test

Sabtu, 27 Mac 2010

Earth Hour Merlimau 2010

Jangan lupa malam ini, 8:30 malam.

Padamkan sumber tenaga 1 jam.
Bumi untuk Semua
Makhluk Bumi Geng Kita

Rabu, 24 Mac 2010

Pelan Kesihatan Obama yang bernilai USD 938 bilion telah diluluskan.

Menggunakan gimp, sila unjurkan graf dibawah....




Lebih kurang setahun yang lalu, kita lihat bahawa banyak syarikat insurans Amerika nak mampus,
pusing punya pusing, merekalah yang beruntung sekarang ini.

Memang bijak kepala otak Yahudi, Tak hairan Najib ambil mereka sebagai penasihat.

Isnin, 22 Mac 2010

Palestinkini.info Memerlukan SEO Tambahan

Pada pendapat saya, Palestinkini.info masih mempunyai SEO yang rendah.

Laman web yang agak sentiasa mempunyai maklumat yang segar itu memerlukan anda, yang mana mempunyai laman web atau blog atau apa saja, untuk membuat pautan  ke

http://www.palestinkini.info

Untuk makluman pembaca, kandungan laman itu adalah

Bagi penagih RSS , boleh gunakan alamat suapan RSS
http://palestinkini.info/?feed=rss2


Buat masa ini Ranking Alexa adalah 1.5 juta , mungkin boleh dipertingkatkan sekiranya anda semua dapat membantu hanya membuat pautan keüada laman web palestinkini.info

Selasa, 9 Mac 2010

Adakah Australia Berkuasa Terhadap Malaysia?

Kejadian terdahulu membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Australia berkuasa terhadap Malaysia?

Najib bersungguh-sungguh melayan permintaan Australia supaya Malaysia tidak dijadikan transit pendatang Afghanistan ke Austalia. Ianya berlaku apabila ada 'kunjungan hormat' oleh Penasihat Keselamatan Australia.

Bukahkah sempadan Australia itu kerja Australia.


Apabila Ahli Parlimen Australia memutuskan untuk mengundi sesuatu perkara yang melibatkan hal dalam negara Malaysia, Pemuda UMNO menyambutnya dengan Demo seolah-olah Australia mempunyai kuasa terhadap hal ehwal negara Malaysia.

Sekiranya sesuatu negara itu tidak mempunyai kuasa terhadap negara lain, tindaktanduk itu tidak boleh dikira sebagai "campur tangan". Namun UMNO beria-ria mengatakan ianya "campur tangan".

Adakah ini semua ada kaitan dengan kehadiran Tentera Australia menjayakan hasrat menyelamatkan kepentingan Inggeris di Sarawak ketika pembentukan Malaysia dahulu?

Isnin, 22 Februari 2010

Juruterbang Lufthansa mogok, Kaitannya dengan emas

Hari ini Juruterbang Lufthansa mogok, kerana mahukan kenaikan gaji lebih kurang 6%. Sekiranya matawang berasaskan komoditi digunakan, (seperti emas), adakah perlu mereka mogok untuk naik gaji? Adakah perlu kenaikan gaji?

Dalam sistem kewangan berasaskan komoditi, perkerja tidak perlu dinaikkan gaji setiap tahun, kerana tiada inflasi yang perlu dikejar.

Melainkan kalau berlaku kenaikan pangkat barulah perlu dinaikkan gaji.


Mari kita lihat mogok yang berlaku.

Ahad, 21 Februari 2010

Melayan "Selar" ciptaan Malaysiakini...

Sudah jadi satu kerja pula nak dijelaskan.
Apabila apa yang dikatakan oleh Tuan Guru  Hadi Awang, ditulis sebagai Selar oleh Malaysiakini.

Dalam kandungan berita, tiada langsung perkataan "selar", akan tetapi hanya tajuknya sahaja yang selar.

Ini bukan pertama kali Malaysiakini memanipulasikan Tajuk berita supaya lain daripada kandungan, sehingga perlunya penjelasan.

Baca penjelasan.


"Kedua, beliau bukan 'selar', tetapi tidak setuju terhadap campurtangan asing dalam sebuah negara berdaulat atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa."


Moral:
Malaysiakini perlu dibaca sama kaedahnya dengan membaca Utusan, dimana tajuk tak boleh dipakai.

Ahad, 14 Februari 2010

Seigniorage, Cukai inflasi yang anda perlu fahami

Apa itu Seigniorage?

Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham.

Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai.

Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage.


Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas.

Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap.

Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa.

Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion.

Peningkatan 16 kali ganda.

Mana datangnya duit itu?

Nilai kertas yang mewakilkan emas akan turun kalau kertas itu banyak.

Rizab emas BNM telah merosot daripada 72 tan kepada 36 tan, akan tetapi kertas yang mewakilinya bertambah.

Inflasi boleh ditakrif menggunakan 2 cara.
1 cara, ialah kira ikut harga barang, itu yang digembar gemburkan supaya ianya kelihatan sedikit.

Satu cara lagi, ialah mengira berapa kadar kertas itu dikembangkan.
Kertas Ringgit dikembangkan berapa peratus tahun ini
Kertas pound dikembangkan berapa peratus tahun ini.

Dalam kaedah ke dua, peratusannya lebih tinggi daripada kaedah pertama.

Kaedah pertama, kira ikut harga barang, kadar inflasinya boleh disembunyikan dengan mengawal harga yang dikira itu. Bukan sahaja dikawal, malah subsidi diberikan untuk merendahkannya supaya inflasi pengembangan bekalan wang disembunyikan.

Inflasi pengembangan bekalan wang itu tetap ada, walaupun ianya disembunyikan.
Lambat laun ianya tidak boleh disembunyikan lagi, lihat sahaja harga gula, dan minyak.

Kembali kepada persoalan cukai inflasi seigniorage.

Daripada penerangan di atas, menunjukkan walaupun pengembangan wang, tidak mengakibatkan kesan inflasi serta merta.

Apabila Najib mengumumkan belanjawan tambahan 60 billion daripada angin. 60 bilion dicipta untuk digunakan.
Namun kesan inflasi itu bukan berlaku serta merta pada hari ianya dibentangkan.

Bila kesannya akan bertindakbalas? belum lagi.

60 billion itu boleh digunakan oleh kerajaan secara hutang.
Hutang kepada siapa 60 bilion itu?
Akan diterangkan selepas ini.

Daripada belanjawan 2010, telah menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan adalah RM362.5 bilion.

Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka bertambah 18.3 peratus kepada RM362.5 bilion pada akhir 2009 (akhir 2008: 14.9 peratus: RM306.4 bilion) terutamanya disebabkan peningkatan pinjaman dalam negeri untuk memenuhi keperluan pembiayaan.


Hutang kepada siapa hutang itu?




Sejak kecil kita diajar bahawa, kalau berhutang, maka perlu dibayar, akan tetapi dalam sistem ekonomi sebegini, ianya adalah hutang yang tidak dibayar.




Ianya hanya mengakibatkan penurunan nilai kepada kertas ringgit pada masa akan datang, Akan tetapi duit itu telah digunakan dahulu pada nilaian semasa.




Hampir setiap tahun belanjawan defisit, maka defisit itu akan membentuk jumlah hutang persekutuan di atas.




Kerajaan hari ini membelanjakan wang lebih daripada sepatutnya, tak perlu dibayar kerana ianya automatik akan merendahkan nilai ringgit yang digunakan semua orang pada masa akan datang.


Ahmad menyimpan RM 2500 hari ini untuk membeli lembu untuk kahwinkan anaknya. Akan tetapi disebabkan anaknya itu tidak kacak seperti Ali Rustam, maka dia berkahwin 10 tahun daripada sekarang. Pada ketika itu harga lembu pula RM 3500. Ali perlu membayar tambahan RM 1000 . RM 1000 tambahan yang dibayar itu adalah cukai inflasi. Dimana ianya telah diambil awal-awal oleh kerajaan.


Seandainya Ahmad, menyimpan nilai RM 2500 dlam bentuk emas untuk membeli lembu, maka apabila dia hendak membeli lembu 10 tahun daripada sekarang, maka emas itu cukup untuk membeli lembu. Ahmad terlepas daripada membayar cukai inflasi.

Itulah fungsi emas yang sebenar, iaitu menyimpan nilai, dan juga melindungi daripada Seigniorage cukai inflasi.


Maka hasil titik peluh bekerja perlu disimpan dalam bentuk emas supaya tidak dicukai dalam bentuk seigniorage oleh kerajaan.

Google+ Hasbullah Pit