test

Selasa, 27 Mei 2008

Beri Peluang Rakyat Singapura Membeli Minyak Tanpa Subsidi

Saya serba salah dengan langkah Shahrir Samad yang tidak membenarkan Kenderaan Singapura untuk membeli Minyak di Stesyen Minyak yang berdekatan dengan sempadan.

Ya memang langkah itu boleh mengelakkan kebocoran subsidi. Akan tetapi pada pendapat saya inya terlalu radikal. Cadangan menyekat kebocoran subsidi disokong oleh pemimpin muda PAS johor, akan tetapi mempersoalkan tentang rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura.

Saya berpendapat langkah untuk memberi peluang kepada mereka membeli minyak tanpa subsidi adalah lebih baik.

Jadi kita boleh bahagikan mengikut kategori:-
  • Rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura.
  • Rakyat Singapura berkenderaan Singapura
  • Rakyat Singapura yang berkahwin dengan Rakyat Malaysia tapi berkenderaan Singapura.
Adalah agak sukar juga kalau rakyat Malaysia berkenderaan Singapura tidak boleh beli Minyak di Malaysia.

Oleh itu, cadangan saya ialah mengadakan langkah awal ke arah sistem minyak 2 gred RON 99 dan RON 95, tetapi hanya melibatkan ron97 yang sedia ada.

Stesyen Minyak di Johor yang mempunyai Tangki Khas untuk RON92 dan Vpower(shell) boleh dijadikan tempat untuk penjualan minyak tanpa subsidi ron97, sementara RON99 belum dibangunkan, untuk penjualan minyak tanpa subsidi.

Kebanyakkan Stesyen yang mempunyai tangki RON92 yang tidak begitu digunakan, boleh diletakkan minyak RON97, dan kemudiannya ianya dibeli dijual pada harga tanpa subsidi sebagai produk lain.

Sebagai contoh, di PETRONAS, tangki RON92, diletakkan Primax 3, dijual sebagai Primax 3.5 pada harga tanpa SUBSIDI.

Di Shell V-Power dijual pada harga Tanpa Subsidi.

Di Esso Mobil, Sinergy F-1 diletak pada pada tangki Regular 92, dijual sebagai Sinergy F-1.5 pada harga tanpa Subsidi.

Untuk Caltex saya tak berapa tahu produknya.

Jadi, secara automatik, minyak tanpa Subsidi boleh dijual kepada Rakyat Singapura.

Rakyat Singapura bukan mahukan subsidi sangat, mereka mampu bayar. Kita yang tidak memberi mereka peluang untuk beli minyak pada harga tanpa subsidi.

Dari Masa ke masa, Syarikat Minyak Malaysia boleh tingkatkan RON pada minyak tanpa subsidi itu kepada RON 98 atau RON 99.

Maka, kita boleh membuat larangan kepada rakyat asing untuk membeli minyak bersubsidi kerana mereka sudah diberi pilihan untuk membeli minyak tanpa subsidi.

Kupon Subsidi

Saya belum sempat menulis lanjut cadangan saya dan Ikram untuk menggunakan
kupon subsidi bagi menggantikan sistem subsidi yang hanya cuba mengawal harga barang. Atau dari sudut lain iaitu menyembunyikan hakikat inflasi.

Alih-alih tadi Shahrir Samad umumkan bahawa penyelesaian berbentuk food stand atau kupon akan dilaksanakan. Terdapat juga cara pemberian subsidi berdasarkan cc kenderaan.

MTUC cuba menganggah, kononnya golongan kaya boleh membeli kereta cc kecil untuk pendapatkan subsidi bagi kereta mewahnya.

Bagi saya itu tidak mengapa, kalau kereta 1.5 cc, mendapat subsidi sebanyak RM x bagi tempoh tertentu, maka untuk kereta mewahnya, tetap dihadkan mengikut subsidi yang boleh diterima kereta kecilnya.

Saya pun tak faham apa yang MTUC mahukan.


Dipendekkan cerita cadangan penyelesaian saya ialah sebegini.
Kupon subsidi kenderaan diberikan ketika perbaharui cukai jalan. atau apa cara sekalipun yang penting melalui JPJ.

Kupon subsidi makanan diperolehi di pejabat Pos atau agensi lain seperti Bank. dikira mengikut kepala. Orang kaya pun boleh tuntut kalau tak tahu malu.

Isnin, 26 Mei 2008

Penipuan SMS Kononnya Kad SIM Menangi Hadiah

Saya sudah lama mengetahui tentang sindiket dari Indonesia yang membuat SMS rambang kepada telefon di Malaysia sempena berlangsungnya Akademi Fantasia
dan Peraduan daripada Syarikat Minyak Tempatan.

Akan tetapi, setahu saya, orang yang tertipu hanyalah orang yang tamak untuk menang, sehingga sanggup memasukkan sejumlah wang kepada akaun tertentu.

Itu yang sering berlaku.

Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, seorang imam ditipu, hanya dengan memberikan nombor akaun tanpa memasukkan wang ke akaun sipenipu.
(Melainkan kalau imam itu berbohong)

Saya pernah juga terbaca dimana entah yang sindiket itu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan wang hanya dengan mendapatkan nombor akaun. Akan tetapi ketika itu saya tidak percaya.

Kini saya mungkin percaya.

Bagaimana sindiket asing boleh mengeluarkan wang dengan hanya mendapatkan nombor akaun. Mungkin, imam itu telah memberikan maklumat lain seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh.

Akan tetapi itu sepatutnya tidak boleh membuatkan wang dikeluarkan.

Saya mengesyaki terdapatnya "orang dalam" yang berada di Syarikat Bank tempatan, yang boleh "TT"kan wang itu keluar negara secara elektronik.

merujuk kepada 1 cerita:

hmm aku ada crita cam ni gak..tapi kisah ni terjadi kat diri aku ngan mbr aku.
aku dapat SMS dari no indonesia kata sim terpilih dari celcom menang rm15000.
aku cal no tu balik n si penipu tu mengaku dari manara petronas celcom.dia tanya
ada x akaun maybank n aku cakap xda.kebetulan mbr aku dgr perbualan ni n dia ofer
akaun maybank dia utk transaksi duit aku.mulanya aku tolak sebab dari mula aku kurang percaya
n si penipu ni bertutur dalam pelat indonesia yang pekat.slepas dipujuk oleh mbr aku ni,aku pun beralah sebab
kata mbr aku, "ala ni akaun aku,lau da papa aku sendiri yang tanggung.hang tak rugi papa pun".
aku dengan selambanya n tanpa fikir panjang terima jer..kat bank,aku call penipu tu balik n dia soh aku wat
maybank2u iaitu transfer akaun ke pihak yang satu lagi..segala urusan memang cepat n penipu tu boleh tahu brapa
ringgit yg ada dalam akaun kita.mulanya mbr aku hilang rm930.kemudian bila dapat gaji,semua duit dalam akaun dia
lesap.2 bulan mbr aku merana sebab hilang duit n last2 dia tukar akaun.
Sekiranya sindiket itu hanya memerlukan akaun maybank, tidak hairan kalau berlakunya kebocoran di dalam Maybank.

menurut cerita lain pula, mereka tidak memerlukan maklumat seperti nombor akaun, nama penuh dan nombor Kad Pengenalan sebelum mengakses ke akaun mangsa:

Katanya, hadiah wang tunai yang bakal saya terima akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank. Serentak dengan itu, dia meminta Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Akaun Maybank dan bertanyakan jumlah simpanan saya dalam akaun tersebut.

Kerana tidak percaya dengan apa yang dia katakan, saya berkeras tidak mahu memberitahu semua perkara yang diminta. Bagaimanapun, dia meyakinkan saya bahawa No. Kad ATM Maybank milik saya telah pun dia ketahui. Serentak dengan itu, dia membacakan 8 digit pertama nombor tersebut. Menurutnya, dia memerlukan semua perkara yang diminta tadi untuk pengesahan supaya hadiah RM10,000 boleh dimasukkan ke dalam akaun saya secepat mungkin.

Seolah-olah mereka mempunyai pangkalan data maklumat pengguna telefon bimbit. Dan mereka hanya mahukan akaun Maybank. Mengapa Maybank?

Persoalan Hak Bersuara dalam Isu Baju Kurung Sekolah Seksi

1. Walaupun terdapat 1001 hujah yang membuktikan rogol tidak berpunca daripada baju kurung sekolah yang seksi atau "keseksian" secara umum. PKPIM tetap berhak mencadangkan sesuatu yang menangkis perkara negatif bagi mereka.

2. Sekiranya ikan mencadangkan supaya perlu ada akuarium atau kolam supaya ia boleh hidup didarat. Kambing tidak boleh menafikan hak ikan walaupun kambing tidak perlu untuk berada didalam akuarium untuk terus hidup di darat.

Kemaskini:
Cadangan PKPIM adalah untuk pelajar Perempuan Islam sahaja.
Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Ahad, 25 Mei 2008

Siti Nurhaliza Mempertahankan Kedaulatan Pulau Pisang

Pulau Pisang, juga satu pulau yang dibernarkan oleh kerajan johor untuk digunakan oleh kerajaan british yang bertapak di Singapura, akibat daripada ketiadaan kemudahan GPS pada kapal-kapal pada 1800.

Di blog Pancik Lim, terdapat satu surat yang mempersoalkan kedaulatan Pulau Pisang, kerana ciri-cirinya hampir sama dengan Pulau Batu Putih, iaitu dipinjamkan ke Penjajah British di Singapura dan diki masih diselia oleh Singapura.

Soal Kedaulatan timbul apabila TLDM juga dilarang untuk memasukinya:

Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut, adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya. Disini saya ingin memaklumkan kepada YB, selama penugasan saya di pulau tersebut, kami tidak dibenarkan memasuki persekitaran rumah api, malah menggunakan jetinya juga dilarang apatah lagi memasuki kedalam rumah api. Maka sepanjang penugasan kami di sana, kami hanya memerhatikan dari jauh warga Singapura keluar masuk, tidak lebih dari itu.
Keadaannya saling tak tumpah macam Pulau Batu Putih.

Perbezaannya hanya di dalam peta masih lagi tertulis milik Malaysia, dan tiada kesilapan sepertimana pembuat peta yang mengatakan bahawa pulau batu putih milik Singapura.

Tak hairan kalau pemilikan Pulau Pisang oleh Malaysia akan dipersoalkan. memandangkan TLDM pun tiada kuasa untuk memasukinya. Maka kedaulatan itu akan dipersoalkan.

ICJ nampaknya lebih mementingkan siapa yang lebih berkuasa berbanding siapa pemilik asal Pulau tersebut.

Jadi adalah perlu bagi kita untuk meredah Pulau Pisang walaupun "tidak dibenarkan" oleh pengendali rumah api.Bendera Malaysia dan Johor perlu ada di situ.

Selain itu bukti pulau Pisang milik kita perlu diperkemaskan,

Di Wikipedia sudah mempunyai ayat seolah-olah ianya dipertikaikan

The lighthouse's status has thus been contentious in recent years due to access of Singaporean workers to the lighthouse.
Kedaulatan Pulau Pisang bukan hanya soal pulau, akan tetapi termasuk sekali laut yang di sekelilingnya.

Oleh itu sebagai langkah awal untuk menunjukkan Pulau Pisang milik Malaysia, Penyanyi tersohor Siti Nurhaliza telah menyanyikan satu lagu:

Pulau Pisang


Pulaulah Pisang...
Pulau pisang rumahlah api sayang
Pedoman kapal belayar malam
( ulang 2x )

Sebelum ajal berpantang mati
Walaupun tercampak dalam lautan dalam
( ulang 2x )

Pedomanlah kapal
Pedomanlah kapal belayar malam sayang
Sarat bermuat buah keranji
( ulang 2x )

Walau tercampak lautan yang dalam
Tidakku lupa segala janji


( ulang 2x )

Idea Lama Dr. Mahathir , Dinar Sebagai Matawang Berkumandang di Jepun

3 hari lepas, saya terbaca tentang Dr. Mahathir masih lagi ingin meneruskan usaha mempromosi Dinar sebagai matawang.

Kali ini dia telah mencadangkan bahawa Negara Asia Timur supaya mempunyai matawang khas untuk urusniaga sesama mereka dan mengambil Dinar sebagai contoh.

Beliau berkata mata wang dagangan tunggal seumpamanya seperti dinar yang pernah dicadangkannya semasa beliau menjadi perdana menteri akan membantu merangsang dagangan di dalam rantau di samping menghapuskan risiko yang membantu yang dikaitkan dengan turun naik kadar tukaran wang.

"Ia juga akan menghapuskan spekulasi mata wang dan manipulasi dari mana-mana negara Asia telah terjejas, seperti Malaysia semasa krisis kewangan 1997/98," kata beliau semasa perbincangan panel pada Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-14 mengenai "Masa Depan Asia" di sini Khamis.

Dr Mahathir berkata dolar AS merupakan mata wang yang digunakan bagi dagangan sekarang tetapi ia tidak stabil dan terdedah kepada manipulasi.

Selepas puas Dr. Mahathir melobi dinar supaya digunakan dalam urusniaga, kini dia pula mencadangkan satu matawang serantau yang menyerupai euro.

Politik Dinar begitu tidak popular di Malaysia, seolah-olah tidak nampak kepentingannya dalam menjaga kedaulatan ekonomi Malaysia.

Di Malaysia, Ahli Politik yang pro kepada Dinar adalah Husam Musa, Dr. Mahathir , Redhuan Onn dan saya. (Saya ahli politik kah?)

Sekiranya penyelesaian dinar sebagai matawang begitu sukar diimplementasikan, atas sebab ianya tidak boleh diniagakan untuk membeli rumah atau kereta dan perbelanjaan biasa. Mungkin kerana ketiadaan denominasi kecil Dinar.

Denominasi kecil Dinar boleh dalam bentuk Dirham perak.

Kalau nak denominasi kecil lagi, mungkin kena guna wang Kertas. sebagai contoh, matawang "Det" yang bernilai 1/10 Dirham.

Sabtu, 24 Mei 2008

Pulau Batu Putih: Johor Mesti Minta Gantirugi dari Persekutuan

Saya amat sedih mendengar berita kehilangan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura secara rasmi. terus kukenang bagaimana patani jatuh ke tangan Siam secara rasmi pada Perjanjian Bangkok.

Bagi orang Johor, Nasib pulau milik Negeri itu ditentukan bukan oleh mereka. Ianya ditentukan peguam persekutuan lawan peguam Singapura ditentukan oleh hakim asing.

Menurut sejarah, apabila siam menyerang patani, tentera dari terengganu juga turut membantu tetapi tetap gagal. Mungkin kerana tidak cukup bantuan.

Kini Johor umpama diserang Singapura. Tanahnya "dibeli" sedikit demi sedikit oleh Singapura untuk mengembangkan empayar mereka.

Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih.
Sekurang-kurangnya kita sedar akan kedaulatan negara itu penting. Kedaulatan Johor yang bersempadan dengan Singapura juga penting.

Langkah yang saya kira penting untuk menyedarkan lagi tentang peri pentingnya kedaulatan Negara dan Johor ialah mengambil tindakan keras terhadap Persekutuan.

1. Rakyat Johor, Sultan Johor, Kerajaan Johor, Pakatan Rakyat Johor, Ketua Pemuda PAS Johor menuntut gantirugi atas kehilangan tanah johor daripada persekutuan.

2. Semua di atas mendesak Peguam Negara supaya meletak jawatan di atas kegagalan dia mempertahankan Pulau Batu Putih.

3. Menuntut "iskandar Malaysia" dihentikan dan digantikan dengan Jambatan Bengkok.

Google+ Hasbullah Pit