test

Rabu, 26 November 2008

Fahami Mesej Namewee, bukan kontroversinya - rujuk Malaysiakini

Namewee sekali lagi dikatakan mencetuskan kontroversi, akan tetapi kontroversinya sahaja yang diambil perhatian, mesej yang hendak disampaikan tidak dibicarakan.

Kalau dulu , dia hanya mahu menyampaikan mesej kenapa dia tak dapat belajar di IPTA.

Kini dengan video kontroversi, "Pembelajaran ABC menggunakan saiz tetek, dan perkataan lucah (18sx)", mesej yang hendak disampaikan adalah mudah.

Dia mahu tahu kenapa ketika kecil Belajar dalam Mandarin (orang Cina Muar bukan Mandarin), Sekolah Menengah  Bahasa Melayu dan Adiknya pula belajar dalam Bahasa Inggeris di IPTS.

Teringat saya persoalan Jed, kenapa Mandarin yang bukan bahasa ibunda orang cina di Malaysia diajar diperingkat rendah?

Kenapa tiada sekolah rendah Hokkien dan Hakka?

Jika benar Polisi Pendidikan mahukan kanak-kanak mempelajari perkara asas dalam bahasa Ibunda, memang wajar Namewee persoalkan kenapa dia perlu belajar dalam Mandarin.

Di sekolah Menengah dia Belajar dalam Bahasa Melayu.
Di sebabkan tiada peluang belajar dalam Bahasa Melayu diberikan kepada Namewee, dia terpaksa belajar dalam Bahasa lain di Taiwan.

Kenapa perlu ada pembelajaran Bahasa Inggeris di IPTS pula?

Kalau Namewee belajar peringkat rendah dalam bahasa ibunda, kemudian menengah dalam Bahasa Melayu dan mendapat peluang di IPTA dan belajar dalam Bahasa Melayu. Kes selesai.



p/s: PAS bila nak buat Tadika PASTI Hokkien?

Selasa, 25 November 2008

Najib Membawa Kita Hanyut Bersama Bretton Wood II

Diberitakan bahawa seolah-olah Najib yang mencadangkan supaya diadakan Bretton Wood II

Diberita yang sama, kelihatan seperti Bretton Wood masih lagi dipakai, tetapi perlu dirombak.

However, this is the first time Malaysia is calling for new agreements to replace those signed 64 years ago.
“Whatever we do, we must be fair to the G20 developed nations and also to developing economies like Malaysia,” 


 Di utusan pula...

 Malaysia mahu prasarana kewangan global yang selama ini diasaskan kepada sistem Bretton Woods yang telah berusia enam dekad direka bentuk semula bagi menangani cabaran baru ekonomi dan krisis kewangan dunia.

Memang Bretton Wood dulu telah membuatkan tertubuhnya IMF dan Bank DUnia, akan tetapi unsur penting ketika Bretton Wood ialah penebusan emas.

Emas tidak boleh ditebus oleh USD pada 1970
Amerika sudah tidak ada duit, tetapi mahu berperang, maka mereka menukar permainan kepada bentuk permainan yang mereka sentiasa menang.

Walaupun matawang dunia disandarkan pada USD ketika Bretton Wood, akan tetapi masih lagi boleh menebus emas, Akan tetapi selepas 1970, tidak lagi boleh menebus emas.

Tebuslah USD itu dengan kereta ford kalau mahu.

Apa yang berlaku sekarang, Bretton Wood II tidak langsung bercakap tentang emas, melainkan golongan subversif seperti GATA yang bercakap tentang perlunya memautkan USD dengan emas.

100USD = 1 Dinar?

Bretton Wood II lebih berkisar soalah pertumbuhan ekonomi, bagaimana nak mengelakkan kemelesetan. Atan tetapi didak bercakap tentang bagaimana menentukan matawang.

Kalau pertumbuhan adalah penting bagi negara maju, maka memang patut mereka kekal pada permainan ekonomi yang sentiasa memenangkan Amerika.

Negara-negara di dunia ini gembira menjual 1001 barangan kepada Amerika kerana Amerika boleh cetak duit.

Bayangkan situasi dimana seorang penjual Nasi Lemak, menjadi kaya, kerana pembuat wang palsu membeli Nasi Lemaknya setiap hari, dan setiap hari pelanggannya mencetak duit untuk menbeli nasi lemak.

Penjual Nasi lemak itu boleh diumpamakan sebagai negara kaya dengan komoditi seperti Malaysia.

Apabila pelanggannya yang sering mencetak duit palsu itu kegawatan, penjual nasi lemak pula yang risau dan berkata "Kita mesti ada Bretton Wood II supaya pelanggan saya ini masih boleh membeli nasi lemak dari saya."

Yang menghairankan tentang Bretton Wood II ialah mereka lebih berkisar soal menyelamatkan Amerika yang dilanda krisis. Sepatutnya Amerika dibuatkan muflis, dan dikuasai oleh negara Asing.

Apa yang berlaku ialah Citi Bank di bailout, apa salahnya Citi dibiarkan muflis, mungkin Bank "K" akan membelinya.

Kalau setiap kali nak kalah, mereka tukar permainan, sampai bila pun mereka memang.

Isnin, 24 November 2008

Bahasa Melayu ada Gecko?

Saudara Hilmi (PKPIM) telah menulis tentang Bahasa Melayu yang dikaitkan dengan phoenix, seekor burung.

Terus saya teringat, bahawa Mozilla Firefox sedia ada adalah berasal daripada phoenix.

Kemudia bertukar kepada Mozilla Firebird.

Kemudiannya Firefox.

Walau apa pun namanya, enjinnya tetap Gecko.

Bahasa Melayu, asalnya tiada tulisan, kemudian menggunakan tulisan jawi, menyerap lebih banyak istilah dan kemudiannya tulisan rumi.

Berkembang dan berkembang.

Tidak hairan kalau beberapa tahun dari sekarang, Bahasa Melayu itu akan menggunakan tulisan Cina dan mengandungi 1001 perkataan daripada ratusan bahasa dunia ini.

Enjin Gecko Bahasa Melayu umpama cicak yang berubah mengikut keadaan.


Politik Harga Minyak: Lim Guan Eng Merepek Macam Shahrir Samad

Di beritakan di Harakah bahawa Lim Guan Eng mengatakan harga minyak runcit sepatutnya RM 1.52 berdasarkan pada harga minyak dunia 2005.
"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. 
Ayat ini agak kelakar.
Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya. 
Atas dasar populis BN, mereka tidak menaikkan harga minyak pada sepanjang 2007, kerana sudah berjanji harga minyak tidak akan dinaikkan. (10 bulan)

Kemudian mereka kena tunggu sehingga mac kerana pilihanraya. (3 bulan)
Kemudian mereka kena tunggu beberapa bulan baru naikkan harga minyak 78sen. (2 bulan)

Maksudnya mereka tunggu 15 bulan baru naikkan harga minyak.
15 bulan itu cepat?

Apa sudah jadi ahli politik zaman sekarang, kerjanya menentukan harga minyak yang kononnya tetap.

Ada baiknya mereka berbahas samada mahu apung terus tatau tidak.
Atau ada kaedah lain, berbanding kaedah kononnya tetap tapi perlu ada campurtangan ahli politik untuk menetapkannya.


 Apa guna ada polisi harga minyak tetap, kalau dalam setahun 48 kali ditetapkan oleh ahli politik?

Sabtu, 22 November 2008

Apa salah GLOKAL?

Terus terang saya menyukai "glokal" , gabungan global dan lokal (tempatan).

Apabila Georgetown dan Melaka diiktiraf sebagai sebagai Warisan Dunia, kita gembira. Ianya adalah mirip konsep glokal, dimana sesuatu yang lokal diglobalkan.

Google telah sedia membantu pengguna berbahasa melayu untuk menyediakan antaramuka Bahasa Melayu dalam banyka aplikasi webnya.

Segala apa, yang tempatan, apabila diglobalkan, maka bolehlah disebut sebagai glokal.
Belacan yang dieksport ke merata dunia pun dikira glokal.

Kedai batik di serata dunia pun boleh dikatakan glokal.

Tetapi apa yang berlaku ialah apabila Najib yang sebut glokal, maka glokal itu menjadi sesuatu yang hina.

Segala tindak tanduk yang buruk oleh Najib atau yang berkaitan dengannya dianggap glokal.

Mengapa?

Benci Najib, benci glokal?

Mengapa mesti apabila Anak Najib berkepit dengan perempuan, maka ianya perlu dipanggil Anak Melayu Glokal?

Glokalisasi itu memang wujud, iaitu globalisasi dan lokalisasi.
Berfikir secara global, lakukannya secara lokal.

Glokalisasi itu bukan Najib yang cipta.







Ujian

123

Jumaat, 21 November 2008

Lina Pencilbox pecahkan rekod Batak? Nanti dulu

Idaz dan kawannya "lina pencilbox" telah menyahut cabaran batak StreetSmart Mahkota Parade untuk mengatasi 64 mata.

Idaz ,
Cubaan pertama: 51 gagal
Cubaan kedua : 58 gagal
Cubaan ke 3 :69 seterusnya memecahkan rekod 64 mata saya.




 Saudari "lina pencilbox" pula telah mendapat 73 mata.





Maka saya pun gundah gelana, kerana rekod telah dipecahkan.
Tercabar sungguh kejantananku.

Maka, saya bersama Umar pergi ke Mahkota dengan alasan mengajaknya "main game".

Dengan bersungguh-sungguh, saya cuba kali pertama, terus dapat 73

Menyamai rekod lina pencilbox


Kemudian cuba lagi, dapat 66 mata sahaja. merosot, tetapi lebih baik daripada hari itu.
Kemudian cuba lagi, dapat 70 mata. belum boleh memecahkan rekod 73 lina pencilbox.

Rehat seketika, kemudian cuba lagi

 Akhirnya saat yang bahagia telah datang, rekod lina pencilbox telah lebur apabila saya mendapat 79.

hahaha




Street Smart berada di Mahkota Parade Melaka sehingga 23 November.
Maka anda semua ada lagi 2 hari untuk memecahkah rekod 79 saya.
Masuk percuma.

Melawat Melaka bererti Melawat Pusat Latihan F1.

Google+ Hasbullah Pit