test

Selasa, 11 September 2007

Optimus Prime cuba menyelamat 2 pelancong yang diculik ...

Suatu petang, 2 orang pelancong telah diculik oleh Decepticon.



Optimus Prime yang ketika itu, sedang menonton DVD 'Cars' bersama Umar, transform untuk menyelamatkan 2 orang pelancong itu.



Digg Optimus Prime!!

Isnin, 10 September 2007

"My Inspiration Sharing Land"

Pagi tadi saya menemui satu laman blog tempatan yang agak informatif, memang bertujuan untuk dikongsi bersama, namun tidak mendapat sambutan daripada pembaca blog.

Ketika itu saya meng'blogsearch' perkataan 'Malaysia Label Cloud'.

Saya nampak satu perbezaan nyata antara blog yang mempunyai Awanan Tag (atau 'Label Cloud' atau 'Tag Cloud') ialah mempunyai pengetahuan asas tentang Web 2.0.


Di atas adalah Awanan Tag milik Jason, Pemuda Kuantan Kedah, di Laman Blog 'My Inspiration Sharing Land'. Nama blog sudah cukup untuk menggambarkan betapa dia ingin mengongsi Maklumat/pendapat. Ia terbukti benar, apabila saya membaca arkibnya, Kandungannya memang bermaklumat dan asli. Asli dalam konteks ini adalah bukan diceduk bulat-bulat dari sumber luar.

Melihat akan Tema blognya, teringat saya pada tema saya yang lalu. Awanan Tag kelihatan cantik bila digunakan dengan tema itu. Cadangan Saya ialah tukar warna Awanan Tag daripada 'Hitam ke biru' kepada 'Kelabu ke Biru, kerana warna hitam lebih mudah dibaca daripada biru.

Saya memang pernah bercadang untuk meletakkan butang Digg pada kiriman blog. Tetapi mungkin tak berapa sesuai kerana pengunjung blog di Malaysia tidak memahami Digg.

Merujuk Technorati, authoritinya baru 1. Bagi saya blog sebegitu patut dapat authoriti yang lebih dan komen pengunjung yang lebih banyak.

Ulang tahun ke 1/2

Ini adalah reaksi blog terhadap http://redmummy.blogspot.com/2007/09/redmummyblogspotcom-turns-2-yrs.html

Carta extreme-dm pada 10 September 2007.

Untuk September 2007,
Anticipated Final = 1325 * 30/ 10.6

$ echo "1325 * 30/ 10.6" |bc
3750

Saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada pengunjung setia, dan tak setia.
Samada anda pemblog atau tidak, anda tetap dihargai.

Terima kasih diucapkan kepada 'referrer' yang sudi membuat tudingan.
Terutama sekali :-

(Top Referer)
  1. http://strangelycharming.blogspot.com/
  2. http://www.niknazmi.com/wordpress
  3. http://redmummy.blogspot.com/
  4. http://kujie2.blogspot.com/
  5. http://anwaribrahimblog.com/
  6. http://lensa-lily.blogspot.com/
  7. http://nordinsulaiman.blogspot.com/

Terima kasih juga kepada pengguna Wiget "Komentar Terkini" dan bakal pengguna Wiget "Pengkomen"

Sekian Terima kasih.

Wiget Pengkomen untuk Blogger

Mungkin ramai pemblog blogger/blogspot yang menjawap, "Nak jimat ruang" apabila ditanya "Kenapa tiada Recent Comment?".

Namun terdapat satu penyeselaian ringkas untuk mengatasi masalah itu.
Pengunjung dan pemilik blog boleh dimaklumkan tentang terdapatnya komen pada blog itu, dengan ruang yang minimum.

Memperkenalkan "Pengkomen".
Pengkomen adalah Wiget kecil yang diadaptasi dari "Recent Comment cap Blogger Template", dimana ia hanya memaparkan nama 20 atau kurang pengkomen terkini pada blog tertentu. Untuk mengetahui pada tajuk mana yang dikomen, perlukan lihat status pada pelungsur Web, (jika dihidupkan).

Rupanya sebegini :-


Tapi kalau, sidebar lebih lebar, mungkin ia rupanya begini:-


Kalau anda hanya memaparkan 10 pengkomen terkini, mungkin dia hanya menggunakan ruang 2,3 baris teks sahaja.

Jadi, Bagaimana nak dapatkan wiget ini?

Hanya perlu salin teks dibawah. (CTRL+A, CTRL+C)



Ubah "GANTIKANSAYA" kepada blog anda. ubah nilai 'a_rc' jika mahu. Tepekkan ke Blogger anda di ruangan 'Layout', Atau lebih afdal, berdekatan dengan iklan kerana mata pengunjung akan berada dekat dengan iklan.

Voila!


p/s: Kalau kawan tanya dimana nak dapatkan Pengkomen, suruh dia klik pada 'kawan sebol'

Klik pada Awanan Tag/Label

Mungkin ramai pemblog tempatan tidak berminat dengan Awanan Tag, tapi tak mengapa, selain daripada blog Irtiyah, Blog StrangeCharm juga telah menyertai kelab Awanan Tag/Label (bukan subversif).





Namun, kemana pengguna sepatutnya akan dibawa setelah mengklik label yang diingini?

Sebelum ini, terdapat 2 pilihan

Yang pertama iaitu seperti biasa, kalau klik Cikgu Suraya ia akan dibawa ke http://sebolku.blogspot.com/search/label/Cikgu%20Suraya. Dimana ia akan memapar keseluruhan kemasukan blog yang mempunyai tag "Cikgu Suraya".


Yang kedua, ialah itu gaya Kak Jie dan iEn, ia akan memaparkan "TOC", senarai topik yang ada.
Waalupun Kak Jie tiada Awanan Tag, tapi outputnya adalah seperti berikut jika pengunjung klik pada Blog Tutorial.

Kalau ada banyak topik yang menggunakan label/tag tertentu, mungkin cara Kak Jie dan iEn sesuai. Manakala kalau hanya 1 topik menggunakan sesuatu label/tag, lebih baik guna cara biasa tanpa ubah suai.

Namun, ada cara ketiga yang lebih kool, iaitu "AJAX Label". Cuba klik pada 'Categories' pada laman Web itu untuk mengalaminya.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga cara diatas tidak menepati kehendak 'kebolehgunaan' saya.

Saya lebih suka kalau bila klik pada Label/Tag, ia akan membaca kepada sedikit Tajuk dan sedikit huraian. Sesuatu yang seperti AJAX Label, tapi bukan AJAX.

Ahad, 9 September 2007

Polisi Permainan Tag Sebol

Saya mula berblog kerana saya tak faham apa itu "kena tag". Jadi saya rasa amat bersalah jika tak memberi tindakbalas apabila ditag atas dasar semangat keblogan (macam semangat kesukanan tapi untuk blog).

Walaubagaimanapun, terdapat juga
beberapa pemblog yang tak respon pada tag, terpulanglah kepada mereka. Tapi saya tidak. Terdapat juga pemblog yang menokok tambah sehingga mengetag semua orang yang dikenalinya yang telah melawati blognya.

Jadi, Disini saya ingin mendraf polisi Permainan Tag Sebol, supaya anda boleh mengetag saya dan saya kan respon.

Saya HANYA akan merespon kepada tag apabila.

1. Tag itu dinyatakan asal usulnya. sekurang-kurangnya orang yang mengetag anda
2. Tag itu dikenakan kepada kurang dari 5 orang, melainkan tag itu memang mensyaratkan untuk mengetag lebih dari 5 orang.
3. Pautan diberikan kepada orang yang dikenakan tag.

sekian.

Tag (apa nama dia?)

Saya nak bayar 2 hutang tag sekali gus.

TAGGED BY iDaZ && TAGGED by MiLLa



5 things found in my bag

1) MBR100

2) charger

3) Earphone

4) HPM 70 without earplug

5)


5 things found in my wallet

1) RM

2) Kad Mesra / ATM

3) lesen memandu

4) Kad Nikah

5) resit2.

5 favorite things in my room
1) CD

2) VCD

3) DVD

4) CDR

5) Kaset



5 things im currently into

1) Peruncitan.

2) berjimatcermat.

3) nak bayar hutang tag

4) tunggu habis cuti

5) Persiapan puasa/raya.

5 people im going to tag



[Barang sesiapa yang komen kiriman blog ini sebelum 12 tengah hari 10 September 2007, dia akan terselamat dari ditag oleh saya]

Google+ Hasbullah Pit