test

Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

Selasa, 8 Julai 2008

Jangan Politikkan Pendidikan , Kata Askar-Siber UMNO

Pada topik yang lalu saya mempersoalkan kenapa Sistem Pendidikan
masih memerlukan program tambahan diluar waktu sekolah yang mempunyai label UMNO, sedangkan Kementerian Pendidikan dikuasai mereka
.

Maka datanglah askar-siber UMNO yang tak putus-putus mengatakan "jangan mempolitikkan pendidikan".

Agak lucu, kerana pendidikanlah yang menentukan masa depan generasi akan datang, tetapi ianya tidak boleh dipolitikkan mengikut ruanglingkup pemikiran mereka.

Ruanglingkup pemikiran mereka mungkin hanya menganggap politik itu samada sokong UMNO atau tidak. Tiada langsung memikirkan dasar atau kaedah yang lebih baik perlu diubah pada kerajaan supaya keadaan menjadi lebih baik.

Bagi saya Pendidikan memang perlu dipolitikkan, kerana ianya membentuk generasi yang bakal menguasai dunia akan datang. Bagi mereka pula mereka hanya mahu lahirkan generasi yang terus menyokong UMNO.

Jika mereka memang tidak mahu mempolitikkan pendidikan, tak hairanlah susah benar nak beri buku teks percuma. Bila ada sesiapa perkatakan buku teks perlu diberi percuma, mereka akan kata "Jangan mempolitikkan pendidikan".

Pendidikan percuma ialah janji politik Pakatan Rakyat. Agaknya mereka lebih suka pendidikan berbayar asalkan agenda Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan kerana bagi ruanglingkup pemikiran mereka, "Jangan Politikkan Pendidikan".

Patutlah apabila Bahasa Pengantar bagi Sains dan Matematik ditukar, mereka berdiam diri kerana dasar "Jangan politikkan pendidikan".

Apabila Sampin pelajar Sekolah Agama berwarna hijau, mereka pun berkata "Jangan Politikkan Pendidikan", maka ditukarlah warna sampin itu ke warna hitam kerana fobia warna bendera PAS. Tidakkan itu tindakan mempolitikkan pendidikan oleh UMNO Melaka?

Bagi pembaca luar dari Melaka, Saya nak beritahu, Sekolah Agama di Negeri Melaka tidak dibenarkan menggunakan sampin warna hijau atas Ali Rustam.

Mungkin itu langkah sesuai untuk menggambarkan "Jangan mempolitikkan Pendidikan".

Tindakan Paklah menukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran juga mungkin hasil dari saranan "Jangan mempolitikkan pendidikan".

Sekarang ini, pelajar yang hendak menduduki peperiksaan seolah-olah ditekan dengan "Kelas Tambahan". 20 tahun dahulu, tidak pula kedengaran kelas tambahan yang begitu banyak. kemudian tidak cukup lagi dengan kelas tambahan perlu ada tusyen berbayar.

Sedangkan pelajar sekolah mempunyai banyak masa. Daripada darjah 1 hingga enam tidak mempunyai cukup masa untuk belajar disekolah?

Akan tetapi ada pula masa untuk belajar lukisan.
Perlukan belajar lukisan sepanjang tahun selama beberapa tahun?

Akan tetapi suatu ketika dahulu, pelajar sekolah rendah hanya memerlukan masa 5 tahun sebelum menduduki peperiksaan pernilaian darjah 5. Akan tetapi ketika ini 6 tahun belajar, masih tidak cukup masa nak belajar.

Penglibatan UMNO Dalam Pendidikan Akademik Di Luar Waktu Sekolah

Penglibatan UMNO, dan jentera UMNO dalam aktiviti pendidikan akademi diluar waktu sekolah , dari luaran nampak baik. Kelihatan seperti nak membantu masyarakat.

Suatu ketika dahulu, Pemuda UMNO pun buat tusyen. UMNO itu UMNO ini buat itu ini.

Puan Emy dengan bangganya mengatakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 telah berjaya.

Maka Penyokong UMNO akan mengatakan UMNO lah yang baik.

Tetapi, mereka lupa, Menteri Pendidikan juga orang UMNO, berkuasa menentukan dasar pendidikan dan pengkaedahannya.

Mengapa Sistem Pendidikan di Malaysia memerlukan sayap parti politik untuk dijayakan?

Mengapa tidak Sistem Pendidikan di sekolah direka supaya tidak memerlukan tusyen?

Ianya seolah-olah satu agenda untuk melemahkan sistem pendidikan, dan kemudian adanya "UMNO" untuk menyelamatkannya.

Bukankah teknik menjawap soalan UPSR boleh diajar disekolah di dalam waktu sekolah?

Mengapa perlunya sesi lain melibatkan sayap parti politik yang memerintah untuk menampal kebocoran pada sistem pendidikan?

Mengapa tidak Puteri UMNO menyatakan dengan jelas kepada Menteri Pelajaran bahawa mereka mahukan sistem pendidikan yang tidak perlu ditampal?

Bagi mereka BN mampu memerintah, akan tetapi menyediakan kekoyakan untuk ditampal oleh sayap parti politik pemerintah.

Kalau parti politik bukan UMNO menyediakan tusyen, ia adalah langkah untuk menampal kekoyakan pada sistem pendidikan yang dikawal oleh menteri UMNO.

Kalau UMNO menyediakan tusyen, ia menunjukkan cacat cela pada sism pendidikan yang dikawal oleh Menteri Pelajaran UMNO.

Dalam erti kata lain, Puteri UMNO Masjid Tanah mengesahkan Sistem Pendidikan dibawah Hishammudin ada cacat celanya.

Itu yang dipanggil oleh mereka "Mampu memerintah".

Khamis, 22 Mei 2008

Politik Hapus DEB yang Tidak Menguntungkan PAS

Politik menghapuskan DEB oleh PKR sebenarnya secara tidak langsung merugikan PAS. DEB yang sememangnya patut diganti, hahikatnya sudah jadi pegangan kepada ramai orang melayu. Apabila disebut hapuskan DEB, maka kecut perut orang kampung, terus pangkah UMNO. Walaupun hakikatnya DEB itu telah tamat dan digantikan dengan DPN.

Walaupun negara telah 50 tahun merdeka, dikuasai oleh parti politik berasaskan kaum, maka politik berasaskan kaun itu masih tebal.

Kononnya nak sama rata, akan tetapi kerusi majoriti melayu diberikan kepada PAS. Maka hasilnya PAS yang dapat paling sedikit kerusi dalam pakatan Rakyat. Mungkin sebab fobia akan penghapusan DEB oleh pengundi melayu kampung.

Nak buat macam mana, calon PAS kampung pun tak faham sangat Agenda Ekonomi Baru (AEB).

Ini yang pelik, Dasar ekonomi tidak mengikut kaum, tetapi pembahagian kerusi mengikut kaum.

PAS ada agenda khas untuk menarik sokongan bukan melayu dengan mengadakan kelab penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam. Akan tetapi tiada program khas untuk "Melayu". "Lajnah Nasib Melayu" atau "Lajnah Warisan Melayu"?

Jadi Ezam nampak realiti yang orang Melayu takutkan kehilangan DEB, walaupun hakikatnya DEB hanya menguntungkan UMNO.

Apabila DEB menguntungkan UMNO maka Ezam masuk UMNO?

Sebab musabab Ezam masuk UMNO tidak diketahui, yang jelas dia tak suka politik Anwar hapuskan DEB, mungkin baginya belum tiba masanya. ATAU itu hanya sekadar alasan.

Atau mungkin Ezam masuk UMNO kerana kematangan politiknya, dia sering memperkatakan tentang "kematangan politik".

Macam beli saham, lebih untung ketika beli pada harga rendah.

Pakatan Rakyat sepatutnya mempunyai sedikit agenda melayu, kerana realiti pengundi sebegitu.

Tidak perlulah menawarkan sesuatu yang melampaui batas sehingga menidakkan hak kaum bukan melayu.

Akan tetapi cukuplah dengan jaminan bahawa mempertahankan tanah rizab melayu, mempertahankan bahasa melayu, mempertahankan warisan melayu.
cukuplah.

Rabu, 21 Mei 2008

Idea Dr Mahathir Bernas, Tapi Fikir Tak Habis

Telah dinyatakan oleh saya, bahawa tindakan Dr. Mahathir menyuruh orang keluar UMNO adalah untuk menafikan majoriti mudah Kerajaan BN sedia ada. Ianya seolah-olah satu langkah mudah untuk menafikan majoriti mudah BN tanpa membentuk kerajaan. Kalau kerajaan tidak dibentuk maka pilihanraya lagi.

Saya sendiri fikir tidak habis kerana tidak menjangkakan Dr. Mahahir akan menyuruh Ahli Parlimen yang keluar itu berunding dengan Ahli Parlimen yang masih UMNO untuk membentuk kerajaan semula tanpa Pak Lah.

7. Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen.

8. Jika BN ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan.



Akan tetapi hakikatnya, ahli Parlimen UMNO sedia ada terlalu takut untuk melakukannya. Dr. Mahathir tidak memikirkan sekiranya rundingan gagal, dan diadakan pilihanraya semula. Ahli Parlimen UMNO yang keluar itu secara automatik tidak akan dicalonkan lagi untuk mewakili BN. Maka tamatlah riwayat ahli Parlimen UMNO itu.

Idea bernas tapi fikir tak habis.

Isnin, 19 Mei 2008

Dr. Mahathir dijangkakan tidak dapat membuatkan Ahli Parlimen UMNO Keluar UMNO

Tahukah anda, Dr Mahathir akan gembira apabila tindakannya menjadi kejutan banyak pihak, dan banyak pihak memperkatakan tentangnya.

Ya, itulah perkara yang dia suka.

Adakalanya Dr. Mahathir suka membuat perkara diluar jangkaan kerana dia mengganggap ideanya baik.

Itulah pemikirannya.

Ketika dia membunuh Istilah Matematik dan Sains Bahasa Melayu suatu ketika dahulu, walaupun ramai yang tentang, dia tetap terus dengan tindakannya yang dianggap "pelik tetapi bernas" baginya.

Berapa ramai agaknya Ahli Parlimen UMNO yang nak keluar UMNO?
Parti yang penuh dengan perebutan kuasa itu, pasti dipenuhi harapan "agaknya bila dia nak keluar UMNO supaya aku boleh naik".

Ahli yang berani keluar UMNO ialah ahli yang sudah bersara.
Anaknya sendiri pun sedang memikirkan samada tindakan itu harus dicontohi atau tidak.

Di kelantan Nik Aziz bergembira bukan kerana ahli UMNO lain hendak meletak jawatan, tetapi bergembira kerana Dr. Mahathir telah memberi isyarat supaya jangan masuk UMNO.

Saya yang asalnya risau kalau ada pilihanraya baru, akhirnya hilang kerisauan apabila memikirkan bahawa Ahli Parlimen UMNO tidak berani melepaskan jawatan. Melainkan segerombolan Ahli Parlimen UMNO keluar bersama-sama pada jumlah yang melebihi Bilangan Ahli Parlimen PKR.

Dipendekkan cerita, Langkah Mahathir pasti tidak akan diikuti oleh Ahli Parlimen UMNO, kerana semua takut nak mulakan dulu.

Bayangkan kalau benar lebih daripada 32 orang Ahli Parlimen UMNO keluar UMNO untuk menafikan majoriti mudah BN? Sekiranya Kerajaan tidak dibentuk dengan Pakatan Rakyat maka akan diadakan pilihanraya semula.

Di atas tiket apakah Ahli Parlimen UMNO yang telah keluar itu akan bertanding?
Ahli UMNO sedia ada tidak akan beri peluang kepada yang telah keluar kerana ramai yang menunggu.

Majoriti Mudah BN akan Dinafikan?

Entah mengapa saya dapat merasakan bahawa Majoriti Mudah Kerajaan BN akan dinafikan dengan proses pengeluarkan Ahli Parlimen dari BN. Ianya mungkin berlaku tanpa Ahli Parlimen itu memasuki pakatan Rakyat.

Apa akan terjadi kalau majoriti mudah BN dinafikan oleh ahli parlimennya sendiri? Kerajaan tidak boleh lagi dibentuk dan kemungkinan pilihanraya parlimen lagi sekali.

Sekiranya inin berlaku, di harap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN.

Isnin, 12 Mei 2008

Mahathir sahkan UMNO Memberi Kerakyatan Secara Murahan Untuk Menarik Sokongan

Daripada Khairul Faizi, yang diambil dari Malaysiakini,Tun Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa UMNO telah memberikan kerakyatan secara murahan untuk menagih sokongan:

"Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan,"

Lihatlah bagaimana UMNO, yang kononnya memperjuangkan "Melayu", memberi kerakyatan murahan untuk meraih sokongan. Hak siapa yang diambil?

Hak yang diambil ialah Hak Orang Melayu yang asal, Hak Kaum Cina yang telah lama menetap di Malaya, hak orang-orang yang menetap lama di Malaya.

Tidak dinafikan, hak Tan Cheng Lock, yang sudah beberapa generasi duduk di Melaka.

Datuk Onn, dulu susah banyak kali mempersoalkan tindak tanduk Tunku "menjual Kerakyatan secara murahan" kepada orang asing.

Walaubagaimanapun, untuk situasi semasa, "orang asing" itu, tidak lagi asing, kerana kerakyatan telah diberikan. Terlajak perahu tidak boleh diundur.

Keturunan "1 juta orang asing" itu perlu dilayan seperti rakyat Malaysia juga.

Namun, walaupun sebelum merdeka, orang Melayu yang berkiblatkan UMNO masih tetap menyokong UMNO, untuk menumbangkan geng Datuk Onn.

"Kontrak Sosial" itu hanyalah antara komponen perikatan. tidak melibatkan parti yang bukan dalam Perikatan.

Adakah orang IMP, seperti Datuk Onn diajak berbincang sebelum kerakyatan murahan diberikan untuk memperkukuhkan perikatan?

Adakah Burhanuddin Helmi diajak berbincang?

2 Tokoh Agung Melayu itu tidak diajak berbincang, kalau tidak sudah pasti 2 tokoh agung ini tidak akan bersetuju.

Mudah sahaja UMNO menggadaikan ke"majoriti"an bangsanya, hanya kerana mahukan Perikatan itu kuat.

Lebih 50 tahun berlalu, generasi ke 2 dan ke 3 daripada 1 juta "orang asing", terpaksalah dilayan sebaiknya seperti warganegara.

Jeff Ooi pernah mempersoalkan bagaimana generasi ke 2 yang datang dari Indonesia seperti Dr Khir Toyo mendapat taraf bumiputra.

Akan tetapi, juga berlaku bagaimana generasi pertama Cina datang ke Malaysia mendapat kerakyatan.

Malaysia is known for its multi-cultural heritage and with more immigrants, our identity is further enriched. Just like my grandfather who came here from China about 60 over years ago when he was barely 18 to build a better life, these ‘new’ foreigners are here to live a fuller life.

Eh,
Saya mengenali seseorang, Ahmad (bukan nama sebenar) yang merupakan generasi ke 2 datang ke Malaysia, selepas Merdeka. Akan tetapi sehingga kini dia masih berstatus "Penduduk Tetap", tidak boleh mengundi walaupun telah bersekolah di Malaysia, mempunyai akaun KWSP, Perkeso.

Terdapat 3 senario berbeza:-

Atuk Jed Yoong yang mendapat kerakyatan
Bapa Khir Toyo yang mendapat kerakyatan dan status bumiputra
Ahmad (bukan nama sebenar), masih belum dapat kerakyatan walaupun sudah generasi kedua di Malaysia, anaknya dikira generasi ke 3.

Ahad, 4 Mei 2008

Melihat Konvensyen Melayu Dari Sudut Islam dan Bahasa Melayu

Setelah kecundangnya UMNO di beberapa negeri, wujud kerisauan di kalangan orang melayu tentang masa depan melayu.

Kalau tidak salah saya, cukup banyak perhimpunan yang membincangkan soal melayu. Seperti biasa bila bercakap tentang Melayu, ia biasanya dikaitkan dengan "Perpaduan Melayu" dan kemudiannya menjadi agenda UMNO.

Saya tidak pasti sangat apa yang berlaku di Konvensyen "Melayu" di Johor Bahru. Akan tetapi sudah nampak bibit-bibit perubahan pemikiran bahawa Melayu sudah tidak boleh lagi bergantung kepada UMNO.

Pemikiran begitu juga sudah meresap di kalangan orang UMNO sendiri.

Kasihan pula UMNO, mungkin mereka yang menganjurkan konvensyen sedemikian, akan tetapi ianya menikam balik mereka.

Bagi orang PAS, kebiasaannya, mereka akan lebih suka menyebut "ketuanan Islam" berbanding "ketuanan melayu". Bagi orang PAS, mereka lebih suka berbincang tentang Islam dengan UMNO berbanding isu "Melayu".

Apa yang hendak dikonvensyenkan sangat, sedangkan penyelesaiannya mudah.

Kalau benar Orang yang berkonvensyen itu ingin menyelamatkan Melayu, dengar sini baik-baik.

Melayu sebenarnya tidak perlu bersatu untuk terus kekal. Melayu sebenarnya akan rosak apabila bersatu (bersatu dalam konteks duduk dalam satu organisasi). Sifat taat pada pemimpin yang ada pada kebanyakkan orang melayu akan digunakan oleh pemimpin yang rakus.

Selama ini pun, zaman kesultanan Melayu, terdapat banyak kesultanan melayu yang berasingan. Tanah Melayu tidak mempunyai Yang dipertuan Agung yang menjadi ketua kepada semua Sultan. "

Namun, Agama Islam terus kekal sehingga hari ini di Tanah Melayu yang telah ditukarnama menjadi Semenanjung Malaysia.

Bahasa Melayu juga kekal dengan nama "Bahasa Melayu" sehinggalah ditukar kepada "Bahasa Malaysia" , kadang-kalanya di sebut "Bahasa Kebangsaan".

Walaupun ia telah dikembalikan kepada nama asal oleh Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Menteri Pendidikan, namun nama "Bahasa Melayu" turut dipenjarakan bersama-sama Anwar Ibrahim.

Dipendekkan cerita, sejak 1400 , Melayu itu wujud kerana 2 sebab, Islam dan Bahasa Melayu.

Sekiranya benar orang yang sibuk berkonvensyen itu ingin menyelamatkan melayu, maka 2 perkara penting perlu dilakukan.

1. Tidak Berkompromi soal Islam
2. Tidak Berkompromi soal Bahasa Melayu.


Perlu saya jelaskan 2 perkara itu?

Mari kita imbas sejarah bagaimana tamadun Islam itu wujud sehingga menguasai semua bidang Ilmu. Ketika Zaman Khalifah (lupa pula), Para cendekiawan bertungkus lumus menterjemah 1001 buku daripada bahasa yunani (greek) ke bahasa Arab. Daripada situ ilmu berkembang dalam bahasa arab.

Bayangkan kalau khalifah ketika itu mewajibkan semua sekolah mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa greek, adalah zaman kegemilangan itu akan wujud?

Bayangkan kalau Bahasa Arab dilacurkan dan dibunuh istilahnya oleh pemimpin seperti Bahasa Melayu, adakah Islam akan berkembang?

Bahasa Melayu mempunyai 1 sifat yang sama dengan Bahasa Arab iaitu, ianya adalah bahasa ibunda kepada majoriti umat Islam.

Bahasa Arab adalah bahasa ibunda orang Islam di Negara-negara Arab.
Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda majoriti orang Islam di Malaysia.

Kalau nak Bahasa Melayu berkembang, Mengapa kau membunuh Istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu?

Kalau nak Bahasa Melayu berkembang, Mengapa kau halang bukan melayu belajar di IPTA dalam Bahasa Melayu?


Apa yang perlu dikonvensyenkan sangat, kalau jawapannya sudah ada di sini.


Parti yang memperjuangkan Islam ialah PAS.
Parti yang kuat memperjuangkan Bahasa Melayu adalah PKR.
UMNO tidak perjuangkan Islam dan Bahasa Melayu.

Nang it

Rock Your Vote

Khamis, 1 Mei 2008

Cerita-Cerita Indah di Media Melayu

Puas saya memikirkan adakah benar rakan sepejuanganku memperjuangkan kebebasan media?

Adakah disebabkan media perdana yang tak betul, menyebabkan semuanya ditolak, dan semuanya dari tranungkite dan harakah dianggap benar?

Terdapat golongan Melayu yang tidak membenarkan seseorang itu membaca Harakah kerana takut terpengaruh. Ada juga orang melayu yang kata jangan baca media perdana kerana ia bohong.

Di kalangan orang PAS, Harakah, Tranungkite, Siasah begitu popular.
Di kalangan orang UMNO, takut benar mereka dengan harakah.

Selain daripada membaca cerita-cerita indah tentang parti sendiri, orang melayu juga suka membaca cerita-cerita buruk dengan pihak lawan.

Di Media Terbuka seperti Malaysiakini, pembaca melayu agak kurang, ini mungkin kerana orang melayu hanya suka baca cerita-cerita indah parti mereka dan cerita buruk parti lawan.

Akan tetapi berita Bahasa Melayu Malaysiakini yang berbentuk cerita-cerita indah parti sendiri dan berita buruk parti lawan begitu popular untuk disalintepekkan di blog-blog yang menyokong parti sendiri.

Adakah mereka mahu orang orang parti sendiri supaya hanya membaca cerita-cerita indah parti sendiri?

Sabtu, 26 April 2008

UMNO Cawangan Pulai Darat Membeli Belah di Kelantan

UMNO Cawangan Pulai Darat akan mengadakan rombongan ke Kelantan pada 9 mei ini.

AJK ADA BUAT ROMBONGAN KE KELANTAN PADA AHLI DAN PEKERJA MASA PILIHANRAYA.BAYARAN YANG DIKENAKAN ADALAH RM30 JE. KITA AKAN PERGI PADA 9/5/08.APA YANG SAYA HARAPKAN PERJALANAN ROMBONGAN SELAMAT PERGI DAN BALIK.

Langkah itu mungkin bertujuan sebagai protes senyap, kegagalan Negeri Melaka untuk menjadi destinasi membelibelah kerana tidak meletakkan Cold Storage di Pulai.

Langkah ini menunjukkan Negeri Kelantan telah berjaya menjadi destinasi membeli belah bukan sekadar "berpontensi".

Isnin, 21 April 2008

Pengharaman UMNO 1988, Kusangka Semua Tahu

Oleh kerana apabila berlakunya krisis UMNO pada tahun 1987/1988, ketika itu saya masih bersekolah. Ketika UMNO diharamkan, saya tidak mengambil tahu sangat, bermati-matian saya anggap Team B yang merosakkan UMNO.

Oleh kerana ketika bersekolah, tidak pula kuambil tahu sangat cerita politik, maka ianya tidak diendahkan oleh saya.

Lama selepas itu, barulah saya ada rakan berborak tentang politik, itupun ketika 1998. Maka saya pun mendapat cerita tentang UMNO itu diharamkan di atas permintaan Peguam TDM. Saya ingatkan cerita itu ramai yang sudah tahu.


Ceritanya lebih kurang begini:

Ketika Ku Li tewas pemilihan UMNO 1987, dengan perbezaan beberapa undi sahaja, maka Team B mengambil tindakan mahkamah untuk mengadakan pemilihan semula. Akan tetapi, apabila hujah Team B ialah disebabkan adanya cawanangan tidak berdaftar , ahli tak berdaftar dan ahli tak membayar yuran.

Memang berdasarkan undang-undang, sekiranya ada cawangan tidak berdaftar, maka ianya haram.

Maka terkejut beruklah peguan Team B apabila geng Team Mahathir mahu UMNO diharamkan.

Amat tidak logik kalau Team B yang nak haramkan UMNO pada masa mereka boleh menang.

Team Mahathir memang pandai, jika ia diharamkan, dia boleh untuk tidak terima Ku Li dan sekutunya sebagai ahli UMNO Baru.

Selasa, 8 April 2008

Dimana Optimus Prime Ketika ini?

Saudari Erisar atau Ezza mengganggap pertarungan dalaman UMNO lebih sengit daripada Transformers, cuma ia antara Decepticon menentang Decepticon. Ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pimpinan Megatron.


Sediakan pop corn dan air pepsi anda. Kita bakal menyaksikan wayang yang lebih menarik dan hebat dari Transformers. Cuma yang ini version Decepticons melawan Deceptions. Tiada Optimus Prime dalam episod ini.


Persoalan sekarang ialah di mana Optimus Prime dan Rachet?





Mereka sedang menonton pertarungan dalaman Decepticon.

Ahad, 6 April 2008

Paraoidnya Ali Rustam Terhadap blog

Suatu ketika dahulu, blogger dianggap sebagai binatang. Saya tidak pasti samada "Beruk" atau "Monyet".

Akan tetapi, setelah berjayanya Zahid Hamidi meyakinkan orang UMNO tetang punca utama kekalahan BN adalah kerana blog.

Maka berpusu-pusulah orang UMNO mendaftar dengan blogger.com untuk membuat blog, kebanyakkannya mendaftarkan dirinya selepas pilihanraya.

Ali Rustam juga pantas mengeluarkan kenyataannya untuk memantau 240 blog pembangkang. Selepas itu, dia juga menyeru semua ADUN untuk membina blog sendiri.

Di Hadapan Menteri Kerjaya, dengan penuh bergaya Ali Rustam telah mengatakan dia telah lama berblog (Berita Harian 4 April) .


"Saya berpendapat tiba masanya bagi setiap pemimpin BN, tidak kira peringkat tertinggi hingga cawangan mewujudkan blog masing-masing. Saya sendiri sudah lama memiliki blog kerana cara ini dapat menyalurkan maklumat tepat, pantas dan boleh mengelak tumpuan hanya kepada blog anti kerajaan,'' katanya selepas menghadiri majlis taklimat ringkas pembangunan jalan raya negeri bersama Menteri Kerjaya, Datuk Mohd Zin Mohamed di Hotel Holiday Inn, di sini, petang semalam.

Menurut tarikh catatan blognya yang pertama, ianya dicatat pada 6:03 PM, pada 1 April 2008. Iaitu 1 hari selepas saya menghantar surat permohonan supaya blog ini dipantau. Lihat gambar:



Keyataan "Sudah lama memiliki blog" itu sebenarnya diungkap hanya selepas 3 hari membuat blog, dan ianya sudah dikira "Lama".

Sabtu, 29 Mac 2008

UMNO CERTIFIED, Beras , Yahoo Pipe

Suatu ketika dahulu, saya pernah menggunakan logo ini


Ketika itu, di Media Utama, telah menyiarkan berita akan beberapa laman web Reformasi yang berbahaya. Sejurus selepas itu logo itu dibuat. Bergembiralah webmaster laman-laman reformasi untuk menggunakan logo itu. Ketika itu belum ada lagi istilah "blogger". Laman web berkonsepkan blog yang saya baca hanyalah "Alan Cox Diary" dan "Telsa's more accurate diary". Tak sangka pula konsep sebegitu begitu popular sekarang, sehingga diberi nama sebagai "blog".


Kini, Ali Rustam mengumumkan "240 laman blog pembangkang". Maka kita perlukan logo baru bertulis
"Disahkan UMNO
1/240 blog pembangkang"

Ada sesiapa yang boleh tolong rekakan?


Pasti ramai diantara pembaca yang tertanya, dari mana datangnya nama "Beras Padu". "Beras" berasal dari laman http://beras.tripod.com , Ini gambar Arkibnya (mesti klik). Ketika itu zaman RSS amat baru dicipta, jadi untuk menarik (fetch) tajuk berita dari beberapa laman reformasi dan parti politik pembangkang amatlah memeningkan kepala.

[Sila berhenti membaca setakat ini jika anda tidak suka perkara teknikal]


Sebentar tadi saya telah melawat kiriman blog Kak Jie berkenaan, "Top Commentator"

Saya dapati Idea untuk membuat Top Commentator itu begitu genius. Ianya berasal menggunakan 1 Javascript yang mengolah 1 skrip Yahoo Pipe.

Idea untuk membuat Yahoopipe itu sendiri menakjubkan.

Bayangkan ketika dahulu, untuk membuat beras.tripod.com, saya perlu paipkan, beberapa kali laman web harakah atau laman reformasi sehingga akhirnya menjadi sebaris tajukberita.


cat harakah.html | grep -bla bla| sed -bla bla | tail -bla bla| head blabbla > output.html

"|" adalah paip.

Tapi kini ada Yahoo Pipe

Secara teori, semua laman web pembangkang, walaupun yang tidak menyediakan RSS boleh dioutputkan sebagai RSS dan kemudian diberaspadukan.

Semalam, saya telah menjumpai laman web PAS di negeri mana entah yang tak menyediakan RSS, Kecewanya saya kerana tidak dapat menambahkannya ke Beras Padu, akan tetapi kini, dengan adanya Yahoo Pipe, ianya tidak mustahil.

Terima Kasih Mak Merusuh yang menyediakan tutorial Top Commentator.

p/s: Adakah perlu saya masukkan Blog Dr Khir Toyo ke Beras Padu?

Surat Permohonan untuk disenaraikan ke 240 blog yang dipantau

Hasbullah Pit
77300 Merlimau
Melaka

YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka,
Graha UMNO,
Jalan Hang Tuah,
75300 MELAKA

Tel : 06-2841760
Fax : 06-2840414

Datuk Seri Ali Rustam
Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Tingkat 4, Blok 'A' Seri Negeri,
75450 Ayer Keroh, Melaka Bandar Bersejarah.
Tel: 06-2314343, 06-2328707
Faks: 06-2328400


PER: PERMOHONAN UNTUK DIMASUKKAN KEDALAM SENARAI BLOG YANG DIPANTAU DAN PENYENARAIAN 240 BLOG.


Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memasukkan blog pihak kami kedalam senarai blog yang dipantau oleh unit Siber pihak tuan.

Pihak kami juga memohon untuk mendapatkan senarai 240 blog yang bakal dipantau boleh pihak tuan dalam format OPML, Supaya pihak kami boleh menambahkannya ke Laman Agregator Beras Padu yang beralamat http://taman-pitis.blogsite.org, Supaya memudahkan lagi unit siber pihak tuan untuk memantaunya.

Penyenaraian 240 blog itu juga diperlukan, apabila ramai pemblog tempatan yang belum cukup popular seperti izoblog, risau samada blognya tersenarai atau tidak.

Selain dari itu, Pihak kami ingin juga menyemak status laman blog pembangkang di Negeri Melaka berikut tersenarai di dalam 240 blog itu atau tidak.



Walaubagaimanapun, Pihak kami akan menentang sekeras-kerasnya sekiranya berlaku kakitangan awam negeri melaka, digunakan sebagai unit siber bagi pihak UMNO.

Kerjasama pihak tuan amat-amat dihargai.



BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT MELAKA





HASBULLAH PIT

Jumaat, 28 Mac 2008

Blog orang UMNO Melaka

Adakalanya saya simpati terhadap UMNO Melaka, walaupun menang besar ketika PRU 12 sehingga PAS PKR tak dapat kerusi.

Mereka pun terpengaruhi dengan ideologi Zahid Hamidi yang kononnya blog adalah punca kekalahan BN.

Maka mereka pun berblog.
Ada diantara mereka baru mendaftar dengan blogger pada bulan mac.
Mungkin selepas pilihanraya.

Atas dasar simpati, maka saya berikan pautan percuma kepada mereka:-

Suara Hati Rakyat
http://akalem.blogspot.com/

Hati Melayu
http://anakmelayuku.blogspot.com/

Pemuda Malaysia
http://pemudamalaysia.blogspot.com/

dan, dikira paling handal sekali di kalangan mereka ialah...
Lahabau
http://lahabau.blogspot.com/


Blog mereka lebih kurang "sefesyen",
2 diantara wiget youtube, mungkin "lahabau" ajar "Hati Melayu".

Tiada satu pun yang ada statistik, mungkin dia tidak mahu tahu berapa ramai yang masuk, dari mana pengunjung masuk.

Oleh itu, saya harap Blogger orang UMNO melaka, bolehlah mempelajari cara meletakkan statistik di sini.

Kalau blogger UMNO melaka nak mempelajari dari orang PAS, dipersilakan ke JasinDaily, Serkam Velley, atau Ustaz Kamarudin Sidek, atau bertanya terus dengan saya.

Tak perlukan menyalahgunakan duit kerajaan Negeri untuk kursus blog bagi orang UMNO melaka.

Mari kita bersilat di padang yang sama RATA.

Khamis, 27 Mac 2008

Negeri Perak Perlukan "Institut Pemikiran Sukiman Jalil"

Sukiman Jalil adalah dalang dalam cubaan membuatkan Ketua Kampung di Negeri Perak supaya meletak jawatan walaupun Kerajaan Campuran PAS-DAP-PKR Perak tidakpun memaksa Ketua Kampung meletak jawatan walaupun mereka ahli UMNO.

Secara kebiasaannya Ketua Kampung adalah ahli UMNO, samada dia adalah taksub kepada parti atau tidak, itu persoalan kedua.

Sukiman said all Perak Umno division chiefs had also agreed to the committee's move. "All village heads are Umno members and were appointed by the previous administration under Tajol Rosli,” he said. “Now we have Pas, Keadilan and DAP in the new state government and it is definitely not appropriate for the BN-appointed village heads to remain in their positions or to cooperate with them," he said today.


Sukiman sebagai presiden PKKNP berpendapat supaya kesemua ketua kampung perlu meletak jawatan kerana perlantikan Ketua kampung adalah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Dia mungkin sudah tahu bahawa terdapat perbezaan antara "Kerajaan Negeri", "Kerajaan Barisan Nasional", "Kerajaan PAS", Kerajaan Campuran" dan Kerajaan Persekutuan.

Yang peliknya, apa yang dia dapat apabila ketua kampung letak jawatan? Apa yang ketua kampung dapat apabila ketua kampung meletak jawatan. Apa yang penduduk kampung dapat apabila ketua kampung meletak jawatan.
Semua itu hanya Sukiman yang tahu.

Kita perlu tubuhkan Institut pemikiran Sukiman Jalil secepat mungkin.
Sukiman, who was speaking to a gathering of over 50 village heads from the Kinta district, was calling for the resignations to "save the honour of the village heads and Umno".

Maruah apa yang dapat diselamatkan dengan perletakan jawatan ketua kampung?

"It is better for all of us to resign than being instructed to do so by the new state government," he said. “I believe that the new Pas-led state government would want to appoint their own people.”
He said the committee would collect the resignation letters by March 29 and hand them over to Perak Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin on March 30. The resignation would take effect on May 1.


Kenapa dia bersungguh-sungguh mahukan ketua kampung keluarkan surat perletakan jawatan berkuatkuasa 1 mei?

Elaun Ketua Kampung bulan Mei dia boleh bayarkan kepada bekas ketua kampung itu?

"In the meantime, please do not attend any official functions organised by the new state government even if they invite you. Please respect this committee's decision not to cooperate with them," Sukiman told the gathering.

Apa yang Sukiman dapat bila ketua kampung tak hadir Majlis Kerajaan Negeri? Dia boleh sediakan Majlis alternatif yang hampir sama dengan majlis kerajaan Negeri? Hanya Sukiman yang tahu. Untuk mengkajinya kita perlukan "Institut Pemikiran Sukiman Jalil"

Apabila ketua kampung meletak jawatan, tentulah elaun ketua kampung tidak boleh diberikan oleh kerajaan negeri kepada ketua kampung yang meletak jawatan.

He said his committee would meet Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhammad Taib to discuss the issue of allowances.

Sukiman said the committee would ask the federal government to continue paying RM600 in allowances to all the BN-appointed village heads in the state even after their resignation.

Sukiman juga mahukan Kerajaan Persekutuan Elaun ketua kampung, kepada ketua kampung yang meletak jawatan.

RM 600 * 814 12 bulan = 5,860,800

RM 5.8 juta diperuntukkan setahun untuk ketua kampung yang letak jawatan.

Mungkin bagi sukiman, perbelanjaan 5.8 juta itu berbaloi untuk negeri Perak.
Hanya Sukiman yang tahu.

Mungkin bagi Sukiman, RM 5.8 juta itu baik untuk penduduk kampung.
Hanya sukiman yang tahu.

Mungkin bagi Sukiman , Rm 5.8 juta itu baik untuk menghukum pembangkang
Hanya Sukiman yang tahu.

Mungkin bagi Sukiman, RM 5.8 juta itu baik untuk UMNO,
Hanya Sukiman yang tahu.

UMNO Perak tidak mahu lagi menguasai "Ketua Kampung", hanya Sukiman yang tahu.

Sukiman sendiri tidak mahu jadi Presiden PKKNP?
Hanya Sukiman yang tahu.

Negeri Perak memerlukan "Institut Pemikiran Sukiman Jalil" untuk mengkaji apa yang dia fikirkan.


Artikel yang turut menceritakan hal ini:
http://maverickysm.blogspot.com/2008/03/umno-instruct-all-perak-penghulus-to.html

Sabtu, 15 Mac 2008

Orang UMNO tidak pandai berpolitik

Kebanyakkan orang UMNO hanya pandai meraih sokongan orang kampung dengan menakut-nakutkan mereka seolah olah negara akan tergadai jika tidak memilih mereka, kemudian mereka kerap menakut-nakutkan orang kampung tentang akan bila pembangkang pembangkan dipilih, kawasan itu tidak akan mendapat kemajuan, selain dari itu, mereka juga pandai untuk menakutkan orang kampung, sekiranya negeri itu ditawan pembangkang, maka negeri itu akan tidak maju. Mereka sendiri yang akan menyekat kewangan ke negeri itu.

Dipendekkan cerita, mereka memang pandai untuk meraih sokongan orang melayu terutama sekali di kawasan kampung seperti Kampung Tedong dan Sempang.

Akan tetapi politik bukan setakat meraih sokongan, politik sebenarnya menentukan siapa dapat apa, siapa tak dapat apa. Dengan cara politik sebegitu, maka ramai orang kampung tak dimajukan, kerana sudah pasti mereka akan sokong UMNO.

Lihatlah Kampung Tedong dan Sempang, kemajuan apakah yang diberikan kepada 2 kampung itu? setelah mereka memang pasti kawasan itu kawasan UMNO, UMNO kampung yang tak pandai main tarik tali, maka kampung itu akan mundur dan terus mundur, yang miskin akan dibiarkan miskin supaya mereka tak pangkah lain kerana "takut tak dapat bantuan".

Ahli politik Kampung UMNO, memang pandai mengugut pembangkang, terutama sekali dengan golongan muda, Saudara Kadir (kawan saya) telah dilabel sebagai "Pengkianat Bangsa".

Oleh kerana Kampung sempang adalah perkampungan nelayan, dapat subsidi nelayan, maka diherdiknya penyokong PAS dikalangan nelayan sebagai "tidak kenang budi dan menentang kerajaan". Nasib baik nelayan pun pandai, dan menjawap "Saya bukan nak lawan kerajaan, saya sokong PAS untuk membentuk kerajaan".

Kembali kepada isu UMNO tak pandai berpolitik. Suatu ketika, UMNO pernah menguasi kerusi DUN di pulau pinang, akan tetapi, dengan politik murahan UMNO, mereka tetap meneruskan untuk memberikan kerusi MB kepada Gerakan. Apa salahnya buatkan "penggiliran ketua Menteri" seperti di Sabah suatu ketika dahulu untuk menenangkan hati ahli UMNO pulau pinang itu sendiri, sekurang-kurangnya selama beberapa tahun.

Orang UMNO, terutama ahli politik atasannya memang tidak pandai berpolitik, dengan mudah mereka menguniversitikan UTAR demi meraih sokongan pengundi Cina pada tahun 1999. Kemudian kerana takutkan kehilangan sokongan kaum India, PakLah berikan sahaja 1 hari cuti untuk Thaipusam bagi wilayah persekutuan.

Walaupun sebenarnya 2 perkara itu, sememangnya telah lama patut diberikan, akan tetapi apabila ia dilakukan untuk pilihanraya, maka jelaslah ia sebagai langkah politik yang desperado.

Saya memang tidak nafikan golongan cina perlukan pendidikan di negara sendiri, tetapi bukanlah dengan cara menyediakan universiti khas untuk mereka, dan selepas itu kaum-kaum diasingkan.

Apalah salahnya, UTAR tidak dijadikan universiti, akan tetapi lebih peluang diberikan kepada golongan cina di universiti tempatan, agar graduan melayu dapat bersaing, dan orang cina dapat belajar dalam Bahasa Melayu. Kalau nak diharapkan orang melayu UMNO untuk mengembangkan bahasa melayu, jauh panggang dari api. Maka perlunya ada pelajar cina untuk menggunakan istilah pembelajaran dalam Bahasa melayu agar bahasa itu berkembang.
Pada masa yang sama, graduan melayu akan mendapat kawan cina yang suatu masa nanti akan boleh jadi "rakan dagangan"nya.

Pemimpin UMNO tidak dapat melihat perkara ini, yang mereka tahu, kononnya perlu ada DEB, sekat pembelajaran orang cina, supaya orang melayu saja yang pandai dan akhirnya mengganggur.

Dipendekkan cerita, orang UMNO hanya pandai meraih sokongan, akan tetapi tidak pandai berpolitik dengan parti komponen BNnya agak orang melayu dapat lebih. Hanya DEB yang diperjuangkannya agar mereka mendapat kontrak, namun tidak sedar akan dengan "alasan DEB" itulah yang menyebabkan orang cina mendapat lebih.

Isnin, 3 Mac 2008

Ruanglingkup pemikiran pengundi Kampung

Memang orang kampung zaman sekarang lebih moden dari zaman dahulu, akan tetapi, peningkatannya adalah begitu sedikit.

Suatu ketika dahulu saya cuba mengDVDkan orang kampung, cuba berkempen pilihanraya dengan medium DVD. Sambutannya begitu negatif, ramai orang tak boleh buka DVD. Berbanding kaum Cina terus sahaja membuat Video Chua Soi Lek dalam format DVD, tanpa perlu merisaukan samada format itu boleh dibuka atau tidak.

Itu persoalan Format, mana saya terpaksalah melupakan hasrat untuk berkempen pilihanraya dalam format DVD, tetapi terpaksa menggunakan VCD, nak guna SVCD pun rasa tak yakin. Format VCD adalah format yang paling mudah dibaca oleh banyak pemain.

Bila kita lihat sejarah, VCD dan DVD dicipta dalam selang beberapa tahun sahaja, akan tetapi di Masyarakat kampung, ianya seolah-olah langit dan bumi.

Maka sayapun turun padang berbekalkan VCD, akan tetapi itupun tak semua rumah boleh mainkan VCD. Maksudnya, dirumah itu, tiada pemain VCD ataupun komputer.

Mana terbuktilah sasaran Bill Gates untuk satu rumah 1 komputer sebagai GAGAL.

Maka, selalunya, saya terpaksa menjenguk sedikit untuk memastikan samada rumah tersebut mempunyai pemain VCD atau tidak. Agak sukar.

Maka dapat 1 taktik baru, Tengok bumbung, kalau ada penerima Astro, kemungkinan besar ada pemain VCD.

Berdasarkan kawasan DUN Seri Setia yang ditandingi Nik Nazmi, berdasarkan videonya (8:06), banyak betul rumah yang mempunyai Astro.

Begitu juga soal isu, Tatkala golongan pembangkang cukup banyak isu, masih lagi ramai yang berpendapat ianya bukan isu.

Sebagai contoh, Isu kenaikan harga barang, di kawasan kampung, mereka diajar supaya menganggap ianya sebagai perkara biasa, "Dulu 10 sen boleh beli banyak barang, sekarang ni memanglah tidak boleh, zaman berubah", kalau begitulah alasannya, apa guna kalau diterangkan konsep matawang, penawaran/permintaan. Mereka bukannya tahu yang zaman dulu beribu tahun manusia hidup tanpa inflasi akibat penggunaan Emas sebagai matawang.

Adakalanya terpaksa saya gunakan contoh lain yang boleh menggambarkan betapa rendahnya kuasabeli orang kampung.

"Zaman dulu, orang biasa boleh beli Toyota "KE", Zaman sekarang, berapa kerat sahaja orang kampung yang mampu beli VIOS"

Konsep politik pemerintahan juga ramai yang tak faham, ada juga yang berfikir, "kalau PAS memerintah, PAS tiada duit, Siapa nak bayar pencen". Memang lucu tapi itulah hakikat.

Golongan muda-mudi kampung pun tidaklah sebijak mana. Tiada yang mahu berhujah menegakkan "penjelasan kenaikan harga barang" dan "penjelasan Islam Hadhari".

Kebiasaannya, kubu kuat UMNO ialah dimana letaknya ramai orang Miskin, begitu takut mereka bila tak dapat bantuan akibat sokong pembangkang. Berangan Enam, Serkam Darat, Tedong Darat, Sempang Darat semuanya kubu kuat UMNO yang memperkudakan orang miskin.

Bila tengok dalam sistem, Kampung Jus di DUN asahan, mempunyai lebih 50 peratus yang dilabel "D".

Jadi dipendekkan cerita, satu-satunya cara untuk pembangkang boleh menang dikawasan kubu kuat UMNO yang memperalatkankan kemiskinan ialah menyekolahkan mereka.

Google+ Hasbullah Pit