Baru sekejap tadi dia sudah kembali ke harga yang hampir sepatutnya. Macam ular tedong.
Siapa yang nak beli harga lama, bolehlah tertongok di depan kedai emas sebelum dibuka.
Mana tau dia belum dapat berita Harga emas sudah naik seperti asal.
Ayhd Yang Hendak Dibaca
Kepada semua aktivis dan reformis Malaysia Baru, esok Khamis, 18 September 2008 ; satu program Solidarity Vigil For Kickdefella akan diadakan pada jam 8.30 malam infront Commercial Crime, KL. DATANG JANGAN TAK DATANG!
“There’s no winner with this IPP tax. Credit spread has widened, bond volume has dropped and investors are nervous. As a result, borrowing costs in Malaysia will go up,”Terdapat lagi satu analisis yang lebih baik yang mempersoalkan tentang Cukai Durian Runtuh yang berkait dengan rakyat.
Jawatan Menteri Kewangan adalah beban kepada Najib mengikut kata Saudara Adly Zahari.
Hari ini perkembangan politik Malaysia setapak kebelakang. Pak Lah tukar suka sama tak suka kementerian dengan Datuk Najib. Kementerian kewangan walaupun dilihat lebih kanan berbanding kementerian pertahanan, namun dalam masa yang sukar ini, Pak Lah dilihat meletakkan beban ini pada pencabar terdekat beliau.
Dengan penurunan harga minyak US91 hari ini, maka ia turut memberi kesan kurangnya pendapatan dari hasil minyak.
Sudahlah Pak Lah mengemukakan bajet yang defisit, belanja lebih tinggi dari pendapatan. Pendapatan akan berkurangan, jangkaan paras terendah indeks komposit mengikut penganalisa mungkin mencecah 900 mata, maka ianya merupakan cabaran besar bagi Tok Najib.
Saya agak tertekan dalam memikirkan hal ini. Pertama, isu ini kompleks dan teknikal. Kelemahan dan kurangnya wacana ekonomi yang mantap dalam Bahasa Melayu telah membantutkan kapasiti saya untuk menulis satu kupasan kemas dan yang mudah difahami berkenaan isu ini. Kesan daripada ini jikalau kita lihat adalah betapa sebenarnya orang Melayu merupakan antara bangsa yang rugi dalam memahami selok belok ekonomi dunia kerana para intelektual ekonomi negara kita tidak mampu membicarakan masalah tersebut dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri.Juga turut meminta PAS lebih proaktif dalam persoalan ekonomi terutama sekali dalam membangkitkan Dinar Emas.
Saya harap PAS dapat menumpukan semula kepada program dinar emas yang telah mereka jayakan dengan lebih mantap.