Hari ini Saudara
Tawel Sensei telah menulis tentang petua kebolehgunaan blog dengan menggariskan 4 petua.
1. Elakkan tulisan cerah berlatarbelakangkan gelap.
2. Saiz tulisan jangan terlalu kecil.
3. Elakkan penggunakan
Shoutbox/Chatbox/Chatterbox4. Jangan automainkan bunyi.
Hari ini saya akan menulis tentang ruang putih, sebagai salah satu kaedah meningkatkan kebolehgunaan terutama sekali kemudahbacaan.
Ruang putih, Ruang putih.
Ruang putih tidak semestinya putih, ia boleh juga menjadi kuning lembut asalan ianya ruang yang tidak digunakan dalam susunatur blog anda.
Perkara penting untuk membanyakkan ruangputih ialah dengan membuat perenggan dalam penulisan. Cukupkan dengan menghadkan sehingga 3 ayat dalam satu perenggan.
Saudara Tawel Sensei sendiri mengamalkannya tetapi dia tak nyatakan dalam tip tadi.Ruang putih juga boleh diperolehi dengan memilih templat yang baik.
Sekiranya templat itu terlalu banyak kotak, maka sedikit sahaja ruang putih yang boleh diperolehi.Ianya kelihatan seperti pembaziran ruang akan tetapi ia memudahkan pembacaan.
Sebolehnya, tajuk hendaklah tidak duduk di dalam kotak, cukup sekadar tulisan besar, atau ada garisbawah.
Hati-hati jika anda menyalin menggunakan Internet Explorer, kerana ia akan menyebabkan kehilangan perenggan. Maka perlukan anda membuatnya secara manual.
Kalau mengikut mahzab Tawel Sensei, chatbox akan mengalih tumpuan pembacaan sesuatu catatan. Maka bar tepi dibolehkan untuk berserabut, supaya pembaca akan tertumpu kepada catatan blog?
Sebenarnya, bar tepi tidak perlukan banyak kotak, maka blog saya bukanlah satu contoh yang baik untuk menambah kebolehgunaan di bahagian tepi.
Kepada pengguna mahir, mereka boleh menggunakan CSS untuk menambah ruang putih dengan menjarakkan baris ayat.
#content {
line-height: 1.2em;
}
Juga boleh menggunakan CSS untuk menambahkan ruang antara hujung tulisan dengan tepi dinding.
Terdapat satu mahzab lagi berkenaan ruang putih yang dikenali Mahzab Mahathirisme.
Dia membuat perenggan dengan baik, dan
meletakkan nombor pada perenggan supaya ia senang dibaca.
Bacaan tambahan:
White Space di performancing.com