test

Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan

Khamis, 15 Oktober 2009

Program Beras Percuma dan Beras ST 15

Apabila tersiarnya berita tentang beras percuma, perkara yang terlintas difikiran adalah seolah-olah BN kelihatan begitu pemurah, memberikan beras percuma kepada rakyat.

Hakikatnya ialah sumber kewangan untuk program itu adalah daripada wang rakyat juga.

Politik menentukan dasar dan kaedah, adakah BN wajar diberikan 100% kredit kerana menyediakan program beras percuma?

Anda tentukan.

Politik Subsidi Makanan, Kupon Makanan, Beras Percuma sudah lama wujud dalam penulisan di blog ini.
Google sahajalah.


Terdapat satu catatan lama yang menceritakan bahawa saya mencadangkan supaya "beras percuma" diberikan untuk menggantikan Subsidi beras.


Adakah BN dengan sengaja menyediakan peruntukan khas daripada perbendaharaan negara untuk memberikan beras percuma?

Tidak.

Program ini hanya menggantikan kaedah pengsubsidian beras ST 15, yang selama ini subsidi diberikan kepada pengilang. Kemudian dijual kepada kedai.

Tidak banyak kedai yang menjual beras ST 15, namun ada juga kedai yang mendapat limpahan beras ST 15.

Harganya lebih murah lebih kurang RM 8 bagi pek 10 kg berbanding harga beras ST 10 dan ST 5.

Rakyat Malaysia ada yang tak jumpa beras itu, tetapi adakalanya warga asing dapat membeli beras itu.

Puluhan juta sebulan digunakan untuk merendahkan harga beras ST 15 ke tahap RM 17 10kg.

Wang itulah yang akan digunakan untuk program beras percuma.

Walaupun beras percuma diberikan kepada golongan miskin, namun perbendaharaan negara akan jimat kerana beras percuma yang diberikan itu nilainya lebih rendah daripada subsidi beras ST 15 yang sebelum ini diberi kepada pengilang untuk merendahkan harga beras ST 15.

Bukannya mereka 'suka-suka hati' mahu mengadakan dasar kaedah ini.

Ianya dibuat atas dasar menjimatkan perbendaharaan negara.

Belum pernah termimpi lagi mesyuarat UMNO dengan suka-suka hati mencadangkan beras percuma diberikan kepada golongan miskin. Kalau mereka mahu, sudah lama mereka cadangkan.

Sekiranya ini adalah inisiatif penjawat awam, mengambil idea daripada blog pro Pakatan Rakyat.
Kenapa BN yang mendapat kredit.

Apa yang dirisaukan dengan program ini ialah, beras ST 15 yang murah sedikit itu kemungkinan besar tidak akan dibeli pada harga RM 17 lagi.

Jadi, jika anda atau saudaramara atau jiran anda yang sememangnya menggunakan beras ST 15 untuk makanan harian, akan menghadapi sedikit kesukaran harganya akan dinaikkan.

Adalah dicadangkan kepada pengguna beras ST15 sedia ada supaya menyimpan plastik beras itu, supaya ia boleh dijadikan bukti bahawa sememangnya menggunakan beras itu untuk sekian lama. Gunakan plastik itu untuk memohon disenaraikan dalam program beras percuma.

Dari sudut ekonomi pula, sekiranya harga beras ST 15 disenarai dalam sebakul barangan yang dikira oleh Bank Negara bagi menentukan kadar inflasi. Maka kadar inflasi diatas kertas akan naik. Ia hanya paparan sebenar bagi inflasi yang disembunyikan.

Selasa, 22 September 2009

Drama Swasta IMF

IMF nak jual 1/8 daripada simpanan emasnya. Lebih kurang 403.3 tan.
China cepat-cepat kata nak beli.

Tetapi rupanya nak beli jika ada diskaun.

IMF pula kata tak mahu jadikan dollar matawang utama dunia.
Dollar Jatuh?

Harga emas?

Bank Negara Malaysia tak tambah stok emas tatkala IMF nak jual?

Macam drama swasta pula cerita IMF dengan emas.

Jumaat, 11 September 2009

Halatuju Politik Minyak di Malaysia

Politik minyak di Malaysia agak pelik, terlalu fokus kepada harga runcit.
Pantang ada perubahan harga, ia akan menjadi isu.
Macamlah Malaysia sudah guna wang berasaskan komoditi.


Berbanding negara luar, politik minyak adalah berkisar kepada penguasaan minyak.

Amerika mendapatkan minyak daripada Iraq dengan menyerang atas alasan mencari senjata pemusnah.

Australia pula membantu 'membebaskan'  Timor Leste daripada Indonesia atas alasan alasan, tetapi yang sebenarnya mereka mahu minyak.

Malaysia dan Indonesia berebut Ambalat walhal masing-masing mempunyai syarikat minyak nasional dan boleh bentuk kerjasama.

Yang peliknya Malaysia boleh bekerja sama dengan Thai untuk merompak hasil bumi Patani dan Kelantan.

RON 95 dan RON 97 apa pula?
Ada pihak yang mencemuh RON 95, tak berkuasalah, dan macam macam.
Ada pihak yang terlalu marah atas kenaikan barang mewah RON97.

Bagi saya, penggunaa RON 95 sebagai petrol utama adalah satu langkah yang agak baik, untuk menangani kenaikan harga minyak dunia yang saya jangka akan berlaku apabila jatuhnya Indeks USD ke paras yang sepatutnya (lingkungan 75). Ketika itu harga minyak dunia berada di paras yang 'sepatutnya' iaitu USD 120.

Apabila perkara itu berlaku, maka banyaklah kereta Singapura berjoli menggunakan subsidi wang Rakyat Malaysia untuk berjalan-jalan di Malaysia.

Maka, bagi mengelakkan wang rakyat Malaysia jatuh keada Rakyat Singapura, maka mereka sepatutnya dilarang untuk membeli RON 95, sebaliknya hanya boleh membeli RON 97 pada harga pasaran sebenar.

Apa tujuannya ada minyak 2 gred?
Satu untuk dikawal, satu apung.

Perkara yang berlaku hari ini ialah RON 97 tidak diapungkan mengikut pasaran sebenar.

KPDNKK mempunyai satu tabiat pelik suka membuat perubahan harga dalam gandaan 5 sen, kononnya selaras dengan pembundaran 5 sen terdekat. Sedangkan penggenapan itu berlaku di POS.

Tabiat pelik itu menyebabkan mereka kelihatan menyembunyikan sesuatu.
Tak jadi masalah kalau RON 97 berubah setiap minggu drpd RM 2.05 kepada RM 2.08 atau RM 2.07 atau RM 2.04.


Jadi apa ahli politik perlu buat?
Ahli politik perlu memastikan harga petrol utama (RON 95) berada dalam lingkungan "mampu" bagi kebanyakan orang.
Perlu ada jaminan ianya tidak berubah sesuka hati, bukannya janji lain tunai lain.
Ahli politik perlu mencorak bahawa RON 95, petrol utama itu menjadi harga tetap atau berubah-ubah.

Seperti yang saya pernah persoalkan dulu ketika Shahrir Samad berpesta turunkan harga minyak.


Rakyat Malaysia perlu pilih antara 2

1. Polisi harga minyak stabil
2. Polisi harga minyak berubah-ubah

Ahli politik di Malaysia perlu juga memastikan bahawa minyak negara kita tidak diambil dengan menukarkannya dengan kertas jamban berjenama "USD".

Rabu, 9 September 2009

Kerja Gila Main dengan Rizab Emas

Saya baru terjumpa satu berita lama (2005) di GATA.org.

Menceritakan bagaimana Najib nak beli Kapal Perang menggunakan Rizab Emas.

Ada lagi cerita mengatakn Rizab emas kita "dipinjamkan".

Setakat yang saya tahu, Rizab emas kita ialah 36 tan.

Tetapi benarkah ianya memang 36 tan?
Bank Negara tidak keluarkan maklumat emas fizikal dalam kuaititi berat.

Yang ada hanya lah dalam USD.

0.4 bilion USD, berapa banyak emas?
400000000/32/1000=12500

Kiraan kasar saya menunjukkan 12 tan sahaja.

Serupa macam dakwaan TV Antara

Selasa, 1 September 2009

Janji RON 95 RM 1.75

RON 95 yang dikeluarkan hari ini telah dikatakan sebagai berharga RM 1.75 seliter oleh Kementerian Penerangan.

Rakyat tidak berapa kisah kalau "harga minyak utama" kekal.

Sekiranya RON95 telah dicadangkan dari seawal mei dulu adalah RM 1.80, maka tidak timbul soal pembohongan.

Namun apa yang telah berlaku adalah ianya dijanjikan pada harga RM 1.75 pada mei lalu.

(Klik untuk besarkan.)

sumber :http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3739:kenaikan-harga-petrol-ron97-dan-pengenalan-ron95&catid=99:isu-negeri

Rakyat tidak pinta RON 95 mestilah berharga RM 1.75.
Kalau ianya RM 1.80 sama seperti RON 97 sebelum ini, ia mungkin tidak dipersoalkan.


Tetapi apa yang terjadi adalah rakyat telah dijanjikan bahawa 1 September 2009 RON 95 berharga 1.75, tetapi pada 1 september 2009, ianya RM 1.80.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Krisis Gula ,Perbezaan ketara harga runcit terkawal dengan harga dunia

Krisis gula sedang melanda.
Kalau dilihat pada statistik di kilang ianya "mencukupi", tetapi apabila dicari di kedai tidak ketemu.

Peruncit kata pemborong kasi kurang.

Wujud juga rampasan gula akibat disimpan oleh pemborong tanpa lesen.

Wujud juga penyeludupan ke negara jiran.
"For Export" konon.

Pada perbezaan harga yang ketara antara harga gula terkawal RM 1.45 dengan harga gula sebenar yang mencecah RM 3. Perbezaannya ialah sekampit gula juga.

Maka perbezaan harga yang ketara itu adalah menjadi punca kepada kegiatan penyorokan dan penyeludupan.
Untung lebih daripada 100%. Siapa tak mahu.



Sampai bila harga gula harus kekal RM 1.45? Sepanjang harga kekal RM 1.45, nilai matawang kertas sudah merosot banyak mana?

Bulan ini, harga gula semasa dunia telah meningkat menjadi yang tertinggi sejak 28 tahun yang lalu.

Kalau hari ini perbezaan harga sudah lebih 100%, apa jadi kalau harga semasa gula ialah 5 kali ganda?

ada 2 faktor penyebab perbezaan ketara antara harga gula terkawal dengan harga gula semasa.

  1. Kenaikan harga gula semasa akibat permintaan dan penawaran
  2. Kejatuhan nilai matawang kertas Ringgit.



Faktor pertama tidak boleh dielakkan, namun faktor kedua boleh dikawal oleh manusia.

Di Malaysia, ringgit lebih suka direndahkan supaya menggalakkan eksport, teori ekonomi pihak kapitalis barat yang diracunkan kepada ahli ekonomi tempatan supaya mereka mendapat komoditi secara murah.

Akhirnya kita yang susah nak dapat gula.

Jadi, Kenapa kita tak berebut nak tanam tebu tatkala harga gula naik?
Jawap sendirilah.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Dollar Dollar Dollar

Penentangan terhadap penggunaan Matawang USD harus diteruskan.

Matawang USD adalah senjata utama Amerika untuk memperoleh komoditi di dunia tanpa perlu berperang.

Nilai matawang USD masih tinggi sejak pertengahan tahun lepas, walaupun berlakunya bailout, defisit bertrilion, tetapi ia masih tinggi.

Obama cukup risau kalau China tidak beli "hutang"nya. Tetapi China beli juga.

Suatu ketika dulu indeks USD sudah jatuh ke tahap 75, namun ia boleh naik dan hanya turun setakat 78.xx sahaja.

Mahu tak mahu, kalau kita serang USD, kita akan rasai impaknya juga.

Syed Akhbar Ali memberi Amaran juga. Jauhi USD.

An Urgent Note To Bank Negara Malaysia & Petronas


Sebelum ini, ada kenyataan tentang Bon 'Emas' dalam USD di Laman Web Bank Negara.


10 August 2009 : Press Statement
Landmark Issuance of Emas Dollar Bond and Emas Dollar Sukuk by Petronas

3 bilion USD + 1.5 bilion USD = 4.5 bilion USD

lebih kurang RM 15 Bilion harta milik negara dalam USD

Obama pun dah cuba nak kurangkan defisit.
Ada pihak suruh batalkan pakej rangsangan.

Makin banyak defisit Amerika, makin banyaknya risiko penurunan dollar yang orang kita simpan.

Jumaat, 17 Julai 2009

Pembuakan Tambang Teksi dan Bas

Tambang Teksi Naik?
Tambang Bas naik?

Rakyat susah?
Pemandu teksi gembira?
atau sebaliknya?

Itulah hakikat apabila menggunakan wang kertas yang nilainya susut setiap hari tanpa disedari.

Ada pemandu teksi mahukan ianya dinaikkan secara sedikit-demi sedikit supaya kesannya tidak dirasai. Namun ianya masih lagi meningkat.

Adalah tidak adil kalau tambang teksi tidak dinaikkan. Pendapatan pemandu teksi akan merosot akibat daripada penurunan nilai wang kertas.

Namun sikap 'tak mahu naik' oleh sesetengah orang membuatkan tambang tidak naik sejajar dengan menurunan nilai wang kertas, akan tetapi membuak beberapa tahun sekali.

Penumpang teksi garu kepala.

Hakikatnya, penurunan nilai wang kertas adalah tidak berlaku pada kadar yang sama setiap tahun.
Kadar penciptaan wang kertas baru juga tidak sama setiap tahun.

Banyak pihak gemar untuk mengekalkan harga semua benda walhal nilai wang kertas itu pula merosot,

Akan berlaku pembuakan harga, apabila sesuatu harga terlalu dikawal supaya 'kekal'.

Sekiranya sektor pengangkutan tidak mahu menggunakan wang komoditi sebagai tambang, tidak mustahil kalau penilaian wang komoditi digunakan sebagai penanda bagi tambang.

Maka tambang teksi dan bas boleh dikekalkan pada satu penanda aras wang komoditi.

Khamis, 9 Julai 2009

Stok Penimbal Beras PAS

Setiap Pemuda PAS, Muslimat PAS, Ahli PAS dicadangkan supaya menyimpan beras, lebih sedikit daripada penggunaan biasa.

Kalau biasa hanya sekampit beras yang disimpan pada satu-satu masa, Maka tingkatkanlah ia menjadi 4 atau 5 kampit.

Mengapa?

Seandainya berlakunya krisis, samada krisis banjir atau gempa bumi, maka tidak perlulah membeli beras untuk memberi bantuan. Hanya bawa sekampit dari stok masing-masing.

Stok beras yang disimpan, adalah milik pemiliknya.

Sekiranya krisis ekonomi meruncing sehingga tahap ada yang tidak mempunyai makanan, maka beras-beras milik ahli juga boleh dihimpunkan di markas kawasan atau cawangan untuk tujuan diagihkan.

Seandainya krisis 'kekurangan' beras 15% hancur seperti yang pernah belaku sebelum ini, maka sesiapa yang mempunyai stok penimbal beras tidak merasainya. Krisis mungkin selesai sebelum beras pada stok itu habis.

Sekiranya cawangan atau kawasan atau dewan ingin melaksanakan aktiviti yang melibatkan jamuan, maka sumbangan beras adalah 'kurang terasa' berbanding wang tatkala hujung bulan.


Bagaimana pula kalau berlaku hiperinflasi sehingga harga beras yang dikawal itu tidak lagi mampu dikawal?

Ada banyak kebaikan untuk mengadakan stok penimbal beras di rumah masing-masing.

Kisah Nabi Yusuf menyimpan stok makanan perlu diteladani.
Mungkin kita semua beranggapan bahawa tidak wujudnya krisis, akan tetapi isyarat krisis itu telah ada.

Bukankah 'Pemanasan Global' satu tanda krisis kemarau?
Bukankah krisis beras tahun lepas adalah satu petunjuk?

Jumaat, 3 Julai 2009

Penolakan terhadap kapitalisme bukan bermaksud anti perniagaan.

Penolakan terhadap kapitalisme bukan bermaksud anti perniagaan.

Islam berkembang melalui perniagaan.

Kebobrokan Kapitalisme hanya wujud bila wang kertas digunakan.

Ini dipanggil ketidakadilan ekonomi.

ulangsuara

ketidakadilan ekonomi.

Kapitalisme jahat menjadikan ladang di Tanah melayu sebelum merdeka milik British.

Sehingga selepas merdeka pun 70% ladang adalah milik syarikat kapitalis British.

Kalau keadilan ekonomi berlaku ketika sebelum merdeka, orang Melayu, Sultan Melayu pasti kaya-raya kerana menerima emas hasil dari penjualan tanah.

Akan tetapi perkara itu tidak berlaku.

Ketidakadilan ekonomi menyebabkan negara yang mempunyai kertas yang lebih mahal, membeli ekuiti di negara kertas murah.

Mahu cerita liberisasi ekonomi?
Komoditikan wang dahulu.

Ahad, 31 Mei 2009

Keganasan Kapitalis British, Mangsa Terus Dicari

Sistem Kapitalisme British dan Amerika, sebenarnya amatlah ganas.

Kapitalisme, melalui konsep ekonomi keynessian sering membuat masyarakat tentang "pertumbuhan" , kita dibuai peningkatan KDNK beberapa peratus, seolah-olah setiap tahun kita menjadi lebih kaya sebanyak itu.

Tapi hakikatnya rakyat bertambah miskin walaupun bilangan nombor dalam buku bank bertambah.

Kaedah licik golongan kapitalis mempengaruhi minda rakyat ialah dengan mempromosikan pinjaman adalah penyelesaian kepada masalah kewangan.

Ini menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang hartanya negatif.
Kalau dia jual segala hartanya sekalipun, dia masih dalam keadaan berhutang.
Namun dia masih berkereta yang belum habis bayar dan memilik rumah juga yang belum habis bayar.

Dia terpaksa bekerja supaya bayar hutang.
Jadi hamba Bank.

Bank dijaga baik oleh Kapitalis British.
Mana yang kelihatan lemah dicantumkan agar jadi kuat.

Bukan sahaja Bank yang mempergula-gulakan "Pinjaman" sebagai satu-satunya penyelesaian maslaah kewangan, tetapi wujud juga syarikat berlesen.

Gambar menunjukkan Ejen Kapitalis British, mencari mangsa di kalangan Kakitangan Kerajaan.




Kalau peminjam tidak bayar, Bank tidak rugi, sebaliknya hanya menjadikan status pinjaman itu sebagai NPL.
Mereka tidak perlu kurung peminjam seperti Along. Ikat dengan rantai gajah.



Sekiranya Along boleh menukar status pinjamannya kepada NPL mungkin tiada lagi orang yang rumahnya disimbah cat.

Tetapi Kapitalis British mahu menguasai sektor pinjaman. Mereka mahu monopoli.
Jadi mereka burukkan Kapitalis Cina Tempatan dengan imej buruk.

Sistem pinjaman oleh Bank, yang menggunakan riba adalah satu sistem yang pasti menyebabkan sebilangan kecil dari peminjam akan jadi mangsa teruk.


Kalau kita kosongkan dulu semua duit dalam seluruh negara.
Kemudian Bank memberikan pinjaman 1bilion kepada  juta orang.
Dengan kadar riba yang tidak tinggi sekalipun, Bank mengharapkan bayaran balik, adalah lebih daripada 1 bilion.
Mana datangnya lebihan wang kalau keseluruhan wang yang ada hanyalah 1 bilion?


Maka dalam sistem itu, pasti ada beberapa peminjam yang terpaksa digadaikan harta cagarannya.


Semua gambar diatas adalah keganasan Kapitalis British yang disiarkan dalam Surat Khabar Berita Harian.

Patutkah Pengganas Kapitalis British ini dibenarkan pulang ke Malaysia?
Anda tidak nampak lagi kekejaman mereka?

Ahad, 24 Mei 2009

Harga Emas tidak naik, tapi USD & Ringgit yang jatuh

Terdapat analisis di blog ahzar yang mengatakan bahawa

US Dollar terus lemah , Harga Emas & Nilai Ringgit Semakin Meningkat



Di blog itu menyiarkan carta harga emas dalam USD dalam tempoh 6 bulan kebelakangan.


Jika anda anggap emas adalah matawang, automatik apabila USD jatuh, emas akan naik.

Tetapi adakah harga emas sememangnya naik?
Kena lihat harga emas dalam matawang lain.

Harga emas dalam pound UK 60 hari kebelakangan....



Harga emas dalam Dollar Australia 60 hari juga,


Harga emas dalam euro




Di sini, kalau kita lihat, hampir tiada kenaikan harga emas dalam euro, aud ataupun GBP sejak awal mei yang lalu.


Apa yang berlaku sekarang ialah fasa, berakhirnya "False dollar rally". dimana dollar akan jatuh.

Kejatuhan dollar ini akan mengakibatkan nilai ringgit meningkat berbanding dollar, tetapi jauh berbanding euro, gbp dan aud.

Dalam tempoh 3 bulan kebelakangan...




Ringgit naik berbanding USD sebanyak 5% , mungkin ada yang gembira.

Tetapi Ringgit jatuh 5% berbanding Euro dan Pound British.

Dan Jatuh 15% berbanding Dollar Australia.

Rabu, 20 Mei 2009

Obama kata Kita tidak boleh terus meminjam daripada China atau daripada negara lain

Obama kata....

“We can't keep on just borrowing from China or borrowing from other countries,"

"Kita (Amerika) tidak boleh terus meminjam daripada China atau daripada negara lain."

 
Obama kata....


"We have to pay interest on that debt and that means that we're mortgaging our children's future with more and more debt,"

"Kita perlu membayar faedah pada hutang itu dan ianya bermaksud kita menggadaikan masa depan anak-anak dengan banyak hutang"


Obama kata....
  "What's also true is at some point they're just going to get tired of buying our debt.  And when that happens, we will really have to raise interest rates to be able to borrow and that will raise interest rates for everybody."

 "Apa yang juga benar adalah pada masa sama, mereka akan penat membeli hutang kita. Jika ianya berlaku, kita akan perlu menaikkan kadar faedah supaya boleh meminjam dan ia akan meningkatkan kadar faedah bagi semua orang".


Saya pula nak kata...

Apa yang berlaku sekarang ialah Amerika meminjam daripada dunia, dengan menjual "hutang"nya.
Mungkin anda pening kalau tulis menjual "hutang", jadi saya tulis "kehutangan", sebagai merujuk kepada perkara yang sama.

China membeli "Kehutangan" milik Amerika.
Tetapi pada masa yang sama Amerika membeli barangan dari China, maka barangan dari China itu boleh dikira dibeli secara hutang.

Amerika dapat barang, China dapat "Kehutangan" yang ada "nilai".

Apabila saya cakap "cetak duit" ada yang kata saya sempit pemikiran, perkara yang lebih kurang sama berlaku, macam cetak duit, tapi tak payah cetak.

Jual sahaja kehutangan 1 billion, boleh beli barang 1 bilion, tak perlu cetak duit pun.

Ambil satu senario,

Pakcik ada ladang kelapa. 100 batang pokok.
Sekali turun, berlori-lori.

Ahmad jual "kehutangan" kepada pakcik sebanyak RM 10,000.
Ahmad beli kelapa pakcik itu, berlori-lori.

Apa yang berlaku adalah kelapa dipindahkan daripada Pakcik kepada Ahmad.



Errr Ada sesiapa nak beli "kehutangan" aku?



Bayar pada saya 1 billion, selepas tempoh matang nanti (5 tahun) dapat 5%.

Selasa, 19 Mei 2009

Najib Ambil 60 bilion dari Bakal Haji

Apa yang nak dihairankan kalau Tambang Haji 'naik' kalau wang yang digunakan ialah wang kertas.

Wang kertas dalam simpanan menyusut nilainya setiap hari.

Setelah nilai pada wang kertas menyusut setiap hari, adalah menghairankan kalau pendapatan tidak meningkat.

Namun agak menghairankan juga kalau kos menunaikan haji tidak meningkat.

Datuk salleh Majid berkata ...

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.
Dalam sistem ekonomy Keynessian, yang terlalu taksubkan "pertumbuhan",  banyak benda yang bertumbuh, akan tetapi selalunya tidak selaras.


Bekalan wang (M1,M2,M3) bertumbuh pada kadar 8% (contoh)
Dividen Tabung Haji 5 % (contoh)
Kenaikan gaji 4% (contoh)
inflasi 3% (contoh)


Lambat laun, harga barang akan mengejar bekalan wang.
Hari ini kalau inflasi boleh dikawal-kawal oleh kementerian dengan mengawal beberapa barangan, lambat laun ia akan membuak juga.


Cuba lihat berita lama ini.



KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Wang Secara Meluas, atau M3, meningkat sebanyak RM8.2 bilion, atau 13.5 peratus bagi asas tahunan, pada September, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
 Kalau M3, setahun meningkat sebanyak 13.5 peratus, maka bersedialah untuk menghadapi inflasi sebanyak 13.5 peratus.

Ya, Hari ini inflasi inflasi tidak sebanyak itu, disebabkan ianya disembunyikan oleh kawalan harga, namun lambat laun ia akan membuak, dan dan terkumpul , meningkat dengan banyak sekaligus.

Masa itu, Kerajaan BN kah, kerajaan PR kah semua akan pening kepala.

Jadi, sekiranya M3 meningkat 13.5 peratus, maka pendapatan mesti meningkat 13.5 peratus juga, baru ia "normal".

Sebaliknya, M3 meningkat tetapi pendapatan hanya meningkat ikut kadar inflasi yang disembunyikan.

13.5 % itu tahun lepas, ketika sebelum berlakunya pesta 60 billion oleh Najib.




 Berapa agaknya pertumbuhan M3 tahun ini, kau tunggulah nanti.

Kalau dulu saya boleh katakan Najib ambil 60 bilion daripada orang yang belum lahir, hari ini saya boleh kata Najib ambil duit dari jemaah haji, dan pelabur tabung Haji.

Menurut Melaka Hari ini, kenaikan kos haji itu sebenarnya lebih dari itu, iaitu anggaran RM 12,000




Apabila kos haji disubsidikan supaya rendah, lambat laun ia akan membuak juga. Itu yang terjadi pada kos haji yang telah disubsidikan, membuak daripada 8k kepada 9k.

Apabila kos haji disubsidikan oleh Tabung Haji, dan bukannya kerajaan, maka Tabung Haji akan kekurangan untung, pelaburnya pula ialah orang yang belum haji.

Maka pengsubsidian kos haji oleh Tabung Haji, boleh diibaratkan ialah pengambilan wang oleh bakal jemaah haji daripada simpanan orang yang belum menunaikan haji, secara tanpa niat.

Ini kaedah apa pula?

Hakikatnya, kewujudan pengsubsidian kos haji adalah disebabkan oleh penurunan nilai wnag kertas yang diakibatkan oleh pengembangan M3.

Kenapa Bank Negara yang tidak mengsubsidikan kos haji?
Bank Negara boleh cetak duit, Tabung Haji tak boleh.

Teringat saya cerita Dr Halim ketika Seminar Dinar Emas di UiTM dulu, lebih kurang sebegini,

Suatu hari seorang pakcik nak menunaikan haji, maka ditanyalah pegawai, berapa banyak duit yang diperlukan untuk menunaikan haji.

Maka dia jawap RM 6000, maka pakcik itu pun kumpulkan duit RM 50 sebulan untuk menunaikan haji. genap 10 tahun, dia sudah ada RM 6,000. Maka pergilah Pakcik itu ke Tabung Haji.

"Pakcik dah ada RM 6,000, Pakcik nak ke Mekah"

Maka terpaksalah pegawai itu jawap, "Mana cukup 6,000 nak ke mekah "

"Eh dulu kata RM 6,000 boleh pergi Mekah"
"Itu 10 tahun dulu" , kata pegawai.

Jika kos haji tahun ini ialah RM9,445, Siapa ambil "RM 3445" yang sepatutnya pakcik itu tak perlu tambah?

Sekiranya pakcik itu kumpul RM 50 sebulan selama 5 tahun setengah lagi, adakah kos haji masih lagi "9445" ?

Jadi apa penyelesaiannya?
Tabung Haji sepatutnya membenarnya bakal haji menyimpan emas atau perak.

Rabu, 13 Mei 2009

Belum Tentu lagi RON 97 ada dijual di Daerah Jasin

Politik harga minyak sudah berkumandang akibat daripada pengumuman tentang penggunaan RON95 dan harga RON 97 akan dinaikkan ke RM 2.00 .

Peliknya hanya kenaikan harga minyak RON 97 yang dipersoalkan.

Sekiranya harga minyak RON 95 adalah RM 1.75, dan harga RON 97 adalah kekal seperti sediakala RM 1.80, belum tentu lagi ramai orang yang kekal menggunakan RON 97.

RON 95 akan dijadikan sebagai barangan keperluan dan dan RON 97 dijadikan barang mewah.

Apa ertinya kita kalau masih mahu guna barang mewah tetapi menagih subsidi.

Oleh itu saya harap barang mewah RON 97 itu diapungkan terus, tak payah ikat pada RM 2.00.
Biar dia naik sehingga RM 3.50 seliter.

Jadi kalau PAS Bukit Katil menerusi Sofi Wahab dan Angkasanuri mahu memperjuangkan nasib orang kaya supaya terus dalam membeli barangan mewah dengan harga murah. Itu hak demokratik mereka. Dan kemungkinan besar akan ada RON 97 dijual di sekitar kawasan Bukit Katil.


Walaubagaimanapun, di Kawasan Jasin senarionya berberbeza, Berdasarkan taraf hidup rakyat yang agak rendah, ada kemungkinan RON 97 tidak dijual di mana-mana stesyen minyak di Daerah Jasin.

Belum tentu lagi RON 97 akan dijual di daerah Jasin, jadi kenaikan harga RON 97 tiada kena mengena dengan Dewan Pemuda PAS kawasan Jasin atau mana-mana badan politik peringkat Jasin.

Oleh itu saya nak ambil kesempatan ini untuk membuat banci.

Adakah anda akan terus menggunakan RON97 pada harga RM 2.00 seliter kalau sudah ada RON 95 RM 1.75?

Kenaikan Harga Emas, Perak, Minyak dalam USD

Ketika ini, harga dalam USD :

Emas USD 920 seaun
Minyak Mentah USD 58
Perak USD 14.3 seaun

Ramai yang suka harga minyak dunia rendah kerana menjimatkan mereka yang suka berjalan.

Namun yang paling suka harga minyak rendah ialah Amerika, kerana mereka boleh beli minyak murah daripada Negara Islam.

Negara Islam pula masih tidak faham-faham dan terikut-ikut rentak mereka, sehingga negara Islam pun mahukan harga minyak murah.

Di Malaysia harga minyak ron97 dikatakan akan "dinaikkan" kepada RM 2.00 , mengapa ia tidak diapungkan terus?

Berikut adalah carta kejatuhan nilai dollar yang menyebabkan harga minyak/emas/perak dalam USD naik.


Dalam 3 bulan kebelakangan, USD telah jatuh 15% berbanding AUD (Australia). tetapi hanya turun 5% berbanding euro, dan seikit dengan Ringgit.

Graf yang sama untuk 5 tahun.
(klik pada imej di tab baru)

A adalah ketika USD jatuh , dan ketika itu harga minyak dunia USD 130 , Perak USD 20 , emas USD 950.

B adalah ketika harga minyak dunia USD 35 , perak 9USD, emas 800 USD.
Fasa ini saya panggil "False Dollar Rally".

Setelah Obama mencetak trilion USD, bekalan matawang mereka banyak , Tidak masuk akal kalau nilainya kekal tinggi.

Namun nilainya tinggi dan mereka mampu beli komoditi. dengan duit yang banyak dan harga yang murah.

"False dollar Rally" tidak boleh bertahan lama Ianya akan jatuh jua.

Jika diunjurkan graf itu menggunakan tetikus warna oren, maka ianya akan tiba ke tahap C yang sama dengan A.

Agaknya berapa harga minyak dunia ketika itu?
USD 130?
Berapa agaknya harga emas dalam USD ketika itu?
Kalau hari ini sudah 920?
Berapa harga perak?
USD 20? mungkin

Kita , rakyat Malaysia amat merasai kesan turun naik harga komoditi ini kerana nilai ringgit ditentukan dengan kaedah "Managed Float".

Untuk mengelakkan kita sengsara harga minyak naik, maka perlunya Ringgit perlu keluar daripada "Managed float".

Sekiranya graf sebelum "False dollar rally" diunjurkan (warna biru), ia akan sampai ke paras D.

Akhir kata, selamat kumpul tin.

Isnin, 11 Mei 2009

Perbankan Islam dijadikan Alat Penjajahan.

Baru-baru ini, telah ada "Liberisasi Kewangan" yang telah diumumkan oleh Najib yang telah membenarkan ekuiti asing pada Bank "Berlandaskan Islam" dipertingkatkan sehingga 70%.

Sebelum ini hanya hanya 49% sahaja ekuiti asing yang dibenarkan. Maksudnya 51% masih lagi tempatan.


Apabila ekuiti asing boleh dipertingkatkan sehingga 70%, maksudnya ianya boleh dimiliki asing.

Pandang kiri
Pandang kanan.

Siapa yang tidak berhutang kepada bank?

Kalau sebelum ini masyarakat menjadi hamba bank, kerja teruk-teruk untuk bayar hutang bank.

Kini, masyarakat boleh menjadi hamba bank asing.
Naik satu tangga.

Bank asing di Amerika yang rugi, boleh diuntungkan kembali hasil daripada 'bailout',penciptaan wang daripada angin, kini boleh membeli bank Islam Tempatan.

Masyarakat Islam di Malaysia ramainya buta muamalat, mereka meminjam di Kewangan Islam, kerana menyangka ianya benar-benar bebas daripada riba'. Akad diubah daripada meminjam sambil dikenakan faedah dan kemudian dibayar secara tertangguh dengan kadar lebih tinggi. Lebih kurang sama, cop sahaja lain.

Tetapi peminjam kebiasaannya hanya tau yang mereka "meminjam secara islamik".

Akad sahaja islamik, tetapi bank itu pinjamkan duit yang tidak wujud. Bank tak guna duit yang didepositkan, bank tak guna duit dia sendiri, tetapi mereka boleh untung.

Mereka ada emas yang mewakili duit yang dipinjamkan itu?

Ahad, 10 Mei 2009

Daya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif - Datuk Salleh Majid

Berikut asalah Penulisan Datuk Salleh Majid bertajuk Daya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif





Daya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif

SAYA tertarik dengan hasrat untuk meningkatkan tahap gaji pekerja kita kepada tahap yang lebih tinggi. Maknanya gaji pekerja kita lebih tinggi daripada sekarang. Ini sesuatu yag sudah lama patut dilakukan.

Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.

Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.

Kalau tengok Singapura, menteri mereka gaji paling lumayan. Perdana Menteri mereka gaji berpuluh ganda gaji Presiden Amerika Syarikat. Sebab apa? Sebab orang putih kata, "kita bagi kacang, kita dapat monyet."

Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah naik gila-gila. Sebab apa? Bukan orang yang beli rumah nak duduk di rumah itu tetapi nak jadi bahan spekulasi.

Masyarakat yang suka spekulasi ini, tahu-tahulah... Pasaran saham pun orang Melayu mana tahu nak lakukan spekulasi? Naiklah melambung macam Repco dulu sampai RM150 sesaham. Bila tengok tiada isi, tapi orang kejar juga macam nak gila.

Bila kita tegur jangan beli, dia balas balik menyembur kita mengatakan apa kita peduli, bukan duit kita. Inilah yang menyebabkan segala-galanya jadi bahan spekulasi.

Tengoklah ayam pun jadi bahan spekulasi. Kerajaan suruh turunkan harga pasal kita tahu orang takut makan babi, dia tak mahu. Bukankah biadab? Kita mesti ajar sikit mereka ini.

Macam juga yang jual rumah harga gila-gila. Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.

Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.

Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

Cuba bayangkan dalam tahun 1978 harga rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, suatu kawasan perdana ialah RM60,080. Pada 1989, harganya RM200,000.

Sekarang, cuba teka harga rumah yang sama, dinding sama, kawasan kecil sikit lagi batu-bata sama. Kalau tak ada RM600,000, jangan cakap.

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangnya kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.

Sikap begini memang menjadi lumrah syarikat swasta. Sampai bila pun orang kita tak ke mana.

Kemudian kita berhasrat nak tingkatkan daya saing negara. Satu hajat yang murni.

Sekarang bandingkan negara kita dengan 134 negara lain, kita duduk nombor 21. Dua tahun lepas kita nombor 19.

Empat tahun dulu kita nombor 16. Maknanya, kita dah jatuh. Laporan Daya Saing Dunia dari Switzerland (World Competitiveness Report) menyatakan orang yang buat bisnes dengan kita beri beberapa faktor yang menjadi penghalang utama.

Bukan saya yang kata, tapi boleh laporan ini sendiri. Nombor satu penghalang: Perkhidmatan awam yang kurang cekap. Kedua, rasuah. Ketiga, jenayah dan kecurian (dua orang mengandung mati kena ragut, mat rempit menjadi-jadi, tengah tukar tayar, kena tembak di siang hari).

Keempat, ketidakstabilan dasar (hari ini naik tol, esok tak jadi). Kelima, tenaga kerja yang kurang terlatih, bukan tak terlatih tapi kurang terlatih. Mana tidaknya, ramai orang Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebut saja rakyat mana - kita ada. Malahan ada kawasan yang dia kontrol.

Jadi kita tengok jiran kita nombor lima. Rakyat dia satu per sepuluh daripada penduduk kita. Ini menunjukkan yang membuatkan sesebuah negara itu berdaya saing ialah bakat rakyatnya.

Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

Saya setuju produktiviti perlu ditingkatkan. Macam saya tulis dulu, kalau setiap orang pekerja tambah kerja 10 minit sehari, kalau tiga juta pekerja dah ada 20 juta minit bertambah.

Ini tidak - terlekat dengan kesesakan lalu lintas saja berjam-jam. Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.

Di mana datangnya inovatif dan kreatif pekerja kalau tidak diberikan latihan? latihan untuk jadi inovatif dan kreatif tak sama macam pergi kelas biasa.

Inovatif dan kreatif guna otak sebelah kanan, logik, matematik dan hujah guna otak sebelah kiri. Jadi macam mana nak digerakkan otak sebelah kanan.

Memadaikah kalau dengan menyuruh jadi inovatif dan kreatif. Kalau dia segan nak baca buku, (rakyat Malaysia baca purata dua halaman setahun), yang ada pengetahuan mana nak dapat ilmu?

Pelatih yang bakal melatih inovasi dan kreativiti sendiri mesti dilatih dahulu. Macam tongkat ali dah bertahun-tahun di hutan kita, orang luar datang buat macam-macam dengannya. Kita yang tidak kreatif.

Amang bijih pun boleh jadi bahan perkilangan tapi bank kita akan tolak sebarang permohonan berkaitan perkara-perkara sebegitu. Jadi, satu golongan saja nak jadi kreatif dan inovatif, tak jadi juga.

Bila orang bank kita tak biasa dengan sesuatu yang pelik sikit, bukan dia nak cari pakar dalam bidang pelik tersebut, dia akan senang sahaja tolak permohonan.

Dunia sekarang, dunia pengetahuan. Ekonomi sekarang, ekonomi pengetahuan K-ekonomi. Kita sudah siapkah nak pindah kepada K-ekonomi? Inovatif dan kreatif bukan lagi K-ekonomi tetapi era konsep atau dunia konsep. Di mana kita dengan nanoteknologi misalnya?

DATO' SALLEH MAJID ialah Felo Utama

Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)


Bincangkan.

Isnin, 4 Mei 2009

Sekitar Demonstrasi Menentang Kapitalisme, Riba di Melaka

Kali ini demonstrasi menentang kapitalisme tidak diganggu polis sebagaimana berlaku ketika sidang G20. Mungkin kerana ianya tidak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.


Sepanduk itu disediakan oleh para pelajar, di gerai yang memaparkan bagaimana kaitan sistem wang kertas dengan 'Great Depression'. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana kaitan wang kertas dengan peluang pekerjaan. Namun saya pernah terangkan di sini.


Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja?


Gambar di atas menunjukkan kreativiti para pelajar Dr Halim, untuk menerangkan konsep dinar/dirham kepada orang ramai. Saya datang ke sana bukan untuk diterangkan supaya difahami, tetapi ingin mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar.

Ini adalah satu gerai yang cuba menggambarkan revolusi kewangan yang ke arah emas semula.

Bangunan "wang kertas" akan tumbang dan digantikan dengan piramid emas.


Terdapat satu gerai yang menyediakan wang kertas untuk dipijak.


Maka 'perusuh' tadi memijak wang kertas sambil memegang wang emas. Secara simboliknya menunjukkan emas akan satu hari nanti generasi akan datang akan menolak wang kertas.


Disebabkan para pelajar tidak mampu memiliki dinar, maka syiling emas palsu disediakan. Sepatutnya 'syiling emas palsu itu adalah hadiah bagi permainan, tetapi ianya diberikan percuma kepada 'perusuh kecil' itu.
Dan kemudiannya wang emas itu boleh dimakan oleh perusuh kecil itu bersama bapanya.

Terdapat satu gerai yang saya tidak sempat saya ambil gambarnya, menyediakan 1 keping sampel wang zimbabwe bernilai 50 bilion. Pelajar itu meminta saya memilih beberapa barangan. Maka saya memilih buku nota.
Pelajar itu mengatakan tekaan saya tepat, kerana nilai 50 bilion wang zimbabwe itu hanya mampu untuk membeli sebuah buku nota.

Pemahaman para pelajar agak memuaskan.

Pensyarah, Dr Halim agaknya, meminta pengunjung gerai mereka menulis nama sebagai tanda mereka telah diterangkan. Dan saya menggunakan kesempatan itu untuk menguji pemahaman para pelajar.

Mereka faham tentang pengeluaran wang kertas berleluasa yang menyebabkan inflasi, namun apabila saya sebut "Macam Najib 60 bilion", mereka nampak terpinga-pinga. Mereka tidak boleh mengakitkan pakej rangsangan 60 bilion ringgit, oleh Najib itu sebagai satu kaedah penciptaan wang kertas sewenang-wenangnya.




Terdapat satu gerai yang menyediakan video untuk ditonton pengunjung, maka saya tontonlah bersama 'perusuh kecil', saya katakan pada pelajar itu 'saya sebenarnya sudah faham'. Kemudian saya terangkan pada tentang perak.

"Dinar sebenarnya boleh diumpamakan sebagai 'FD', manakala matawang untuk urus niaga adalah dirham."

Dinar umpama 1 keping nota RM 500 yang jarang digunakan, manakala yang sepatutnya dijadikan urusniaga ialah perak, dimana perak boleh digunakan untuk membeli roti, ayam dan sebagainya.

Sebenarnya tujuan asal saya ke sana adalah kerana 'souk'.


Ingin juga saya melihat model souk Dr Halim, namun ia agak mengecewakan. Tidak seperti model souq yang saya impikan di Jasin (AJK DPPKJ mesti klik sini)  . Tidak wujud suasana dimana, seolah-olah sesiapa sahaja boleh berniaga.

Mahu tak mahu saya teruskan merealisasikan Souq itu melalui DPPKJ.


Akhir sekali, ini hasil tangkapan....

Semua percuma, kecuali Kemeja-T.

Ahad, 3 Mei 2009

Liberisasi Ayam

Tatkala ramai orang sikbuk tentang Liberisasi ekonomi, tiba-tiba harga ayam naik dan ayam diugut akan dijadikan barangan kawalan.

Maka akan hilanglah status ayam sebagai binatang, kerana ia sudah menjadi "barangan".

Perlukah ayam merusuh?

Apa yang hendak dihairankan kalau harga ayam naik?
Harga ayam yang dinilai dalam duit kertas pasti naik apabila Najib cetak 60 bilion.

Memanglah harga ayam dalam matawang itu akan naik, apabila matawang itu sudah berlebihan.

Jadi Harga ayam kononnya akan dijadikan barangan kawalan, tetapi sebelum ini sudah ada harga syiling, lebih kurang dikawal jugalah.


Yang paling pening kepala ialah peniaga ayam, sudahlah terpaksa beli dengan mahal, pengguna pula nak murah.

Penternak pula nak juga naikkan harga ayam.

Peniaga ayam seolah-olah kehilangan hak untuk tidak membeli ayam, kerana dia hanya berniaga ayam.
Lainlah kalau peniaga ayam itu ada jual kambing sekali, maka bolehlah dia cakap:

"Hari ini aku taknak jual ayam, aku nak jual kambing"
Pengguna masih mempunyai hak memilih untuk tidak beli ayam, kerana boleh beli ikan atau sumber protien yang lain.

Saya tidak gemarkan sebarang bentuk kawalan harga, selagi masih gunakan wang kertas.
Lambat laun, harganya "terpaksa" dinaikkan juga akibat daripada lambakan kertas itu.

Biar dia apung, tetapi yang penting tiada monopoli.

Google+ Hasbullah Pit