test

Rabu, 28 Mei 2008

Haramkan Penggunaan Istilah "Islam Hadhari" Bagi Pendekatan itu

Mungkin ada yang tak bersetuju kenapa Mufti Perak tidak mahu mengharamkan "Islam Hadhari".

"Islam Hadhari" bagi Pendokongnya ialah hanya satu "Pendekatan".
10 prinsip Pendekatan itu, bagi saya elok, akan tetapi ianya tidak lengkap untuk menggunakan nama Islam Hadhari. Seolah-olahnya itu sahaja yang diperjuangkan oleh Islam.

Maka saya akan sokong kalau Istilah Islam Hadhari itu sahaja diharamkan. Gunalah nama lain sebagai contoh "Pendekatan Hadhari" .

Saya tidak faham kenapa, JAKIM mengatakan ianya bukan agama baru tetapi tetap terus menggunakan nama seolah-olah agama baru.


Jakim pula cuba menegakkan benang yang basah supaya terus menggunakan nama "Islam Hadhari". Mereka juga tidak mahu menggunakan nama Hadharah Islamiyah kerana kononnya ia menggambarkan Tamadun Islam Abbasiah dan bukannya sekarang.

Mengikut hukum DM bahasa Melayu, Apabila pendekatan itu menggunakan Islam Hadhari, maka ianya seolah-olah agama baru, kerana ia akan merujuk kepada Islam, bukan "Tamandunnya" atau "pendekatan".

Maka adalah salah menggunakan Istilah "Islam Hadhari" kalau ianya hanya menceritakan tentang hanya pendekatan.

Catatan blog saya yang lama tentang "Islam Hadhari":

"Islam Hadhari"

Ketika Isl*m Hadhari mula diperkenalkan sebelum pilihanraya 2004, ramai orang yang mengatakan ianya seolah-olah agama baru. Maka pihak BN cuba mengadakan "Penjelasan" supaya rakyat faham apa itu Isl*m Hadhari, Saya masih ingat lagi suatu ketika, ramai ahli politik UM/BN yang mengatakan "Masih ramai lagi yang tidak memahami Islam Hadhari", seolah-olah hukum untuk memahami Isl*m Hadhari adalah wajib.

Maka mereka kata "Islam Hadhari" bukan agama baru walaupun mengikut hukum DM, ianya seolah-olah agama baru.

Mereka kata ianya "pendekatan" dan bukan agama baru, maka kita iyakan dahulu sementara waktu.

Mereka masih lagi mahu memberi "Penjelasan", maka dikeluarkan 10 prinsip itu beserta huraiannya.

Siapa yang tak hafal 10 prinsip itu, maka dia dikira "Tidak memahami Islam Hadhari".

Maka, untuk memahami juga , maka hafal sahaja 10 prinsip itu, hafal sebiji sebiji ayatnya.

Memang 10 prinsip itu kelihatan seperti senarai 10 "perkara baik".

Maka timbul 1 lagi persoalan, adalah 10 prinsip itu cukup lengkap untuk dilabel sebagai sesuatu yang merujuk kepada Islam?

mengapa mesti ada "Kekuatan Pertahanan" sedangkan tidak diceritakan langsung tentang keselamatan kanak-kanak? Adakah dengan pertahanan kuat rakyat selamat? mengapa tidak "keselamatan terjamin" mengganti "Kekuatan Pertahanan"?

Oh, Jangan dipersoalkan 10 prinsip itu, sekiranya dipersoalkan, anda akan ditakrifkan sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari"

Jangan dipersoalkan Nama "Islam Hadhari" sepatutnya "Hadharah Islamiyah" kerana ia akan menjadikan anda sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari".

Dipendekkan cerita, untuk dijadikan sebagai seseorangitu memahami Islam Hadhari, mereka mahukan kita memahami ikut setakat mana yang mereka mahu kita faham, tak boleh lebih, tak boleh kurang. Itulah ruang lingkup pemikiran yang disediakan.

Adakah anda ingin "Memahami Islam Hadhari"?

Jadi, kalau ia hanya pendekatan, katakanlah ianya hanya pendekatan, bukan dengan menokoktambah perkataan "Islam".

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit