test

Khamis, 31 Julai 2008

Ali Rustam Sudah Boleh Lepaskan Beberapa Kerusi DUN dan Jawatannya

Datuk Ali boleh mendahului Tajol Rosli untuk melaksanakan cadangan yang 'munasabah' itu diperingkat melaka dengan mengosongkan beberapa kerusi DUN melaka untuk diberikan kepada PAS. Dan juga bersedia melepaskan jawatan ketua menteri,



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Sebelum Ezam Cabar Anwar di Permatang Pauh

Sebelum Ezam Cabar Anwar di Permatang Pauh, ada sesiapa nak cabar Ezam supaya tak cabar Anwar?



'Saya cabar Ezam supaya tak cabar Anwar di Permatang Pauh supaya beri laluan kepada Jean Abdullah'



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Dinar Emas Kelantan Habis, Tadi Ada Orang Beli 85 keping

Ramai orang perkatakan tentang harga minyak dunia turun, dan mengatakan kerajaan patut menurunkan harga minyak.

Pada masa yang sama, harga emas pun turun.

Sebenarnya, Harga Dollar naik seketika, menyebabkan harga minyak dan emas turun.

Maka jadilah pesta "Gold Rush 2008".
Ya, hari ini adalah masa yang sesuai untuk "shopping" Dinar Kelantan.

Maka saya buat kerja gila, nak pergi KL (dari Melaka) semata-mata nak beli Dinar Emas di Jalan Raja Laut.
Kalau saya beli Dinar Emas cap "Islamic dinar", harganya tinggi, premiumnya 20% berbanding dinar emas kelantan iaitu 5 %.

Perbezaan 15% itu boleh dijimatkan kalau beli dinar kelantan, akan tetapi jauh pula.

Kalau beli emas bernilai RM 2000, 15% ialah RM 300.
memang boleh lepas minyak & tol untuk ulang alik melaka.

Maka tercarilah dimana Jalan Raja Laut. Sudah lama jadi orang kampung, berpusing-pusing.
Jumpa Pejabat PAS, saya masuk, rupanya Ar-Rahn diseberang jalan. Pandai pula dia berada di hadapan Public Bank, macam mereka tahu duit yang diperuntukkan untuk beli emas itu dalam Public Bank.

Agak menghampakan apabila mereka kata Dinar sudah habis.
"Tadi ada orang beli 85 keping".

Kalau saya pun sanggup datang dari jauh, tak mustahil ada orang yang berada boleh beli 85 keping.
Sehinggakan sekeping pun tiada tinggal.

Di Cawangan Kajang pun habis kata mereka.

Nak buat macam mana, namapun "Gold Rush 2008".

Mereka kata lusa akan ada.

Hmmm, saya belum kira lagi, penjimatan berbanding beli Dinar di Melaka berbanding Dinar Kelantan di KL boleh lepas atau tidak untuk 2 kali ulang alik KL.

Walaupun gagal untuk beli Dinar Emas Kelantan, sekurang-kurangnya saya sudah tahu dimana tempatnya.

Terjumpa satu pamplet tentang francais.
Menarik juga kalau boleh buka Ar-Rahn di Negeri Melaka tapi modal yang diperlukan 500k.
Saya tiada 500k tetapi boleh cari orang yang ada 500k untuk dia buka Ar-Rahn di Negeri Melaka.

Tak perlu terkejar-kejar ke KL.

Akhir sekali, saya dapat kad nama Hassan Shukri, esok boleh bincang tentang pembukaan Ar-Rahn di Melaka, samada Permodalan Kelantan Berhad ada rancangan, atau memerlukan francaisi orang Melaka.



Peringatan kepada diri sendiri:
Lain kali telefon dulu sebelum datang.

Rabu, 30 Julai 2008

Nasib Nelayan Akan Lebih Terbela?

Nasib Nelayan Akan Lebih Terbela apabila anak nelayan dilantik pengerusi LKIM?


Expressing appreciation over the appointment, Abdul Rahim, 58, the son of a fisherman from Kampung Buang Sayang near here, pledged to do his best to uphold the role and fucntions of the LKIM.

"This appointment is very meaningful as it means the government has given a Sabahan an opportunity to lead a federal agency."It has also given me an opportunity to continue the agenda of defending the rights of the fishing community not just in Sabah but the country as a whole," he told Bernama here today.
Harapnya akan mejadi lebih baik.

Profil Saya di Technorati

Tip Blogger: Tajuk Pada Catatan Blog

Peraturan utama ialah Catatan Blog mesti mempunyai Tajuk.

Seandainya Bentuk tulisan pada susunatur blog itu tidak membuatkan tajuk catatan kelihatan besar, Sila jangan letak tajuk pada kandungan blog dengan tulisan besar dan membiarkan ruangan tajuk kosong.

Sebaliknya, jika mahukan tulisan pada tajuk besar dan mengikut warna yang disukai, Sila ubah suai di tetapan "Layout : Font and Color".

Jika masih lagi tidak menepati citarasa, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pakar CSS berdekatan.

Sekiranya catatan blog tidak mempunyai tajuk di ruangan tajuk, Blog masih kelihatan baik pada pelungsur web, akan tetapi ia akan kelihatan terlalu buruk apabila dibaca boleh pembaca rss.


Peraturan ke 2.
Tajuk Catatan blog tidak boleh ditulis dalam HURUF BESAR.
Saya tahu ramai orang yang mungkin tidak bersetuju, kerana sebab apa entah.
Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu (atau orang Melaka?)suka menulis huruf besar pada tajuk.

Huruf BESAR sesuai digunakan untuk menonjolkan sesuatu, HURUF BESAR juga digunakan untuk akronim.
Sekiranya tajuk ditulis dalma huruf besar, senarai tajuk akan menjadi huduh, dan tidak kelihatan apa yang hendak ditonjolkan.

Oleh kerana "PAS" adalah akronim dan mesti ditulis dengan huruf besar, maka dengan menulis tajuk huruf besar, akan menenggelamkan "PAS"

Dalam adat dunia siber, huruf besar digunakan untuk marah atau menjerit, sekiranya huruf besar digunakan sebagai tajuk, adalah diumpamakan menjerit setiap masa.

Walhal dalam kehidupan seharian kita, kita hanya menjerit sekali sekala.

Andainya seseorang blogger itu tidak menulis tajuk dengan huruf besar, kalau sekali sekala dia menulis huruf besar, kemarahannya itu boleh jelas kelihatan.

Sila lihat sarawho.com ,
Kebanyakan penulis blog yang tersenarai disitu menulis disitu menulis tajuk tidak menggunakan huruf besar sepenuhnya.

Tips Blogger: Jangan Putihkan Warna tulisan blog anda Secara Manual

Terdapat penulis blog yang mempunyai blog berlatarbelakangkan gelap, akan tetapi oleh kerana tulisan asal adalah tidak cukup putih untuk menerlahkan tulisan itu, maka terdapat blogger yang memutihkan tulisannya secara manual pada kandungan blog.

Apa akan Jadi?

Sekiranya blog dibaca pada laman blog sahaja, ia akan kelihatan elok, akan tetapi apabila blog dibaca oleh pembaca rss seperti googlereader, tulisan mungkin tidak kelihatan langsung.

Lihat contoh:



Jadi apa penyelesaiannya?
Menurut konsep web 2.0, kandungan dipisahkan dengan pengformatan melainkan yang tidak melibatkan warna dan jenis tulisan.

Sila lihat video ini

Google+ Hasbullah Pit