test

Memaparkan catatan dengan label media. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label media. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mac 2008

Siti Nurhaliza minta Tentera Rom sokong PAS

TASEK GELUGOR 5 Mac – Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta tentera rom memberi sokongan padu kepada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini.

Beliau yakin Rom, walaupun tewas di Yarmuk pasti telah membuat penilaian dan keputusan terbaik untuk memilih parti yang dapat menjamin masa depan diri, keluarga dan negara.

“Dalam hidup, kita perlu buat keputusan terbaik, bukan saja untuk diri sendiri tetapi keluarga."

“Saya yakin calon BN termasuk Tan Sri Nor Mohamed (Yakcop) dapat kemenangan pada pilihan raya nanti,'' katanya kepada Tentera Romnya untuk terus berjual walaupun sukar.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan Tentera Rom Kampung Paya, Permatang Tok Gelam di sini hari ini.

Penyanyi tersohor negara itu tetap menyokong PAS walaupun menyertai kempen Nor Mohamed yang juga calon BN kerusi Parlimen Tasek Gelugor. Hadir sama ialah suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. - Bernama-yang telah dibelit.


-------------------8<---------------------------------
Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk memdapatkan fakta, iaitu apa yang orang itu cakap, sila baca hanya yang dalam petikan. Sila jangan sebarkan TANPA penyataan ini.


Rabu, 5 Mac 2008

Abdullah Akui tak mahir Jadi Menteri Pelajaran

KENINGAU 5 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui sifatnya yang tak suka membaca menyebabkan dia sendiri tidak faham skim yang ada pada kementeriannya dahulu. Selain itu dia juga tidak faham apa beza pendidikan dengan pelajaran.

``Semasa saya Menteri Pelajaran dahulu didapati banyak sangat skim guru yang ada menyebabkan satu-satu skim itu mencapai tahap gaji maksimum terlalu awal dan selepas itu tidak boleh naik lagi.

Abdullah merasa lega kerana beban untuk memahami skim-skim itu telah diserahkan kepada Anwar Ibrahim, yang menjadi Menteri Pendidikan selepas itu.


Abdullah tidak sedikit menyentuh tentang penjualan pelabuhan sabah kepada Singapura ketika berucap merasmi majlis penutupan pameran bergerak Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat dan Siri Jelajah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di sini, hari ini. - Utusan (yang telah dibelitkan).


-------------------8<---------------------------------
Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk memdapatkan fakta, iaitu apa yang orang itu cakap, sila baca hanya yang dalam petikan. Sila jangan sebarkan TANPA penyataan ini.




KECEWA SYURGA HADHARI LEWAT DILANCARKAN

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, kecewa kelewatan pelancaran Syurga Hadhari menyebabkan ianya tidak boleh menjanjikan syurga hadhari kepada penganut Islam Hadhari.

Islam Hadhari yang sesat itu, terasa terancam apabila dia melihat Islam yang dibawa PAS dianggap sesat oleh dirinya.

Hasrat Islam Hadhari untuk memonopoli kesesatan mungkin tak kesampaian.

“Tindakan Pas menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu adalah ajaran sesat dan kerajaan wajar bertindak, manakala umat Islam perlu berhati-hati kerana janji itu boleh merosakkan akidah." katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tajuk laporan akhbar semalam bahawa Nik Abdul Aziz hanya mengaitkan parti itu dengan syurga tanpa menjamin syurga jika undi PAS, dalam usaha meraih sokongan pengundi anak jati Kelantan yang tinggal di perantauan.

-------------------8<---------------------------------
Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk mendapatkan fakta, iaitu apa yang orang itu cakap, sila baca hanya yang dalam petikan. Sila jangan sebarkan TANPA penyataan ini.

BN Merlimau Terpaksa Menjanjikan Sekolah Tamil (belit)

MERLIMAU, 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan; terpaksa menabur janji untuk membina sekolah tamil untuk meminta pengundi India di DUN berkenaan memberi mandat kepada BN sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini.

Ini kerana, hanya Kerajaan BN sahaja yang boleh menabur janji walaupun belum menang pilihanraya.

Mohamad Hidhir berkata, Kerajaan BN khususnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah berjaya memacu negara dan negeri ini dalam pelbagai pembangunan yang dapat meningkatkan taraf hidup wakil rakyat.

"Saya berharap supaya pengundi khususnya di DUN Merlimau akan meneruskan pilihan dan tekad mereka untuk memilih dan memberi mandat kepada BN sebagai pemerintah dan kerajaan."

"Ini bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan ekonomi termasuk matlamat Mohd Ali untuk menjadikan Melaka Maju 2010 akan dapat dicapai dengan jayanya," katanya walaupun di daerah Jasin kekurangan lori sampah sehingga menggunakan lori 1 tan biasa untuk mengangkut sampah.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama penduduk dan 'group meeting' bersama ahli Parti Progresif Rakyat (PPP) di Taman Muhibbah, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua PPP Bahagian Jasin, P. Moorthy; Timbalan Ketua PPP Bahagian Jasin, S. Baskaran; Setiausaha PPP Bahagian Jasin, R Suresh.


Kerajaan BN juga bukan hanya menabur janji kepada masyarakat India di DUN berkenaan ketika musim pilihanraya sahaja. sebaliknya selepas pilihanrayapun janji boleh ditabur jika ada permintaan terhadap janji.


"Kerajaan juga telah mengenal pasti kawasan seluas lima ekar untuk membina Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di DUN Merlimau ini bagi kemudahan masyarakat India terutama di Merlimau Estet," katanya walaupun belum pasti kontrak projek sekolah itu akan diberikan kepada orang PPP atau UMNO.

Kemungkinan UMNO Merlimau akan menyerahkan Kerusi DUN Merlimau kepada PPP jika gagal membuat sekolah tamil.

Sementara itu di DUN Serkam, Calon BN Ghazale Muhammad hanya berani untuk menjanjikan Pusat rekreasi, setelah melihat keadaan perut penyokong barunya.

-------------------8<---------------------------------
Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk memdapatkan fakta, iaitu apa yang orang itu cakap, sila baca hanya yang dalam petikan. Sila jangan sebarkan TANPA penyataan ini.

Belit:Hutang Negeri Kelantan....

Saya pasti memang ramai akan kena belit.

Tajuk Berita :-

Pas tak berani dedah hutang

Tapi fakta dalam berita adalah

“Ketika ini, Kelantan mempunyai tunggakan hutang yang perlu dibayar kira-kira RM11.6 juta, kedua terendah selepas Sarawak, berbanding negeri lain yang mencapai RM587 juta.

“Malah, Kelantan juga mampu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai infrastruktur air yang diluluskan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (ASKSB),"


Tips:
Musim Pilihan Raya ini, kalau nak baca suratkhabar, kena baca tajuk, kemudian bandingkan dengan petikan. Kerana Editorial dia akan dibelit, fakta hanya dalam petikan.

Kalau aku nak belit media BN pun boleh, tunggu sekejap.

Jumaat, 21 September 2007

'Melampau' juga dijadikan istilah Subversif


Ketika saya menonton Buletin Utama jam 8 lebih tadi, Saya kedengaran perkataan 'Terlampau' dikaitkan dengan keganasan. Mereka cuba mengatakan bahawa Nurin Jazlin telah dikenakan Keganasan yang 'Terlampau'.

Dari mana datang istilah 'Terlampau' untuk mengambarkan 'Melampau' ?

Suatu ketika dulu, bila isu (aksi lucah) peramugari yang Melampau, Ramai muda-mudi yang tersalah istilah dengan menggunakan 'Terlampau' dan bukannya 'Melampau', Termasuklah orang di Media.

Maka kesalahan istilah itu terbawa-bawa sehingga kini, dan ada juga yang menganggap itulah istilah yang betul bagi menggambarkan 'Melampau'.

Jadi, sampai bila ia terus salah, atau apabila semua orang sudah salah, ia akan dianggap betul?
Kebiasaannya, selepas Buletin Utama, staf TV3 yang terlibat dengan Buletin Utama akan adakan 'Pos Mortem', saya tidak pasti samada kesalahan istilah ini dibincangkan atau tidak.

Jadi saya harap, kesalahan ini tidak berulang lagi.
Jika tidak, istilah Melampau akan menyertai istilah 'belanjawan' sebagai istilah subversif.

Khamis, 20 September 2007

Benarkah ia Nurul Jazlin?


Dulu Apabila jenazah di dalam beg ditemui, pada URL ini Jazmin Abdul Jalil memang yakin itu bukan anaknya, dan berkata:

“My wife and I viewed the body of the girl on Monday and she was definitely not our daughter Nurin Jazlin,”

“Despite the bruises and the condition of the girl’s body, we could still confirm that she was not our little girl. "

“We are her parents and only parents know best.”


Kemudian Apabila keputusan DNA mengatakan ia adalah Nurin Jazlin,

Jazimin tetap berharap akan Nurin masih perlu dicari walaupun keputusan DNA dikeluarkan.

"I am Nurin's father ... I know my daughter better than anyone else. My heart is saying the body is not my daughter. "

"If police ask me to take the body, I will accept, I will perform the funeral rites and bury it. But I want the police to pursue the search for Nurin because I know Nurin is still safe out there,"

Bagaimana seorang bapa nak menguruskan jenazah anaknya yang dia sendiri yakin masih hidup?

Atau ia hanya pengaruh emosi, yang menyebabkan dia tidak yakin itu anaknya?




Selasa, 31 Julai 2007

Penerima Audio Bluetooth A2DP Sony Ericsson MBR100

Memang saya terlambat kenal bluetooth, orang lain dah guna bertahun-tahun, saya hanya baru guna tak sampai setahun.

Pada mulanya saya menganggap bluetooth hanyalah seperti Infra merah. Untuk hantar data.

Atas sebab itu, 2 tahun lepas, ketika saya hendak membeli telefon baru, saya memilih untuk tidak bluetooth. Ketika itu saya menganggap infra merah adalah mencukupi untuk memindah fail, simpan nombor telefon dll.

Memang ktika itu inframerah dah mencukupi. Katak yang duduk bawah tempurung tidak dapat melihat dunialuar, akan tetapi katak yang efisyen akan cuba sebaik mungkin supaya menggunakan apa yang ada.

Sampai 1 tahap, saya merasakan saya perlu tukar telefon lain, walaupun telefon Nokia 6020 saya itu masih boleh digunakan. Macam macam boleh dilakukan dengan Nokia 6020 itu, tetapi storan yang terhad menyebabkan saya penat. Sekejap-sekejap sms penuh, sekejap sekejap memori penuh.

Suatu hari saya pada awal 2006, saya membelikan Isteri muda saya telefon baru, Nokia 6085. Asalnya saya tertarik dengan Sony Ericsson Z610, Tetapi oleh kerana dia tak mahukan 3G, maka terpaksa belikan yang hampir sama, tetapi tiada 3G, Nokia 6085.

Maka katak yang duduk dibawah tempurung inframerah pun dapat masuk dalam tempurung bluetooth. Didapati, tempurung bluetooth itu memang lebih baik. Setelah bertahun tahun dengar nama bluetooth, maka saya baru tahu yang bluetooth itu satu protokol yang mengujakan.
Kalau tak salah saya, saya mula dengar "bluetooth" pada tahun 2000 dulu. Iaitu 7 tahun yang lalu.

Maka, saya belilah dogel bluetooth untuk dijadikan mainan , digandingkan dengan Nokia 6085 itu. Suatu hari, ketika saya cuba main nak sepasangkan (pairing) komputer cctv kat stesyen dengan handphone RNK Adiba, satu perkara pelik berlaku. Tidaklah pelik sangat sebenarnya, tapi sebagai katak tempurung inframerah, melihat telefon boleh mengawal komputer adalah sesuatu yang menakjupkan. Ia hanya SE Z530.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa, bluetooth pada Sony Ericsson jauh kedepan berbanding dengan Nokia. Kamera pada Z530 pun gambarnya jauh lebih cantik daripada Nokia.

Oleh kerana, setelah membaca tentang bluetooth, saya merasakan antara keuoayaan telefon yang saya nak beli adalah dia mesti ada A2DP. A2DP adalah salah satu daripada profil Bluetooth.

Jadi pada mulanya saya nak cari Sony Ericsson yang paling murah tapi menyokong A2DP.
Tunggu punya tunggu, telefon murah yang ada A2DP tak keluar-keluar, belum tiba Malaysia.
Ketika itu memang ada Sony Ericsson yang mahal ada A2DP.

Kalau tak salah, yang agak murah yang ada A2DP ialah SE k550i. Tapi mahal juga.
Punya ah susah kalau nak cari telefon yang ada A2DP kalau tanpa bantuan web.

Tanya kedai, ada A2DP tak?
"Apa A2DP?"
"Bluetooth A2DP"
"Ada, ada, ini telefon ada bluetooth"

Knowlegde yang orang kedai telefon dan kedai komputer memang tipikal.
Tak kiralah Melayu atau Cina.

Telefon yang ada 3G mesti dianggap lebih baik dari yang tiada 3G, walaupun kita tak perlukan 3G. Agaknya kalau iPhone dijual di Malaysia, mesti orang pandang rendah kerana "Tiada 3G".

OK, berbalik pada cerita asal, akhirnya aku beli SEk800i pada kedai yang jurujualnya boleh bezakan telefon mana yang ada A2DP , mana yang tiada. :)

Oleh kerana SE k800i boleh hantar gambar ke blog, maka wujudlah blog ini.

Akan tetapi, untuk menggunakan A2DP pada SEk800i tak boleh, kerana tiada penerima isyarat A2DP. Memang ada headset yang ada A2DP, tetapi dia dah mati disitu kerana tak boleh keluarkan isyarat audio dia untuk disambungkan ke Amp.

Jadi aku terus cari SE MBR-100. Oleh kerana tak tak duduk KL, jadi mungkin aku tak jumpa. Tapi setelah aku pergi banyak tepat di KL, Melaka, Muar, Sabah aku masih tak jumpa MBR 100.
Sampai satu tahap aku rasa nak buat passport, cari kat Singapura atau Negara lain.

Akhirnya ahad lepas, aku pergi ke HP (Holiday Plaza) jumpa kedai yang mengatakan cawangan dia di Jusco Tebrau ada stok MBR100. Jadi aku pun belilah. Nak uji punya la susah. Mana ada kedai telefon yang siapkan amp untuk uji MBR 100?

Kualiti audio MBR 100 bergantung pada sumber lagu pada SE k800i itu.
Jadi, limitasi codec pada SEk800i membuatkan kita tak boleh tau sejauh mana MBR100 punya kualiti. Jangan harap SEk800i untuk mainkan Audio Lossless. Jadi MP3 256kbps VBR adalah kadar bit yang sesuai dengan SE k800i.

Akan tetapi 1 perkara yang saya tak berapa gemar pada MBR 100 ialah, output dia analog. Jadi, berlaku penukaran antara isyarat digital ke analog pada MBR100 itu.
Alangkah baiknya kalau MBR 100 itu boleh mengeluarkan output optikal. TOSLINK.

Jadi kalau nak push MBR100 itu ke hadnya, perlu ada peranti yang boleh memainkan audio dengan kadar lebih tinggi dan mengeluarkan A2DP untuk dihantar ke MBR 100.

Saya cuba dengan Windows + Bluesoleil, tapi tak berjaya.
Mungkin kalau guna dogel bluetooth yang menggunakan WIDCOM boleh?

Alternatif lain mungkin kena beli iPod dengan aksesori A2DP?
secara teorinya, saya boleh mainkan lagi ditelefon dan suaranya keluar di komputer.
ATAU, komputer mainkan lagu dan keluarkan A2DP untuk ke MBR 100.

Aku tak faham kenapa Microsoft Windows Vista tiada sokongan natif A2DP.
kalau Linux mungkin boleh, kerana bluez boleh dgabungkan dengan alsa.
OSX kena tunggu 10.5 baru ada A2DP.
iPhone? entah.

Perisian Soleoil pun tak berjaya menyambung ke MBR 100.
sepasangkan boleh, tapi takbleh sambung ke profil.
Bluesoleil hanya nampak

Mungkin bagi aku seorang yang suka A2DP, orang lain tak kisah.

Selasa, 1 Mei 2007

Pertandingan PETRONAS Car Craze DILANJUTKAN



Pertandingan Car Craze dilanjutkan lagi 1 bulan, tanpa menyatakan apa kereta misteri itu.

Mari kita main teka-teka kereta apa yang dijadikan hadiah?
Kereta apa yang seksi?
Kereta apa yang boleh dikaitkan denga PETRONAS?

Toyota Supra, tapi mustahil kalau nak dijadikan hadiah Car Craze kerana dah tak dikeluarkan lagi.

Rasanya yang sesuai ialah BMW Z4M.


Kereta ni memang la ada kaitam dengan PETRONAS, seksi pun seksi.
Berbanding dengan BMW Z4M yang original, 'skirting' pada BMW Z4M yang pada Team PETRONAS Endurance' ni lagi cantik.

Spesifikasi? Kuasa?
Kalau tengok pada Web, BMW Z4M ni sering dibandingkan dengan porshe.

vs. Porshe Cayman


Seksi.....



Kereta lain?
BMW M3? Tapi rupa dia macam 3 Series biasa saja.
BMW X5 2007 seksi juga, perempuan tak sesuai.

BMW 328 SportWagon Untuk keluarga.

Lagi satu opsyen yang mungkin best ialah http://www.mini-malaysia.com/ (Tiada kaitan dengan Kak Ani)



Kemaskini:
Honda CRV rupanya :)

Kepada sesiapa yang menjumpai laman ini untuk mengetahui pemenang car craze bulan mei, ini gambar akak yang menang tu.

http://www.kad-mesra.com.my/index.cfm?ar=138&sc=48




Jumaat, 20 April 2007

Anak sepupu aku hilang (update: dah jumpa)



Anak perempuan 6 hari tak pulang
Oleh Mohamad Yatim Latip
mylatip@hmetro.com.my

Kali terakhir dilihat bapa Sabtu lalu sebelum dihantar ke sekolah

JASIN MERLIMAU: Sebuah keluarga dari Jalan Bendang 1, Simpang Sempang , Merlimau, di sini, bimbang dengan keselamatan anak perempuan mereka, Siti Aminah Aziz, 14, yang hilang dari sekolah dan tidak pulang ke rumah sejak enam hari lalu.

Menurut bapa pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Dang Anum, Merlimau itu, Aziz Tandang, 60, kali terakhir dia melihat anak gadisnya itu adalah pada Sabtu lalu sebelum dia menghantarnya ke sekolah kira-kira jam 8.50 pagi untuk menghadiri kelas tambahan.

Dia menghantar Siti Aminah kira-kira setengah jam selepas menghantar anak lelakinya, Mohd Firdaus yang menuntut di Tingkatan Lima sekolah yang sama.

“Ketika itu anak saya hanya memakai seluar sukan dan berbaju-T lengan panjang yang biasa dipakai untuk bersukan dan turut membawa bersama sebuah beg galas berwarna hitam.

“Selepas menghantarnya, saya pun pulang ke rumah. Bagaimanapun, kira-kira jam 1 tengah hari, Mohd Firdaus pulang dari sekolah dan saya bertanya sama ada ternampak Siti Aminah atau tidak tetapi anak saya itu memaklumkan adiknya itu sudah pulang lebih awal,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Aziz berkata, susulan itu, dia menjangkakan anak gadisnya itu akan pulang lewat sedikit dari biasa.

Katanya, anaknya itu ada menelefon rumah kira-kira jam 4.30 petang hari sama dan bercakap dengan kakaknya, Anis Azlah, 30, serta memaklumkan tidak pulang ke rumah pada hari berkenaan sebaliknya mahu menemankan rakannya.

Menurutnya, sebaik ditanya di mana dia berada, Siti Aminah terus memutuskan talian.

Dia berkata, apabila anaknya itu masih tidak pulang ke rumah hingga petang Isnin lalu, dia pergi ke rumah beberapa rakan sekolah Siti Aminah yang dikenali untuk bertanya mengenai anaknya.

“Antara beberapa rakannya yang ditanya, cuma seorang rakannya yang tinggal di kawasan Merlimau memberitahu Siti Aminah ada berjumpanya kira-kira jam 10 pagi, Sabtu lalu dan meminta duit RM2.50 dengan alasan hendak ke bandar Melaka,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau dan turut memaklumkan kehilangan anaknya itu kepada pihak sekolah.

Aziz berkata, anaknya itu tidak mempunyai masalah dengan keluarga.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi keluarga terbabit di talian 06-2635859 atau 012-9426948.

Google+ Hasbullah Pit