test

Khamis, 30 April 2009

Kenapa Abah Sibuk dengan Makanan?

Seorang anak bertanya kepada emaknya,

"Mak, Abah nak buka kedai makan kah?"
"Kenapa abah asyik sebut makanan?"
"Abah nak buka kedai makan kah?"

"Entahlah" jawap Fatimah.

Namun, Fatimah juga ingin tahu apakah benar suaminya akan membuka kedai makan?

Dia mendekati ruang tamu, untuk curi dengar perbualan suaminya itu, namun tidak berapa jelas.

kedengaran ....

"bla bla bla bihun, "
"bla bla bla beras , kopitiam"
"bla bla bla "bihun"
"bla bla Mee Segera ,  "Mi Celup" ," Telur Rebus."
"bla bla Tempoyak,"

Lalu Fatimah ke dapur semula untuk memberitahu anaknya,

"Abah kau cerita politik"
"Bukannya berniaga"

Adakah Aku Juga Buat Kerja Bodoh dalam PAS?

Masih teringat-ingat petikan tulisan Nik Abduh tentang kerja bodoh dalam PAS.

Kali ini dipetik daripada kerja-kerja bodoh dalam PAS bahagian ke 2.


Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Sejak dari awal lagi apabila disebut sahaja "Kerajaan Perpaduan", saya terus mengutarakan maksud yang tidak benar.

Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah

Walaupun saya tidak pernah menggambarkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu 'masuk BN' atau tubuh kerajaan bersama BN, namun saya telah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tidak benar.

Maka saya pun buat kerja bodoh juga?

Mana mungkin semua orang boleh fahami apa maksud 'Kerajaan Perpaduan' yang difahami oleh Tuan Guru Hadi Awang.

Maka tidak hairanlah kalau orang di sekeliling 'ayahanda' juga tidak memahaminya.

Saya tidak sangka pula 'Kerajaan Perpaduan' yang diperkatakan itu adalah 'ihsan' Barisan Nasional dan bukannya diperolehi secara hakiki. Masih lagi di bawah ruanglingkup sistem demokrasi sedia ada.

Saya terlalu jauh berfikir agaknya.

Mungkin ada perkara yang saya tahu, tetapi tidak difahami oleh 99% penduduk Malaysia.
Sekiranya perkara itu disampaikan secara salah di antara orang yang tidak faham kepada seseorang. Saya tidak rasa itu satu kerja bodoh.

Dunia demokrasi di Malaysia memang tidak adil.
48% undi popular tidak menjamin 48% kerusi.

Di Melaka PAS tidak menang satu kerusi pun. Peratusan kerusi 0% ia tidak bermaksud PAS melaka langsung tidak mendapat undi.

Kerajaan BN mendapat 100% kuasa di peringkat persekutuan, adakah ia membawa maksud bahawa 100% pengundi mengundi BN?

Sistem demokrasi ini perlu di tolak.
Sistem yang diwarisi oleh British.

Namun apa yang menyedihkan ialah walaupun 'Kerajaan perpaduan' diperkatakan, ianya masih dibawah ruanglingkup sistem demokrasi yang tidak adil ini.

Bagi saya, 'Kerajaan Perpaduan' adalah bukan soal antara PAS dengan UMNO, atau BN.

Saya tidak faham mengapa Tulang Besi begitu bergembira 'melondehkan Fraksi UMNO'.

Sebelum ini, Si Tulang Besi pernah mengatakan tentang 'Perpaduan Melayu'.
Pernah juga mengeluarkan hujah Apa Perlunya Kerajaan Perpaduan di Malaysia?

Seolah-olah menggambarkan 'kerajaan Perpaduan' itu adalah untuk 'Perpaduan Melayu', dan tidak perlu.

"UMNO", "Melayu", "BN" sebenarnya tiada kaitan langsung, sekiranya 'Kerajaan Perpaduan' sekiranya ia dilakukan atas dasar menolak sistem demokrasi British.

Eh, ada kaitan sedikit tetapi dalam arus bertentangan.

Disebabkan UMNO adalah penjaga kepentingan Inggeris di Malaysia, maka menyokong Kerajaan Perpaduan Hakiki dengan menolak Sistem Demokrasi British, adalah juga bermaksud menolak UMNO.

Bagaimana Tulang Besi boleh mengatakan penyokong 'kerajaan Perpaduan' sebagai Fraksi UMNO?

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang masih akur dengan Sistem Demokrasi British termasuk TGNA & TGHH sebagai Fraksi British?

Tidak boleh, kerana maklumat belum  sampai.

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang tidak faham konsep Dinar/Dirham yang terus menggunakan wang kertas sebagai fraksi Rothchild? atau "buat kerja bodoh untuk Rothchild?"

Selasa, 28 April 2009

Selamatkan Maklumat berbahasa Melayu di geocities

Yahoo telah memaklumkan bahawa mereka akan menutup geocities.com.

'Orang lama' seperti saya dan greenboc terhutang budi kepada geocities, di mana di situlah tempat bermain 'homepage'.

Di situ juga masih banyak kandungan statik yang berguna. Ianya akan terpadam begitu sahaja apabila Yahoo mematikan geocities.

Jadi jika anda penentang PPSMI yang berani mati, inilah peluang untuk menyelamatkan kandungan berbahasa melayu yang masih boleh berguna, supaya ilmu boleh disimpan untuk generasi akan datang.

cuba google "site:geocities.com sejarah"

mungkin ada maklumat yang anda berguna yang akan hilang dari dunia web setelah akibat dari tindakan Yahoo itu.

Apa yang anda boleh buat ialah, kalau ada wget ,


buat direktori sebagai contoh /home/sebol/arkib


$cd /home/sebol/arkib-geocities
$wget -r http://www.geocities.com/tokyo/flats/3795/

Ulangi langkah sama di direktori sama tetapi menggunakan alamat laman web lain.

Anda juga boleh ulangi langkah yang sama dengan mencari perkataan lain, sebagai contoh "site:geocities.com Bahasa" , "belajar", "pantun", "tarian", "petua", "resepi",

Atau mungkin ada mempunyai kaedah lain?

Ulasan "kerja - kerja bodoh dalam pas"

Beberapa hari kebelakangan, tulisan Nik Abduh cukup menimbulkan kontroversi.

kerja - kerja bodoh dalam pas
Beberapa blogawan menyalin tepeknya tanpa ulasan.
Ada blogawan tersohor yang memberikan pautannya kepada saya melalui YM.

Namun, mungkin apa yang dibaca itu ditafsirkannya dengan maksud yang berbeza.

Saya tidak pasti bahagian mana yang terlalu menarik minat pembaca.

Saya hanya meminati bahagian petikan yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, yang menggambarkan bahawa dia tidak menolak Kerajaan Perpaduan secara bulat.

Bagi saya yang sudah lama mentafsir "Kerajaan Perpaduan" sebagai penolakan terhadap sistem demokrasi INggeris, maka bagi saya ianya perkara biasa.

Tidak timbul soal melaga-lagakan.

petikan menarik ....
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Kepala otak saya hanya mampu menafsirkan bahawa, Kerajaan perpaduan yang dimaksudkan ialah hanya ihsan daripada Kerajaan yang berkuasa penuh. Tiada unsur penolakan terhadap Sistem demokrasi Inggeris sedia ada.

Sekiranya BN memberi jawatan di Kementerian Kewangan dan Pendidikan sekalipun, kuasa masih pada Perdana Menteri.

Ketika saya mempersoalkan , mengapa Perdana Menteri mampu membubar sesebuah kementerian tanpa Mesyuarat Kabinet, Kebanyakan orang yang saya temui mengatakan 'Ya, PM mempunyai kuasa sebegitu'.

Jadi apa ertinya?

Kerajaan Perpaduan harus dibentuk bukan kerana ihsan parti yang berkuasa penuh, akan tetapi Perlembagaan yang membahagikan kuasa di antara parti-parti yang membentuk kerajaan.

Bukan kerana, siapa kuat bodek, atau siapa kuat desak. Akhirnya jadi pesta kurniaan jawatan Timbalan Menteri.



Apa ertinya kalau Kementerian Kewangan dan Pendidikan diberikan kepada Pakatan Rakyat, kalau ikut suka Perdana menteri membubarkan kementerian itu?

Jika anda tanya samada saya menyokong "Kerajaan Perpaduan" atau tidak, saya akan jawap "Tolak Sistem Demokrasi British dahulu".

Isnin, 27 April 2009

Tarik Balik Segera Keputusan Kabinet , Isu Agama.

Dengan Ini Saya Hasbullah Pit, Mengutuk Keras tindakan Jemaah Menteri Mencampuri soal kehakiman apabila mereka memutuskan supaya Agama anak bawah 18 tahun perlu kekal dalam agama asal.


Dan Mendesak jemaah Menteri supaya menarik balik Keputusan itu.

Hodohnya Demokrasi British Ini

Sistem Demokrasi British yang digunakan di Malaysia ini, akan menyebabkan perebutan calon, di antara calon-calon, malah di antara parti yang membentuk pakatan atau parti gabungan.

Bukan pertama kali kerusi di rebut-rebut.
Banyak perebutan yang disembunyikan.

Parti yang selalu menang seperti BN ketika 90an, akan berebut kerusi di antara sesama parti.
Ada juga perebutan kerusi di antara parti.

MIC kah MCA kah atau UMNO?
Atau Gerakan?

Di Pakatan pula, perebutan antara PAS atau PKR atau DAP?

Mekanisme apakah yang menentukan siapa bertanding di sesuatu Kerusi?
PAS PKR DAP atau UMNO MCA MIC Gerakan PPP?

Wujud pula satu senario di mana kerusi itu akan jadi kerusi tradisi.
MIC bertanding di situ, sampai bila-bila MIC di situ?

PKR di situ, sampai bila-bila kerusi milik PKR kah?

Jadi apa mekanisme secara demokratik yang menentukan sesuatu parti dalam pakatan atau parti gabungan bertanding di sesuatu kerusi? Sekadar main tarik tali ketika pembahagian kerusi.

Ada pula kerusi yang 'dipinjamkan' dan disedekahkan.

Apa punya demokrasi ini?

Sekiranya parti X meletakkan calon di kawasan tertentu, ahli pakatan atau gabungannya, Y  & Z akan menggundi X.
Akan tetapi X menggunakan undi sokongan daripada penyokong Y & Z seolah-olah itu kekuatannya.

Di mana ruang, parti Y menunjukkan sokongan kepada partinya sambil menyokong calon parti rakannya?

Adalah tidak releven, apabila sokongan terhadap parti menggambarkan sokongan terhadap calon.
Begitu juga , sokongan kepada parti sendiri menggambarkan kekuatan calon parti kawannya.

Jadi apa yang berlaku di Penanti, secara demokratiknya di Mesyuarat Agung PAS, PAS mahukan kerusi Penanti.
Akan tetapi Mesyuarat Agung tidak berlaku pada masa yang sama, di mana ahli PKR pula tidak boleh usulkan.

Itulah Sistem Demokrasi British yang perlu kita tolak.

Sekiranya kertas undi rupanya begini.



Penyokong PAS masih boleh menyatakan sokongan pada partinya dan memberikan kuota di DUN walaupun tidak meletakkan calon.

Bayangkan PAS adalah parti D atau F.

Kalau BN nak guna logo sama dalam kertas undi sebegitu, gunalah. Tetapi ia akan meyebabkan perebutan kerusi berulang.

Akan tetapi tidak pada Pakatan Rakyat, di pembahagian kerusi akan berlaku akibat daripada proses demokratik pilihanraya itu sendiri.

Kalau BN mahukan pembahagian kerusi automatik melalui pilihanraya, maka mereka perlu guna logo berasingan.


Mari Tolak Sistem Demokrasi British.

Ahad, 26 April 2009

Penolakan Sistem Demokrasi British Bukan Berakhirnya Ketamadunan Manusia.

Berikut adalah video kempen "Perwakilan Berkadar" di Kanada, di mana rakyat Kanada akan memilih untuk menggunakan sistem Perwakilan Berkadar, jenis "Mixed Member Ppropotional" di Ontario Kanada.




Jadi, kepada parang penyokong Sistem Demokrasi Inggeris yang berada dalam PAS atau UMNO atau apa parti sekalipun, ingatlah pesan saya, iaitu:


Menolak Sistem Demokrasi British bukanlah berakhirnya Ketamadunan Manusia.

Google+ Hasbullah Pit