test

Ahad, 26 Oktober 2014

Menyokong Kawalan Harga ikut Kepentingan

Dalam dunia yang dipenuhi oleh agak ramai penyokong kawalan harga. Adakah mereka benar2 sokong kawalan harga atau mereka sokong ikut kepentingan?

Bila dia hanya beli sesuatu barang A, maka kalau boleh dia nak kerajaan kawal barang yang dia selalu beli itu supaya tak naik-naik.

Nasib penanam sayur siapa peduli?

Tetapi apabila dalam posisi menjual barang B, maka dia nak kerajaan kawal supaya harga tidak jatuh.

Dalam situasi peruncitan pula, ada peniaga yang membentuk persatuan sebab nak kawal harga, mereka pakat ramai-ramai membentuk kartel supaya pembeli nampak harga seragam yang tinggi, tetapi apabila seragam maka sudah tak nampak mereka jual mahal.



Akan tetapi semasa beli daripada pembekal, mereka tidak pula nak berpakat supaya sama harga, nak murah semurah mungkin.

Dalam situasi ibubapa dan pengusaha bas sekolah. Ibu bapa minta tambang dikawal supaya murah, pengusaha pula mengeluh minta harga yang dikawal itu naik sedikit. Pengawal harga pening kepala dan nak lepaskan kawalan.



Kawalan harga oleh manusia memang tak sempurna, pasti ada pihak yang teraniaya.

Jadi fikir-fikirkanlah kalau anda jenis penyokong kawalan harga yang berkepentingan.
Ada pihak yang teraniaya...


Jumaat, 24 Oktober 2014

Budaya menunjuk "Bosan ahh" di Media Sosial

Zaman saya mudah dulu tiada media sosial, yang ada hanya laman web, forum, IRC , bbs.

Tidak ada tempat khas untuk tulis status.

Kalau tulis di IRC, mesti ada orang balas.
Takkan nak tulis "Bosan ahh", sebab nanti akan berborak juga.

Tapi budak muda zaman sekarang cukup suka tulis "bosan ahh" di status-status media sosial.

Di Moment wechat pun ada nampak orang tulis macam itu... "bosan ahh".

Zaman moden sebegini ada 1001 jenis maklumat, boleh dibaca, dia boleh bosan.
Hairan juga.

Zaman saya muda dulu, jarang pula rasa bosan, di RinduNET sentiasa ada orang.
Walaupun tak ramai tapi dengan orang yang sama boleh bincang.

Kemudian zaman bincang.net pun tak rasa bosan, ada sahaja benda nak di baca.

Dengan limpahan maklumat zaman 2014 ini, mustahil untuk bosan di Internet.

Sekarang sepatutnya ada masalah tak cukup masa nak baca. Sampai kena urus apa nak dibaca.
Perkara-perkara "read later" boleh dibaca kalau ada masa agak lapang.

Tetapi untuk rasa bosan sampai tak tau nak buat apa, adalah 1 perkara mustahil bagi saya.

Belum masuk lagi buku-buku yang dibeli tetapi belum baca, kandungan wikipedia yang saban hari makin banyak.

Kepada adik-adik, tak payahlah tunjukkan kebosanandi Internet, ianya hanya sekadar menunjukkan kelemahan diri.

Ada pula saya pernah nampak dulu, dia tulis "bosan ahhh, ada kerja kosong tak?"

Agaknya majikan nak ambil dia bekerja tak?

Sebenarnya, kita tak boleh rasa bosan, sebab waktu perlu diisi, walaupun ketika tunggu bas, tak tau buat apa, anda boleh berzikir.

Sebuah kereta lalu, subhanallah.
Sebuah motorsikal lalu, subhanallah.

Bayangkan berapa banyak markah dapat.







Khamis, 23 Oktober 2014

Profil Google+ atau Profil Blogger?

Hari ini ada kepelikan berlaku, entah macam mana pofil untuk update emas, sudah jadi kepada profil blogger. Tapi masih ada opsyen untuk kembali ke Google+ .

Yang itu memang memerlukan profil sebagai google+ sebab nak orang turut follow di Google+.

Tapi untuk profil peribadi, kalau profil blogger rasanya lebih sesuai kalau kita selalu komen blog orang.
Kalau kita guna profil Google+ , orang tak jumpa blog kita. boleh jumpa tapi kena cari di ruangan "About".

Yang profil emas tu memang jarang untuk guna untuk komen blog orang, so biarlah dia Google+.

Pening juga nak putuskan mana satu OK,
Kalau di Profile Google+ saya ada terpampang pautan besar2 ke blog, mudahlah sedikit.

Cuma, kalau guna profil blogger, kena share secara manual setiap kali pos blog.




Isnin, 20 Oktober 2014

PAS Keluar Pakatan Rakyat, Mod PSM.

Melihat akan senario politik sekarang, secara peribadi, saya merasakan ada baiknya PAS keluar Pakatan Rakyat.

Banyak sangat cerita kononnya nak keluar, kemudian ada ungkapan "Perkukuhkan Pakatan Rakyat".
Pusing-pusing macam itu sahaja.

Saya bukan benci DAP atau PKR, Tetapi merasakan perlu untuk PAS keluar buat masa sekarang.

Alasan untuk kekal biasanya guna "ruang dakwah yang luas".

Bila wujud Pakatan Rakyat, maka yang paling suka ialah peminat sistem 2 parti.

Masalah yang timbul daripada Sistem 2 parti adalah seolah-olah memisahkan semua benda kepada 2.

Jadi itu tidak elok. Seolah-olah negara terpisah pada 2, walhal tidak.

Jadi PAS perlu keluar Pakatan Rakyat secara elok, supaya ruang dakwah masih ada.

Masih berkawan tetapi tidak dalam Pakatan Rakyat.

Sebagaimana sebelum 2008, kerajaan masih boleh dibentuk tanpa membentuk Pakatan Rakyat.

Bagaimana itu?

PSM pun tidak berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih berkawan dengan PAS DAP PKR.
Tak ada masalah.

Tak ada pula dengar cerita dalam PSM nak keluar Pakatan atau nak masuk Pakatan.

Jadi kalau PAS berada dalam mod PSM sekarang ini,

Jadi apabila PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, maka banyak benda boleh dibangunkan.
PAS perlu belajar bergaul dengan bukan Melayu tanpa 'sub' pada DAP/PKR.

Manakala DAP pun sama kena belajar rapat dengan orang Melayu tanpa PAS.

Manakala PKR, yang dari awal penubuhannya berkawan dengan PAS, kena belajar bersendiri di kawasan luar Bandar.




Khamis, 16 Oktober 2014

Emel/Whatsapp : Remember, you’re a router - EricSchmidt

Saya terbaca artikel yang dipetik daripada buku HowGoogleWorks. , tentang bagaimana nak mengurus emel  oleh EricSchmidt.

Nampak macam lebih kurang berkait sedikit dengan
OK Google, sambung menaip..


Perkana no 3

When you open a new message, you have a few options: Read enough of it to realize that you don’t need to read it, read it and act right away, read it and act later, or read it later (worth reading but not urgent and too long to read at the moment). Choose among these options right away, with a strong bias toward the first two. Remember the old OHIO acronym: Only Hold It Once. If you read the note and know what needs doing, do it right away. Otherwise you are dooming yourself to rereading it, which is 100 percent wasted time.

If you do this well, then your inbox becomes a to‑do list of only the complex issues, things that require deeper thought (label these emails “take action,” or in Gmail mark them as starred), with a few “to read” items that you can take care of later.

Emel memang biasanya digunakan untuk ornag bekerja, jadi perlu ada pengurusan emel. Walaupun tak bekerja secara rasmi menggunakan emel, ada juga kerja bukan komersil.

Biasanya kita tak bersihkan inbox kita isih ikut mana yang patut.
Kita biarkan sahaja inbox penuh.

Jadi kita boleh asingkan perkara "panjang, tetapi menarik untuk dibaca, di satu tempat. Malam nanti duduk duduk boleh baca. Mana yang melibatkan pekerjaan, kena baca segera, balas segera.

Tetapi perkara sebegitu tak boleh digunakan di Whatsapp terutama Group.
Kita tak boleh nak asingkan ikut "nak baca kemudian", Sudah bercampur aduk dengan maklumat merepek.

Adakalanya posting whatsapp itu informatif tapi bukan nak kena baca segera sebab waktu bekerja.
Memang whatsapp untuk bekerja tak sesuai, melainkan semua ahli group memang tulis pendek-pendek dan benda penting.

Butang "Read Later" pun tak ada dalam Whatsapp.

Satu perkara menarik lagi ialah saranan.

5. Remember, you’re a router. When you get a note with useful information, consider who else would find it useful. At the end of the day, make a mental pass through the mail you received and ask yourself, “What should I have forwarded but didn’t?”

Memang kena batang hidung kaki forward,
Tak kiralah forawrd whatsapp, emel, sms, atau media sosial.

Biasanya orang suka forward bila ada kaundungan 'touching', rasa macam nak kena forward juga, bila hati tersentuh. Hati tersentuh tu umum. Adakalanya forward bila sedih, bila simpatu, bila terlalu suka, bila racist, bila menyampah, bila rasa takut orang termakan babi.

Zaman orang baru guna internet zaman mobile ini, memang kita banyak lihat, emel 90an kini diforward dalam bentuk whatsapp.

Gelaran untuk kaki forward adalah "Router" rupanya :)














Rabu, 15 Oktober 2014

Budaya Berparti yang perlu ditolak semua orang.


Sejak beberapa tahun kebelakangan, budaya berparti sudah banyak meresap ke dalam Masyarakat.

Ianya lebih kurang macam budaya berkonsert, tetapi hampir serupa tetapi tak sama.

Konsert, biasanya kita tahu siapa penghiburnya.

Konsert Metalicca, itu ini.
Ada juga agenda berparti diserapkan dalam konsert, tetapi agenda utama adalah muzik.

Tapi kini, budaya berparti tidak perlukan penyanyi popular.
Hanya perlukan muzik yang rentak menari sikit, arak, dadah, apa-apa yang mengkhayalkan.

Ketum saya tak pasti, kena tanya Rafizi dulu.

Ianya masalah sejagat, bukan hanya masalah nak elakkan umat islam daripada terjebak dengan benda-benda sebegitu.

Di Negara barat budaya berparti, biasanya antara rumah ke rumah.
Hari ini, rumah sipolan ada parti, 'line clear' ibu bapa tak ada.

Macam biasa, manusia yang tak cukup jati diri akan terikut barat. GST pun nak ikut barat, CGT pun nak ikut barat. PAS ikut Rafizi yang ikut barat.

Selalunya, bila membicarakan masalah sosial melibatkan bukan islam, Ramai yang kata "Biarlah , itu untuk bukan Islam".

Tetapi saya bukan begitu, Saya ingin menyeru kepada semua orang supaya menolak budaya berparti.
Kerana ia memudaratkan, membuang masa dan merosakkan manusia.

Dalam pengetahuan saya, tak ada agama yang mewajibkan berparti.

Jadi alasan agama tidak boleh digunakan untuk membiarkan ianya berleluasa.

Agama-agama biasanya ada perayaan. Tetapi ianya tak semestinya dilakukan dalam bentuk berparti.


Isnin, 13 Oktober 2014

Menyelamatkan Jawatan Presiden PAS

Di Palestin, Matlamat utama gerakan islam adalah nak bebaskan Palestin, lawan Israel.

Di Malaysia agak pelik sikit, Dulunya fokus untuk melawan UMNO, tapi kini Gerakan Islam fokusnya ialah nak menyelamatkan jawatan Presiden.

Maka, seluruh sumber yang ada  digunakan untuk menyelamatkan jawatan presiden.

Masalah rakyat boleh dilupakan dahulu, sebab fokus utama ialah nak menyelamatkan jawatan presiden.

Jawatan Presiden tu penting.

Bayangkan kalau tak ada jawatan presiden, Organisasi dipimpian oleh Timbalan presiden.
Mana ada organisasi dipimpin timbalan.

Zaman Dr Burhanuddin dulu, tak perlu nak selamatkan jawatan presiden sebab jawatan presiden belum wujud. Yang ada YDP sahaja.





Google+ Hasbullah Pit