test

Rabu, 4 Mac 2009

YB Idham Lim dan Hishamudin Rais Masih dijajah USD

Terdapat 2 catatan blog yang cukup "risau" apabila ringgit turun berbanding dollar.

Ringgit bakal cecah RM4 sedolar?» CINA ISLAM (林川興)

TERNOW !!! NILAI RINGGIT JATUH - BERBANDING DOLAR» Tukar Tiub

Jangan salahkan mereka kerana masih dijajah USD, ada ramai lagi orang yang dijajah USD.

Saya ingin memaklumkan bahawa Ringgit naik berbanding matawang bukan USD sekiranya Ringgit mencecah RM 4 satu USD kerana sistem penentuan nilai Ringgit adalah menggunakan Apungan Terurus ('Managed float').


Adakah ianya sesuatu yang baik atau tidak baik?

Anda tentukan.


Dengan sistem Apungan Terurus yang digunakan oleh Bank Negara, kejadian "Ringgit jatuh berbanding USD" hanya berlaku apabila USD naik. Namun, Ringgit akan turut naik berbanding matawang asing lain.


Malaysia boleh beli barangan daripada luar Amerika dengan sedikit murah.
Jed Yoong akan menjadi lebih kaya, kerana gajinya dibayar dalam USD.
Para blogawan yang memperolehi pendapatan dalam USD melalui Adsense akan sedikit gembiran.


Saya tidak gembira.
Saya tidak suka USD naik.
Kenapa?


Lihatlah bagaimana permainan mereka.
Mereka boleh cipta lebihan 2 trilion USD. Kemudian nilai USD boleh naik.
Kalau mengikut hukum biasa, sepatutnya nilai USD turun. 


USD akan turun, tetapi mungkin bukan hari ini.
Sebelum itu mereka sempat mengakut hasil bumi, atau produk orang Asia dengan kuasa beli yang mereka cipta itu.


Mereka cuba menekan harga emas dengan menaikkan USD.


Mereka cuba meyakinkan dunia kononnya USD akan terus naik supaya permintaan terhadap USD akan naik.
Apabila ramai yang menyimpan USD, maka seigniorage (cukai inflasi) akan dikenakan terhadap mereka.


Seigniorage itu tidak berlaku hari ini, Selesai sahaja Amerika mengakut hasil bumi negara lain, maka USD akan jatuh.
Kesan inflasi USD itu akan diterima oleh semua penyimpan USD.


Hasil bumi siapa yang kena kaut?

 

Demo PPSMI : Pakai Baju Nikah atau Baju Putih Yang lain, BMW Sauber?

Berikut adalah ketetapan GMP tentang Demonstrasi PPSMI.

Fakta-fakta Penting Himpunan :

1. Nama : Himpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI
2. Tarikh : Sabtu 7hb. Mac 2009 – Jam 2 petang
3. Tempat berkumpul : Sogo, Masjid Negara & Central Market
4. Sasaran tempat himpunan : Istana Negara
5. Pakaian pimpinan GMP : Baju Melayu
6. Pakaian peserta : pakaian bewarna putih
7. Perkara dilarang : Membawa senjata, alat-alat tajam, logo parti politik dan jangan terpedaya dengan provokasi
8. Perkara digalakan : Membawa air dan tuala kecil. 
Ingat 2 perkara
  • Pakai baju putih 
  • Jangan bawa logo parti.

Akan tetapi, seakan-akan ada kasta pula apabila pimpinan GMP pakai baju melayu, tetapi orang biasa pakai baju putih.

Adakah pendemonstrator tidak boleh pakai baju Melayu?
Dia tak cakap.

Mari ikut arahan pimpinan GMP supaya pakai baju putih.

Pakai Baju Melayu Putih,
atau erti kata lain baju nikah yang tersimpan itu boleh digunakan untuk menentang PPSMI.

Apabila disaran memakai baju putih, Janganlah pula ada yang pakai Jersi England.

Terdapat juga baju putih yang menunjukkan teknologi bukan Inggeris yang boleh didapati setelah membeli produk tempatan di Stesyen minyak tempatan itu yang berdekatan.

Selasa, 3 Mac 2009

PPSMI: PAGE berbohong

Menurut hujah PAGE

Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus. Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu

Bila masa pula dalam dunia web ini hanya ada bahasa melayu dan Inggeris?
Hakikatnya, Bahasa Inggeris tidaklah begitu berkembang kandungannya di dalam web

Menurut sumber yang berkaitan sedikit dengan Diego Maradona, Bahasa Sepanyol yang paling banyak berkembang kandungannya di dalam web,

Over the last eight years, the use of Spanish on the Internet has tripled, making it the fastest growing language on the web. According to the Clarín, at the end of 2007 102 million users on the Internet were Spanish speakers, representing 8.7 percent of total users. This makes Spanish the third most spoken language on the web, behind English with 366 million users and Chinese with 184 million. The survey was carried out by a telecommunications organization (ONTSI) in Spain and seems to justify decisions by companies like AOL who are expanding their services to cater to this ever-growing language market.
 

Kepada sesiapa yang belum tahu, Argentina berbahasa Sepanyol, Brazil berbahasa portugis,

Aduka, Pembentukan Istilah Itu Penting, Tanya Anak Nizar

Aduka pula setuju kalau PPSMI itu kekal dalam istlah Inggeris tetapi pemahamannya dalam BM.

Agak pelik.

Tetapi bagi saya pembentukan istilah itu penting.
Faktor utama penentangan saya terhadap PPSMI adalah kerana membantutkan pembentukan istilah.

Kalau sekadar nak memahamkan istilah Inggeris, sertakan sahaja glosari di setiap buku Matematik dan sains.

Itu kaedah yang sesuai untuk orang yang takut sangat tidak pandai istilah Inggeris.

Saya bernasib baik, kerana Cikgu Fizik saya dulu suka beritahu istilah Inggeris walaupun belajar dalam BM. Maka saya contenglah buku sedikit.

Hujah Aduka mengatakan bahasa sistem penomboran dan formula adalah kekal sebagai alasan untuk kekalkan istilah adalah tidak tetap.

Formula, unit, nombor memang kekal, tetapi itu bukan istilah.
Bahasa lain pun bentuk istilah sendiri.


Lihat sini
http://svn.gnome.org/viewvc/gnome-i18n/trunk/glossary/

Banyak bahasa lain yang mempunyai glosari.
Mereka tidak kekalkan istilah inggeris. Apa istimewanya istilah inggeris?

Di sini saya ada tinggalkan komen pedas untuk DBP

1 # ################################################################
2 # Ini bukan istilah rasmi yang diiktiraf oleh DBP.
3 # Ini hanyalah piawai istilah sementara yang digunakan untuk lokalisasi
4 # Perisian-perisian Bahasa Melayu.
5 # kalau nak tunggu DBP, sampai GNOME 10.0 pun belum tentu ada Istilah UI.
6 # Sila baca, perhati dan komen jika perlu
7 # terdapat banyak lagi istilah yang tidak pasti oleh itu,
8 # sila cadangkan apa yang patut ditukar.
9 # #############################################
10 # Copyright (C) 2001-2003 Free Software Foundation, Inc.
11 # Hasbullah Bin Pit , 2001-2003.

DBP sibuk dengan istilah komputer, terlupa antaramuka perlukan perhatian.
Kalau istilah dikekalkan seperti saranan aduka, bukan istilah antaramuka sahaja yang tidak wujud, mungkin istilah komputer tidak wujud.

Kalau buka kerana istilah, mungkin PPSMI tidak ditentang oleh anak Nizar yang saman kementerian.

Isnin, 2 Mac 2009

Pengintegrasian Ilmu

Pengintegrasian Ilmu                                                                                                                                                
    Publish at Scribd or explore others:            Education              Presentations & Slid                  malay         

Ahad, 1 Mac 2009

Dialog Atuk dengan Cucu 80 tahun dari sekarang berkenaan PPSMI

Bayangkan Atuk itu ialah "Umar Hasbullah", anak saya, ketika itu berumur 85 tahun.
Bayangkan kalau PPSMI masih kekal wujud ketika itu.

Cucu:
Atuk, Kenapa kita belajar sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?

Atuk:
Zaman dulu Bahasa Inggeris adalah bahasa Ilmu.

Cucu:
Atuk, masa tu kerajaan British beri jaminankah Bahasa Inggeris Kekal sebagai bahasa Ilmu?

Atuk:
"Tidak cu,
Kerajaan Inggeris sudah tiada lagi di Malaysia, Malaysia diperintah sendiri."

Cucu:
"Eh, Sudah merdekakah Atuk?
Oh ya, Malaysia merdeka 1957, Tapi guna Bahasa Inggeris pada tahun 2002? Kenapa bodoh sangat orang dulu-dulu?"


Atuk Jawap
"Tapi moyang kau tak sokong PPSMI masa tu, dia berhimpun 7 mac 2009, sampai kena kejar FRU."
"sebelum tu Faisal Abdul Aziz ada datang Melaka, ni gambar atuk dengan dia"



Cucu:
Yang mana satu atuk?

Atuk:
"Yang budak kecil, belakang kerusi itu lah atuk."
"Masa tu atuk baru 5 tahun."

Cucu:
"Kenapa muka atuk semacam sahaja?"

Atuk:
"Masa tu hujan, atuk dah kecut sudah, Basah kuyup."



Cucu:
"Eh, PPSMI itu tahun 2002, kenapa tahun 2009 baru Faisal Abdul Aziz itu bangun menentang PPSMI?"

Atuk:
"Engkau ini pun satu lah, cuba kau tengok biografi dia, dia lahir tahun berapa?"

Cucu:
"1986"

Atuk:
"Takkan lah dia nak bangkit menentang PPSMI ketika dia Tingkatan 4, 16 tahun."

Cucu:
"Ya tak ya juga."
"Tapi atuk lagi handal"

Atuk:
"Kenapa?"

Cucu:
"Atuk umur 5 tahun dah tentang PPSMI".

Atuk:
"Kau tengoklah atuk ni siapa."
"Kau tau siapa yang tangkap gambar tu?"

Cucu:
"Siapa Atuk?"

Atuk:
"Sofi Wahab"

Cucu:
"Bekas Ketua menteri Melaka?"

Jangan Samakan Penentangan Terhadap PPSMI dengan Layanan Kementerian terhadap Mokhdar

Hari ini hujan. (tiada kaitan dengan tajuk).

Seorang blogawan UMNO, pro Mukhriz telah menyifatkan  penentangan terhadap PPSMI boleh diumpamakan dengan dengki terhadap Kaedah Mokhdar.

Untuk mendapatkan maklumat tentang Kaedah Mokhtar, dan teori  , Perjuangan Mokhtar Haji Mansor.
http://www.revolusibahasa.blogspot.com/  
http://kelabdarians.blogspot.com/

Saya rasa tidak adil kalau penentangan terhadap PPSMI di samakan sebagai dengki terhadap Kaedah Mokhdar.

PAS atau GMP secara keseluruhan tidak pernah menentang kaedah Mokhdar.

Kaedah Mokhdar menerima layanan kurang positif daripada Kementerian Pelajaran Pendidikan. Tetapi, adakah itu jaminan bahasa PAS menolak kaedah Mokhdar.
Zaman ini, mungkin semua bentuk perjuangan boleh diintegrasikan dengan PAS. PAS untuk semua, bukan hanya semua orang tetapi semua perkara.

Adakah "Perjuangan Mohktar Haji Mansor" telah cuba diintegrasikan dengan Perjuangan PAS.


PAS juga memperjuangkan pendidikan. PAS ada PASTI, tak payah perlu tunggu untuk memerintah kalau nak mendidik. Tidak lama lagi PASTI akan adakan projek perintis untuk pelajar sekolah rendah, menampal kebocoran yang ada pada sistem semasa.


Adakah Mokhtar Haji Mansor telah berjumpa dengan Cikgu Azrin Majid  sekalu pengarah PASTI pusat, supaya boleh diusahakan projek mokhdar di PASTI? atau mungkin terlalu awal? Atau mungkin boleh latih guru PASTI dengan kaedah mokhdar supaya cikgu PASTI boleh mengajar matematik? Atau mungkin boleh guna Sekolah PASTI disebelah petang?
Siapa nak jadi Broker pertemuan Tuan Mokthar Haji Mansor dengan Cikgu Azrin?

Google+ Hasbullah Pit