test

Jumaat, 28 Mac 2008

Memerlukan Penyelesaian Penyimpanan Foto

Oleh kerana saya ni orang kampung yang ketinggalan dalam dunia web 2.0, maka sehingga kini saya tidak mempunyai penyelesaian penyimpanan foto secara web. (Kedahlanie dah komplen kenapa gambar tenggelam timbul)

Jadi di antara berikut, yang mana sesuai untuk saya.


Ada tak penyelesaian foto yang 2,3 orang boleh gunakan akaun berasingan tapi menyimpan album secara kolektif.

Yang mana mudah untuk dibenamkan sebagai wiget di blog?

Blog orang UMNO Melaka

Adakalanya saya simpati terhadap UMNO Melaka, walaupun menang besar ketika PRU 12 sehingga PAS PKR tak dapat kerusi.

Mereka pun terpengaruhi dengan ideologi Zahid Hamidi yang kononnya blog adalah punca kekalahan BN.

Maka mereka pun berblog.
Ada diantara mereka baru mendaftar dengan blogger pada bulan mac.
Mungkin selepas pilihanraya.

Atas dasar simpati, maka saya berikan pautan percuma kepada mereka:-

Suara Hati Rakyat
http://akalem.blogspot.com/

Hati Melayu
http://anakmelayuku.blogspot.com/

Pemuda Malaysia
http://pemudamalaysia.blogspot.com/

dan, dikira paling handal sekali di kalangan mereka ialah...
Lahabau
http://lahabau.blogspot.com/


Blog mereka lebih kurang "sefesyen",
2 diantara wiget youtube, mungkin "lahabau" ajar "Hati Melayu".

Tiada satu pun yang ada statistik, mungkin dia tidak mahu tahu berapa ramai yang masuk, dari mana pengunjung masuk.

Oleh itu, saya harap Blogger orang UMNO melaka, bolehlah mempelajari cara meletakkan statistik di sini.

Kalau blogger UMNO melaka nak mempelajari dari orang PAS, dipersilakan ke JasinDaily, Serkam Velley, atau Ustaz Kamarudin Sidek, atau bertanya terus dengan saya.

Tak perlukan menyalahgunakan duit kerajaan Negeri untuk kursus blog bagi orang UMNO melaka.

Mari kita bersilat di padang yang sama RATA.

Ya, saya setuju Dasar Setinggan Sifar Diteruskan

merujuk kepada persoalan Penarik Beca

Saya merayu kepada semua yang membaca posting ini supaya menyatakan sokongan anda di sidebar sebelah kanan laman utama JERIT. Di bawah tajuk "Undi Anda!!!" (sila klik), ada soalan yang bertanya anda, patutkah kerajaan negeri Selangor teruskan Dasar Setinggan Sifar?

Tolonglah jawab tidak!

Jawapan saya Ya

Bagi saya, penduduk setinggan tidak akan terbela selagi mereka mempunyai status "Penduduk Setinggan" tanpa pemilikan rumah yang sempurna.

Kalau Kerajaan BN selangor yang lalu meroboh setinggan dengan sesuka hati, tidak semestinya Kerajaan Campuran PS-PKR-DAP akan melakukan perkara yang sama.

Yang penting sekarang ialah pemilikan rumah bagi penduduk setinggan, Jika dulu mereka memaksa penduduk setinggan untuk membeli rumah, maka ia tak bersesuaian.

Selagi mereka setinggan, selagi mereka tidak mempunyai pemilikan, selagi itu masalah setinggan tidak akan selesai.

Tuan tanah , samada individu, atau kerajaan atau korporat pasti akan menuntut pemilikan tanah mereka. Jadi di sini perlunya penduduk setinggan diberikan pemilikan tanah, supaya setinggan sifar.

Jaminan Anwar Ibrahim tidak merobohkan setinggan tanpa gantian yang munasabah:-

Pembangunan bukan dinilai hebat kerana keghairahan mempamerkan projek mega dan koridor, walhasil warga kota berpendapatan rendah kekal di kawasan sesak dan setinggan. Program pembinaan rumah rakyat adalah dia ntara keutamaan KeADILan. Rumah rakyat tidak boleh dirobohkan tanpa gantian yang munasabah!


Kalau nama Dasar "Dasar Setinggan Sifar" itu terlalu buruk sehingga membayangkan perobohan itu dan ini, maka eloklah ditukar nama dasar itu.

Nanti saya akan berbincang dengan Menteri-dan timbalan menteri kabinet bayangan saya untuk mencadangkan nama dasar yang baru.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri: Pikey Dude

Timbalan Menteri: Azhar Ahmad


Khamis, 27 Mac 2008

Negeri Perak Perlukan "Institut Pemikiran Sukiman Jalil"

Sukiman Jalil adalah dalang dalam cubaan membuatkan Ketua Kampung di Negeri Perak supaya meletak jawatan walaupun Kerajaan Campuran PAS-DAP-PKR Perak tidakpun memaksa Ketua Kampung meletak jawatan walaupun mereka ahli UMNO.

Secara kebiasaannya Ketua Kampung adalah ahli UMNO, samada dia adalah taksub kepada parti atau tidak, itu persoalan kedua.

Sukiman said all Perak Umno division chiefs had also agreed to the committee's move. "All village heads are Umno members and were appointed by the previous administration under Tajol Rosli,” he said. “Now we have Pas, Keadilan and DAP in the new state government and it is definitely not appropriate for the BN-appointed village heads to remain in their positions or to cooperate with them," he said today.


Sukiman sebagai presiden PKKNP berpendapat supaya kesemua ketua kampung perlu meletak jawatan kerana perlantikan Ketua kampung adalah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Dia mungkin sudah tahu bahawa terdapat perbezaan antara "Kerajaan Negeri", "Kerajaan Barisan Nasional", "Kerajaan PAS", Kerajaan Campuran" dan Kerajaan Persekutuan.

Yang peliknya, apa yang dia dapat apabila ketua kampung letak jawatan? Apa yang ketua kampung dapat apabila ketua kampung meletak jawatan. Apa yang penduduk kampung dapat apabila ketua kampung meletak jawatan.
Semua itu hanya Sukiman yang tahu.

Kita perlu tubuhkan Institut pemikiran Sukiman Jalil secepat mungkin.
Sukiman, who was speaking to a gathering of over 50 village heads from the Kinta district, was calling for the resignations to "save the honour of the village heads and Umno".

Maruah apa yang dapat diselamatkan dengan perletakan jawatan ketua kampung?

"It is better for all of us to resign than being instructed to do so by the new state government," he said. “I believe that the new Pas-led state government would want to appoint their own people.”
He said the committee would collect the resignation letters by March 29 and hand them over to Perak Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin on March 30. The resignation would take effect on May 1.


Kenapa dia bersungguh-sungguh mahukan ketua kampung keluarkan surat perletakan jawatan berkuatkuasa 1 mei?

Elaun Ketua Kampung bulan Mei dia boleh bayarkan kepada bekas ketua kampung itu?

"In the meantime, please do not attend any official functions organised by the new state government even if they invite you. Please respect this committee's decision not to cooperate with them," Sukiman told the gathering.

Apa yang Sukiman dapat bila ketua kampung tak hadir Majlis Kerajaan Negeri? Dia boleh sediakan Majlis alternatif yang hampir sama dengan majlis kerajaan Negeri? Hanya Sukiman yang tahu. Untuk mengkajinya kita perlukan "Institut Pemikiran Sukiman Jalil"

Apabila ketua kampung meletak jawatan, tentulah elaun ketua kampung tidak boleh diberikan oleh kerajaan negeri kepada ketua kampung yang meletak jawatan.

He said his committee would meet Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhammad Taib to discuss the issue of allowances.

Sukiman said the committee would ask the federal government to continue paying RM600 in allowances to all the BN-appointed village heads in the state even after their resignation.

Sukiman juga mahukan Kerajaan Persekutuan Elaun ketua kampung, kepada ketua kampung yang meletak jawatan.

RM 600 * 814 12 bulan = 5,860,800

RM 5.8 juta diperuntukkan setahun untuk ketua kampung yang letak jawatan.

Mungkin bagi sukiman, perbelanjaan 5.8 juta itu berbaloi untuk negeri Perak.
Hanya Sukiman yang tahu.

Mungkin bagi Sukiman, RM 5.8 juta itu baik untuk penduduk kampung.
Hanya sukiman yang tahu.

Mungkin bagi Sukiman , Rm 5.8 juta itu baik untuk menghukum pembangkang
Hanya Sukiman yang tahu.

Mungkin bagi Sukiman, RM 5.8 juta itu baik untuk UMNO,
Hanya Sukiman yang tahu.

UMNO Perak tidak mahu lagi menguasai "Ketua Kampung", hanya Sukiman yang tahu.

Sukiman sendiri tidak mahu jadi Presiden PKKNP?
Hanya Sukiman yang tahu.

Negeri Perak memerlukan "Institut Pemikiran Sukiman Jalil" untuk mengkaji apa yang dia fikirkan.


Artikel yang turut menceritakan hal ini:
http://maverickysm.blogspot.com/2008/03/umno-instruct-all-perak-penghulus-to.html

Rabu, 26 Mac 2008

Ketua Kampung Boitkot MB?

Pada hujung minggu lepas, di Blog Idham Lim, telah menceritakan tentang kebodohan pihak tertentu mengeluarkan kenyataan kononnya ketua kampung akan memboikot Kerajaan campuran Barisan Rakyat Perak.

Kemudian, perjumpaan Ir Nizar, Menteri Besar Perak, telahpun berjumpa dengan ketua-ketua kampung dengan jayanya.

''Bagaimanapun, kita tidak akan sewenang-wenangnya melucutkan jawatan ketua kampung sedia ada kerana tempoh perkhidmatan mereka sah sehingga 31 Disember ini.''Mekanisme pelantikan ketua kampung yang baru dengan menggunakan kaedah undian ini hanya bermula tahun depan dan sekarang ini tidak ada langsung paksaan supaya ketua kampung meletak jawatan," Kata Ir Nizar

Akan tetapi, walaupun perjumpaan dengan ketua kampung telah berjaya, masih ada pihak yang amat yakin, ketua-ketua kampung semuanya akan mengikut telunjuk Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil.

Jadi mari kita lihat samada agenda kurang cerdik, Presiden PKKNP untuk menyeru ketua-ketua kampung meletak jawatan itu berjaya atau tidak.

Presiden PKKNP nak bayar elaun ketua kampung yang dah letak jawatan?

Selasa, 25 Mac 2008

Blog bukan punca kekalahan BN...

Apabila kalahnya BN di beberapa negeri, maka keluarkan 1001 punca kenapa BN kalah.
Merujuk kepada Perbincangan Analisis PRU di Astro, kelihatan seolah-olah blog adalah punca utama kekalahan BN. Selain itu, faktor calon kononnya.

Tak pula disebut faktor parti. tidak pula disebut faktor "keris" atau faktor "DEB".

Mari kita mengiyakan dulu, kata mereka yang kononnya blog adalah punca kekalahan mereka.
Ada pula menteri penerangan yang kononnya nak jumpa pemblog, akan tetapi, dia sendiri lupa, blog dan internet adalah bukan dibawah bidang kuasa kementerian penerangan.

Blog boleh dijadikan medium bagi kementerian penerangan, untuk menerangkan sesuatu, akan tetapi apa yang pemblog tempatan perkatakan, itu bukan soal kementerian penerangan.

Jika kementerian penerangan nak gunakan khidmat pemblog tempatan, untuk menerangkan sesuatu, buat sahaja "pay per post". Jika ianya berkaitan dengan "Kerajaan", maka boleh dipertimbangkan oleh pemblog, akan tetapi jika ianya untuk menerangkan propaganda BN, maka mungkin tiada siapa yang mahu, walaupun ianya berbayar.

Berbalik kepada persoalan asal.
Adakah benar BN jatuh kerana blog. bagi saya tidak,
Masyarakat di Malaysia masih belum pandai membaca blog dengan betul. Tak ramai yang gunakan pembaca RSS, tak ramai yang baca agregator RSS, tak ramai yang tahu guna carian blog.

Budaya pemblog malaysia juga berbeza-beza. Ada yang berblog kerana suka-suka, ada yang kerana politik. Kalau nak diharapkan blog politik itu menjatuhkan BN, bagi saya tidak.

Ramai pembaca blog yang terang-terang tak baca blog politik. Pemblog tersohor lensalily, pernah memberitahu saya dia tak suka membaca blog politik.

Pemblog politik pula sifatnya tak teratur. Ada yang hantar ke petalingstreet, ada yang tidak.
Ada yang dah berbelog sekian lama pun tak tahu wujudnya petalingstreet.

Pemblog PAS kebanyakkannya suka "copy paste" daripada menyatakan pendirian sendiri. copy paste dari blog lain (atau sumber web lain yang bukan blog) dan masukkan ke blog sendiri.

Pemblog DAP yang banyak berpetalingstreet, itupun YB Teng tidak berpetalingstreet.

Jadi adalah BN jatuh kerana Blog? Jawapan saya ialah "tidak".

Akan tetapi bila kita melihat sejarah beberapa tahun yang lalu, skim "pelaburan internet" berleluasa. Ianya terjadi bukannya kerana ramai orang google dan jumpa pelaburan internet dan melabur dengan sendirinya.

Pelaburan internet berjaya berkembang kerana wujudnya manusia yang mencari mangsa secara fizikal, dan kemudian mengatakan ianya "Pelaburan Internet", Kalau nak diharapkan internet semata-mata, mungkin ramai yang tak kena tipu.

Maka konsep yang sama dilakukan pada politik Malaysia ketika pilihanraya, bukan kerana pengundi yang baca blog, tetapi pengundi bercerita kandungan blog kepada bukan pembaca.

Tidak dinafikan bahawa, blog juga boleh mempengaruhi pembaca, walaubagaimanapun, bukan blog politik yang banyak mempengaruhi pembaca. Apabila blog bukan politik, tiba-tiba mengatakan sokongan kepada pihak tertentu, maka pembaca setianya akan terima.

Di Malaysia, ramai yang lebih suka berforum berbanding blog. Ramai yang menyatakan sokongan terbuka keada pembangkang di dalam banyak forum bukan politik.

Jadi apa kesimpulannya?
Kalau PakLah nak juga kata blog punca kekalahan BN, suka hati dia lah.

Bendera PAS di Litar F1 Sepang

Saya sempat memasang Bendera PAS di Litar Sepang, di Kawasan C2, ketika berlangsungnya perlumbaan Formula 1 Di Litar Sepang. Maka Bendera PAS itu sebaris dengan Bendera Union Jack, SangSakaTerbalik (Bendera Poland) dan lain-lain.



Perangcangan awal, nak bawa Bendera PAS yang berkibar, akan tetapi saya membuat keputusan untuk versi gantung.

Minah Salleh ini agak mushkil, bendera apakah itu. Saya pun mushkil bendera negara apakah yang dia pasang.

Mungkin dia mengagak itu bendera Jepun penyokong Nakajima.

Pelbagai reaksi yang dapat dilihat dengan kewujudan bendera PAS di situ.
Tidak kurang juga, cara menunjukkan sejauh mana PAS disokong oleh golongan pelbagai kaum.



Terdapat juga 1 reaksi spontan, lalu ditepi pagar, ternampak bendera PAS, dan meminta orang lain untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Bendera PAS.



Sesudah habis Perlawanan, maka bendera itu dicabut, tiba-tiba segerombolan marshal yang lalu, bersorak melihat bendera PAS itu, saya merapati mereka.

Tiba-tiba kelentung, kuingatkan penyokong UMNO dikalangan mereka nak balik kayu atau apa..

Rupanya mereka memberi air mineral percuma.

Google+ Hasbullah Pit