test

Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mei 2009

Dompet Baru sudah tiba

Menggantikan Dompet Transformer yang sudah tak nampak lagi Optimus Primenya.


Isnin, 18 Mei 2009

Puhat Bedol Mempelajari Kaedah 'Tendangan Penalti Terbang'

Untuk merealisasikan sasaran menjuarai Piala Dunia 15 tahun daripada sekarang, Ketua Pemuda PAS Bukit Katil, saudara Puhat Bedol sedang mempelajari kaedah 'Tendangan Penalti Terbang'.





sumber: Angkasanuri

Ahad, 17 Mei 2009

Tak Jadi Buat 'Tembok Ipoh'?

Ramai orang kata, pembubaran DUN dapat menyelesaikan krisis politik di Perak.

Namun kalau DUN tidak dibubarkan sekalipun, masih boleh diselesaikan krisis itu dengan memecahkan Negeri Perak kepada 4 sektor.

Sektor Barat laut diperintah Kedah, Sektor Barat Daya diperintah Selangor, Sektor Timur laut diperintah kelantan, sektor tenggara diperintah Pahang.
.


Sebagai mana, Negara Jerman "diselesaikan" selepas perang dunia ke II,



Jika Negeri Perak di pecahkan kepada empat sektor, dikuatiri penduduk daripada sektor Pahang, akan menyeberangi ke sektor Selangor untuk mendapatkan 20 meter padu air percuma.

Oleh itu, perlu didirikan Tembok Ipoh.



Sekiranya DUN dibubarkan, tidak dapatlah orang Ipoh memperagakan kreativitinya melukis pada tembok itu.
Tak dapatlah orang Ipoh melukis gambar kereta AGS 10 langgar tembok.

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Hari Jadi Jed Yoong

Selamat Hari Jadi jed Yoong,

Semoga murah rezeki ...




Dan ditemukan Jodoh yang beriman ...




Hadiah mungkin akan diberikan oleh Sultan Perak.

Rabu, 13 Mei 2009

Separa Fiksyen : Kisah ADUN Melawat Pejabat MB Perak

Seorang ADUN datang untuk berjumpa MB Perak di pejabat MB pagi tadi, jam 9:20 Pagi.

Namun hasratnya untuk berjumpa MB tidak kesampaian, kerana MB tiada di pejabat.

"Mengapa MB tiada di pejabat?" katanya di dalam hati.

Kemudian dia tersenyum sendirian,

"Eh lupa pula, aku yang failkan mahkamah rayuan supaya MB tak boleh masuk pejabat".

Bola di Gelanggang Sultan Tetapi ....

Bola berada di Gelanggang Sultan , Dari blog Tok Sago.


"Sebab itu benar seperti kata ramai penganalisis bahawa bola berada di gelanggang sultan; maksudnya sultan perlu bertindak menyelamatkan negeri dan jangan dibiarkan isu ini berlarutan di mahkamah," tegas Aziz.

Tetapi kini telah dirampas oleh Pele.

Selasa, 12 Mei 2009

30 Mei 2009 Tarikh Penentuan

30 Mei 2009 adalah Tarikh Penentuan.

Tarikh yang menentukan....

.... Siapa punya yang kena potong.


Jumaat, 8 Mei 2009

UMNO BN Ajar Teknik C&H Jatuhkan Ketua Menteri...

UMNO / BN telah mengajar kita semua, satu kaedah untuk menjatuhkan seseorang daripada sesuatu jawatan menggunaakan kaedah Cekik & Heret, atau dikenali sebagai "C&H".




"C&H" kemungkinan ditiru daripada antaramuka komputer yang dipanggil "Heret dan Jatuh", atau dalam Inggerisnya "Drag n Drop",.

Di dalam MacOS, apabila sesuatu fail dicekik dan diheretkan ke tongsampah, maka fail itu akan dipadam.

Begitu juga Sivakumar, dia dicekik dan diheretkan.


Namun Kaedah Cekik & Heret atau "C&H" adalah ajaran UMNO/BN janganlah ditiru, walaupun ianya berkesan untuk menjatuhkan seseorang dari jawata.


Harap Rakyat Melaka Janganlah menggunakan kaedah Cekik & Heret (C&H) untuk menjatuhkan Ketua Menteri yang Rasuah.


2 Sebab mengapa Rakyat Melaka Tidak Perlu gunakan C&H untuk menjatuhkan ketua Menteri.

1. Kaedah itu adalah ajaran UMNO, melainkan ahli UMNO yang melakukannya sendiri.
2. Kaedah itu akan menyebabkan rakyat Melaka berpecah belah kerana akan berlaku pergaduhan menentukan sungai manakah Ketua Menteri yang diheret itu akan dicampak. Sungai Melaka kah? Sungai Merlimau? Sungai Duyong? Sungai Kesang?


Oleh itu saya tegaskan lagi sekali,

Jangan Gunakan Kaedah C&H untuk menjatuhkan Ketua Menteri.


walaupun, anda mampu mengubahnya.

Khamis, 7 Mei 2009

TERKINI: Kedua-dua Speaker Ditahan di dalam Lokap

Berita terkini, kedua-dua speaker di tahan di dalam lokap.



Manakala di tempat lain, speaker digantung.

Demonstrasi Berpakaian Hijau di Merlimau, Melaka

Di Melaka, berlakunya 1 perhimpunan berpakaian hijau untuk demonstrasi.

Ketua pendemonstrasi berpakaian putih, membuat demonstrasi bagaimana menggosok gigi dengan betul.




Yang pakai baju kuning ialah pendemonstrasi yang tak bayar yuran, tapi dapat berus gigi percuma.

Selasa, 5 Mei 2009

Gudang Senjata PAS?

Ku toleh belakang, bilik saya rupanya sudah menjadi Gudang Senjata PAS.

Dalam Perjuangan Demokrasi, media adalah satu perkara penting & rupanya banyak senjata media dalam bilik komputer saya ini.

Ini dia "Kandang Speaker"


Dalamnya ....
Ada Sistem PA Corong milik MTD,

Ada pembesar suara milik cawangan Sempang,
Ada Tripod (senjata sendiri),Tetapi ada komponen hilang.
Ada Projektor (MTD), senjata yang akan digunakan oleh Dr Dzulkefly Ahmah khamis ini.

Behringer 2 biji

Dalam Beg itu ada pengadun bunyi & kabel-kabelnya.


Ini Senjata "Beras Padu" (yang kecil)



Semalam saya terfikir, sekiranya bilik saya dibom, lumpuhkah aktiviti PAS?
Jadi mungkin saya nak pindahkan Senjata milik MTD di tempat lain.


Eh, Ini Siapa pula yang letakkan "senjata" di pemegang mikrofon?




UMAR!!!!!!!!!!!!!!!! 
HAMZAH!!!!!

Khamis, 30 April 2009

Kenapa Abah Sibuk dengan Makanan?

Seorang anak bertanya kepada emaknya,

"Mak, Abah nak buka kedai makan kah?"
"Kenapa abah asyik sebut makanan?"
"Abah nak buka kedai makan kah?"

"Entahlah" jawap Fatimah.

Namun, Fatimah juga ingin tahu apakah benar suaminya akan membuka kedai makan?

Dia mendekati ruang tamu, untuk curi dengar perbualan suaminya itu, namun tidak berapa jelas.

kedengaran ....

"bla bla bla bihun, "
"bla bla bla beras , kopitiam"
"bla bla bla "bihun"
"bla bla Mee Segera ,  "Mi Celup" ," Telur Rebus."
"bla bla Tempoyak,"

Lalu Fatimah ke dapur semula untuk memberitahu anaknya,

"Abah kau cerita politik"
"Bukannya berniaga"

Selasa, 21 April 2009

Prof Hamirdin nak tujukan lagu "Melaka di Hatiku"

Akhir-akhir ini, Prof Hamirdin , Pemimpin Melaka, bawah sedikit daripada Bendahara Tun Perak, begitu komited memajukan PAS Melaka, Hari ini beliau telah melaungkan "Melaka Tetap Di Hati".

Ungkapan beliau boleh diterjemahkan dalam bentuk lagu.


Melaka di Hatiku






Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari UMNO yang datang
Berhentilah menangis

Negeri kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Melaka dihatiku
Melaka dihatiku
Hari ini dan selamanya

Melaka di hatiku
Walau apa katanya
Oh... Melaka di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar UMNO tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Kemenangan akan tiba, kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu (3X)
Di sisimu selamanya

Sabtu, 18 April 2009

PANAS: UMNO Melaka Berpecah kepada 10 Golongan

UMNO Melaka Berpecah kepada 10 Golongan

Golongan yang pertama ialah golongan yang faham sistem nombor perduaan (binari),
Golongan yang lagi satu ialah golongan yang tidak memahaminya.

Jumaat, 10 April 2009

Benarkah Sirul dan Azilah digantung?

Benarkah Sirul dan Azilah digantung?

atau disembunyikan oleh Paduka Bendahara?

Isnin, 6 April 2009

Apa kata kalau.....

Apa kata kalau saya tutup Beras Padu pada 7 April 2008, Tatkala Pilihanraya Kecil 3 tempat?

Ahad, 5 April 2009

Gambar Kereta Polis Terbalik di Bukit Gantang... bersama Nizar












.1ɐʇıdsoɥ ǝʞ ʇnqǝsɹǝʇ ɐsbuɐɯ ɹɐʇuɐɥbuǝɯ ɐʎɐdns sı1od uɐbuo1oʇɹǝd ɐʇuıɯǝɯ uɐp sɐʇuı1n1ɐ1 1ɐʍɐbuǝɯ ʞnʇun sı1od ʞɐɥıd ɐɯɐsɐظɹǝʞ uoɥoɯǝɯ uɐp sı1od ɐʇǝɹǝʞ ɥɐnqǝs uɐɥɐuǝɯ ɥɐ1ǝʇ ɹɐzıu ظɥ .uɐbuo1oʇɹǝd ıɹǝqɯǝɯ ʞnʇun ɹɐn1ǝʞ nɹn1ǝɯ snɹǝʇ uɐp ɐʇǝɹǝʞ uɐʞıʇuǝɥbuǝɯ ɐʎunpuɐɯǝd ɐʇuıɯǝɯ ɹɐzıu ظɥ .uo1ɐɔ ɐʇǝɹǝʞ uɐdɐpɐɥıp nʞɐ1ɹǝq nʇı uɐıpɐظǝʞ .uɐbuo1oʇɹǝd ıɹǝqɯǝɯ ɐduɐʇ ıɹıp uɐʞıɹɐ1ǝɯ snɹǝʇ buɐʎ ɐʇǝɹǝʞ ɥɐnqǝs ɥǝ1o ɹɐbbuɐ1ıp 1ɐʞısoʇoɯ ɥɐnqǝs
.buɐʇuɐb ʇıʞnq ıp ɥɐɯɐɹǝɔ ʇɐdɯǝʇ ɐdɐɹǝqǝq ǝʞ nظnuǝɯ uo1ɐɔ uɐbuoqɯoɹ ɐʞıʇǝʞ buıdıɐʇ 'buɐdɯıs ıp ɐʇǝɹǝʞ ɥɐnqǝs uɐbuǝp 1ɐʞısoʇoɯ buɐbbunuǝd uɐʞʇıqɐqɯǝɯ buɐʎ 1ıɔǝʞ uɐbuɐ1ɐɯǝʞ nʇɐs nʞɐ1ɹǝq

Isnin, 23 Mac 2009

Bukan Harakah saja yang digantung, Buku PASTI turut digantung

Bukan Suara Keadilan dan Harakah sahaja yang digantung, Buku PASTI 5 tahun turut digantung.



Lihat gambar....





Khamis, 19 Mac 2009

PANAS! Gambar Sofi Wahab Disalahgunakan!






Jangan Marah ya, Sofi.

Gurau....

Rabu, 18 Mac 2009

Lagu Rap untuk Ali Rustam

Lagu Rap untuk Ali Rustam

Lirik: Mutaligat
Lagu: AwesomeSRS
Penyanyi: [   Sedang di cari  ]

Klik segitiga & nyanyi sendiri





Hajat di hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai
Dari semalam duduk termenung
Tiada lagi ketawa dan hilai

Cita-cita nak jadi TPM
Kempen di buat serata negeri
Jangan-jangan dicekup SPRM
Malu muka pucat gigi

Malunya muka kena tindakan
Tamak kuasa dan juga kedudukan
Ali Rustam letak jawatan
Itulah langkah mesti dilakukan

Buka tak malu muka tembok
Diri sendiri tiada maruah
Tiap hari buat-buat sibuk
Rupanya terlibat dengan rasuah

Rakyat segan ketua rasuah
Sudah rasuah tidak mengaku
Pemimpin kita tiada maruah
Tebalkan muka hendak merayu

Makan lada makan cili
Terasa pedas makan gula
Ketua Menteri tiada integriti
Lebih baik berhenti bertaubat segera


----

Sekiranya anda boleh menyanyikan lagu itudengan baik, nama anda akan diletakkan sebagai Penyanyi.

Google+ Hasbullah Pit