test

Selasa, 12 Mei 2009

30 Mei 2009 Tarikh Penentuan

30 Mei 2009 adalah Tarikh Penentuan.

Tarikh yang menentukan....

.... Siapa punya yang kena potong.


Isnin, 11 Mei 2009

Aku Ada Soalan Bodoh Berkenaan Nizar

Bukankah Nizar MB yang sah sejak dulu? Bila masa pula dia digugurkan jawatan?

Perbankan Islam dijadikan Alat Penjajahan.

Baru-baru ini, telah ada "Liberisasi Kewangan" yang telah diumumkan oleh Najib yang telah membenarkan ekuiti asing pada Bank "Berlandaskan Islam" dipertingkatkan sehingga 70%.

Sebelum ini hanya hanya 49% sahaja ekuiti asing yang dibenarkan. Maksudnya 51% masih lagi tempatan.


Apabila ekuiti asing boleh dipertingkatkan sehingga 70%, maksudnya ianya boleh dimiliki asing.

Pandang kiri
Pandang kanan.

Siapa yang tidak berhutang kepada bank?

Kalau sebelum ini masyarakat menjadi hamba bank, kerja teruk-teruk untuk bayar hutang bank.

Kini, masyarakat boleh menjadi hamba bank asing.
Naik satu tangga.

Bank asing di Amerika yang rugi, boleh diuntungkan kembali hasil daripada 'bailout',penciptaan wang daripada angin, kini boleh membeli bank Islam Tempatan.

Masyarakat Islam di Malaysia ramainya buta muamalat, mereka meminjam di Kewangan Islam, kerana menyangka ianya benar-benar bebas daripada riba'. Akad diubah daripada meminjam sambil dikenakan faedah dan kemudian dibayar secara tertangguh dengan kadar lebih tinggi. Lebih kurang sama, cop sahaja lain.

Tetapi peminjam kebiasaannya hanya tau yang mereka "meminjam secara islamik".

Akad sahaja islamik, tetapi bank itu pinjamkan duit yang tidak wujud. Bank tak guna duit yang didepositkan, bank tak guna duit dia sendiri, tetapi mereka boleh untung.

Mereka ada emas yang mewakili duit yang dipinjamkan itu?

Ahad, 10 Mei 2009

Daya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif - Datuk Salleh Majid

Berikut asalah Penulisan Datuk Salleh Majid bertajuk Daya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif





Daya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif

SAYA tertarik dengan hasrat untuk meningkatkan tahap gaji pekerja kita kepada tahap yang lebih tinggi. Maknanya gaji pekerja kita lebih tinggi daripada sekarang. Ini sesuatu yag sudah lama patut dilakukan.

Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.

Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.

Kalau tengok Singapura, menteri mereka gaji paling lumayan. Perdana Menteri mereka gaji berpuluh ganda gaji Presiden Amerika Syarikat. Sebab apa? Sebab orang putih kata, "kita bagi kacang, kita dapat monyet."

Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah naik gila-gila. Sebab apa? Bukan orang yang beli rumah nak duduk di rumah itu tetapi nak jadi bahan spekulasi.

Masyarakat yang suka spekulasi ini, tahu-tahulah... Pasaran saham pun orang Melayu mana tahu nak lakukan spekulasi? Naiklah melambung macam Repco dulu sampai RM150 sesaham. Bila tengok tiada isi, tapi orang kejar juga macam nak gila.

Bila kita tegur jangan beli, dia balas balik menyembur kita mengatakan apa kita peduli, bukan duit kita. Inilah yang menyebabkan segala-galanya jadi bahan spekulasi.

Tengoklah ayam pun jadi bahan spekulasi. Kerajaan suruh turunkan harga pasal kita tahu orang takut makan babi, dia tak mahu. Bukankah biadab? Kita mesti ajar sikit mereka ini.

Macam juga yang jual rumah harga gila-gila. Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.

Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.

Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

Cuba bayangkan dalam tahun 1978 harga rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, suatu kawasan perdana ialah RM60,080. Pada 1989, harganya RM200,000.

Sekarang, cuba teka harga rumah yang sama, dinding sama, kawasan kecil sikit lagi batu-bata sama. Kalau tak ada RM600,000, jangan cakap.

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangnya kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.

Sikap begini memang menjadi lumrah syarikat swasta. Sampai bila pun orang kita tak ke mana.

Kemudian kita berhasrat nak tingkatkan daya saing negara. Satu hajat yang murni.

Sekarang bandingkan negara kita dengan 134 negara lain, kita duduk nombor 21. Dua tahun lepas kita nombor 19.

Empat tahun dulu kita nombor 16. Maknanya, kita dah jatuh. Laporan Daya Saing Dunia dari Switzerland (World Competitiveness Report) menyatakan orang yang buat bisnes dengan kita beri beberapa faktor yang menjadi penghalang utama.

Bukan saya yang kata, tapi boleh laporan ini sendiri. Nombor satu penghalang: Perkhidmatan awam yang kurang cekap. Kedua, rasuah. Ketiga, jenayah dan kecurian (dua orang mengandung mati kena ragut, mat rempit menjadi-jadi, tengah tukar tayar, kena tembak di siang hari).

Keempat, ketidakstabilan dasar (hari ini naik tol, esok tak jadi). Kelima, tenaga kerja yang kurang terlatih, bukan tak terlatih tapi kurang terlatih. Mana tidaknya, ramai orang Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebut saja rakyat mana - kita ada. Malahan ada kawasan yang dia kontrol.

Jadi kita tengok jiran kita nombor lima. Rakyat dia satu per sepuluh daripada penduduk kita. Ini menunjukkan yang membuatkan sesebuah negara itu berdaya saing ialah bakat rakyatnya.

Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

Saya setuju produktiviti perlu ditingkatkan. Macam saya tulis dulu, kalau setiap orang pekerja tambah kerja 10 minit sehari, kalau tiga juta pekerja dah ada 20 juta minit bertambah.

Ini tidak - terlekat dengan kesesakan lalu lintas saja berjam-jam. Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.

Di mana datangnya inovatif dan kreatif pekerja kalau tidak diberikan latihan? latihan untuk jadi inovatif dan kreatif tak sama macam pergi kelas biasa.

Inovatif dan kreatif guna otak sebelah kanan, logik, matematik dan hujah guna otak sebelah kiri. Jadi macam mana nak digerakkan otak sebelah kanan.

Memadaikah kalau dengan menyuruh jadi inovatif dan kreatif. Kalau dia segan nak baca buku, (rakyat Malaysia baca purata dua halaman setahun), yang ada pengetahuan mana nak dapat ilmu?

Pelatih yang bakal melatih inovasi dan kreativiti sendiri mesti dilatih dahulu. Macam tongkat ali dah bertahun-tahun di hutan kita, orang luar datang buat macam-macam dengannya. Kita yang tidak kreatif.

Amang bijih pun boleh jadi bahan perkilangan tapi bank kita akan tolak sebarang permohonan berkaitan perkara-perkara sebegitu. Jadi, satu golongan saja nak jadi kreatif dan inovatif, tak jadi juga.

Bila orang bank kita tak biasa dengan sesuatu yang pelik sikit, bukan dia nak cari pakar dalam bidang pelik tersebut, dia akan senang sahaja tolak permohonan.

Dunia sekarang, dunia pengetahuan. Ekonomi sekarang, ekonomi pengetahuan K-ekonomi. Kita sudah siapkah nak pindah kepada K-ekonomi? Inovatif dan kreatif bukan lagi K-ekonomi tetapi era konsep atau dunia konsep. Di mana kita dengan nanoteknologi misalnya?

DATO' SALLEH MAJID ialah Felo Utama

Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)


Bincangkan.

Sabtu, 9 Mei 2009

Peraga Uptime

Satu perkara yang saya suka lakukan bersama kawan-kawan ketika muda dulu ialah peragakan uptime.



sebol@Mitsubishi:~$ uptime
19:52:49 up 36 days, 11:29, 1 user, load average: 0.25, 0.11, 0.02

Jumaat, 8 Mei 2009

Teknik "Engage" PAS yang Terkebelakang.

Adaka taruna menulis tentang bagaimana serangan politik dilakukan oleh DAP berbanding PAS.


Gua respek pemikir DAP.


Kembali kepada tahun lepas sewakti Seminar Dr Dzulkefly Ahmad, beliau telah berpesan "Jangan Takut untuk Engage" & "Jangan Engage kerana Takut".


"Engage", apabila saya buka kamus, ianya bermaksud serangan.

Saya ambil contoh satu isu.

Kerajaan Negeri Melaka membuat monorel di sepanjang sungai Melaka, untuk perlancongan dan bukannya untuk pengangkutan.

Ianya nyata membazir, Walaupun ianya "pengangkutan" ianya hanya untuk tengok-tengok, dan bukannya menyelesaikan masalah bagaimana nak pergi ke MITC dengan pantas daripada Jalan Hang Tuah.

Jadi banyak perkara boleh dilakukan samada bentuk serangan atau bukan serangan.

PAS Melaka .....
1. boleh hantar memorandum khusus untuk isu itu.
ATAU

2. boleh juga buat demo, baring depan jentolak.
ATAU

3. boleh juga saman kerajaan Negeri sekiranya ada berlakunya ketidakadilan pengambilan tanah.
ATAU

4.hanya tulis dalam risalah untuk diedarkan
ATAU

5. Kain rentang
ATAU

6. Kenyataan media
ATAU

7. buat larian disepanjang monorel itu, supaya menampakkan ianya tidak perlu.
(Kalau boleh lari, buat apa ada monorel)

ATAU

8. Tulis di blog sendiri
ATAU

9. hanya cerita ketika ceramah.

Perkara 1 hingga 8 adalah boleh dikatakan 'serangan', samada 'serangan' keras atau tidak keras.

Namun perkara yang popular dilakukan ialah no 9, iaitu hanya cerita dalam ceramah yang mana tidak boleh dikategorikan sebagai serangan.

Di Johor, Khairul Faizi dan kawan-kawannya cukup banyak membuat 'serangan'.

Serangan cukup ringkas, tak perlu banyak tenaga.
Hantar memo
hantar memo
Sampai menangis Inul dikerjakan Faizi.


Tak perlu sewa Sistem PA, cari balai, sediakan makanan, tampal poster, angkat sofa, dan...  (senarai perkara yg perlu ada untuk aktiviti biasa).

Andaikata berlakunya satu serangan, serangan itu biasanya akan terkena kepada individu walaupun ia bukan ditujukan kepada individu.

Andaikata projek monorel terpaksa dihentikan, kontraktor akan marah Ali Rustam.


Sekarang ini, Ali Rustam terbukti Rasuah.

Boss, Mahu Serang atau Tak Mahu serang?

UMNO BN Ajar Teknik C&H Jatuhkan Ketua Menteri...

UMNO / BN telah mengajar kita semua, satu kaedah untuk menjatuhkan seseorang daripada sesuatu jawatan menggunaakan kaedah Cekik & Heret, atau dikenali sebagai "C&H".




"C&H" kemungkinan ditiru daripada antaramuka komputer yang dipanggil "Heret dan Jatuh", atau dalam Inggerisnya "Drag n Drop",.

Di dalam MacOS, apabila sesuatu fail dicekik dan diheretkan ke tongsampah, maka fail itu akan dipadam.

Begitu juga Sivakumar, dia dicekik dan diheretkan.


Namun Kaedah Cekik & Heret atau "C&H" adalah ajaran UMNO/BN janganlah ditiru, walaupun ianya berkesan untuk menjatuhkan seseorang dari jawata.


Harap Rakyat Melaka Janganlah menggunakan kaedah Cekik & Heret (C&H) untuk menjatuhkan Ketua Menteri yang Rasuah.


2 Sebab mengapa Rakyat Melaka Tidak Perlu gunakan C&H untuk menjatuhkan ketua Menteri.

1. Kaedah itu adalah ajaran UMNO, melainkan ahli UMNO yang melakukannya sendiri.
2. Kaedah itu akan menyebabkan rakyat Melaka berpecah belah kerana akan berlaku pergaduhan menentukan sungai manakah Ketua Menteri yang diheret itu akan dicampak. Sungai Melaka kah? Sungai Merlimau? Sungai Duyong? Sungai Kesang?


Oleh itu saya tegaskan lagi sekali,

Jangan Gunakan Kaedah C&H untuk menjatuhkan Ketua Menteri.


walaupun, anda mampu mengubahnya.

Google+ Hasbullah Pit