Paklah ada formula baru untuk tentukan harga minyak, iaitu harga minyak dunia -30 sen.
hmmm menarik juga.
Dengan itu, dia berani menjanjikan harga minyak tidak melebihi RM 2.70 untuk beberapa bulan.
tetapi tiada perubahan dasar matawang.
Maksudnya, kalau harga minyak dunia kembali ke USD 140, maka kita tergolek.
Apatah lagi kalau ia naik ke tahap USD 200 setong.
Saya lebih suka harga minyak runcit diMalaysia tidak disubsidikan langsung, tetapi pada masa yang sama rakyat semua mampu.
Pada pendapat saya, Harga minyak yang dikira "mampu dibeli" oleh rakyat Malaysia adalah dalam sekitar RM 1.40.
Lebih dari itu ia sudah dikira jauh dari kemampuan sebenar.
Apa cerita ini? tak mahu subsidi tapi nak harga minyak murah?
Bagi saya biarlah harga minyak dunia dalma USD naik, asalkan harga minyak runcit dalam RM kekal pada tahap yang mampu dibeli.
Kalau Ringgit ditambat kepada beberapa peratus emas pada 2005 dulu, mungkin kita masih lagi merasai harga minyak dibawah RM 1.50 tanpa subsidi.
Jumaat, 1 Ogos 2008
Home »
» $Harga_Minyak_Dunia - 30sen = $Harga_Minyak_Runcit
0 comments:
Catat Ulasan