test

Rabu, 28 Januari 2009

Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash, Siapa Menang Proton MPV?

Siapa menang Proton MPV pada Peraduan PETRONAS 'Hot Cars Cool Cash'?

Mana ada orang menang hadiah Proton MPV, kerana Proton MPV masih belum keluar dan Proton MPV tidak ditawarkan sebagai hadiah dalam peraduan itu.

Keputusan peraduan telahpun dikeluarkan namun agak sukar untuk mencarinya melalui google. Kenapa?

Saya pun tak faham, bagaimana satu syarikat yang berbelanja jutaan ringgit untuk promosi mengabaikan faktor SEO dalam mempromosikan peraduannya. Mereka lebih suka perkataan yang ada dalam peraduan itu disiarkan dalam bentuk imej berbanding teks.



Ia membuka ruang kepada para blogawan yang ingin mendapatkan SEO yang tinggi supaya membuat satu catatan blog berkenaan "Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash".

Selain daripada PETRONAS, PROTON juga satu syarikat yang yang tidak peduli SEO. Maka ramailah bermain dengan kata kunci Proton MPV.

Walaubagaimanapun, Proton kini mempunyai teknik pemasaran yang agak 'kool' lebih kurang macam Apple ketika sebelum keluarkan iPhone dahulu. Walaupun belum dilancarkan, namun banyak maklumat bocor dikeluarkan. Ada yang sanggup mengejarnya daripada Kampung Sempang ke Sempadan Johor.

Kalau dibandingkan dengan PETRONAS, teknik pemasarannya menggunakan nama peraduan dalam bahasa Inggeris, dan mengandungi perkaraan 'cool', adakah ianya 'kool' untuk dikejari?

Nama peraduan dalam Bahasa Inggeris tatkala sedang hangat bantahan terhadap PPMSI adalah 'kool'?
Nampak seperti melawan arus. Terma dan Syarat juga dalam Bahasa Inggeris.


Akhir kata, Keputusan untuk bulan disember terdapat di sini.

Dokumentari Emas dan USD di Astro (History Channel dan Discovery Science)

Beberapa hari kebelakangan, terutama sekali semasa Tahun Baru Cina, cukup banyak dokumentari tentang emas dan matawang USD.


Namun Dokumentari itu perlu ditonton dengan minda analitik, tidak boleh percaya 100% terutama sekali "God's Gold".

Di Discovery Science, terdapat satu dokumentari tentang USD, tajuknya lebih kurang "Mighty bank", ia menceritakan bagaimana duit dicetak, duit dilupuskan, dan terang-terang meraka cerita tentang 'money creation' dan matawang USD yang baru dicetak dihantar ke luar negara.

Nampak gayanya mereka sekarang sudah terang-terangan ingin memberitahu dunia bahawa mereka menguasai dunia dengan USD.

Banyak pula dokumentari tentang emas di History Channel, emas Yamashita, emas Afghan, Pencarian bagaimana Nabi Sulaiman memperolehi emas, Di mana Menorah emas yang dicuri dari Palestin oleh Rom kini berada.

Saya sebenarnya tidak sempat menonton kesemuanya.

Semuanya akan menimbulkan keinginan penonton untuk menyukai emas.

Saya tidak pasti samada wujud agenda tersembunyi atau tidak. Saya rasa mungkin ada.

Penonton seolah-olah diberitahu bahawa USD digunakan untuk menguasai dunia, "kalau nak kembali kepada emas, silakan". Tetapi emas masih pada mereka.

Selasa, 27 Januari 2009

Ada Berapa Buah Pelayan Beras Padu? Tiada kaitan Malaysiakini

Banyak perkara berlaku, namun tidak sempat untuk berblog, bukan kerana kekurangan masa untuk mengadap komputer, tetapi mengadap komputer dalam mod antaramuka baris arahan (CLI) terlalu lama.


Ini semua Beras Padu punya fasal.

Mungkin ada yang menganggap Beras Padu hanya satu, tetapi ia lebih dari satu.

http://beras-padu.pit.my dan http://www.beras-padu.pit.my adalah alamat berbeza, dan juga berbeza lokasi.

Yang ada www itu 'hosting' berbayar, yang tiada www itu hosting di rumah.

Dulu kepala saya agak pening memandangkan Enjin Beras Padu letaknya di komputer yang sama dengan komputer saya membaca blog, menulis blog. Sekejap-sekejap ia keras.

Maka saya beli komputer terpakai untuk hoskan Enjin Beras Padu.
Pening juga kepala bila asalnya komputer 'baru' itu hendak dimasukkan OpenSuSe, tak boleh but pula, CD Ubuntu lama sudah hilang.

Saya ada 2 pilihan. Komputer lama jadi Enjin Beras Padu, Komputer baru jadi komputer melayari web.
Atau sebaliknya.

Entah bagaimana, saya memilih Ubuntu Server, tanpa mencuba langsung Centos.
Ubuntu Server memang ringkas, tiada X langsung, jimat RAM dan pemproses.

Maka saya peninglah kepala untuk pindahkan Enjin Beras Padu kepada komputer baru (Mitsubishi).
Tanpa X, nak tetapkan IP statik pada pun pening kepala.



Ketika Enijn Beras Padu yang baru belum siap, saya terfikir untuk meletakkan varnish pada komputer Macmini. Itu pun pening juga, kerana flink atau macports tiada pakej Varnish. Akhirnya saya baru tau gcc dibekalkan sekali dalam CD OSX, dan berjaya juga kompil varnish dan laksanakan varnish pada Macmini.


Atas meja hitam ada macmini, dalam itu ada varnish yang mungkin pelayan permintaan HTTP anda kalau anda berkunjung ke Beras Padu




Komputer Mitsubishi, yang ingin dimasukkan Enjin Beras Padu akhirnya lebih kurang siap malam tadi.

Banyak betul langkah perlu dilakukan. Terasa muda 10 tahun bila main CLI banyak-banyak.

Isteri saya pernah tanya, "kenapa tak siap-siap".

Manalah saya tau, bukannya orang yang buat Beras Padu itu ada perisian pemasangnya sendiri boleh "Next", "Next", "DONE".

Akhir sekali, di rumah saya ada 3 ekor varnish.
nginx membuat imbangmuat (loadbalancing) diantara
  • varnish di OSX
  • varnish di komputer mitsubishi
  • Varnish di Komputer lama.
Wah, rumah sudah jadi ladang pelayan (server farm).


Disebabkan Beras Padu ada dua alamat berbeza, ada yang suka masuk pada yang ada www, ada yang suka masuk pada yang tiada www.

Akan tetapi hari ini saya ingin mengajak pengunjung untuk mencuba yang tiada www.



http://beras-padu.pit.my

Isnin, 26 Januari 2009

P.W Botha Masuk PKR?

Semalam heboh cerita tentang ADUN Bota masuk PKR.

Namun kepala otakku terlintas akan nama P.W Botha, seorang pemimpin
kulit putih Afrika Selatan yang pro Apartied ketika 80an.

Ketika 80an, ketika saya masih lagi sekolah rendah, minat terhadap
politik sudah mula terbit.

Saya melihat akan gambar yang sama sering keluar di ruangan 'Dunia'
Berita Harian.

Gambar P.W Botha sering keluar bersama-sama gambar pemimpin dunia yang
lain seperti Ronald Reagen, Mikhail Gorbachev , Saddam, Hosni Mubarak,
Yassir Arafat, Magerat Thatcher, Marcos, Nakasone. Muka-muka itu yang
sering keluar dalam berita luar negara.

Agak sukar untuk pelajar sekolah rendah seperti saya ketika itu untuk
memahami politik dunia ketika itu. Maka, ketika itu cukuplah sekadar
untuk memahami pemimpin itu memimpin negara mana.

Tetapi ketika itu saya cukup tak faham, Yassir Arafat itu pemimpin negara mana.

Saya tidak pasti sangat apa krisis yang berlaku, tapi mungkin ada
kaitan dengan pembunuhan si Shatilla 1983.

P.W Botha pula saya hanya kenal gambar ketika itu. Dia botak.

P.W Botha kepalanya botak.

Ahad, 25 Januari 2009

Kampung Sempang Mungkin Boleh Terselamat daripada Hiperinflasi

Ini semua visi gila tetapi tak mustahil untuk dilakukan.

Tempoh hari saya meredah kegelapan malam untuk mendengar Seminar Dinar
Emas oleh Dr Abdul Halim (MMU) yang diadakan di UiTM Johor.

Memang berbaloi, kerana dia telah mencerita banyak perkara tambahan
selain daripada perkara yang saya sudah tahu.

Boikot USD agenda utama, sama seperti yang saya telah tulis di blog ini.

Dr Abdul Halim menceritakan tentang bagaimana di Yugosslavia dahulu,
berlakukanya hiperinflasi, sehingga memerlukan sejumlah wang yang
banyak untuk membeli sesuatu.

Terdapat juga cerita bagaimana ketika itu, orang terpaksa memotong
rantai emas untuk membeli roti.

Kerajaan ketika itu cuba mengawal harga barang, macam yang KPDNHEP
lakukan sekarang, akibatnya pembuat roti tak mahu buat roti.

Berbalik kepada tujuan asal penulisan ini untuk membuatkan bagaimana
Kampung Sempang boleh terselamat daripada kesan hiper-inflasi.

Kampung Sempang agak merdeka dari sudut ekonomi kerana ada sawah, ada
nelayan , ada orang bela ayam.

Sekiranya berlakunya hiper inflasi, maka penduduk masih boleh cukup
makan dengan menukar barangan sesama sendiri.

Namun ia tidak semudah yang disangka, kerana pesawah tidak menjual
padi sendiri. Mereka jual kepada Bernas untuk mendapatkan wang.
Simpanan sendiri tidaklah sebanyak seolah-olah untuk dijual.

Para pekerja yang makan gaji, akan mengalami kesusahan kerana mereka
mendapat gaji yang agak tetap setiap bulan.

Kalau harga ayam naik kepada RM 1000.00 , maka susahlah mereka hendak
membeli ayam.

Para pendokong dinar emas, kebanyakkannya fokus kepada emas dan kurang
fokus kepada Dirham perak.

Andai kata, setiap keluarga di Kampung Sempang mempunyai 10 dirham.
Dengan mudahnya ekonomi masih boleh bergerak daripada menggunakan
ringgit yang telah mengembang kepada dirham.

Hari ini 1 Dirham lebih kurang RM 3.00 sahaja.
1 keluarga hanya perlukan RM 30 sahaja untuk ada rizab 10 dirham di rumah.

Tapi mungkinkah orang kampung mempunyai kesedaran terhadap pentingnya
pertahanan daripada hiperinflasi?

Kerana itu pendokong Dinar/Dirham perlu ada rizab dirham yang agak banyak.

Andai kata setiap pendokong Dinar Dirham mempunyai simpanan 1000
dirham. Maka mereka boleh menjadi "Along baik" yang memberi pinjaman
tanpa riba' kepada orang kampung.

"Pinjam 10 dirham, bayar balik dengan 10 dirham juga"

Kalau seorang pendokong dinar/dirham boleh pinjamkan kepada 100 orang.
Kalau ada 100 orang pendokong Dinar/Dirham di Melaka? Maka 10,000
orang boleh mendapat pinjaman 10 dirham.

Walaubagaimana pun memang agak sukar kalau kerajaan negeri tiada
polisi untuk menyelamatkan rakyatnya daripada hiper inflasi.

Namun Kerajaan Negeri Kelantan agak pro kepada Dinar/Dirham, tidak
mustahil kalau mereka menyediakan secara percuma satu keluarga 10
dirham.

Privasi Alamat Emel

Saya mempunyai satu alamat emel yang digunakan untuk tujuan komunikasi sahaja.

Alamat emel itu dengan sengaja tidak dipaparkan di blog.

Hanya yang mengenali saya sahaja yang mengetahui alamat emel tersebut.

Alamat emel tersebut tidak digunakan untuk mendaftar perkhidmatan
websembarangan yang memerlukan emel. Sebaliknya saya menggunakan
alamat emel yang lain untuk tujuan itu.

Walaubagaimanapun alamat emel itu hanya digunakan untuk mendaftar
perkhidmatan yang betul-betul penting sahaja.

Saya memang jaga betul-betul alamat emel tersebut supaya tidak dicemari spam.

Namun saya tidak mampu untuk mengawal tindaktandik kawan-kawan saya
yang mengetahui alamat emel saya.

Jadi ada diantara mereka telah menjemput saya untuk menyertai Facebook.

Maka, Facebook sudah menyimpan alamat emel saya.

Selama ini saya enggan untuk mendaftar Facebook kerana enggan
memberikan alamat emel.

Sebelum ini, ramai yang telah menjemput saya untuk menyertai
friendster menggunakan alamat emel yang digunakan untuk "main-main",
itu pun mereka telah siapkan siapa "rakan-rakan" saya, sekiranya saya
menyertai friendster.

Bayangkan, tanpa mendaftar mereka sudah tahu siapa rakan saya.

Oleh kerana pengalaman menggunakan emel tanpa spam oleh gmail, maka
saya bolehlah dikitakan hanya percaya bahawa perkhidmatan berasaskan
Google sahaja yang menjamin keselamatan emel daripada dispam.

Apabila Facebook pernah dikaitkan dengan Microsoft, maka lagilah saya
tidak mempercayai Facebook.

Jumaat, 23 Januari 2009

Jadual Perancangan Aktiviti Ketika Cuti Tahun Baru Cina

Sabtu:

Pagi: Seminar Kewartawanan bersama LanH dan Mutaligat
Petang: Melawat perigi Hang Tuah
Malam: Mesyuarat tentang YB Salahuddin

Ahad:
Pagi Melawat Perigi Hang Tuah, periksa isipadu air.
Tengah hari: Pergi Majlis nikah, Samdaddycool + Najwa Farhana.
Petang: Melawat Perigi Hang Lipo
Malam: Cari Formula Jangan Kasi Perigi Hang Tuah Kering


Isnin:
Pagi: Beli Bekas air, takut kalau Perigi Hang Tuah kering, boleh isi perigi hang tuah itu menggunakan bekas yang dibeli.

Petang: Cari sumber air alternatif untuk penuhkan Perigi Hang Tuah.
Malam:

Selasa:
Pagi:Pergi Perigi Portugis, kaji macam mana nak sambungkan air daripada perigi Hang Tuah
Petang:
Malam:



Kenapa banyak sangat "Perigi Hang Tuah" ?


Ini semua pantun Prof punya fasal.



Ikan kering tidak berkuah
Dimakan dengan asam pedas
Kalau kering Perigi Hang Tuah
Hasbullah Pit telinga ku pulas

Google+ Hasbullah Pit