test

Selasa, 13 Mei 2008

Mengharamkan Seks Luar Nikah Di Peringkat Undang-Undang Sivil

Semua orang tahu, seks luar nikah adalah haram dalam Islam.

Seks luar nikah juga haram bagi banyak agama di dunia ini, kalau tidak mengapa dalam agama lain pun ada perkahwinan.

Suatu ketika dahulu, atau mungkin sekarang, seks luar nikah dianggap sebagai "moden", sehinggakan sesiapa yang masih dara dianggap kolot.

Banyak negara maju, kini merasai bahawa Institusi keluarga itu penting, Pemikir barat juga akan sedang pening untuk menyelesaikan permasalahan keluarga yang wujud di negara barat.

Ada juga negara maju yang lebih maju untuk mengharamkan melanggan pelacur di peringkat undang-undang sivilnya. Malaysia baru tahun lepas mengadakan undang-undang anti perdagangan orang.

Saya tidak hairan kalau suatu hari nanti, negara maju yang mula-mula mengharamkan seks luar nikah diperingkat undang-undang sivilnya untuk melindungi instusi kekeluargaan di Negara mereka. Dan juga untuk menyekat penyebaran AIDS.

Apabila perkara ini dibentangkan di Parlimen Malaysia, mungkin ada yang kata kita kolot, akan tetapi bila negara maju yang mulakan dahulu, kita boleh tiru dan kita tidak kolot.
Pelik.

Jadi, oleh kerana Masyarakat Malaysia terlalu fobia dengan hudud, maka perlunya ada batu loncatan supaya ianya boleh dilaksanakan dalam bentuk lain.

Walaupun di Sweden, hukuman bagi pelanggan seks adalah berbeza dengan hudud, akan tetapi mereka telah melangkah ke depan dengan mengharamkan apa yang sepatutnya haram.

Di Malaysia Seks luar nikah belum lagi haram diperingkat undang-undang sivil, tetapi pada masa yang sama ianya haram di dalam Islam.

Begitu juga soal judi, Saya tidak faham mengapa judi tidak diharamkan di peringkat sivil. Judi berlesen boleh, judi tak berlesen tidak boleh. Apa rasionalnya?

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit