test

Sabtu, 25 April 2009

Jed Yoong Meninggalkan Dunia Blog

Emel Jed kepada Susan Loone ...


Susan, If you would carry this. . I’ve deleted all my blogs (jedyoong.com/jedyoong.wordpress.com/jedyoong.blogspot.com). I don’t plan to blog in the forseeable future and will concentrating on my law degree. Although recent events like in Perak and the Altantuya trial have made me lose faith in our judiciary, I still believe in the English legal system if it functions properly. Hope you can put a small note so there won’t be a panic in blogosphere. Not that there will be but just to let ppl know that I’ve not been ISAed/etc…
Sedih bunyinya.

Selama ini, Jed Yoong adalah Jambatan antara dunia blogawan Melayu dengan Dunia blogawan Cina.

Jed juga antara blogawan yang melabelkan UMNO sebagai penjaga kepentingan British. Selain saya & Jed rasanya tiada orang lain.

Namun Jed percaya sistem British, sekiranya ia berfungsi dengan baik?

Penulisan Jed agak menarik apabila dia sering mengkaitkan Tamadun Cina dengan Tamadun Barat.

Tak hairan kalau, dengan ilmu perundangan Inggeris yang diperolehinya, ianya mampu untuk meruntuhkan sistem itu. :)

Jumaat, 24 April 2009

Realiti Politik Melayu dan India

Politik Melayu dan India mempunyai satu persamaan.

Apa dia?

Melayu dan India memerlukan pembelaan berdasarkan kaum.
Walaupun penyelesaian menyeluruh disediakan dalam bentuk basmi kemiskinan dan sebagainya, 2 kaum ini akan tetap memerlukan sesuatu jenis pembelaan yang spesifik kepada sesuatu kaum.

Itu bagi saya satu realiti.

Di Malaysia kaum india agak berpecah.
MIC, PPP, PKR, DAP, PSM, Kelab Penyokong PAS India, penyokong Datuk Nalla yang keluar PKR dan sebagainya.

Sebelum ini India mengharap kepada MIC, namun MIC tidak boleh diharapkan, ianya umpama UMNO bagi bagi Melayu.

Kemajuan ekonomi akan menyebabkan sesuatu kaum akan terkeluar daripada memerlukan pembelaan spesifik mengikut kaum.

Orang Melayu ada yang sudah keluar daripada memerlukan Pembelaan Melayu begitu juga orang India.

Akan tetapi masih ramai lagi orang Melayu dan India yang memerlukan "Bela Nasib orang Melayu", "Bela Nasib orang India".

Agenda "Bela Nasib Orang Malaysia" masih belum popular. Hanya popular di kawasan bandar.

Pada pendapat saya, kegagalan PAS meraih undi Melayu adalah berpunca daripada sifat "anti Melayu" yang berasal dari sifat anti As-Sobiyah Melayu.

Akan tetapi, "Anti-Melayu" pula adalah satu bentuk perkauman yang halus.

Lari daripada As-Sobiyah Melayu, masuk ke dalam Perkauman Anti-Melayu.

Boleh diumpamakan sebagai Lari Mulut Harimau, masuk mulut buaya.

Yang peliknya, Perkauman Anti-Melayu banyak datangnya daripada orang Melayu juga.

Saya pernah mengenali seseorang, yang saya tak sebut namanya, sering menyalahkan Genetik Melayu sebagai punca segalanya. Ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai perkauman anti Melayu.

Berbalik kepada Kaum India yang sering mahukan "Pembelaan Kaum India".


Satu catatan Menarik di Malaysiakini:

PKR, DAP ignoring critical Indian problems

Ada banyak lagi yang sebegitu di Malaysiakini, boleh dibaca menggunakan carian google "site:Malaysiakini.com letter Indian" . Surat-surat sebegitu menunjukkan betapa perlunya kaum India memerlukan pembelaan kaum yang menggunakan label spefifik "India".

Begitu juga melayu.

Bagaimana dengan Cina?
Cina lebih memerlukan "kesaksamaan" berbanding pembelaan khusus untuk kaum Cina.
Orang India pula agak terperangkap dengan "Kesaksamaan" yang dibawa oleh ahli politik Bandar, walaupun hakikatnya ramai kaum india di ladang-ladang masih belum mampu bersaing dalam dunia kesaksamaan.

Bila agaknya orang Melayu dan India akan keluar daripada memerlukan pembelaan spesifik untuk kaum tertentu?
Masanya akan tiba, tetapi bukan dalam masa terdekat.

Oleh itu ahli politik kena sebut ulang banyak kali "Kami akan bela Orang India, Kami akan bela Orang Melayu".

Bukan Melayu dan India sahaja yang memerlukan pembelaan spesifik berdasarkan kaum, banyak lagi kaum di luar bandar di Sabah Sarawak yang memerlukan ungkapan "Kami Akan Bela Kaum XXXX".

Rabu, 22 April 2009

Takut Pertandingan? Masa Untuk Mencuba Perwakilan Berkadar di dalam PAS?

Sejak Akhir ini, banyak ku temu ahli PAS yang anti pertandingan. Suka sangat supaya jangan di adakan pertandingan.

Bagaimana demokrasi mahu subur?

Daripada mana mereka belajar bahawa pertandingan itu perkara negatif?

Dari UMNOkah?

Pertandingan dalam UMNO sering dianggap "berpecah" bagi mereka. Seboleh-boleh mereka tidak mahukan pertandingan. Budaya ini meresap pula di dalam PAS.

Bagi saya, sindrom takut pertandingan adalah sindrom negatif yang lambat laun merosakkan parti dalam jangka masa panjang.

Akan tetapi, pertandingan yang keterlaluan sehingga menjatuhkan seseorang juga negatif.

Apa jalan tengah?

Memandangkan Idea "Kerajaan Perpaduan" ditolak mentah-mentah oleh ramai ahli PAS, tanpa mengkaji apa itu perwakilan berkadar.


Tidak mustahil kalau perwakilan berkadar digunakan di dalam PAS sebagai contoh pertandingan sihat,sebelum ianya di bawa ke politik Negara.


Berikut adalah satu contoh penggunaan perwakilan berkadar (sekadar rekaan) ...

Sesiapa sahaja yang bertanding untuk jawatan pertama (seperti Ketua Pemuda, YDP, Presiden, Ketua Muslimat), sekiranya seseorang itu kalah, tetapi mendapat undi melebihi 25% , maka dia automatik diwajibkan untuk menerima sesuatu jawatan.

Sebagai contoh, Ahmad Tanding Ketua Pemuda, dia kalah, tapi dapat undi 35% , maka automatik dia jadi Naib Ketua Pemuda Tambahan, boleh duduk dlama Dewan Harian.

Abu tanding timbalan, tapi kalah walaupun dapat 37% undi, automatik dia jadi exco pemuda.

lebih kurang macam itulah.
Dipendekkan cerita, tiada siapa yang dijatuhkan sehingga jatuh terduduk melainkan dapat undi yang amat-amat rendah.

Sistem ini, kita perlu rekayasakan sendiri. Samada guna 25% kah atau 30%kah , kita tentukan.

20 sen.

Selasa, 21 April 2009

Prof Hamirdin nak tujukan lagu "Melaka di Hatiku"

Akhir-akhir ini, Prof Hamirdin , Pemimpin Melaka, bawah sedikit daripada Bendahara Tun Perak, begitu komited memajukan PAS Melaka, Hari ini beliau telah melaungkan "Melaka Tetap Di Hati".

Ungkapan beliau boleh diterjemahkan dalam bentuk lagu.


Melaka di Hatiku






Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari UMNO yang datang
Berhentilah menangis

Negeri kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Melaka dihatiku
Melaka dihatiku
Hari ini dan selamanya

Melaka di hatiku
Walau apa katanya
Oh... Melaka di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar UMNO tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Kemenangan akan tiba, kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu (3X)
Di sisimu selamanya

Isnin, 20 April 2009

Memalukan! Presiden PAS kata Ahlinya Tidak cukup Membaca

Berkisar tentang "Kerajaan Perpaduan", saya sendiri sudah lama menjangkakan bahawa ianya adalah proses perubahan sistem demokrasi, dan bukannya jenis "Masuk BN".

Namun ramai yang anggap sebaliknya, dan kini dilabel sebagai kurang membaca.

“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,

“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.
Apa yang terjadi pada Pesta buku kelmarin, Ianya seolah-olah didominasi orang PAS, ada gerai milik penyokong PAS, ada Ketua Pemuda PAS, ada Mursyidul Am PAS. Yang tiada hanya Bendera sahaja.

Rasanya tidak adil kalau ahli PAS dilabel kurang membaca.

Walaubagaimanapun memang wujud ahli PAS yang tidak suka membaca.

Apa yang saya mampu lakukan sebagai ahli PAS peringkat bawah untuk memupuk budaya membaca?
Di Peringkat Cawangan, bolehlah, saya perbanyakkan buku di Baitul Hikmah Sempang.

Namun, yang mengatakan bahawa Ahli PAS kurang membaca itu adalah Presiden PAS. Yang cukup berkuasa untuk mengarahkan setiap kawasan mempunyai perpustakaan sendiri. Tetapi perkara sebegitu tidak berlaku.


Sang Aduka Taruna tertunggu-tunggu penjelasan TGHA tentang "Kerajaan Perpaduan" namun apa yang dia dapat ialah label "kurang membaca", sama macam saya juga.

Saya tidak menolak secara bulat "Kerajaan Perpaduan" kerana saya sudah nampak ianya adalah mengubah sistem demokrasi.

Baiklah, saya terima sahajalah label "Kurang Membaca" oleh Tuan Presiden, saya mengaku saya belum sempat baca buku "Islam dan Demokrasi" tulisan TGHA walaupun telah lama membelinya.



Pada muka surat 76 buku itu ada tertulis tentang "Perwakilan Berkadar" , di blog ini, saya ada menggunakan istilah "Perwakilan Nisbah".


Hasil Tangkapan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Mudin ada hasil tangkapan, maka saya pun ada juga.




Ada hasil tangkapan yang dibeli, ada hasil tangkapan percuma.

VCD PKS & ISA adalah percuma, setelah membeli 3 buah buku daripada gerai Riduan Mohamad Noor.





Di gerai Brunei, saya beli 2 buku, buku berkenaan Nasionalisme, ada cerita sedikit tentang penolakan menyertai Malaysia. Satu lagi buku ialah berkenaan Matawang yang digunakan di nusantara sebelum kita semua ditipu oleh kertas.

Terdapat juga propaganda kerajaan yang saya ambil percuma.
Pakej 60 bilion itu hanya ucapan pembentangan Najib sahaja, dia tak cerita pun mana datangnya 60 bilion itu.

"Penjelasan Isu Pembentukan Kerajaan Baru Perak" adalah bahan bukti, bahawa BN telah menggunakan wang rakyat iaitu melalui Kementerian Penerangan untuk tujuak politik kepartian.

Dipendekkan cerita, semua buku itu dibeli ada kaitan dengan revolusi.

Revolusi Dinar Dirham.

Revolusi lawan Israel.


Revolusi Nasionalisme Baru.

Banyak benda perlu dikaji dulu sebelum lancarkan Nasionalisme Baru. Bukan macam Anwar Ibrahim, cerita Nasionalisme baru tapi tak sebut soal pembentukan negara baru. Retorik.

Jadi, sebelum Nasionalisme Baru dilancarkan, kenalah fahami dulu sejarah Malaysia, Melayu Raya, Brunei, Indonesia.


Eh, ada lagi 1 buku belum cerita, Buku Ramlah Adam tentang Pilihanraya 1955.

Mengapa Ramlah Adam dipecat oleh Ali Rustam?
Adakah  kerana dia tidak tulis buku tentang pilihanraya 2008?

Sabtu, 18 April 2009

PANAS: UMNO Melaka Berpecah kepada 10 Golongan

UMNO Melaka Berpecah kepada 10 Golongan

Golongan yang pertama ialah golongan yang faham sistem nombor perduaan (binari),
Golongan yang lagi satu ialah golongan yang tidak memahaminya.

Google+ Hasbullah Pit