test

Selasa, 5 Jun 2007

Love need thrust

Dahulu: Love need trust
Sekarang: Love need thrust (tujahan hehehe)


"Thrust Vectoring", satu istilah baru bagi saya, "Pengvektoran Tujahan", Tujahan pada jet pejuang, seperti sukhoi Su-30, yang membolehkan ia membuat menuver pelik-pelik.

Dengan Sukhoi, Ia mampu mengubah cara kanak-kanak main kapal terbang.
kalau dulu-masa kecil-kecil kita selalu guna tangan bayangkan kapal terbang itu bergerak.
namun kini, pergerakan iu berubah, mungkin kanak-kanak akan menggayakan tangannya supaya membuat Paguchev Cobra .



Sukhoi Su-30


http://youtube.com/watch?v=nLCBcFrHlQI

http://youtube.com/watch?v=xY0t_mPv6I4

Yang ni memang mengubah cara kanak-kanak main kapal terbang

Isnin, 4 Jun 2007

SMS data

Arahan Ringkas:

SMS 4 amaun ke 1 nombor telefon setiap hari dalam format yang ditetapkan.


Memang mudah, kalau kasi templat sms pada RNK dan dia SMS kepada saya & saya forward.


Akan tetapi, oleh kerana mindaku ini yang sering mengkomplikasikan keadaan supaya ia boleh diringkaskan, maka ia memeningkan kepala juga.

Terdapat beberapa masalah yang amat kecil. Iaitu tak berapa efisyen kerana data yang sama :-

1. Ditulis pada buku log
2. Dimasukkan kedalam komputer untuk Sistem_itu
3. Dimasukkan ke komputer sendiri untuk kemasukkan data harian
4. Dimasukkan kedalam telefon sebagai sms.

memang kalau nak kira, ita just boleh suruh budak buat semua tu & goyang kaki.
tapi bilamana ada duplication of work, maka ia menjadi tak efisyen walaupun minimal & maka tak boleh menguasai dunia. Organisasi tak boleh jadi macam toyota.

Macam macam kaedah bermain diminda ini, melampau2 pun ada.
sampai dah membayangkan nak kena ada program jaya MIDP 2.0 untuk sms data dan kemudian bluetooth ke komputer.

Akhir sekali terfikir cara mudah, gunakan sahaja kaedah no.3, masukkan ke dalam komputer. Tak perlu templat untuk SMS.

Ubahsuai fail excel sedia ada supaya satu tab yang menyenaraikan data-data yang diperlukan sahaja, ikut format yang diminta.
jadi kalau 1 bulan, ada 30 baris sms yang sedia untuk ditepekkan.

lepas itu ada dua pilihan, SMS menggunakan callwave, atau SMS guna perisian telefon bimbit.
tepek sahaja output SMS itu.

viola.

Kotoran di baju


Mungkin saya tersalah ambil baju atau nescafe tumpah kat baju.

Jumaat, 1 Jun 2007

Cetakan WiFi jadi realiti



Gambar hanya menunjukkan "Orang kampung" yang sedang melihat sebuah mesin fotostat.

Ala, Kedai runcit depan rumah aku pun dah lama ada mesin fotostat. Tak Hairan pun



Ceritanya, aku baru dapat mesin fotostat, walaupun agak lewat, berbanding dengan kedai lain yang sudah lama ada mesin fotostat. Tapi tak mengapa, apa nak dihairankan , berlambak-lambak stesyen minyak yang dah ada mesin fotostat.


Mesin Fotostat itu 2nd Hand, tapi dia ada "duplex" , ada "printer board", sambung terus pada Belkin N1 Router menggunakan ethernet, maka automatik ia jadi "Pencetak WiFi".

Sebagai Pencetak WiFi

Walaupun mesin fotostat itu tak menyokong WiFi, tak mengapa, asalkan pengguna WiFi boleh cetak di situ.

Oleh itu, Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau boleh menjadi "Stesyen Minyak pertama di dunia yang menyediakan perkhidmatan cetakan WiFi sehingga saiz A3".

Ada beberapa perkara lagi perlu dibuat, Perlu buat tatacara, bagaimana pengguna WiFi boleh cetak, apa dia perlu pasang pada peranti WiFi dia. Ajar RNK setakat mana yang boleh. Pengguna WiFi yang teknikal mungkin boleh pasang jurupacu(driver) pencetak itu sendiri, tapi pengguna biasa mungkin ada masalah. Tetapi kalau ada tatacara yang mudah dihafami & ringkas, tak mustahil pengguna biasa atau RNK boleh pasangkan jurupacu(driver).

Nak mengubah gaya hidup bukan senang, daripada benda tak wujud, nak diwujudkan, nak dijadikan budaya.

Budaya sekarang, pelajar politeknik simpan dalam pemacu USB & cetak di "Print Station" (1 kedai berdekatan dengan Politeknik).

Budaya yang nak dibentuk ialah, pelajar(atau business traveler) ada notebook sendiri, datang surf di stesyen Minyak, kalau nak cetak, guna apa-apa perisian pun, termasuklah laman web yang dia rasa dia nak cetak, asalkan jurupacu(driver)nya ada. Jadi tiada batasan perisian.

En Tan, Jurujual mesin fotostat tu, Cadangkan asaya supaya sediakan 1 komputer, supaya pengguna boleh bawak pemacu USB, tapi saya taknak.Saya taknak ada masalah perisian, taknak ada masalah pengformata, faham-faham lah, kalau dokumen MS word sekali pun, ada yang bergantung pada font luaran, gambar luaran.
Kalau pelajar kejuruteraan nak cetak lukisan teknikal, takkan saya nak kena ada CADCAM atau autocad dan lain-lain. Manalah saya nak tau setepat-tepatnya perisian yang diperlukan oleh pelajar. "Business traveller" mungkin ada UBS Accounting,takkan saya nak kena ada USB Accounting semata-mata bolehkan dia mencetak.

Jadi, kalau anda nak cuba sekarang, cuba pasangkan juruoacu(driver) mesin fotostat Ricoh Aficio 1018d




Sebagai Mesin Fotostat
Saya cukup suka dengan mesin fotostat ini,
Asalnya hanya nak beli mesin fotostat, Abdullah dah beli dulu, tapi dia beli Ricoh Aficio 1018. Bila tengok spesifikasi, rupanya Mesin fotostat zaman sekarang ni dah canggih, macam macam ada, tapi yang Abdullah beli itu yang paling asas, walaupun asas, tapi dia punya boleh ditingkatupaya jadi "Pencetak WiFi" juga.

Yang saya punya ialah Aficio 1018D, ada D, bermaksud duplex,
duplex membuatkan kita dah payah terbalikkan kertas untuk cetak depan belakang.
Kalau nak buat salinan "double sided", hanya tekan 1 butang tu dua kali, tekan start terus jadi. Berbanding dengan zaman dulu, orang kena masukkan balik kertas yang dah disalin semula supaya bahagian belakangnya dicetak.

Saya memang memilih Aficio 1018D, berbanding model lain walaupun ada yang lagi canggih, kerana UI dia.
UI dia guna butang-butang, maka senang nak ajar orang untuk gunakan.
Berbanding dengan UI menu pada skrin, rasanya lagi susah.
tak ada la susah sangat, tapi dia bergantung pada visual feedback yang mungkin tak sesuai untuk sesetengah orang.

Jadi, saya hanya ajar 3 perkara dahulu untuk semua RNK, salinan1 side, salinan doublesided, salinan kad pengenalan.

Terbukti saya dah dapat ajar RNK yang lebih 60 tahun untuk guna mesin fotostat ini.








Selasa, 29 Mei 2007

Rasa Macam Nak Cekik-cekik

rasa macam nak cekik-cekik je si Ain ni.
Tapi nasib baik mood baik pasal semalam "Accident"

Sabtu, 26 Mei 2007

Wireless broadband = Wi-Fi ?


Inilah dia punca kekeliruan

Suatu ketika dahulu, saya singgah di Stesyen Minyak PETRONAS Air Keroh 3, bersama wawa ketika balik dari KL. Kelihatan di situ ada Panji "Wireless Broadband zone", dimana ia merujuk kepada Wi-Fi Zone.

Baiklah, mungkin Abdullah(AK3) tersalah, maafkan dia kerana dia bukan IT Savvy, macam kami berdua.

Masa berlalu, Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau pun ada Wi-Fi, tampal poster guna kertas sahaja, tapi ikut spesifikasi Wi-Fi Alliance. Sebelum itu, sudah nampak panji di restoran Tomyam Klasik, ada logo Wi-Fi tapi tak ikut spesifikasi.


Baru baru ini, saya berjumpa dengan Irwan, kawan sekolah, dia yang menceritakan bahawa Abdullah tempah panji daripada dia, ikut rekaan dari Restoran Subaidah MITC.


Akhir sekali, semasa saya nak jumpa hafnie sempena Spoof Black Hat Challenge, terus ternampak poster "Wireless Broadband zone" . Hehehe, Punca kekeliruan telah dijumpai.


Oleh itu, bukan salah Abdullah, Bukan salah Irwan, tapi ini memang salah MICTH
(Melaka ICT Holding SDN BHD)
yang memulakan kekeliruan.

Ya, memang Wi-Fi membolehkan anda mengakses internet tanpa wayar pada kelajuan broad band. Tetapi Wireless Broadband itu benda lain.

Aliran Ajaran sesat "Wireless Broadband" adalah sperti berikut:

MICTH --> Restoran Subaidah --> Air Keroh 3


kalau nak tau, berikut adalah panduan logo "Wi-Fi Zone"


atau anda boleh muaturun "Brand Manual" semuanya

Jumaat, 25 Mei 2007

Cinta di Lautan Web 2.0

Google+ Hasbullah Pit