Hari ini beliau telah melaungkan "Melaka Tetap Di Hati".

Ungkapan beliau boleh diterjemahkan dalam bentuk lagu.


Melaka di Hatiku






Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari UMNO yang datang
Berhentilah menangis

Negeri kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Melaka dihatiku
Melaka dihatiku
Hari ini dan selamanya

Melaka di hatiku
Walau apa katanya
Oh... Melaka di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar UMNO tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Kemenangan akan tiba, kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu (3X)
Di sisimu selamanya

Isnin, 20 April 2009

Memalukan! Presiden PAS kata Ahlinya Tidak cukup Membaca

Berkisar tentang "Kerajaan Perpaduan", saya sendiri sudah lama menjangkakan bahawa ianya adalah proses perubahan sistem demokrasi, dan bukannya jenis "Masuk BN".

Namun ramai yang anggap sebaliknya, dan kini dilabel sebagai kurang membaca.

“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,

“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.
Apa yang terjadi pada Pesta buku kelmarin, Ianya seolah-olah didominasi orang PAS, ada gerai milik penyokong PAS, ada Ketua Pemuda PAS, ada Mursyidul Am PAS. Yang tiada hanya Bendera sahaja.

Rasanya tidak adil kalau ahli PAS dilabel kurang membaca.

Walaubagaimanapun memang wujud ahli PAS yang tidak suka membaca.

Apa yang saya mampu lakukan sebagai ahli PAS peringkat bawah untuk memupuk budaya membaca?
Di Peringkat Cawangan, bolehlah, saya perbanyakkan buku di Baitul Hikmah Sempang.

Namun, yang mengatakan bahawa Ahli PAS kurang membaca itu adalah Presiden PAS. Yang cukup berkuasa untuk mengarahkan setiap kawasan mempunyai perpustakaan sendiri. Tetapi perkara sebegitu tidak berlaku.


Sang Aduka Taruna tertunggu-tunggu penjelasan TGHA tentang "Kerajaan Perpaduan" namun apa yang dia dapat ialah label "kurang membaca", sama macam saya juga.

Saya tidak menolak secara bulat "Kerajaan Perpaduan" kerana saya sudah nampak ianya adalah mengubah sistem demokrasi.

Baiklah, saya terima sahajalah label "Kurang Membaca" oleh Tuan Presiden, saya mengaku saya belum sempat baca buku "Islam dan Demokrasi" tulisan TGHA walaupun telah lama membelinya.



Pada muka surat 76 buku itu ada tertulis tentang "Perwakilan Berkadar" , di blog ini, saya ada menggunakan istilah "Perwakilan Nisbah".


Khamis, 16 April 2009

PAS perlu Tolak Demokrasi Inggeris

Memang sudahku jangka, pasti ramai orang PAS yang menolak "Kerajaan Perpaduan" bunyinya menyerupai "masuk BN".

Namun, adakah orang PAS yang menolak kerajaan Perpaduan itu sayang pada British umpama Hisyamuddin? Sehingga merelakan Sistem Demokrasi British kekal sehingga hari ini?

Saya pasti tidak.

Kalau nak ubah sistem demokrasi, bagi saya tidak boleh guna perkataan "Kerajaan Perpaduan".

Akan tetapi, ianya hendaklah dilakukan atas semangat anti Penjajah.

Saya pasti ramai orang PAS anti penjajah.

Jadi sebarang usul untuk mengubah demokrasi mestilah mebut nama penjajah yang kita benci itu, supaya kebencian itu akan merubah demokrasi.

Usul PAS cawangan Sempang yang yang akan saya sampaikan (Kalau kawan-kawan saya bersetuju) ialah.


Mengusulkan kepada PAS Pusat supaya menolak sistem demokrasi Penjajah British kepada sistem demokrasi sendiri yang mungkin berasaskan "Perwakilan Nisbah" (Propotional Represtation) seperti yang dilakukan di Negara Jerman dan Sweden.

Jadi, kepada orang PAS, lupakan dulu "Kerajaan Perpaduan" dan fokus menolak Demokrasi British.

Khamis, 9 April 2009

Nizar Hanya Menang 2789 majoriti

Kalau dulu PAS menang di Kuala Terengganu dengan majoriti 3 ribu, memang menang, tetapi undi Cina merosot.
Apapun tetap telah menang. Tetapi tidak boleh mendabik dada di atas kemenangan itu.

Kali ini di Bukit Gantang, menang majoriti 2789, memang meningkat berbanding dulu. Tetapi saya secara peribadi memang mengharapkan majariti lebih kurang 6000-7000.

Namun undi Melayu merosot daripada 47% kepada 43%. sesuatu yang agak membimbangkan.

Jadi Dr Dzul terpaksalah memikirkan bagaimana meningkatkan undi Melayu.
Siapa orang PAS yang pakar meningkatkan Undi Melayu?

Kalau di Melaka, DUN yang paling meningkat sekali 'undi Melayu' ialah DUN Serkam.

Pakar peningkatan Undi Melayu PAS ialah Fauzi Maelah?

Isnin, 23 Mac 2009

Ingénieur Nizar Kian Hampir Menjadi Ketua Pembangkang

Bulan lepas, blogawan angkasanuri pada perkiraan saya, adalah yang pertama membuat spekulasi Calon PAS Bukit Gantang adalah Ingénieur Nizar.

Saya pula, menambah perisa pada spekulasi, kononnya Ingénieur akan menjadi Ketua Pembangkang.

Spekulasi blogawan Angkasanuri menjadi kenyataan apabila dia diumumkan sebagai calon PAS Bukit Gantang.

Namun, spekulasi saya, masih lagi spekulasi murahan.

Kereta Ustaz Kamarudin Sidek Akan Dilelong?

Berikut adakah kesan serangan terhadap Kereta Ustaz Kamarudin Sidek oleh penyokong pelampau Ali Rustam.

Gambar bahagian belakang


Gambar bahagian depan


Ketika berlakunya perhimpunan Mendesak Ali Rustam meletak jawatan, pihak polis hanya membenarkan 2 buah kereta sahaja untuk menghantar Memorandum kepada Ali Rustam, yang lainnya tinggal di Masjid MITC.

Ketika itulah kereta Ustaz Kamarudin telah diserang.

Memanglah tiada pun Ustaz Kamarudin Sidek bercakap tentang melelong keretanya, namun ianya adalah cadangan dari saya, supaya Kereta itu dilelong pada harga pembukaannya ialah harga semasa kereta.

Ahad, 22 Mac 2009

Masih Boleh Undi PAS di Bukit Selambau Walaupun Tidak Letakkan Calon, kalau....

Masih Boleh Undi PAS di Bukit Selambau Walaupun Tidak Letakkan Calon, Kalau kertas undi bentuknya sebegini:





Lupakan itu semua kalau anda masih lagi taat kepada Sistem Demokrasi hadiah daripada British sebagai balasan Timah dan getah yang mereka ambil.

Anda mahu Kerajaan Perpaduan?
Lupakan dahulu kalau anda masih taat dengan Permaisuri di Birmingham dan akur dengan Sistem Demokrasi hadiah British itu..

Anda peminat setiap kelab bola sepak Inggeris?
Saya tidak hairan.

Sabtu, 21 Mac 2009

Mainan Baru , Sistem Pengucapan Awam Behringer B212A

Saya telah menempah satu pembesar suara aktif (mempunyai amplifier) Jenama Behringer B212A.

Minggu depan mungkin dapat.

Saiznya agak kecil, walaupun ianya sekelas dengan pembesar suara Tong Konsert Metalicca, Tingginya 22 inci, tidak sampai 2 kaki. Beratnya hanya 14.9 Kg.

Perbandingan Saiz dengan abangnya B215A (yg 15inci wufer)




Membuatkan ianya begitu mudahalih.

Ianya amat ringkas, sambung bekalan kuasa, sambung mikrofon, voila.

Dengan saiz yang kecil itu, tidak perlu ada kenderaan besar untuk mengangkutnya.
Behringer B212A itu boleh ikut naik kereta Ustaz Kamarudin Sidek (yg diserang UMNO), kalau dia ada ceramah di 2 tempat dalam satu malam. Memang mudahalih.

Kuasanya?
Dalam katalog tulis 200W, tetapi dalam Web kebanyakkannya mengatakan 400W.
Kalau 200W , ianya cukup untuk 1 padang bola.

Kebiasaannya Jurutera Bunyi membeli sepasang B212A untuk tujuan muzik, akan tetapi saya hanya beli 1. Tidak lagi kedengaran mana-mana penceramah PAS berceramah dalam stereo.

Khamis, 19 Mac 2009

PANAS! Gambar Sofi Wahab Disalahgunakan!






Jangan Marah ya, Sofi.

Gurau....

Google+ Hasbullah Pit