test

Sabtu, 31 Mei 2008

Wakil PAS dalam Pakatan Rakyat

Di Blog Anwar ada mengatakan bahawa pertemuan wakil Pakatan Rakyat.

Mesyuarat pimpinan yang turut dihadiri Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin dan Siva mewakili KeADILan, Sdr Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chem Man Hin mewakili DAP, Ustaz Abdul Hadi Awang, mewakili Pas.

Bagaimana PAS hanya ada seorang wakil pimpinan?
Termasuk Anwar, PKR ada 5.

Saya ingin melihat lebih ramai wakil daripada PAS supaya suara PAS dalam Pakatan Rakyat tidak tenggelam.

Saya ingin melihat Mujahid yang banyak idea untuk berada di situ. Barulah idea lebih bernas berada dalam perbincangan pakatan.

Saya tidak mahu PAS sering diketinggalankan dalam soal pembahagian kerusi dan Dasar "Hapus DEB" yang merugikan PAS.

Supaya tiada idea merepek dikeluarkan seperti kurangkan cukai petrol untuk turunkan harga minyak.

Mengenai subsidi minyak, Anwar berkata Malaysia boleh mengurangkan cukai petrolnya untuk menurunkan harga minyak, serta membangunkan sistem subsidi yang boleh membawa manfaat kepada penduduk miskin dan bukan mereka yang bergaji RM5,000 atau RM10,000 sebulan.

Jumaat, 30 Mei 2008

Siapa Yang Kelirukan "Islam Hadhari"?

Setelah beberapa hari "Islam Hadhari" itu telah diharamkan di Selangor, maka timbul pula tentangan dari beberapa penjuru, kononnya akan berlaku kekeliruan.


Mari kita kaji siapa punca kekeliruan itu.

1. Setelah saya nyatakan sebelum ini, Istilah Islam Hadhari itu sendiri sudah menyelirukan. Istilah itu yang menjadi punca segalanya, bukan "10 prinsipnya".

10 prinsip itu hanya seolah-olah sekadar slogan yang lebih kurang 9 cabaran Wawasan 2020.

2. Yang menambahkan kekeliruan ialah hujah mengapa ianya diharamkan ialah kerana dia menisbahkan "Hadhari" kepada Islam. Dimana, kebanyakan hujah menentang Islam Hadhari adalah berdasarkan itu. Maka dengan itu mudahlah penyokong Islam Hadhari untuk mengatakan "Tidak faham Islam Hadhari".

3. Terdapat juga kekeliruan tambahan yang dicipta oleh penyokong PAS, yang kononnya Islam Hadhari itu Islam yang menghalalkan Gejala Maksiat dengan memaparkan gambar PakLah pegang bahu Michel Yeoh dan gambar muda-mudi yang hanyut umpama yaman Jahiliah.

4. Terdapat Kekeliruan lagi apabila Islam Hadhari digambarkan sebagai Islam Ekstrim yang tidak membenarkan penggunaan "Allah" dalam buku Kristian.
"Islam Hadhari" juga pernah digambarkan sebagai ekstrim apabila buku kristian dirampas.
Islam Hadhari juga digambarkan sebagai ekstrim dalam kes runtuh kuil, dan "Body Snatching"

Jika Datuk Harussani berkata "Islam Hadhari" bertujuan untuk mengangkat 65 perkara, maka angkatlah, tapi tak perlu guna istilah "Islam Hadhari"


Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan bahawa ianya perlu diperjelaskan.

Saya mengkritik istilah tersebut kerana ia telah dipolitikkan. Sedangkan dari segi pelaksanaan konsep tersebut kurang dilakukan.”

Beliau berkata, jika ditanya kepada masyarakat di luar bandar, mereka sememangnya kurang arif dengan konsep yang cuba diketengahkan itu.

“Saya rasa kerajaan perlu menumpukan perhatian ke atas pelaksanaan program-program berkaitan Islam Hadhari bagi memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat di negara ini.”

“Jangan hanya mengwar-warkannya sahaja. Jenama tidak penting, yang penting isi kandungan dalamnya perlu dilaksanakan,”

Sekiranya kandungan 10 prinsip itu yang perlu dikembangkan, kenapa pula menghabiskan masa menerangkan istilah yang mengelirukan, sehingga membuang masa dan tenaga begitu banyak hanya untuk menerangkan bahawa nama "Islam Hadhari" itu bukan agama baru, atau versi Islam yang lain?

Tukar sahajalah kenapa nama lain.

Mari kita lihat contoh "kekeliruan" yang lain.

Outside a mosque in Kota Bahru last Monday.

Me: Islam Hadhari ini macam mana (How is this Islam Hadhari)?

Makcik in her 70s: (shakes head) Di akhir tak kan jumpa (We won’t meet in the end).

Me: Apa ini Islam Hadhari (What’s this Islam Hadhari)?

Makcik: Islam yang baru. Bukan yang asal (A new Islam. Not the original).

Me: Siapa cipta Islam baru ini (Who invented this new Islam)?

Makcik and friends: Pak Lah….


Terdapat lagi satu jawapan tentang apa itu Islam Hadhari,

My malay friend says it is Pak Lah’s version of SureHeboh !


Baca sini kalau nak tengok lagi kekeliruan "Islam Hadhari".






Khamis, 29 Mei 2008

Ezam Masuk UMNO: Politik belum Matang

Memang Ezam sudah masuk UMNO, dia sudah lama keluar PKR.

Selama dia keluar PKR, tiada pula dia menghentam PKR atau Pakatan Rakyat secara terbuka.

Setelah dia masuk UMNO, tidak kedengaran lagi dia menghentam Pakatan Rakyat.

Kenapa penyokong Pakatan Rakyat hentam dia cukup-cukup?
"Masuk Tong Taik" lah, "Pengkianat" lah, "Jilat Ludah" lah

Tunggulah sehingga dia hentam kita dulu baru kita hentam balik.

Sekiranya Tuntutan Bertindih Tapak Pasar Kampung Baru di ICJkan

Sekiranya Tuntutan Bertindih Tapak Pasar Kampung Baru di antara DBKL dan PNKS dibicarakan di ICJ dan saya menjadi Hakimnya.

Setelah mendengar hujah pihak PKNS, yang mengatakan bahawa pemilik Tapak itu masih PKNS, walaupun telah dibeli oleh DBKL.

"Setelah menjalani pemeriksaan di Pejabat Tanah, saya mendapati tapak pasar tersebut masih berada di bawah hak milik PKNS meskipun ia telah dijual kepada DBKL.

Disebabkan DBKL tidak menunjukkan ia mempunyai kedaulatan keatas tapak itu dengan tidak meminta sewa, maka pemilikan tapak itu adalah milik PKNS untuk dimajukan demi kepentingan peniaga.

*Dung*
*Dung*
(ketuk)

Rabu, 28 Mei 2008

Negeri Bangsamoro Tak Mustahil untuk Menyertai Malaysia selepas ia Merdeka

Pening nak kaji sejarah kalau kesultanan yang ada di Asia tenggara ini diperkotak katikkan oleh penjajah, malah dibelah-belah oleh penjajah.

Penjajah terlalu berkuasa berbanding kesultanan.
Empayar Johor Riau dibelah-belah oleh Inggeris dan Belanda.

Di Sabah yang asalnya milik Kesultanan Sulu, boleh disewa oleh British daripada Amerika yang menjajah filifina sehingga melibatkan kawasan Kesultanan Sulu.

Kini MNLF menuntut Sabah atas sebab sejarah. Yang peliknya, Kemerdekaan Sulu belum lagi dicapai. Saya rasa inilah satu peluang baik bagi Umat Islam Malaysia.

Nur Misuari dalam Amanat Penubuhan Republik BangsaMoro telah membuat kenyataan supaya ingin mendapatkan Sabah kembali berdasarkan sebab sejarah.

Kalau nak kira ICJ yang mementingkan kedaulatan berbanding faktor sejarah, pasti Mindanao tidak akan berjaya mendapat Sabah.

Sudah tentu Bangsamoro tidak menuntut Sabah sekian lama, kerana Kerajaan BangsaMoro pun belum merdeka dan masih dalam jajahan Filifina.


Saya melihat ini sebagai satu peluang untuk menjemput mindanao untuk menyertai Malaysia.

Kalaulah Persekutuan Malaysia berlaku adil kepada Sabah Sarawak, membangunkan seperti Semenanjung juga.

Kalaulah Sabah Sarawak mendapat Royalti minyak yang lebih banyak.

Tak mustahil bagi Negeri Bangsamoro itu menyertai Malaysia. sebagai salah satu negeri di Malaysia.

Ketika ini pun banyak warganya telah datang ke Sabah, menunjukkan sikap "cinta"kan Malaysia.

Malangnya, Pemerintah Malaysia tidak begitu menarik bagi Negara yang mahu merdeka itu supaya menyertai Malaysia.

Mungkin bukan sekarang.

Mungkin Pemuda Pakatan Rakyat sekarang boleh memikirkannya supaya boleh menjemput bangsamoro bersama Malaysia 10 tahun dari sekarang. Dan apa tawaran Persekutuan Malaysia boleh berikan kepada negeri itu.

Mungkin Royalti minyak yang lebih tinggi daripada Shell berikan kepada Brunei.

Malaysia akan dijadikan tempat dimana anak-cucu Kesultanan Melaka dan Kesultanan Sulu duduk semeja.

Haramkan Penggunaan Istilah "Islam Hadhari" Bagi Pendekatan itu

Mungkin ada yang tak bersetuju kenapa Mufti Perak tidak mahu mengharamkan "Islam Hadhari".

"Islam Hadhari" bagi Pendokongnya ialah hanya satu "Pendekatan".
10 prinsip Pendekatan itu, bagi saya elok, akan tetapi ianya tidak lengkap untuk menggunakan nama Islam Hadhari. Seolah-olahnya itu sahaja yang diperjuangkan oleh Islam.

Maka saya akan sokong kalau Istilah Islam Hadhari itu sahaja diharamkan. Gunalah nama lain sebagai contoh "Pendekatan Hadhari" .

Saya tidak faham kenapa, JAKIM mengatakan ianya bukan agama baru tetapi tetap terus menggunakan nama seolah-olah agama baru.


Jakim pula cuba menegakkan benang yang basah supaya terus menggunakan nama "Islam Hadhari". Mereka juga tidak mahu menggunakan nama Hadharah Islamiyah kerana kononnya ia menggambarkan Tamadun Islam Abbasiah dan bukannya sekarang.

Mengikut hukum DM bahasa Melayu, Apabila pendekatan itu menggunakan Islam Hadhari, maka ianya seolah-olah agama baru, kerana ia akan merujuk kepada Islam, bukan "Tamandunnya" atau "pendekatan".

Maka adalah salah menggunakan Istilah "Islam Hadhari" kalau ianya hanya menceritakan tentang hanya pendekatan.

Catatan blog saya yang lama tentang "Islam Hadhari":

"Islam Hadhari"

Ketika Isl*m Hadhari mula diperkenalkan sebelum pilihanraya 2004, ramai orang yang mengatakan ianya seolah-olah agama baru. Maka pihak BN cuba mengadakan "Penjelasan" supaya rakyat faham apa itu Isl*m Hadhari, Saya masih ingat lagi suatu ketika, ramai ahli politik UM/BN yang mengatakan "Masih ramai lagi yang tidak memahami Islam Hadhari", seolah-olah hukum untuk memahami Isl*m Hadhari adalah wajib.

Maka mereka kata "Islam Hadhari" bukan agama baru walaupun mengikut hukum DM, ianya seolah-olah agama baru.

Mereka kata ianya "pendekatan" dan bukan agama baru, maka kita iyakan dahulu sementara waktu.

Mereka masih lagi mahu memberi "Penjelasan", maka dikeluarkan 10 prinsip itu beserta huraiannya.

Siapa yang tak hafal 10 prinsip itu, maka dia dikira "Tidak memahami Islam Hadhari".

Maka, untuk memahami juga , maka hafal sahaja 10 prinsip itu, hafal sebiji sebiji ayatnya.

Memang 10 prinsip itu kelihatan seperti senarai 10 "perkara baik".

Maka timbul 1 lagi persoalan, adalah 10 prinsip itu cukup lengkap untuk dilabel sebagai sesuatu yang merujuk kepada Islam?

mengapa mesti ada "Kekuatan Pertahanan" sedangkan tidak diceritakan langsung tentang keselamatan kanak-kanak? Adakah dengan pertahanan kuat rakyat selamat? mengapa tidak "keselamatan terjamin" mengganti "Kekuatan Pertahanan"?

Oh, Jangan dipersoalkan 10 prinsip itu, sekiranya dipersoalkan, anda akan ditakrifkan sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari"

Jangan dipersoalkan Nama "Islam Hadhari" sepatutnya "Hadharah Islamiyah" kerana ia akan menjadikan anda sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari".

Dipendekkan cerita, untuk dijadikan sebagai seseorangitu memahami Islam Hadhari, mereka mahukan kita memahami ikut setakat mana yang mereka mahu kita faham, tak boleh lebih, tak boleh kurang. Itulah ruang lingkup pemikiran yang disediakan.

Adakah anda ingin "Memahami Islam Hadhari"?

Jadi, kalau ia hanya pendekatan, katakanlah ianya hanya pendekatan, bukan dengan menokoktambah perkataan "Islam".

Selasa, 27 Mei 2008

Konspirasi Menjatuhkan Chegu Bard atau Kesilapan teknikal?

Saya telah mambaca satu catatan blog Chegu Bard melalui googlereader, akan tetapi catatan itu tidak wujud di blognya. (ketika catatan ini ditulis).

Ia agak memushkilkan saya, adakah wujud konspirasi untuk mejatuhkan chegu Bard? ATAU dia tidak sengaja untuk "unpublish" catatannya itu?

berikut adalah catatan CheguBard yang misteri itu.

sejak semalam beribu sms, email dan panggilan telefon yang diterima....tiba - tiba gempar isu nak ikut Ezam masuk Umno....

Telefon di rumah ibu saya turut dihujani panggilan ..... telefon bimbit isteri saya juga..... reaksi bercampur ada yang sedih merayu untuk turut bersama... ada yang gembira dengan khabar angin tersebut... ada yang secara 'keras' memohon penjelasan... dan ada juga yang maki hamun tak tentu arah.... isteri saya dan ibu saya turut di maki oleh mereka yang kononya pejuang dan pemimpin Parti Keadilan.

antara sms yang saya terima seperti di bawah :

Chegu bard tlg hentikn lakonan! Kami tahu kau dalang blog antikhairy. Kau biasa buat kerja menyamar hantar email tipu konon2 bantai kutuk diri sendiri, lepas itu kau sendiri jawab. Jgn brlakonlh sial!! kami tahu itu kerja bodoh kau! Apa tujuan kau adakan cerita ezam nk ajak kau masuk umno? ada ati nampak kau setaraf ezam? Pantat mak kau lah bard! (sms dari 0166208767)

saya hubungi no itu semula dia kata dia Zaidi, Kelang. Saya cuma bercakap saudara bebas bercakap tapi jangan libatkan makian terhadap keluarga saya.... tapi beliau dengan kasar menuduh " kau sapa...kau tak tubuh gerak pun... kau sama sial macam Ruslan .... " tapi bila diajak berjumpa untuk penjelasan beliau beri alasan...

Ingin saya jelaskan........
  1. kenapa kita perlu terpengaruh dengan laman atau blog nyamuk yang penulisnya berselindung dan jelas pro parti lawan..???
  2. merujuk kepada berita Malaysiakini ingin diperjelaskan
    • saya mengambil pendirian tidak komen bukan semestinya saya mengikuti Ezam
    • saya tidak komen kerana saya tidak mahu buang masa dan terperangkap dengan isu yang remeh ...banyak isu dan kerja lebih besar yang perlu diselesaikan
    • 'perjumpaan sulit' ....pertemuan saya dengan Ezam bukan pertemuan sulit memang benar saya jumpa dengan beliau.... kami berbincang banyak perkara termasuk menngenai GERAK yang saya bantu beliau tubuhkan, kerana bukan sedikit masa, tenaga dan wang dikorbankan untuk membina GERAK sehingga dikenali di tahap sekarang ini dan jika benar Ezam mahu menyertai mana - mana parti politik GERAK perlu diserahkan kepada kumpulan bebas.
  3. saya terharu dengan panggilan telefon dari teman - teman pemimpin pertengahan dan rakan pejuang di bawah .... saya paham kegusaran semua.... jesteru itu saya mohon semua bekerja keras untuk kepentingan rakyat terbanyak.... jangan kita termasuk dalam golongan yang pandai beri komen...cakap banyak dan kasar... atau hanya ampu dan muncul bila melihat peluang terhidang........tetapi bila dinilai tidak banyak pun membantu dan berada di tempat selesa bila masa memerlukan pengorbananya...
  4. memahami tidak akan pokok bergoyang tanpa ditiup angin.......... saya faham kemungkinan timbulnya kekeliruan ini kerana semua terjadi serentak... Ezam membuat keputusan masuk Umno-saya masih ada hubungan baik dengan Ezam dan juga pada masa yang sama saya ada melontarkan sedikit 'teguran' mengenai pengurusan dan kepimpinan.
  5. mengegur tidak semesti membenci dan mahu berpisah.... saya melakukan demi menjaga kemenangan dan memahami penderitaan dan rasa hati teman yang sama berjuang....
Ini bukan kali pertama saya membuat 'teguran'.........tetapi hampir setiap kalilah saya dikaitkan dengan pengkhianatan....... dari semasa sebelum Pemilihan Kemaman saya di maki secara terbuka oleh kepimpinan NS kerana kononya saya mengkhianati perjuangan ...hari ini mereka yang maki sudah hampir semuanya tidak ada dalam perjuangan ini dan saya masih di sini.... begitulah semasa berlaku seolah krisis kepimpinan dalam pemuda saya berada di pihak yang tidak porpular saya di maki hamun secara terbuka namun sekarang ini saya masih di sini...dan kebanyakan mereka sudah tidak bersama.......

Ingat......... Perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata. Kita bercakap soal keadilan dan demokrasi.... maka dengarlah suara di bawah... ketika merenung langit dan jangan hanya bercakap pada burung tetapi turut ingat rumput yang di pijak........

Saya amat tidak suka menulis semua ini secara terbuka disini tetapi.......

Pautan tetap bagi URL itu ialah
http://chegubard.blogspot.com/2008/05/kita-terusik-kerana-kabar-angin.html

Beri Peluang Rakyat Singapura Membeli Minyak Tanpa Subsidi

Saya serba salah dengan langkah Shahrir Samad yang tidak membenarkan Kenderaan Singapura untuk membeli Minyak di Stesyen Minyak yang berdekatan dengan sempadan.

Ya memang langkah itu boleh mengelakkan kebocoran subsidi. Akan tetapi pada pendapat saya inya terlalu radikal. Cadangan menyekat kebocoran subsidi disokong oleh pemimpin muda PAS johor, akan tetapi mempersoalkan tentang rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura.

Saya berpendapat langkah untuk memberi peluang kepada mereka membeli minyak tanpa subsidi adalah lebih baik.

Jadi kita boleh bahagikan mengikut kategori:-
  • Rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura.
  • Rakyat Singapura berkenderaan Singapura
  • Rakyat Singapura yang berkahwin dengan Rakyat Malaysia tapi berkenderaan Singapura.
Adalah agak sukar juga kalau rakyat Malaysia berkenderaan Singapura tidak boleh beli Minyak di Malaysia.

Oleh itu, cadangan saya ialah mengadakan langkah awal ke arah sistem minyak 2 gred RON 99 dan RON 95, tetapi hanya melibatkan ron97 yang sedia ada.

Stesyen Minyak di Johor yang mempunyai Tangki Khas untuk RON92 dan Vpower(shell) boleh dijadikan tempat untuk penjualan minyak tanpa subsidi ron97, sementara RON99 belum dibangunkan, untuk penjualan minyak tanpa subsidi.

Kebanyakkan Stesyen yang mempunyai tangki RON92 yang tidak begitu digunakan, boleh diletakkan minyak RON97, dan kemudiannya ianya dibeli dijual pada harga tanpa subsidi sebagai produk lain.

Sebagai contoh, di PETRONAS, tangki RON92, diletakkan Primax 3, dijual sebagai Primax 3.5 pada harga tanpa SUBSIDI.

Di Shell V-Power dijual pada harga Tanpa Subsidi.

Di Esso Mobil, Sinergy F-1 diletak pada pada tangki Regular 92, dijual sebagai Sinergy F-1.5 pada harga tanpa Subsidi.

Untuk Caltex saya tak berapa tahu produknya.

Jadi, secara automatik, minyak tanpa Subsidi boleh dijual kepada Rakyat Singapura.

Rakyat Singapura bukan mahukan subsidi sangat, mereka mampu bayar. Kita yang tidak memberi mereka peluang untuk beli minyak pada harga tanpa subsidi.

Dari Masa ke masa, Syarikat Minyak Malaysia boleh tingkatkan RON pada minyak tanpa subsidi itu kepada RON 98 atau RON 99.

Maka, kita boleh membuat larangan kepada rakyat asing untuk membeli minyak bersubsidi kerana mereka sudah diberi pilihan untuk membeli minyak tanpa subsidi.

Kupon Subsidi

Saya belum sempat menulis lanjut cadangan saya dan Ikram untuk menggunakan
kupon subsidi bagi menggantikan sistem subsidi yang hanya cuba mengawal harga barang. Atau dari sudut lain iaitu menyembunyikan hakikat inflasi.

Alih-alih tadi Shahrir Samad umumkan bahawa penyelesaian berbentuk food stand atau kupon akan dilaksanakan. Terdapat juga cara pemberian subsidi berdasarkan cc kenderaan.

MTUC cuba menganggah, kononnya golongan kaya boleh membeli kereta cc kecil untuk pendapatkan subsidi bagi kereta mewahnya.

Bagi saya itu tidak mengapa, kalau kereta 1.5 cc, mendapat subsidi sebanyak RM x bagi tempoh tertentu, maka untuk kereta mewahnya, tetap dihadkan mengikut subsidi yang boleh diterima kereta kecilnya.

Saya pun tak faham apa yang MTUC mahukan.


Dipendekkan cerita cadangan penyelesaian saya ialah sebegini.
Kupon subsidi kenderaan diberikan ketika perbaharui cukai jalan. atau apa cara sekalipun yang penting melalui JPJ.

Kupon subsidi makanan diperolehi di pejabat Pos atau agensi lain seperti Bank. dikira mengikut kepala. Orang kaya pun boleh tuntut kalau tak tahu malu.

Isnin, 26 Mei 2008

Penipuan SMS Kononnya Kad SIM Menangi Hadiah

Saya sudah lama mengetahui tentang sindiket dari Indonesia yang membuat SMS rambang kepada telefon di Malaysia sempena berlangsungnya Akademi Fantasia
dan Peraduan daripada Syarikat Minyak Tempatan.

Akan tetapi, setahu saya, orang yang tertipu hanyalah orang yang tamak untuk menang, sehingga sanggup memasukkan sejumlah wang kepada akaun tertentu.

Itu yang sering berlaku.

Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, seorang imam ditipu, hanya dengan memberikan nombor akaun tanpa memasukkan wang ke akaun sipenipu.
(Melainkan kalau imam itu berbohong)

Saya pernah juga terbaca dimana entah yang sindiket itu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan wang hanya dengan mendapatkan nombor akaun. Akan tetapi ketika itu saya tidak percaya.

Kini saya mungkin percaya.

Bagaimana sindiket asing boleh mengeluarkan wang dengan hanya mendapatkan nombor akaun. Mungkin, imam itu telah memberikan maklumat lain seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh.

Akan tetapi itu sepatutnya tidak boleh membuatkan wang dikeluarkan.

Saya mengesyaki terdapatnya "orang dalam" yang berada di Syarikat Bank tempatan, yang boleh "TT"kan wang itu keluar negara secara elektronik.

merujuk kepada 1 cerita:

hmm aku ada crita cam ni gak..tapi kisah ni terjadi kat diri aku ngan mbr aku.
aku dapat SMS dari no indonesia kata sim terpilih dari celcom menang rm15000.
aku cal no tu balik n si penipu tu mengaku dari manara petronas celcom.dia tanya
ada x akaun maybank n aku cakap xda.kebetulan mbr aku dgr perbualan ni n dia ofer
akaun maybank dia utk transaksi duit aku.mulanya aku tolak sebab dari mula aku kurang percaya
n si penipu ni bertutur dalam pelat indonesia yang pekat.slepas dipujuk oleh mbr aku ni,aku pun beralah sebab
kata mbr aku, "ala ni akaun aku,lau da papa aku sendiri yang tanggung.hang tak rugi papa pun".
aku dengan selambanya n tanpa fikir panjang terima jer..kat bank,aku call penipu tu balik n dia soh aku wat
maybank2u iaitu transfer akaun ke pihak yang satu lagi..segala urusan memang cepat n penipu tu boleh tahu brapa
ringgit yg ada dalam akaun kita.mulanya mbr aku hilang rm930.kemudian bila dapat gaji,semua duit dalam akaun dia
lesap.2 bulan mbr aku merana sebab hilang duit n last2 dia tukar akaun.
Sekiranya sindiket itu hanya memerlukan akaun maybank, tidak hairan kalau berlakunya kebocoran di dalam Maybank.

menurut cerita lain pula, mereka tidak memerlukan maklumat seperti nombor akaun, nama penuh dan nombor Kad Pengenalan sebelum mengakses ke akaun mangsa:

Katanya, hadiah wang tunai yang bakal saya terima akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank. Serentak dengan itu, dia meminta Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Akaun Maybank dan bertanyakan jumlah simpanan saya dalam akaun tersebut.

Kerana tidak percaya dengan apa yang dia katakan, saya berkeras tidak mahu memberitahu semua perkara yang diminta. Bagaimanapun, dia meyakinkan saya bahawa No. Kad ATM Maybank milik saya telah pun dia ketahui. Serentak dengan itu, dia membacakan 8 digit pertama nombor tersebut. Menurutnya, dia memerlukan semua perkara yang diminta tadi untuk pengesahan supaya hadiah RM10,000 boleh dimasukkan ke dalam akaun saya secepat mungkin.

Seolah-olah mereka mempunyai pangkalan data maklumat pengguna telefon bimbit. Dan mereka hanya mahukan akaun Maybank. Mengapa Maybank?

Persoalan Hak Bersuara dalam Isu Baju Kurung Sekolah Seksi

1. Walaupun terdapat 1001 hujah yang membuktikan rogol tidak berpunca daripada baju kurung sekolah yang seksi atau "keseksian" secara umum. PKPIM tetap berhak mencadangkan sesuatu yang menangkis perkara negatif bagi mereka.

2. Sekiranya ikan mencadangkan supaya perlu ada akuarium atau kolam supaya ia boleh hidup didarat. Kambing tidak boleh menafikan hak ikan walaupun kambing tidak perlu untuk berada didalam akuarium untuk terus hidup di darat.

Kemaskini:
Cadangan PKPIM adalah untuk pelajar Perempuan Islam sahaja.
Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Ahad, 25 Mei 2008

Siti Nurhaliza Mempertahankan Kedaulatan Pulau Pisang

Pulau Pisang, juga satu pulau yang dibernarkan oleh kerajan johor untuk digunakan oleh kerajaan british yang bertapak di Singapura, akibat daripada ketiadaan kemudahan GPS pada kapal-kapal pada 1800.

Di blog Pancik Lim, terdapat satu surat yang mempersoalkan kedaulatan Pulau Pisang, kerana ciri-cirinya hampir sama dengan Pulau Batu Putih, iaitu dipinjamkan ke Penjajah British di Singapura dan diki masih diselia oleh Singapura.

Soal Kedaulatan timbul apabila TLDM juga dilarang untuk memasukinya:

Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut, adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya. Disini saya ingin memaklumkan kepada YB, selama penugasan saya di pulau tersebut, kami tidak dibenarkan memasuki persekitaran rumah api, malah menggunakan jetinya juga dilarang apatah lagi memasuki kedalam rumah api. Maka sepanjang penugasan kami di sana, kami hanya memerhatikan dari jauh warga Singapura keluar masuk, tidak lebih dari itu.
Keadaannya saling tak tumpah macam Pulau Batu Putih.

Perbezaannya hanya di dalam peta masih lagi tertulis milik Malaysia, dan tiada kesilapan sepertimana pembuat peta yang mengatakan bahawa pulau batu putih milik Singapura.

Tak hairan kalau pemilikan Pulau Pisang oleh Malaysia akan dipersoalkan. memandangkan TLDM pun tiada kuasa untuk memasukinya. Maka kedaulatan itu akan dipersoalkan.

ICJ nampaknya lebih mementingkan siapa yang lebih berkuasa berbanding siapa pemilik asal Pulau tersebut.

Jadi adalah perlu bagi kita untuk meredah Pulau Pisang walaupun "tidak dibenarkan" oleh pengendali rumah api.Bendera Malaysia dan Johor perlu ada di situ.

Selain itu bukti pulau Pisang milik kita perlu diperkemaskan,

Di Wikipedia sudah mempunyai ayat seolah-olah ianya dipertikaikan

The lighthouse's status has thus been contentious in recent years due to access of Singaporean workers to the lighthouse.
Kedaulatan Pulau Pisang bukan hanya soal pulau, akan tetapi termasuk sekali laut yang di sekelilingnya.

Oleh itu sebagai langkah awal untuk menunjukkan Pulau Pisang milik Malaysia, Penyanyi tersohor Siti Nurhaliza telah menyanyikan satu lagu:

Pulau Pisang


Pulaulah Pisang...
Pulau pisang rumahlah api sayang
Pedoman kapal belayar malam
( ulang 2x )

Sebelum ajal berpantang mati
Walaupun tercampak dalam lautan dalam
( ulang 2x )

Pedomanlah kapal
Pedomanlah kapal belayar malam sayang
Sarat bermuat buah keranji
( ulang 2x )

Walau tercampak lautan yang dalam
Tidakku lupa segala janji


( ulang 2x )

Idea Lama Dr. Mahathir , Dinar Sebagai Matawang Berkumandang di Jepun

3 hari lepas, saya terbaca tentang Dr. Mahathir masih lagi ingin meneruskan usaha mempromosi Dinar sebagai matawang.

Kali ini dia telah mencadangkan bahawa Negara Asia Timur supaya mempunyai matawang khas untuk urusniaga sesama mereka dan mengambil Dinar sebagai contoh.

Beliau berkata mata wang dagangan tunggal seumpamanya seperti dinar yang pernah dicadangkannya semasa beliau menjadi perdana menteri akan membantu merangsang dagangan di dalam rantau di samping menghapuskan risiko yang membantu yang dikaitkan dengan turun naik kadar tukaran wang.

"Ia juga akan menghapuskan spekulasi mata wang dan manipulasi dari mana-mana negara Asia telah terjejas, seperti Malaysia semasa krisis kewangan 1997/98," kata beliau semasa perbincangan panel pada Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-14 mengenai "Masa Depan Asia" di sini Khamis.

Dr Mahathir berkata dolar AS merupakan mata wang yang digunakan bagi dagangan sekarang tetapi ia tidak stabil dan terdedah kepada manipulasi.

Selepas puas Dr. Mahathir melobi dinar supaya digunakan dalam urusniaga, kini dia pula mencadangkan satu matawang serantau yang menyerupai euro.

Politik Dinar begitu tidak popular di Malaysia, seolah-olah tidak nampak kepentingannya dalam menjaga kedaulatan ekonomi Malaysia.

Di Malaysia, Ahli Politik yang pro kepada Dinar adalah Husam Musa, Dr. Mahathir , Redhuan Onn dan saya. (Saya ahli politik kah?)

Sekiranya penyelesaian dinar sebagai matawang begitu sukar diimplementasikan, atas sebab ianya tidak boleh diniagakan untuk membeli rumah atau kereta dan perbelanjaan biasa. Mungkin kerana ketiadaan denominasi kecil Dinar.

Denominasi kecil Dinar boleh dalam bentuk Dirham perak.

Kalau nak denominasi kecil lagi, mungkin kena guna wang Kertas. sebagai contoh, matawang "Det" yang bernilai 1/10 Dirham.

Sabtu, 24 Mei 2008

Pulau Batu Putih: Johor Mesti Minta Gantirugi dari Persekutuan

Saya amat sedih mendengar berita kehilangan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura secara rasmi. terus kukenang bagaimana patani jatuh ke tangan Siam secara rasmi pada Perjanjian Bangkok.

Bagi orang Johor, Nasib pulau milik Negeri itu ditentukan bukan oleh mereka. Ianya ditentukan peguam persekutuan lawan peguam Singapura ditentukan oleh hakim asing.

Menurut sejarah, apabila siam menyerang patani, tentera dari terengganu juga turut membantu tetapi tetap gagal. Mungkin kerana tidak cukup bantuan.

Kini Johor umpama diserang Singapura. Tanahnya "dibeli" sedikit demi sedikit oleh Singapura untuk mengembangkan empayar mereka.

Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih.
Sekurang-kurangnya kita sedar akan kedaulatan negara itu penting. Kedaulatan Johor yang bersempadan dengan Singapura juga penting.

Langkah yang saya kira penting untuk menyedarkan lagi tentang peri pentingnya kedaulatan Negara dan Johor ialah mengambil tindakan keras terhadap Persekutuan.

1. Rakyat Johor, Sultan Johor, Kerajaan Johor, Pakatan Rakyat Johor, Ketua Pemuda PAS Johor menuntut gantirugi atas kehilangan tanah johor daripada persekutuan.

2. Semua di atas mendesak Peguam Negara supaya meletak jawatan di atas kegagalan dia mempertahankan Pulau Batu Putih.

3. Menuntut "iskandar Malaysia" dihentikan dan digantikan dengan Jambatan Bengkok.

Jumaat, 23 Mei 2008

Aduh! Saya Sudah Dipengaruhi Mahathirisme

1. Saya sudah dipengaruhi dengan Gaya Penulisan Mahathirisme.

2. Kerana itu saya meletakkan nombor pada catatan ini. Tidak dinafikan ianya membuatkan catatan blog mudah dibaca.

3. cuba lihat contoh catatan blog Dr Mahathir ini, secara automatik kita akan nak baca perenggan seterusnya.

4. Teringat pula ketika sekolah dahulu, kita sering menulis nota guru yang ada nombor. Kenapa kita tidak menulis blog yang ada nombor?

5. Gaya penulisan blog Dr. Mahathir bernombor itu mengingatkan guru-guru lamaku, Ada yang telah pergi.

Terbukakah Minda Bukan Islam Dalam Isu Baju Sekolah Seksi?

Di sini saya menyatakan kekesalan melihat "minda terbuka" pemikir bukan Islam yang sering tertutup mindanya apabila melihat idea berkaitan dengan penutupan aurat atau sesuatu yang menghalang berlakunya maksiat.

Turut saya kesalkan ialah Damian Yeo, rakat se"Pakatan Rakyat Negeri Melaka"ku yang mengatakan:

Ridiculous. I am a man, and school uniforms does not turn me ON. A man so retard and idiot as hell? I am embarrassed by statements by some 'Islamist wannabe'. The dress code has been there for over the years and now say that it turn man ON. As such I totally agree with Sisters in Islam that something must be seriously wrong with local men if the sight of girls in their school uniform turns them on. It is so ridiculous and stupid. I must say a stupid statement of the year.

Adakalanya saya terfikir, adakah ramai yang mengatakan mereka itu "terbuka" adalah benar-benar terbuka atau mentaliti barat?

Pernah juga seorang mahasiswa mempersoalkan adakah mahasiswa bebas berfikir atau mentaliti Usrah? (lupa URL)

Teranutnya seseorang dengan sesuatu bentuk pemikiran menyebabkan ianya tidak bebas.

Orang yang berfikiran bebas akan merasakan, "OK juga idea itu" maka dia akan terus berfikir.

Begitu juga soal mengharamkan seks luar nikah diperingkat sivil, hanya menj yang mengatakan "OK juga idea itu".

Kembali kepada cadangan menggelapkan baju kurung putih pelajar sekolah.
Secara automatik saya katakan ianya satu idea yang bernas.

Perlukah saya mengaku bahawa saya melihat pelajar perempuan dengan penuh berahi? [Yes/No/Cancel]

Baju kurung putih, kalau tanpa memakai tudung dengan betul, kalau terlalu jarang, ianya memberikan ganguan seksual kepada pelajar lelaki.

Perlukan pelajar lelaki atau guru lelaki menyaman pelajar perempuan yang memakai baju kurung putih dan nipis kerana ganguan seksual yang diterimanya?
Boleh dibuktikan dimahkamah kalau perlu.

Zaman sekarang ini zaman pelik, tak hairan kalau pelajar perempuan menipiskan baju putihnya untuk kelihatan seksi. Tak hairan juga kalau pelajar perempuan dengan sengaja memakai bra yang berwarna hanya untuk menyerlahkan branya untuk kelihatan seksi.

Itu tidak pelik bagi saya.

Ada juga berlaku dimana pelajar perempuan Islam, tidak memakai tudung, menyerlahkan bra separuh cawannya (half cup).

Zaman sekarang mana da orang guna bra cawan penuh, kolot kononnya.

Saya tidak menafikan cadangan munirah itu bernas.

Mari kita lihat dari sudut lain.

Cadangan Munirah itu adalah cadangan daripada orang Islam, untuk pelajar Islam, adakah salah bagi orang Islam memberi cadangan untuk pelajar Islam supaya kelihatan lebih sopan?

Ini persoalan hak. Hak umat Islam untuk melindungi pelajar Islam.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya warna biru laut kain baju kurung itu digunakan untuk baju kurung sekali.

Memang ramai yang mengatakan keseksian seseorang perempuan itu bukan penentu seseorang itu dirogol atau tidak. Akan tetapi keseksian orang lain juga adalah penyebab orang lain dirogol. Faktor keseksian tidak boleh dinafikan tetap ada, walaupun faktor perogol itu yang lebih besar.

Kalau tiap-tiap hari Lelaki A melihat pakaian seksi perempuan A, mungkin dia akan merogol Perempuan B hanya kerana ada peluang terhadap Perempuan B.

Khamis, 22 Mei 2008

Dr. Mahathir Meracuni Fikirannya Sendiri

Saya tertarik ulasan Datuk Shahrir Samad tentang bagaimana dia dilabel sebagai keluar UMNO oleh Tun Dr. Mahathir.

Datuk Shahrir mengatakan bahawa dia tidak keluar UMNO, dia hanya tidak dapat masuk UMNO ketika UMNO baru ditubuhkan.

Dr. Mahathir bukan tak tahu yang dia haramkan UMNO.
Dr. Mahathir bukan tak tahu yang dia juga teribat untuk tak kasi Team B masuk UMNO baru.

Akan tetapi secara konsisten dia menyalahkan pihak tertentu mengharamkan UMNO. Seolah-olah dia sendiri meracuni fikirannya supaya mempercayai apa yang dikhayalkannya itu benar, supaya boleh terus berbohong secara konsisten.

Begitu juga apabila PAS menawan Kelantan, dia juga yang sekat itu ini, kemudian dia sendiri kata PAS tak mampu. Dia sendiri meracuni fikirannya supaya berkata sebegitu supaya ia konsisten.

Apabila dengan isu Shahrir Samad, racun yang ditanam difikirannya sendiri itu telah meresap jauh sehingga seolah-olah benar yang Shahrir Samad keluar UMNO.

Dalam Kes Anwar suatu dulu, dia telah meracuni fikirannya sendiri untuk mengiakan bahawa Anwar meliwat.

Begitu juga dalam tuduhan kononnya Anwar Yahudi, dia meracuni fikirannya supaya ianya sahih difikirannya.

Banyak lagi contoh dia meracuni fikirannya, supaya apa yang dikatakannya itu konsisten.

Politik Hapus DEB yang Tidak Menguntungkan PAS

Politik menghapuskan DEB oleh PKR sebenarnya secara tidak langsung merugikan PAS. DEB yang sememangnya patut diganti, hahikatnya sudah jadi pegangan kepada ramai orang melayu. Apabila disebut hapuskan DEB, maka kecut perut orang kampung, terus pangkah UMNO. Walaupun hakikatnya DEB itu telah tamat dan digantikan dengan DPN.

Walaupun negara telah 50 tahun merdeka, dikuasai oleh parti politik berasaskan kaum, maka politik berasaskan kaun itu masih tebal.

Kononnya nak sama rata, akan tetapi kerusi majoriti melayu diberikan kepada PAS. Maka hasilnya PAS yang dapat paling sedikit kerusi dalam pakatan Rakyat. Mungkin sebab fobia akan penghapusan DEB oleh pengundi melayu kampung.

Nak buat macam mana, calon PAS kampung pun tak faham sangat Agenda Ekonomi Baru (AEB).

Ini yang pelik, Dasar ekonomi tidak mengikut kaum, tetapi pembahagian kerusi mengikut kaum.

PAS ada agenda khas untuk menarik sokongan bukan melayu dengan mengadakan kelab penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam. Akan tetapi tiada program khas untuk "Melayu". "Lajnah Nasib Melayu" atau "Lajnah Warisan Melayu"?

Jadi Ezam nampak realiti yang orang Melayu takutkan kehilangan DEB, walaupun hakikatnya DEB hanya menguntungkan UMNO.

Apabila DEB menguntungkan UMNO maka Ezam masuk UMNO?

Sebab musabab Ezam masuk UMNO tidak diketahui, yang jelas dia tak suka politik Anwar hapuskan DEB, mungkin baginya belum tiba masanya. ATAU itu hanya sekadar alasan.

Atau mungkin Ezam masuk UMNO kerana kematangan politiknya, dia sering memperkatakan tentang "kematangan politik".

Macam beli saham, lebih untung ketika beli pada harga rendah.

Pakatan Rakyat sepatutnya mempunyai sedikit agenda melayu, kerana realiti pengundi sebegitu.

Tidak perlulah menawarkan sesuatu yang melampaui batas sehingga menidakkan hak kaum bukan melayu.

Akan tetapi cukuplah dengan jaminan bahawa mempertahankan tanah rizab melayu, mempertahankan bahasa melayu, mempertahankan warisan melayu.
cukuplah.

Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa

Google, satu syarikat Internet yang tersohor, sendiri mengakui kepentingan bahasa untuk meningkatkan penguasaan pasaran kawasan tertentu.

Menurut Ceft, kajian terperinci perlu kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan syarikat untuk menguasai sesebuah negara berdasarkan kefahaman syarikat terhadap keperluan dan kemahuan pengguna Internet dan tabiat pelayaran mereka.

Katanya, tabiat pengguna melayari Internet amat berbeza daripada satu negara dengan negara lain kerana ia adalah berkaitan dengan budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing.

''Kadar penembusan kami di sebahagian pasaran dunia ini bergantung kepada sejauh mana kami memahami bahasa dan tabiat pengguna melayari Internet untuk memperoleh maklumat," ujarnya.


Alangkah malunya kita, apabila kajian mereka untuk memahami bahasa melayu, menunjukkan orang melayu suka membuang bahasa demi teknologi atau sebab lain.

Rabu, 21 Mei 2008

Kenapa LAN ditukar kepada MQA? Jangan Berkompromi Soal Bahasa

Telah saya katakan dahulu, Jangan Berkompromi soal bahasa.

Baru-baru ini keluar iklan di kaca/lcd TV yang mengatakan LAN (Lembaga Akreditasi Negara telah ditukar kepada MQA, "Malaysian Qualification Agency".

Tali Barut British mana pula yang bunuh bahasa? Apa salahnya nama Agensi itu kekal dalam Bahasa Melayu? Syarikat asing tidak pernah persoalkan kenapa nama agensi dalam Bahasa Melayu.

Jikalau ia mempunyai 2 nama, "Malaysian Qualification Agency" dan "Agensi Kelayakan Malaysia", kenapa "MQA" juga dipilih menjadi logo?

Menteri Pengajian Tinggi orang UMNO atau PAS?
Orang parti mana yang berkompromi soal bahasa.

Idea Dr Mahathir Bernas, Tapi Fikir Tak Habis

Telah dinyatakan oleh saya, bahawa tindakan Dr. Mahathir menyuruh orang keluar UMNO adalah untuk menafikan majoriti mudah Kerajaan BN sedia ada. Ianya seolah-olah satu langkah mudah untuk menafikan majoriti mudah BN tanpa membentuk kerajaan. Kalau kerajaan tidak dibentuk maka pilihanraya lagi.

Saya sendiri fikir tidak habis kerana tidak menjangkakan Dr. Mahahir akan menyuruh Ahli Parlimen yang keluar itu berunding dengan Ahli Parlimen yang masih UMNO untuk membentuk kerajaan semula tanpa Pak Lah.

7. Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen.

8. Jika BN ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan.



Akan tetapi hakikatnya, ahli Parlimen UMNO sedia ada terlalu takut untuk melakukannya. Dr. Mahathir tidak memikirkan sekiranya rundingan gagal, dan diadakan pilihanraya semula. Ahli Parlimen UMNO yang keluar itu secara automatik tidak akan dicalonkan lagi untuk mewakili BN. Maka tamatlah riwayat ahli Parlimen UMNO itu.

Idea bernas tapi fikir tak habis.

Mana Idea Bernas Penyelesaian Masalah Rakyat oleh Dr. Mahathir?

Sambung cerita semalam yang kononnya Mahathir masih mempunyai idea yang bernas.

Dr. Mahathir mempunyai keupayaan berfikir yang hebat (tak semestinya serba betul). Akan tetapi apabila pemikirannya terlalu fokus kepada sesuatu, maka buah fikirannya hanya untuk perkara sesuatu.

Suatu ketika dahulu, Tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyebut tentang Matawang Ringgit yang dibawah paras nilai, Jambatan bengkok dan beberapa isu lagi. Bagi saya semua pendapatnya ketika itu boleh diterima.

Ideanya ketika itu bernas kerana dia tidak fokus untuk menjatuhkan Pak Lah.

Kini kepala ottaknya fokus untuk menjatuhkan paklah akibat dari kekalahan BN di beberapa buah negeri. Sebenarnya dialah salah satu punca, dia yang menyuruh pengundi mengundi protes, untuk menekan Paklah.
Tapi Paklah penuh imunisasi.

Pada saat ketika ini, Malaysia tidak memerlukan idea untuk menjatuhkan Pak Lah, akan tetapi memerlukan penyelesaian masalah rakyat akibat daripada kenaikan harga barang.

Mana Penyelesaian Dr. Mahathir?

Kalau mahu dirinya disanjung, maka keluarkanlah idea penyelesaian masalah rakyat. Bukan sekadar penyelesaian masalah kemelut UMNO.

Beberapa orang, yang begitu popular, sekali cakap semua orang ikut.
Sekiranya Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Husam Musa, Dr Mahathir, Dr. Chua Soi Lek bersatu hati menyarankan supaya tidak membazir makanan. Secepat kilat penyokong-penyokong mereka akan bersatu untuk tidak membazirkan beras.

Kalau hanya Pak Lah yang cakap, siapa mahu ikut?

Kita boleh salahkan kerajaan Pak Lah kerana "Krisis Beras", akan tetapi kadar penggunaan tinggi adalah juga berpunca daripada masyarakat.

Begitu juga kadar penggunaan petrol yang tinggi. Rakyat perlu dipupuk supaya berjimat tokoh-tokoh polular politik Malaysia. Cakap Pak Lah orang sudah tak mahu ikut.

Politik sepatutnya boleh membentuk Masyarakat, bukan hanya sekadar menagih sokongan dan kuasa.

Kalau sudah ada pengaruh, gunakanlah pengaruh itu untuk membentuk masyarakat.

Kalau kerana masalah melayu boleh ada MMMM, mengapa tidak ada forum terbuka penyelesai masalah krisis makanan, krisis ketidakmampuan rakyat untuk berbelanja.?

Pendapat berkaitan:

Selasa, 20 Mei 2008

Mahathir Tidak Nyanyuk, Masih Punyai Idea Bernas

Ramai orang kata Mahathir sudah nyanyuk, bercakap perkara yang bukan-bukan. Akan tetapi saya menafikannya.

Dr. Mahathir sejak dari dahulu, ialah seorang yang mempunyai idea. Adakalanya ideanya pelik, adakalanya ideanya bernas, adakalanya ideanya melangkaui pemikiran masa kini.

Pengeluaran dirinya dari UMNO ialah ideanya untuk menekan Pak Lah. Oleh kerana dia tiada apa yang dirugikan, maka ia lakukan juga, demi menekan Pak Lah supaya meletak jawatan kerana bertanggungjawap atas kekalahan BN.

Dr.Mahathir pemikir yang hebat, ideanya adalah betul dari pandangan dia. Tidak pada pandangan semua orang.

Dia mempunyai banyak idea untuk kekal berkuasa. Bayangkan BN boleh mendapat 2/3 parlimen ketika saat Barisan Alternatif kelihatan boleh menumbangkan BN. Dan dia tak nafikan Negara yang baik adalah mempunyai kerajaan dan pemimpin yang kuat. Ada ketikanya konsep sebegitu ialah betul, iaitu ketika rakyat tiada hala tuju, pemimpin menentukan halatuju. Konsep sebegini akan berjaya untuk mencapai halatuju yang pemimpin kehendaki akan tetapi tidak lengkap.

Kerana sebab itu, oleh kerana kehendak Dr. M mahukan insfrastruktur bertaraf dunia, maka Malaysia memperolehinya, akan tetapi pada masa yang sama banyak perkara tidak diendahkannya, sebagai contoh Bahasa Melayu, Pertanian, pengangkutan awam di kawasan luar Lembah Kelang.

Malaysia boleh ada MSC, tetapi ramai orang yang buta IT. Ramai pula orang yang terpengaruh untuk mengubah nama "IT" kepada "ICT".

Semua berpunca kerana semua orang bersungguh-sungguh menunaikan kehendak Dr. Mahathir. Banyak sektor yang dianaktirikan ketika berlakunya pemerintahan sebegitu.

Dia mahu itu ini, itu ini semua mesti cepat.
Maka itulah jadinya. Ketidakseimbangan pemerintahan.

Berbalik soal dia nyanyuk atau tidak.
Catatan blognya terkini adalah berkaitan Lobi melobi,
Mengutarakan banyak contoh keadaan melobi dan membuatkan orang berfikir. Itupun jika pembaca mahu berfikir.
Adakah Negara kita perlu garispanduan lobi melobi? supaya dapat membentuk titik pemusingan antara rasuah dan salah guna kuasa dengan pelobian halal?

Apabila seseorang itu berkuasa mempunyai idea, automatik cadangannya seolah-olah kelihatan seperti arahan yang perlu dipatuhi.

Walaubagaimanapun keadaan jauh lebih baik daripada seseorang yang berkuasa itu hanya menerima bulat-bulat idea orang sekeliling, untuk menyedapkan hati orang yang berjumpanya.

Bayangkan idea untuk mensyaratkan pemelukan Agama Islam perlu di isytiharkan juga di terima bulat-bulat olehnya.

Selepas Dr.M Keluar UMNO, Keluar mana pula?

Dr Mahathir telah mengumumkan bahawa dia telah keluar dari UMNO supaya Presiden UMNO meletak jawatan.

Sekiranya langkah ini tidak berjaya, sanggupkan dia Keluar dari menjadi warganegara Malaysia supaya Perdana Menteri Malaysia letak jawatan?

Isnin, 19 Mei 2008

Ada Kaitan dengan Piala Thomas?

Kekalahan Malaysia kepada China pada separuh akhir Piala Thomas agak menyedihkan.

Mungkinkah Dr Mahathir melepaskan keahlian UMNOnya untuk meminpin BAM? supaya dapat merampas kembali Piala Thomas?

ATAU
dia mahu mengambil tempat Punch Gunalan di BWF


ATAU

Mungkin dia mencemburui Jawatan Timbalan Presiden yang menjadi milik Khairy Jamaludin.

ATAU

Mungkin dia nak letak jawatan Penasihat PETRONAS tetapi dia tersalah buat pengumuman.

ATAU
Mungkin dia sudah benar benar bertaubat di atas kesilapan yang lalu (sekiranya ada).


Ini hanya spekulasi murahan "Sebab Sebab Punca Mahathir Letak Jawatan".

Dr. Mahathir dijangkakan tidak dapat membuatkan Ahli Parlimen UMNO Keluar UMNO

Tahukah anda, Dr Mahathir akan gembira apabila tindakannya menjadi kejutan banyak pihak, dan banyak pihak memperkatakan tentangnya.

Ya, itulah perkara yang dia suka.

Adakalanya Dr. Mahathir suka membuat perkara diluar jangkaan kerana dia mengganggap ideanya baik.

Itulah pemikirannya.

Ketika dia membunuh Istilah Matematik dan Sains Bahasa Melayu suatu ketika dahulu, walaupun ramai yang tentang, dia tetap terus dengan tindakannya yang dianggap "pelik tetapi bernas" baginya.

Berapa ramai agaknya Ahli Parlimen UMNO yang nak keluar UMNO?
Parti yang penuh dengan perebutan kuasa itu, pasti dipenuhi harapan "agaknya bila dia nak keluar UMNO supaya aku boleh naik".

Ahli yang berani keluar UMNO ialah ahli yang sudah bersara.
Anaknya sendiri pun sedang memikirkan samada tindakan itu harus dicontohi atau tidak.

Di kelantan Nik Aziz bergembira bukan kerana ahli UMNO lain hendak meletak jawatan, tetapi bergembira kerana Dr. Mahathir telah memberi isyarat supaya jangan masuk UMNO.

Saya yang asalnya risau kalau ada pilihanraya baru, akhirnya hilang kerisauan apabila memikirkan bahawa Ahli Parlimen UMNO tidak berani melepaskan jawatan. Melainkan segerombolan Ahli Parlimen UMNO keluar bersama-sama pada jumlah yang melebihi Bilangan Ahli Parlimen PKR.

Dipendekkan cerita, Langkah Mahathir pasti tidak akan diikuti oleh Ahli Parlimen UMNO, kerana semua takut nak mulakan dulu.

Bayangkan kalau benar lebih daripada 32 orang Ahli Parlimen UMNO keluar UMNO untuk menafikan majoriti mudah BN? Sekiranya Kerajaan tidak dibentuk dengan Pakatan Rakyat maka akan diadakan pilihanraya semula.

Di atas tiket apakah Ahli Parlimen UMNO yang telah keluar itu akan bertanding?
Ahli UMNO sedia ada tidak akan beri peluang kepada yang telah keluar kerana ramai yang menunggu.

Majoriti Mudah BN akan Dinafikan?

Entah mengapa saya dapat merasakan bahawa Majoriti Mudah Kerajaan BN akan dinafikan dengan proses pengeluarkan Ahli Parlimen dari BN. Ianya mungkin berlaku tanpa Ahli Parlimen itu memasuki pakatan Rakyat.

Apa akan terjadi kalau majoriti mudah BN dinafikan oleh ahli parlimennya sendiri? Kerajaan tidak boleh lagi dibentuk dan kemungkinan pilihanraya parlimen lagi sekali.

Sekiranya inin berlaku, di harap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN.

Jangan Bermain Api dengan Nelayan Melaka

Adakah "Gila" sesuai untuk merujuk kepada tindakan seseorang umpama menutup telaga minyak yang masih mengeluarkan minyak?


Tersebut Al Kisah seorang pemimpin yang menutup sumber pencarian yang sejak dari dulu memanafaatkan rakyat negerinya hanya kerana ada sumber lain.

Oleh kerana Ikan tidak menguntungkan kerajaan Negeri secara langsung, akan tetapi ikan itu makanan. telah saya katakan jangan meletakkan harga pada makanan. Penutupan sumber makanan adalah sesuatu yang tidak logik ketika dunia sedang mengalami krisis makanan, dan mungkin suatu masa nanti krisis makanan akan menjadi lebih teruk.

Ini semua kerja gila.

Kalau ada krisis makanan, kau makan lah bijih timah itu. Gaulkan dengan nasi.
Itupun kalau nasi ada, kalau nasi tiada, Gaulkan bijih timah itu dengan komputer. Kunyah 4000 kali.

Sektor perikanan negeri Melaka tak popular seperti Trengganu kerana ia tidak dimasukkan ke dalam buku teks Ilmu Alam atau Geografi. Akan tetapi sejak beratus tahun yang lalu, Sektor perikanan memangkin rakyat melaka untuk terus hidup di samping sawah padi yang terbentang luas dari Merlimau sampailah Kandang.

2 sumber makanan itu menjadi faktor terus hidup oleh warga Melaka walaupun dibawha pemerintahan penjajah secara langsung.

Bekas Penjajah Portugis yang ada di Melaka rata-ratanya adalah nelayan.

Ini semua kerja gila.

Di Negeri Melaka, walaupun kecil, hampir semua muara sungai menjadi tempat pendaratan ikan.

Tidak mustahil, kalau pengangkutan laut menggantikan pengangkutan darat untuk bergerak antara Sempang Ke Bandar Hilir.

JKKK Persekutuan, JKKK Negeri , Parlimen, DUN

Sejak tumbangnya beberapa negeri ke Pakatan Rakyat, maka haru biru pentadbiran kampung dibuatnya.

Ada yang nak letak jawatan, Ada yang nak buat JKKK tambahan dari persekutuan dan macam-macam lagi.

Ada pihak mengatakan ianya adalah pertindihan tugas, akan tetapi mari kita lihat senario sebenar.

Sekiranya mengikut sistem lama, ramai rakyat miskin tidak dapat bantuan, banyak kampung tiada sistem saliran yang baik, dan bermacam-macam lagi yang perlu diperbaiki. Adalah baiknya sistem pemerintahan kampung itu dirombak.

Kalau dulu, kebanyakkan tempat, ada Ketua Kampung, ada Sidang, ada JKKK, ada imam, ada AJK masjid, akan tetapi keadaan masih ditakuk lama. Adakah kerana majoritinya orang UMNO?

Jika Persekutuan benar-benar ingin membantu, maka di negeri di bawah pemerintahan BN pun perlu ada JKKK Persekutuan.

Maka, adakahlah Wakil Persekutuan, Wakil Negeri, Wakil Parlimen, Wakil DUN dalam jawatan kuasa tersebut.

Duduk semeja.

Kalau semua negeri bukan kerajaan persekutuan perintah nak di adakan JPPK, maka banyaklah pertindanan kuasa.

Ahad, 18 Mei 2008

Kerajaan British Sudah Merancang untuk Membuat Landasan Keretapi untuk Melaka.

Negeri Melaka ialah negeri yang tidak mesra keretapi sejak dari dahulu, Stesyen Keretapi yang ada hanyalah di Tampin dan Pulau Sebang. Kedua-duanya terlalu jauh daripada kawasan perpenduduk padat.

Kebanyakan penduduk negeri Melaka yang saya kenali tidak pernah menaiki keretapi daripada Tampin mahupun Pulau Sebang.

Entah bagaimana Ali Rustam rupanya baru tahu tentang adanya perancangan KTM untuk menyambung landasan keretapi dari Pulau Sebang Ke Batu Berendam. (berita lama, sebelum pilihanraya)


The state government wants to find out the status of an 18km stretch of land from Pulau Sebang to Batu Berendam which had been reserved for the rail network.
Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said no decision on the land could be made as the state was unaware of the future plans of Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
He said a 60m-wide space along the 18km track had been reserved for the expansion of the existing rail network from Tampin to Pulau Sebang and onwards to Batu Berendam for the past several decades.

Yang lebih menghairankan ialah, Ali Rustam sendiri pernah menjawat Timbalan Menteri Pengangkutan.

Rupanya Tanah rizab untuk keretapi itu wujud semasa zaman British lagi, terbantut projeknya apabila Jepun datang menyerang.

“But over time, in some of the areas, people have occupied the land and constructed houses and are now making applications to obtain the land,” he told reporters after launching a gotong royong at Kampung Gangsa recently.

Mohd Ali said that if there were plans to have a rail network, then the bullet train concept should be considered rather than expansion of the existing rail network.
“I will have a meeting with the Transport Ministry soon to discuss on this matter and decide once and for all on the issue,” he said.

Mohd Ali said if the decision by the ministry were to retain the track, then the state government would offer the residents who had built their homes since the Japanese occupation days almost 70 years ago, alternative sites.
Ada tanah yang dirizabkan itu telah dibangunkan, Jadi satu kerja pula nak lakukan "pengambilan tanah". Kalau ianya dilakukan sejak 1957 dahulu, sudah pasti semuanya lebih mudah kerana ketika itu belum banyak pembangunan.

Amatlah menghairankan apabila melihat perbandingan Kerajaan Perikatan/BN dengan kerajaan British.

Kerajaan British dulu, cukup banyak membuat landasan keretapi, untuk menyambung satu tempat ke satu tempat.

Di Muar, ada 1 keretapi lama yang hanya dipamerkan di kawasan "Tanjung", yang menunjukkan sikap malasnya kerajaan Perikatan/BN untuk menyambung landasan peninggalan British.

Kerajaan BN hanya tahu bina landasan baru di Lembah Kelang sahaja. Keretapi di Sabah pun sudah usang, sehingga jatuh ke sungai. Itupun saya rasa ianya peninggalan British dan bukannya usaha Kerajaan BN.

Ketika Lebuh AMJ (Alor Gajah Melaka Johor) dibina, saya pernah terfikir "Mengapa tidak dibina sahaja Landasan Keretapi di tanah Lebuh AMJ supaya kenderaan biasa lalu bersebelahan dengan Keretapi. Kos Pengambilan Tanah boleh di kongsi bersama dengan kos pembinaan Lebih AMJ).

Lebuh AMJ bersambung dengan jalan di Johor. Dari Muar ke Batu Pahat dan .... (sampai mana ya? Kluang?).

Jadi secara automatik, terbentuk satu landasan Keretapi Alor Gajah-Melaka- Merlimau-Muar-Batu-Pahat- Kluang. Kemudian boleh bersambung ke Johor Bahru.


Di Tengah tengah Bandar Melaka, kita buat Tram.
Bandar Hilir - "Ocean" - "Melaka Sentral" Hospital - MBMB - MITC.

Bukankan ia boleh menyambung tempat-tempat penting negeri Melaka. Berbanding Langkah kononnya mahu membuat monorail di sungai melaka hanya untuk perlancongan, sedangkan pada masa yang sama Pengangkutan Air sudah ada.

Kalau Melaka nak majukan pengangkutan Air, saya pun tak kisah.
Buat feri khas:-

Tangga Batu-Bandar Hilir-Umbai-Sempang-Sebatu-Sungai Rambai- Muar.

Sabtu, 17 Mei 2008

Maklumbalas tentang "Dewan Pengawal Fasal 5"

Faisai Tehrani telah menulis satu catatan bertajuk Dewan Pengawal Fasal 5[mesti klik], yang membuat mengambil contoh Kedah Mustafa Kamal Attartuk yang mempunyai badan yang memastikan sekularisme dilaksanakan dengan jayanya, supaya PAS mempunyai badan khas untuk pengawal fasal 5 perlembagaan PAS.

Bagi saya ianya adalah catatan blog yang menarik, kerana fasal 5 sering diperkatakan oleh Kekanda Bakaq. Ianya bukanlah catatan yang menghentam sesiapa walaupun mungkin ada yang terasa.

Selepas beberapa hari catatan itu di blog Faisal Tehrani, ianya disalin oleh apiyak dan kemudian disiarkan di tranungkite.

Apa yang memeranjatkan saya ialah bagaimana pengunjung tranungkite memberi maklumbalas. Jauh berbeza dengan Maklum balas di catatan asal di blog Faisal Tehrani.

hang ni cerita apa sebenaq nya, aku tak nmpak apa pun, hg tau dak? lagi jahat hg dok buat ayat tergantung tuuu, klu betul dedah laaaaa, apa daaaa, sat masuk fasa lima, pas tu ahlul bait, ni apa ni???? cerita biaq satu2 laaa, haiiiii.....pening betui hg ni.....


bukann!!! org yg tulis artikel ni penuh prasangka bruk terhadap mereka yg bru mnyertai PAS selpas PAS mencatat kemenangan pada pilhan raya yg lepas, tak kan laaa kita nk biaq org tak masuk PAS kott, biaq laaaa biar bertambah pas tu tarbiyyah, sah penulis ni pening...


AWATTTT.....TUAN GURU NIK AZIZ NGAN HAJI HADI TAK TAU KER..MENDE2 MACAM NIE BEGITU JUGAK DENGAN PEMIMPIN2 TERTINGGI PAS YANG LAIN.......DIORANG LEBIH TAHU DARI HANG LA....AWATTT HANG NAK KELAM KELIBUT SANGAT....SELAGI TOK GURU TAK KATA APA2..JANGANLAH KITA PANDAI2.......TALAHAI TER_LENA..HANG MEMANG TERLENA.......

AKU RASA HANG NIE SALAH SORANG ANJING UMNO YG DITUGASKAN UNTUK MENGUCAR KACIRKAN PAS...DAN PAKATAN RAKYAT....M

ALAHAI BANYAK ULAMAK KAT MALAYSIA NIE...NAMA JE ULAMAK....BERCAKAP PASAL ISLAM GEDEBUNG GEDEBANG....TAPI BILA NAMPAK $$$$RM.....AMIK CONTOH TU BEKAS IMAM BESAR MASJID NEGARA YG BERLAWAN KAT PERMATANG PAUH TU..ATAU USTAZ ADUN PERMATANG BERANGAN TU....HISSS....TAK TAU LA AKU BELAJAQ ISLAM KAT MANA....HAMPEHHHH.


kawan,enta kenal ker siapa faizal tehrani? apa sebenarnya tujuan dia menulis?pengalamannya dalam PAS? sesungguhnya ahli PAS apatah lagi pemimpinnya amat arif dan faham hala tuju perjuangan serta apa yang dimaksudkan dengan fasal 5 perlembagaan parti. jadi tak usah dirisau pasal itu dan tak usah dikutip tulisan"TEHRANI" ini kerana semua sudah maklum dan faham dengan hala tuju parti. banyak masalah lain yang perlukan tindakan bersama termasuk masalah kewangan yang dihadapi oleh parti.lebih baik menyumbang daripada mempersoalkan sesuatu yang datang dari 'TEHRANI"

Di sini saya tidak mahu mengulas tentang kandungan catatan itu, akan tetapi melihatkan ulasan yang terlalu banyak prasangka buruk menunjukkan pengunjung tranungkite belum bersedia untuk terbuka. Belum bersedia untuk menerima cerita yang bukan dikategorikan "Cerita-cerita indah".

Wayang hindustan yang menyiarkan cerita berakhirkan sedih, panggung pula dibakar.





Apa itu Kerpen?

Kalau Cerpen itu adalah Cerita Pendek, maka Kerpen adalah Kerbau Pendek.

Jumaat, 16 Mei 2008

Jangan Meletakkan Harga pada Makanan

Tajuk catatan ini tidak bermaksud supaya tidak meletakkan tanda harga pada makanan. :)

Maksud saya, makanan adalah "priceless", "tidak ternilai" , tidak boleh dibeli dengan MasterCard.

Sekiranya berlaku limpahan makanan, maka kebiasaannya makanan itu ada tag harganya. Akan tetapi apa akan terjadi kalau kekurangan makanan? Maka ia menjadi tidak ternilai. Kalau perlu belanja berbilion untuk makanan, maka berbelanjalah, kerana makanan itu tidak ternilai harganya.

Jika perlu mengadakan kupon subsidi makanan kepada rakyat supaya rakyat dapat makan, maka adakanlah ia, kerana makanan tidak ternilai harganya.

Jika ada lebihan nasi dipinggan, jangan dibazirkan, kerana ia tidak terlinai harganya.

Walaupun sepinggan nasi itu adalah seciput harganya berbanding dengan pendapatan orang tertentu, jangan dibazirkannya kerana ia tidak ternilai harganya.

Kalau krisis makanan sedunia menjadi lebih teruk, tak hairan ia akan menjadi lebih mahal dan lebih mahal. Kerana ia sebenarnya tidak ternilai harganya.

Walaupun sepinggan nasi berharga RM 1,000 ketika krisis makanan sedunia yang lebih teruk dari sekarang, ianya murah berbanding "tak ternilai harganya".

Makanan seperti gandung, ubi nasi, tidak ternilai harganya.

Suatu ketika dahulu, Apabila Sanusi Junid "membazir" kerana ujikaji menanam padi di atas bumbung, ramai pihak mencemuh dia kerana ianya seolah-olah bodoh dan membazir.

Kalau tidak salah saya, kosnya hanya ratusan ribu ringgit.

Apabila terjadinya krisis beras, negara terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk subsidi beras akibat daripada subsidi dibawa lari ke negara jiran dan juga dinikmati pelancong asing dan pekerja asing. Apalah sangat puluhan ribu Ringgit itu berbanding berbilion wang yang akan disubsidikan ketika krisis ketika ini:



Hakikatnya, penanaman padi di atas bumbung adalah realistik. Kelihatan lebih mudah untuk mengawal pengairannya kerana ia tidak diserap tanah.

Baru baru ini ada wakil PAS mencari Alternatif untuk Kaedah menanaman padi.


Kesimpulan:
Jangan meletakkan harga pada makanan dan ilmu untuk mencari kaedah mendapatkan makanan.

SMS vs Web vs Gopher

Tersebutlah alkisah bagaimana SMS dijadikan bahan perbincangan di Parlimen, yang menunjukkan betapa negatifnya SMS.

Di Negara kita SMS terlalu didewa-dewakan, maklumkan ianyamedium yang sesuai untuk sampai ke hampir semua orang, memandangkan tahap penetrasi Internet masih rendah di Malaysia.

Maka Acara itu guna sms, semak ini guna SMS, semak halal pun guna sms.
Tak hairan kalau Malaysia negara ke 6 terbanyak menggunakan SMS di dunia ini.

Program realiti menggunakan SMS berbanding Internet, kerana 2 sebab:-
1. SMS boleh menjana pendapatan, berbanding Internet kerana agak sukar.
2. Penetrasi Internet di Kalangan orang Melayu amat kurang, kebiasaannya sasaran utama mereka ialah orang melayu.

Memperbanyakkan penggunaan SMS tidak dapat membantu meluaskan penetrasi Internet ke kawasan kampung.

Mengapa tidak undian AFUNDI itu digantikan dengan web?
Saya rasa automatik ramai orang akan menginternetkan dirinya.

Walaupun segala bentuk Siaran Program Realiti Hiburan melalaikan, walaubagaimanapun ia boleh dijadiman pemangkin untuk meluaskan penetrasi Internet.

Suatu ketika dahulu, Web mengatasi gopher, hanya kerana Web boleh memaparkan gambar lucah, dan mendominasi Internet.

Rasanya sampai bila pun IPV6 tak dapat mengatasi IPV4 kerasa web di IPV4 sudah boleh buat macam-macam.

Apa kata kalau undian Akademi Fantasia hanya boleh dilakukan dengan IPV6?

ADUN / AP yang Lompat Parti Tidak Semestinya Pecah Amanah

Ada 1001 pendapat tentang isu "lompat parti" walaupun acara lompat itu belum bermula.

Bagi saya lompat parti tidak semestinya Pecah amanah atau tidak bermoral.
Sistem berparti yang membuatkan ianya seolah-olah tak bermoral atau "dibeli".

Apa akan terjadi kalau seluruh pengundi kawasan parlimen atau DUN itu memang mengundi seseorang individu itu tak kira apa lambangpun dia guna.

contoh:
"Saya memang sokong Abu, Abu pilihlah pakatan mana yang Abu sesuai"

Senario lain, Ada pengundi yang mengundi seseorang calon kerana ingin menyokong kerajaan, dia masih sentiasa berada di pihak yang menang.

Sebagai contoh, Ali adalah ADUN BN Perak, Pengundi kawasannya mengundinya kerana menyangka BN akan membentuk Kerajaan Negeri Perak. Akan tetapi BN kalah, Pengundi Ali kecewa kerana dia menjadi ADUN pembangkang, maka terdapat sedikit kesukaran untuk peruntukan itu ini. Wajarkah Ali melompat parti kerana Pengundinya hanya inginkan ADUN di pakatan yang menang?

Sebenarnya, Politik di Malaysia ini tidak mensyaratkan keahlian parti supaya ADUN itu membentuk pakatan yang membentuk kerajaan. ADUN BN perak, boleh sukarela menyertai Pakatan PAS-PKR-DAP tanpa keluar dari Partinya.

Akan tetapi perkara sebegini jarang terjadi kerana pasti ADUN itu akan dibuangkan keahliannya.

Dimanakah demokrasi?
Saya pasti ramai pengundi BN perak, mengundi BN hanya kerana "Nak Sokong Kerajaan".

Saya rasa perlunya ada "Akad" dengan pengundi ketika kempen pilihanraya.
Nyatakan awal-awal, samada taksub pada parti atau, ingin menyertai pakatan yang menang.
Nyatakan awal-awal, ADUN yang dipilih itu samada akan mengikut telunjuk Pusat Partinya atau tidak.

Di Negeri Perlis, ADUN PAS boleh menjadi exco dalam kerajaan Pakatan beberapa ADUN BN dan seorang ADUN PAS.

Jadi dalam senario politik Sabah sekarang ini, Banyak ketidakpuashatian timbul, Isu elektrik pun tiba-tiba timbul, Isu keretapi Usang pun timbul.

Banyak lagi.
Apa salahnya Ahli Parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat tanpa Menyertai PKR.

ATAU

Ahli Parlimen Sabah keluar dari pakatan dengan BN, tanpa menyertai Pakatan Rakyat, untuk menafikan majoriti mudah BN.

ATAU

Ahli Parlimen Sabah Sarawak keluar BN dan membentuk 1 pakatan yang lebih besar daripada kerusi yang PKR menangi, pakatan itu menyertai pakatan Rakyat supaya Perdana Menteri adalah daripada kalangan Sabah dan Sarawak.

Pengundi Sabah telah memilih Ahli Parlimen Sabah untuk menentukan halatuju Sabah, kenapa tak membentuk pakatan yang lebih baik kalau pakatan dengan BN tidak menguntungkan?

Khamis, 15 Mei 2008

Ali Rustam Ada Blog Baru, Suruh BPR Siasat

Ali Rustam ada blog baru rupanya. Semua catatan blog yang ada bertarikh 15 hb Mei.

Patutlah bila blog lamanya tidak dikemaskini.

URL nya ialah http://www.mohdalirustam.com/

Mungkin ada orang yang cucuk dia "wordpress lebih baik", "apa kelas guna .blogspot.com".

Mungkin Ali Rustam kecewa dengan google yang tidak mahu melabur di Melaka.
Maklumlah, sudah ada pelabur baru dari New Delhi.

Ali Rustam sekali lagi menulis perkara yang menunjukkan tahap mindanya kepada awam, dengan menulis supaya BPR menyiasat Pembangkang daripada mana datangnya duit itu.
BPR perlu menyiasat daripada mana parti pembangkang dapat wang yang banyak untuk membeli ahli-ali parlimen agar melompat kepada pembangkang seperti yang dilaporkan.



Bukankah yang membuat dakwaan itu ialah Ahli Parlimen BN?

Maka sepatutnya Ahli Parlimen itu sendiri yang membuat laporan supaya dapat tahu siapa yang membuat tawaran sepertimana Nik Aziz di siasat apabila ditawarkan rasuah.

Sinar Harian Melaka akan dilancarkan Pada 2 Jun 2008

Tadi saya berjumpa dengan seorang pekerja Sunar Harian yang singgah seketika untuk membuat bancian, berborak seketika tentang Sinar Harian. Tidak dinafikan Sinar Harian lebih terbuka
berbanding Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Telah saya nyatakan kepada Pemuda PAS Jasin supaya mempunyai dasar mesra media ketika Mesyuarat Agung Pemuda PAS Jasin suatu ketika dahulu.

Kini masa kian hampir, akan tetapi saya agak kuatir jika PAS Melaka agak ketinggalan dalam hal-hal berkaitan media. Maklumlah, terlalu banyak persepsi negatif tentang media.

Jadi saya berharap Khairul Faizi, dapat datang ke Melaka untuk memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalamannya berurusan dengan Malaysiakini dan Bernama. Lagipun sudah 18 tahun kita tak bersua.


Agaknya apa aktiviti yang sesuai dengan Sinar Harian?

Saya drafkan dahulu:

1. Memberikan cenderamata sebagai ucapan tahniah ke atas pembukaan Sinar Harian Melaka
2. Lawatan Rasmi Pemuda PAS Melaka.

Catatan untuk Palestine

Hari ini 15 Mei 2008.
Selain daripada sebagai hari terakhir bagi mencarum KWSP bulan ini, hari ini juga dipnggil sebagai hari Palestin, kerana pembentukan Israel sebagai 1 negara berlaku pada 15 mei 1948.

Ramai di antara pembaca islam yang mungkin tidak faham mengapa kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan palestine. Oleh itu sila cari/beli/baca buku "Baitul Muqaddis Tanggung jawap Umat Islam" tulisan Dr Yusuf Al Qardawi.

Dahulu, ada pernah kawan saya mencadanngkan supaya palestine berundur dahulu, akan tetapi bagi saya itu bukan langkah bijak, perkara yang nak dipertahankan adalah tanah dan wilayah. Sekitranya berundur, maka jadilah seperti Melaka yang dijajah beratus tahun.

Sultan Melaka sepatutnya tidak lari dan terus mempertahankan Melaka sehingga akhir hayat, dan bukannya berundur dan cuba menyerang balik. Kerana yang hendak dipertahankan itu ialah tanah melaka bukannya nyawa Sultan.

Kerana sebab itulah masih ramai yang masih berada di Palestin mempertahankan tanah dan wilayah. Walaupun tinggal sedikit yang tidak dilabel sebagai "Kawasan Isreal", akan tetapi ia tetap perlu dipertahankan.

Kes yang lebih kurang berlaku di Patani, dimana Wilayahnya berada di kawasan Siam. Mereka terus mempertahankan tanah itu sehingga akhir hayat.

Kalau diikutkan konsep Sultan Melaka yang melarikan diri ke Johor, sudah lama Palestine dan Patani tergadai.

Bezanya perjuangan Palestine dengan Patani adalah, perjuangan di Patani adalah dianggap perjuangan penduduk patani sahaja, dah bukannya perjuangan umat Islam di Nusantara.

Walaupun ada Negara Pak Arab kaya yang mengiktiraf Israel, namun banyak lagi bangsa Arab Islam yang membantu Palestin. Pak Mat Melayu Islam yang tak berapa kaya ni pun tak iktiraf Israel.

Jangan sesekali menganggap penubuhan Israel itu sebagai satu negara yang sah. Begitu juga Keadaan di Patani, Jangan sesekali menganggap Patani itu milik Thailand.

Akan tetapi keadaan berlaku sebaliknya. Pak Melayu Islam mengiktiraf Patani sebagai wilayah Thailand sejak dari dahulu. Orang Islam di Malaysia sudah lupa yang dahulunya kerajaan Kesultanan Melayu bersama-sama membantu Kesultanan Melayu Patani daripada dijajah.

Jangan Sesekali mengiktiraf Perjanjian Bangkok sebagai perjanjian yang sah kerana ia tidak disertai oleh wakil Melayu Islam Patani.

Selain Hari 15 Mei untuk Palestin, Rasanya perlu ada 1 tarikh sesuai untuk kita memperingati Hari Patani.
2009, tahun genapnya 100 tahun perjanjian Bangkok diimplementasikan.

Rabu, 14 Mei 2008

Subsidi itu Hanya Satu Kaedah Ringankan Beban Rakyat

Hari ini ada 2 catatan menarik tentang subsidi.

Catatan Bukan Subsidi tapi tanggungjawab agak mengelirukan jika "subsidi" itu dianggap sebagai hadiah. Walaupun Subsidi bagi saya bukanlah "hadiah" akan tetapi mekanisme mengurangkan harga sesuatu barang dengan pembiayaan kos oleh pihak tertentu.

Walaupun penyokong BN, sering menceritakan kononnya banyak subsidi dikeluarkan untuk menurunkan harga, tidak perlulah tafsir ia sebagai hadiah daripada kerajaan BN, kerana wang yang digunakan untuk mengsubsidikan sesuatu barangan itu adalah wang rakyat.

Saya pun tak faham mengapa mereka sering memperkatakan betapa banyaknya subsidi seolah-olah subsidi itu datangnya dari duit poket mereka.

Rakyat tidak perlu tertipu dengan satu kaedah yang kelihatan sebagai "hadiah" dari mereka.

Walaubagaimanapun, rakyat di Malaysia terutama sekali berpendapatan rendah, begitu perit untuk menunggu "hujung bulan".
Subsidi boleh dijadikan langkah pendek yang sesuai.

Akan tetapi sampai bila perlu menggunakan mekanisme subsidi untuk mengurangkan harga?

Low Yih Feng dalam suratnya ke Malaysiakini mengatakan ianya hanya penyembunyian kepada hakikat inflasi. Indeks harga pengguna yang dikira daripada beberapa barangan, tentulah tidak lain, kalau beberapa barangan itu disubsidikan supaya barangan dalam senarai itu lebih murah berbanding harga sebenar.

Sampai bila nak subsidikan supaya harganya rendah. Apabila harga barangan rendah berbanding harga asal, pengguna tidak nampak ianya ada unsur subsidi pada barangan tersebut.

Rakyat yang perihatin akan menjimatkan pembelian/penggunaan barangan bersubsidi. Bukan semua orang tahu, ada unsur subsidi pada barangan tertentu, dan tidak perlukan membeli seolah-olah keseluruhan kos barangan itu dibayar menggunakan duit sendiri. Tak perlulah mendabik dada
"Aku orang kaya, suka hati akulah, berapa banyak aku nak beli, bukan duit kau"

Hakikatnya, dalam setiap liter minyak petrol yang orang kaya jolikan itu ada duit rakyat di dalamnya.

Bukan duit kerajaan BN, tapi duit rakyat.

Amatlah tidak adil kalau golongan kaya, membazirkan subsidi duit rakyat itu kerana mengganggap keseluruhan kos itu dibayar olehnya.

Subsidi untuk menurunkan harga barangan sebenarnya tidak menguntungkan golongan miskin, akan tetapi golongan miskin yang lebih sengsara kalau tiada subsidi.

Formula subsidi untuk turunkan harga barang tidak boleh bertahan lama dan ianya tidak adil.
Jadi, untuk setiap barangan bersubsidi, perlu ada alternatif barangan tanpa subsidi, supaya kalau orang kaya nak bazirkan duitnya, ia tidak melibatkan wang rakyat.

Low Yih Feng mencadangkan supaya meniru langkah australia supaya kadar faedah dinaikkan supaya nilai wang dinaikkan.

Di Malaysia, nilai matawang adalah tambatan kepada beberapa matawang, mungkin ianya tidak sesuai untuk negara kita.

Rakyat Malaysia yang suka berhutang, mesti tidak mahukan kadar faedah dinaikkan.

Low Yih Feng mengatakan bahawa langkah subsidi adalah popular bagi parti politik di Malaysia dan ianya paling disukai rakyat.

And political parties seem keen to give out such subsidies, since it is an extremely easy way (don't actually have to use their brains), and the rakyat rejoices.

Such subsidies aren't countering inflation. They are just hiding the inflation. The rakyat still pays (and pays even more) for the items. And precious cash that should go towards healthcare, education, defence, development etc. are all wasted in tricking everyone into believing that all is good.

And how long will this go on for? Prices are always going to rise over the long term. Does the government just keep providing more and more subsidies until the treasury is dry?


Buat masa ini pembendaharaan negara masih belum kering kerana tahun demi tahun pendapatan daripada sawit , getah dan petroleum bertambah.

Saya pun hairan, tak kiralah BN atau Pakatan Rakyat, semuanya seolah-olah pro kepada pengsubsidian.

Saya tidak nafikan, langkah pendek untuk mengatasi masalah poket rakyat ialah dengan mengsubsidikan harga.

Mahu tidak mahu, langkah jangka pendek ialah teruskan subsidi.

Kupon makanan?


Royalti minyak 20% ?

Baru semalam diumumkan royalti minyak bagi negeri-negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, dimana keseluruhannya lebih kurang 27 billion.

Negeri mendapat separuh daripada persekutuan dapat, jadi jika negeri ialah 5%, persekutuan dapat 10 %.
Matematik ringkas,
5+2*5
=5+10
=15
Jumlah keseluruhan adalah 15%.

Tapi macam mana boleh datang nilai 20%?
Adakah ianya hanya ditulis oleh wartawan harakah, tanpa menyatakan petikan asal Presiden PAS?

Sekiranya benar royalti sehingga 20% perlu diadakan, perjanjian royalti perlu dilakukan semula dan persekutuan tidak mendapat apa-apa dalam bentuk royalti? Hanya bergantung pada cukai Syarikat Minyak?

Adakah hanya kerana Terengganu tidak mendapat royaltinya, persekutuan dihukum?

Negeri yang tiada minyak automatik lebih miskin beberapa bilion berbanding negeri yang ada minyak?

Selasa, 13 Mei 2008

Mengharamkan Seks Luar Nikah Di Peringkat Undang-Undang Sivil

Semua orang tahu, seks luar nikah adalah haram dalam Islam.

Seks luar nikah juga haram bagi banyak agama di dunia ini, kalau tidak mengapa dalam agama lain pun ada perkahwinan.

Suatu ketika dahulu, atau mungkin sekarang, seks luar nikah dianggap sebagai "moden", sehinggakan sesiapa yang masih dara dianggap kolot.

Banyak negara maju, kini merasai bahawa Institusi keluarga itu penting, Pemikir barat juga akan sedang pening untuk menyelesaikan permasalahan keluarga yang wujud di negara barat.

Ada juga negara maju yang lebih maju untuk mengharamkan melanggan pelacur di peringkat undang-undang sivilnya. Malaysia baru tahun lepas mengadakan undang-undang anti perdagangan orang.

Saya tidak hairan kalau suatu hari nanti, negara maju yang mula-mula mengharamkan seks luar nikah diperingkat undang-undang sivilnya untuk melindungi instusi kekeluargaan di Negara mereka. Dan juga untuk menyekat penyebaran AIDS.

Apabila perkara ini dibentangkan di Parlimen Malaysia, mungkin ada yang kata kita kolot, akan tetapi bila negara maju yang mulakan dahulu, kita boleh tiru dan kita tidak kolot.
Pelik.

Jadi, oleh kerana Masyarakat Malaysia terlalu fobia dengan hudud, maka perlunya ada batu loncatan supaya ianya boleh dilaksanakan dalam bentuk lain.

Walaupun di Sweden, hukuman bagi pelanggan seks adalah berbeza dengan hudud, akan tetapi mereka telah melangkah ke depan dengan mengharamkan apa yang sepatutnya haram.

Di Malaysia Seks luar nikah belum lagi haram diperingkat undang-undang sivil, tetapi pada masa yang sama ianya haram di dalam Islam.

Begitu juga soal judi, Saya tidak faham mengapa judi tidak diharamkan di peringkat sivil. Judi berlesen boleh, judi tak berlesen tidak boleh. Apa rasionalnya?

Chua Soi Lek: Grand Saga/ BUkit Mahkota

Antara blog pemimpin BN yang saya suka ialah blog Dr Chua Soi Lek, Kandungannya realistik.

Ketika berlaku krisis "Grand Saga Bukit Mahkota", dia tidak terus menghentam Pakatan Rakyat seperti apa yang "pembangkang" selalu lakukan. Akan tetapi dia mencadangkan supaya Pakatan Rakyat memnyelesaikan masalah dan bukannya memperbesarkan masalah. Dia juga mengatakan bahawa terlalu awal untuk mengukur Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

A lot of people are euphoric about the Pakatan Rakyat state government of Selangor. They have been in power for less than 2 months, still too early to pass any judgement. We cannot deny the 'new broom sweeps clean' phenomenon. So far, there is no obvious infighting among the component parties of Pakatan Rakyat and this is a good start for them. However, Pakatan Rakyat’s Wakil Rakyat should be conscious that they are in the state government now and are a part of it. They should be solving problems and not just raising problems. They need to change their 'opposition mindset' and get down to governing.
Dalam isu yang sama, KTemoc bukan main cepat menuduh Khalid Ibrahim sebagai mementingkan Syarikat Tol.

Isnin, 12 Mei 2008

Mahathir sahkan UMNO Memberi Kerakyatan Secara Murahan Untuk Menarik Sokongan

Daripada Khairul Faizi, yang diambil dari Malaysiakini,Tun Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa UMNO telah memberikan kerakyatan secara murahan untuk menagih sokongan:

"Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan,"

Lihatlah bagaimana UMNO, yang kononnya memperjuangkan "Melayu", memberi kerakyatan murahan untuk meraih sokongan. Hak siapa yang diambil?

Hak yang diambil ialah Hak Orang Melayu yang asal, Hak Kaum Cina yang telah lama menetap di Malaya, hak orang-orang yang menetap lama di Malaya.

Tidak dinafikan, hak Tan Cheng Lock, yang sudah beberapa generasi duduk di Melaka.

Datuk Onn, dulu susah banyak kali mempersoalkan tindak tanduk Tunku "menjual Kerakyatan secara murahan" kepada orang asing.

Walaubagaimanapun, untuk situasi semasa, "orang asing" itu, tidak lagi asing, kerana kerakyatan telah diberikan. Terlajak perahu tidak boleh diundur.

Keturunan "1 juta orang asing" itu perlu dilayan seperti rakyat Malaysia juga.

Namun, walaupun sebelum merdeka, orang Melayu yang berkiblatkan UMNO masih tetap menyokong UMNO, untuk menumbangkan geng Datuk Onn.

"Kontrak Sosial" itu hanyalah antara komponen perikatan. tidak melibatkan parti yang bukan dalam Perikatan.

Adakah orang IMP, seperti Datuk Onn diajak berbincang sebelum kerakyatan murahan diberikan untuk memperkukuhkan perikatan?

Adakah Burhanuddin Helmi diajak berbincang?

2 Tokoh Agung Melayu itu tidak diajak berbincang, kalau tidak sudah pasti 2 tokoh agung ini tidak akan bersetuju.

Mudah sahaja UMNO menggadaikan ke"majoriti"an bangsanya, hanya kerana mahukan Perikatan itu kuat.

Lebih 50 tahun berlalu, generasi ke 2 dan ke 3 daripada 1 juta "orang asing", terpaksalah dilayan sebaiknya seperti warganegara.

Jeff Ooi pernah mempersoalkan bagaimana generasi ke 2 yang datang dari Indonesia seperti Dr Khir Toyo mendapat taraf bumiputra.

Akan tetapi, juga berlaku bagaimana generasi pertama Cina datang ke Malaysia mendapat kerakyatan.

Malaysia is known for its multi-cultural heritage and with more immigrants, our identity is further enriched. Just like my grandfather who came here from China about 60 over years ago when he was barely 18 to build a better life, these ‘new’ foreigners are here to live a fuller life.

Eh,
Saya mengenali seseorang, Ahmad (bukan nama sebenar) yang merupakan generasi ke 2 datang ke Malaysia, selepas Merdeka. Akan tetapi sehingga kini dia masih berstatus "Penduduk Tetap", tidak boleh mengundi walaupun telah bersekolah di Malaysia, mempunyai akaun KWSP, Perkeso.

Terdapat 3 senario berbeza:-

Atuk Jed Yoong yang mendapat kerakyatan
Bapa Khir Toyo yang mendapat kerakyatan dan status bumiputra
Ahmad (bukan nama sebenar), masih belum dapat kerakyatan walaupun sudah generasi kedua di Malaysia, anaknya dikira generasi ke 3.

Gantikan PLKN dengan Pusat Latihan Asas Tani

Ramai yang marah dengan PLKN, kerana banyak sebab.

Sebab rogol.
sebab kematian.
sebab itu.
sebab ini.

Ramai yang mencadangkan dihapuskan sahaja PLKN ini kerana ianya lebih memudaratkan daripada memberi manfaat.

Mudah sahaja mulut mencadangkan supaya ia dihapuskan.
Tapi kalau dihapuskan PLKN, apa nak jadi dengan pusat latihan itu?

Jadi saya cadangkan PLKN dijadikan sebagai Pusat Latihan Asas Tani.
Atau mungkin pusat latihan lain.

Memandangkan begitu ramai muda-mudi yang begitu "segan" untuk membuat kerja seperti bercucuk tanam, menyapu, bertukang, pengasuh, cuci tandas dan lain-lain. Sehinggakan terlalu banyak "pemain import" dalam bidang tersebut.

Maka ada baiknya tempat yang PLKN gunakan itu dijadikan tempat latihan bagi golongan muda-mudi yang fobia kepada bidang pekerjaan tertentu.

Ahad, 11 Mei 2008

Hapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan? Nanti dulu

Sejak akhir akhir ini ramai orang yang memperkatakan tentang menghapuskan akta mesin cetak yang dikatakan menjadi penghalang kebebasan media.

Sekiranya akta itu dihapuskan sekalipun, kuasa pengeditan masih ditangan editor. Editor yang berkuasa menyiarkan berita atau pendapat di media yang dikawalnya.

Saya melihat akan situasi sebegini adalah lebih kepada faktor manusia berbanding dengan undang-undang.

Dengan undang-undang sedia ada pun, kandungan media masih boleh bebas dengan syarat, editor itu bebas.

Andai kata editor itu tidak bebas, maka tidak bebaslah media itu.

Dengan undang-undang sedia ada, sebenarnya pemerintah boleh mengeluarkan permit kepada parti lawan supaya mereka mempunyai media sendiri terbitan lebih kerap.

Dengan undang-undang sedia ada pun permit juga boleh dikeluarkan untuk stesyen radio dan TV pembangkang.

Bezanya cuma mereka tidak mahu memberikannya. Itu yang menampakkan ia seperti tidak bebas.

Jadi adakah benar kita ingin menghapuskan Akta Cetak?

Kaji dahulu cukup-cukup.
Adakah majalah pornografi akan berleluasa dengan penghapusan akta cetak. Atau diterbit dalam bentuk harian?

Sekiranya ia dihapuskan, adakah ada akta lain yang boleh menyekat pornografi dalam bentuk cetakan?
Adakah penghapusan akta itu membolehkan iklan arak dan judi berleluasa di media cetak?


Sila baca Pendapat lain

Masih Untungkah Sektor Perlancongan?

Sektor perlancongan sering diperkatakan bahawa memberi pulangan yang tinggi kepada Malaysia, dalam bentuk tukaran asing dan perbelanjaan pelancong di Malaysia.

Akan tetapi, hari demi hari, apabila harga minyak dunia naik, harga beras dunia naik, harga gedebak gedebuk dunia naik, Banyak wang digunakan untuk mengurangkan harga runcit barangan kawalan.

Penurunan harga ini turut dinikmati oleh pelancong asing, supaya mereka dapat makan nasi murah, sewa kereta dan berjalan-jalan menggunakan petrol yang jauh lebih murah daripada negara mereka.

Agaknya, berapa bilion subsidi dinikmati oleh pelancong asing?
Adakah nilai itu sudah melebihi pulangan yang kita perolehi melalui perlancongan?

Adakah pelaburan tambahan untuk sektor perlancongan adalah bijak ketika situasi sebegini?

Mungkin tiba masanya kita tidak lagi mengawal harga barangan terkawal, akan tetapi memberi kupon beras, kupon petrol, kupon gula kepada rakyat.

Sabtu, 10 Mei 2008

Beras Padu Sementara di Beras Terpilih

Dimaklumkan "Beras Padu BARU" telah meninggal dunia. Tidak dapat diselamatkan lagi, kerana fail sumber sandaran tidak ada.

Salah saya juga, kerana tidak menunggu sehingga jumaat untuk memperbaikinya. Akhirnya fsck yang membunuhnya.

Moral: Jangan fsck bila berjauhan dengan isteri.


Oleh itu, untuk mengurangkan kehampaan, satu ruangan "Beras Padu Sementara" di adakah di "sidebar" Beras Terpilih.

Sila lawati
http://beras-terpilih.blogspot.com/

teknikal:
Saya tidak dapat merekayasakan Beras Padu di alamat yang dulu dalam masa singkat. Mungkin saya akan menggunakan platform lilyna berbanding lilina sebelum ini yang rakus melacurkan sistemfail.

Akan tetapi saya ini jenis manusia yang fobia-sql. Mungkin ini peluang untuk menghapuskan sikap buruk fobia-sql yang ada pada diriku ini.

Ruangan Beras Padu Sementara yang ada di Beras Terpilih itu mungkin tidak sama dengan yang asal.

Terima kasih Vangardx kerana membuat pengumuman.


Semasa ketiadaan Beras Padu, alternatif yang ada ialah:
http://beras-terpilih.blogspot.com
http://penarikbeca.blogspot.com (di sidebar)
http://malaysiakita-bakaq.blogspot.com/
http://sarawho.com



p/s: Kalau ada sesiapa yang menyimpan fail OPML Beras Padu, sila beritahu saya.
Ezza ada simpan?

Jumaat, 9 Mei 2008

Adakah kita bersedia memaafkan mereka jika mereka bertaubat?

Merujuk kepada persoalan maaf suatu ketika dahulu, adakalanya saya terfikir, adalah masyarakat Malaysia bersedia memaafkan seseorang yang telah insaf dari perbuatan rasuah dan pecah amanahnya?

Mungkin agak sukar untuk menjumpai seseorang perasuah yang benar-benar bertaubat sehingga mahu memulangkan kesemua wang hasil dari pendapatan tidak halal mereka walaupun wang itu sudahpun dibelanjakan.

Saya pun agak mushkil, bagaimana perasuah tak kira ahli politik atau kakitangan kerajaan yang ingin bertaubat.

Sekiranya dahulu mereka menerima sumber haram sebanyak 1 juta, akan tetapi keseluruhan harta yang dia miliki sekarang ialah 500,000 sahaja termasuk aset tidak cair. Sekiranya dia menjual keseluruhan hartanya, dia masih tidak mampu untuk membersihkan hartanya. Adakah dia perlu meminjam pula? Adakah baki 500,000 boleh dibersihkan secara ansuran?

Melihat akan kejatuhan BN di beberapa negeri, saya pasti terdetik di kalangan mereka yang ingin bertaubat, akan tetapi tidak tahu bagaimana.

Adakah mereka akan dipenjara jika memohon maaf secara terbuka atas kesalahan lalu?

Mungkin mereka tidak perlu membuat kenyataan terbuka memohon maaf, kerana dia akan dikenakan hukuman sivil yang memenjarakan mereka.

Saya rasa, perlunya Ulama PAS mengeluarkan garis panduan bagi mereka yang ingin bertaubat.

Akan tetapi, adakah masyarakat boleh memaafkan mereka, atau terus ungkit mengungkit kisah lama untuk memperburukkan individu yang telah bertaubat itu?

Mungkin ada diantara mereka yang masih mampu untuk membersihkan wang haram yang mereka perolehi. maka bolehlah mereka bertaubat sekarang. jangan sampai tahap "tidak mampu".

Rabu, 7 Mei 2008

Kincir Bayu di Negeri di bawah bayu


Baru-baru ini timbul cerita bekalan elektrik sabah di parlimen. Kemudian terdapat catatan blog ranau yang mengkaitkannya dengan sumber solar.
Saya rasa tibanya masa Sabah electric mencuba sumber angin.

Takkanlah negeri di bawah bayu tiada bayu untuk menjana tenaga.

Istilah 'kincir bayu' mungkin akan muncul di Sabah?

Google+ Hasbullah Pit