test

Selasa, 18 Ogos 2009

Artikel 'Konspirasi' PAS?

Menurut Malaysiakini,

Satu lagi blog – mendakwa wujud konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor – membuang artikelnya selepas menerima surat ugutan dikenakan tindakan undang-undang.

Blog Perisik Rakyat (www.perisik-rakyat.com) Khamis lalu menyiarkan semula artikel di blog Malaysia Waves, 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor' – tetapi menarik balik sehari selepas itu.


 Sebahagian daripada petikan berita:



Tujuh penyumbang terlibat mengusahakan blog Perisik Rakyat, termasuk Tulang Besi sendiri.

Sebenarnya, saya adalah salah seorang daripada "tujuh penyumbang", namun amat jarang-jarang sekali menyumbang.

Saya tiada kena mengena dengan artikel itu.

Kehadiran saya dalam senarai "tujuh penyumbang" itu hanya sebagai penasihat teknikal sahaja.

Ahad, 16 Ogos 2009

Bila Masa PAS Memilih ke Arah Sistem 2 Parti?

Telah diberitakan bahawa Pakatan Rakyat dijangkakan didaftarkan sebagai satu organisasi.

Ianya salah satu kaedah yang dapat meningkatkan undi terhadap Pakatan Rakyat, akan tetapi bagi saya ianya bukan langkah yang bijak untuk membentuk politik baru.

Sistem dua parti popular di Amerika, Walaupun mengikut sistem, boleh banyak parti bertanding, namun hanya 2 parti besar sahaja yang boleh menang. Parti hijau tidak menang apa-apa undi elektoral.

Di negara-negara eropah, demokrasi tidak ke arah kepada sistem 2 parti.

Apa ertinya di Malaysia ada 2 parti besar, tetapi ianya sebenarnya ada banyak parti yang disembunyikan.

MemBNkan Pakatan Rakyat, akan membuatkan masalah BN di eksport ke Pakatan Rakyat.

BN dan Pakatan Rakyat ketika ini pun tiada mekanisme khas untuk menentukan siapa yang duduk di sesuatu kerusi atau daripada parti manakah. Pasti akan wujud ketidakadilan dalam 2 'parti berdaftar' itu.

Undi penyokong Gerakan kepada UMNO tidak boleh ditafsirkan sebagai kekuatan Gerakan.
Begitu juga undi Penyokong UMNO kepada calon Gerakan tidak boleh ditafsirkan kekuatan UMNO.
Apa guna parti diperkukuhkan diperingkat akar umbi?
Sekadar menjamin undi terhadap Barisan bertambah sahaja.

Saya lebih suka politik Malaysia bergerak kepada Perwakilan Berkadar, atau Proportional Representation.
Kita tidak perlu lagi berebut kerusi di antara parti yang membentuk Pakatan atau Barisan.

Saya lebih suka Barisan Nasional itu berubah daripada parti berdaftar kepada Pakatan Nasional, berbanding negara mempunyai lagi 1 Parti Berdaftar Gabungan antara beberapa parti.

Selain dari itu, Perwakilan berkadar akan menyebabkan tiada lagi Kerusi yang dijadikan "Pemberian" atau Pinjaman.

Khamis, 13 Ogos 2009

Tindak Tanduk Politik Terhadap Bukan Kata-Kata Sebenar

Sejak akhir akhir ini banyak berlaku pergolakan politik di dalam Pakatan Rakyat.

Isu kerajaan Perpaduan
Isu "DAP hina Islam"
Isu Arak di Selangor

Yang agak menyedihkan ialah banyak permasalahan timbul daripada maklumat yang kurang tepat.

Saya tercari-cari di mana "DAP hina Islam", apa perkataan yang diungkap oleh YB Loke?

Yang ada hanyalah kenyataan YB loke yang disiarkan di sjsandteam, dimana komennya yang menghina islam.

sjsandteam itu adalah kawan-kawan surind yang hina islam dulu.

Andaikata kenyataan Ustaz Kamarudin Sidek disiarkan di sjsandteam, dan wujud ulasan hina islam di situ, adakan anda semua mahu kata Pemuda PAS Melaka hina Islam?

Isu arak di selangor juga pelik, Hassan Ali kata lain, media kata "pecat", semua orang ulas yang kononnya Hassan Ali kata pecat.

Isu Kerajaan Perpaduan lagi lah,
95% yang berkata tentang kerajaan perpaduan tidak merujuk kepada maksud apa yang Tuan Guru Haji Hadi sampaikan.

Mungkin anda ahli politik peringkat atasan, tolonglah cari betul-betul ungkapan apakah yang dikatakan oleh seseorang sebelum membuat ulasan terhadap seseorang.




Rabu, 12 Ogos 2009

Kewarasan Berpolitik

Teknik berpolitik yang pelik.

Makin tertekannya parti politik itu, makijn tidak waras tindakannya.

Mushkil juga, bagaimana teknik demontrasi secara mencarut dapat menarik sokongan yang lebih terhadap mereka.






Yang pasti, Imej Melayu & Imej Islam tercemar akibat perbuatan mereka.


Isnin, 10 Ogos 2009

PAS kalah soal Arak?

PAS kalah soal Arak?

Jawapan ringkas oleh saya ialah tidak.

Walaupun pertelahan yang berlaku seolah-olah kemenangan bagi DAP, namun langkah Ronnie Liew bukanlah satu langkah yang disokong boleh majoriti pengundi mahupun Makcik DAP atau Makcik MCA.

PAS berjaya membawa isu arak kekancah politik. Sebelum ini isu arak tidak diendahkan ketika UMNO BN memerintah. Berbuih PAS cakap, ia tidak dilayan, tetapi kini Pemuda UMNO pula yang nak tambah kuah, beria-ria nak atasi arak.

Setiap serangan politik berkenaan arak terhadap PAS di Selangor adalah serangan politik ke atas UMNO Melaka, Johor, Pahang.

PAS walau dengan 1/3 kuasa di Selangor telah mencuba, akan tetapi di Negeri di mana UMNO memerintah, ianya seolah-olah bukan isu politik.

Tak nampak pula Wanita UMNO jerkah pemimpin UMNO negeri soal penjualan arak.

Terhadap artikel di Malaysiakini yang menulis bahawa soal arak bukan soal orang islam sahaja.
Terdapat juga  ulasan di blog Tony Pua yang mengatakan bahawa suri rumah bukan islam juga dijangka menyokong langkah PAS.



alcohol is nothing but trouble.

marriages are crumbling becoz of this nonsense

i am very sure all the chinese housewives and whatever will
support 100% PAS good intention.

DAP/PKR please think out of the box.

remember we voted for changes.

Drinking and gambling are not part of chinese culture.

 Hakikatnya, di luar daripada dunia orang islam, negara barat juga pernah mengharamkan arak, kebanyakannya berlaku pada awal kurun ke 20.


The first half of the 20th century saw periods of prohibition of alcoholic beverages in several countries:
Arak juga diklasifikasikan sebagai perkara yang tidak elok dalam "Public Moral".

Jurutera politik PAS Selangor telah cuba menjadikan kawasan majoriti Islam sebagai tempat larangan penjualan arak. Akan tetapi, golongan yang tidak mahu arak dijual di kawasan berdekatan kediaman, juga terdiri daripada daripada bukan islam.


Maka, sesuatu kaedah lebih baik perlu dicari supaya penyokong anti-penjualan arak di kalangan bukan islam dapat bersama-sama PAS mengurangkan kesan sosial daripada arak.

Sekiranya ada 1 taman perumahan baru didirikan, adakah penduduk berbilang kaum di kawasan itu pernah diberi peluang ditanya samada anda mahu arak dijual di kawasan situ atau tidak. Yang mana keputusan itu akan memberi kesan kepada masa depan anak mereka yang akan membesar di situ.

Maka PAS perlu merangka strategi Kejuruteraan politik yang tersusun supaya dapat berkawan dengan NGO atau sayap parti politik yang lain seperti Wanita PKR, Wanita DAP, atau madd.org (Mothers Againts Drunk Driving), atau persatuan Mahasiswa.

Wanita PKR adalah satu organisasi yang paling sesuai untuk menggambarkan adakah benar kaum ibu pelbagai kaum penolak penjualan arak berleluasa.

Ketika pra dan pasca demo mansuhkan ISA. Saya selesa berurusan dengan Wanita PKR.
Terima kasih Felicia, Fairuze, YB Zuraida dll.


YB Zuraida, Terima Kasih kerana menelefon saya di Bukit Jalil.

Ahad, 9 Ogos 2009

Jerebu di Parlimen Jasin Sahaja?

Jerebu di Melaka hari ini agak pelik.

Di sekitar Serkam agak tebal, tiba sahaja di pernu pandangan cerah.
Di Kawasan Kota Melaka, hampir tiada jerebu. Ayer Keroh pun begitu.

Balik dari Melaka lalu bemban, nampaknya bemban pun Jerebu.
Agaknya jerebu hanya berlaku di kawasan Parlimen Jasin sahajakah?

Saya kurang periksa samada DUN Sg Rambai pun turut jerebu.

Melaka Planetarium atau Planetarium Melaka?

Melaka Planetarium atau Planetarium Melaka?

Bangsa mana yang suka nama "Melaka Planetarium"?
Bangsa Melayu atau Bangsa UMNO?

Google+ Hasbullah Pit