test

Isnin, 15 September 2008

Zaid Ibrahim Letak jawatan?

Jangan risau, kita ada 4 orang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selamat berbuka puasa.

Penafian PKR: Tiada Perarakan ke Istana Negara

RM0.00 PENAFIAN- PKR TAK TERLIBAT ANJUR prarakan ke Istana Negara esok(16 Sept).Org ramai dinasihat tak trpedaya maklumat palsu yg disebar pihak tak tnggungjwab



(Sms yg dimajukan oleh Usop )



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Ahad, 14 September 2008

PAS Melaka, Mari kita hafal nombor 1.10236

Dulu masa pilihanraya, PAS Melaka, DAP Melaka, sama2 sebut 1.05 bilion.
Iaitu hutang kerajaan Negeri Melaka.

Kini telah meningkat menjadi 1.1 bilion pada 2007, bukan saya kata, tapi laporan audit yang kata.

Mari kita hafal nombor baru untuk kempen pilihanraya akan datang.


Hutang Kerajaan Negeri Melaka pada 2007
RM 1.10236 bilion

mari hafal....

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

Baru lah seronok sedikit berkempen, bila nombor panjang, panjang, nampak ianya bukan rekaan.
Dulu ada orang tersilap sebut 1.05 bilion menjadi 1.5 bilion.


Dulu Malaysiatoday Disekat, Kini Tok Guru Nik Aziz Disekat

Dulu ketika Malaysiatoday disekat, bukan main blogawan memberitahu bagaimana mengakses Malaysiatoday, atas nama kebebasan bersuara.

Namun kini, Tok Guru Nik Aziz pula disekat, kenyataannya diarah untk tidak disiarkan.

Berbanding ketika Malaysiatoday "disekat" OpenDNS adalah penyelamat.
Kini Kenyataan Tok guru Nik Aziz itu diselamatkan oleh GoogleReader dan Beras Terpilih.

Siapa yang langgan RSS Wan Nordin di google reader dapatlah membacanya, siapa yang langgan RSS Beras Terpilih, dapatlah membacanya. Siapa yang langgan RSS Beras Terpilih melalui emel, akan dapat kenyataan itu dipetimel masing masing.

Oleh kerana Tok Guru Nik Aziz bukanlah seorang blogawan, maka kenyataannya itu disiarkan di "Pendapat Bukan Blogger".


1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.





NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008. 

Wa, masak nasi tak?

Saya beli lauk je



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Ruang Putih dan Perenggan: Petua Kebolehgunaan Blog

Hari ini Saudara Tawel Sensei telah menulis tentang petua kebolehgunaan blog dengan menggariskan 4 petua.


1. Elakkan tulisan cerah berlatarbelakangkan gelap.
2. Saiz tulisan jangan terlalu kecil.
3. Elakkan penggunakan Shoutbox/Chatbox/Chatterbox
4. Jangan automainkan bunyi.


Hari ini saya akan menulis tentang ruang putih, sebagai salah satu kaedah meningkatkan kebolehgunaan terutama sekali kemudahbacaan.

Ruang putih, Ruang putih.


Ruang putih tidak semestinya putih, ia boleh juga menjadi kuning lembut asalan ianya ruang yang tidak digunakan dalam susunatur blog anda.


Perkara penting untuk membanyakkan ruangputih ialah dengan membuat perenggan dalam penulisan. Cukupkan dengan menghadkan sehingga 3 ayat dalam satu perenggan.

Saudara Tawel Sensei sendiri mengamalkannya tetapi dia tak nyatakan dalam tip tadi.Ruang putih juga boleh diperolehi dengan memilih templat yang baik.

Sekiranya templat itu terlalu banyak kotak, maka sedikit sahaja ruang putih yang boleh diperolehi.Ianya kelihatan seperti pembaziran ruang akan tetapi ia memudahkan pembacaan.

Sebolehnya, tajuk hendaklah tidak duduk di dalam kotak, cukup sekadar tulisan besar, atau ada garisbawah.

Hati-hati jika anda menyalin menggunakan Internet Explorer, kerana ia akan menyebabkan kehilangan perenggan. Maka perlukan anda membuatnya secara manual.

Kalau mengikut mahzab Tawel Sensei, chatbox akan mengalih tumpuan pembacaan sesuatu catatan. Maka bar tepi dibolehkan untuk berserabut, supaya pembaca akan tertumpu kepada catatan blog?


Sebenarnya, bar tepi tidak perlukan banyak kotak, maka blog saya bukanlah satu contoh yang baik untuk menambah kebolehgunaan di bahagian tepi.


Kepada pengguna mahir, mereka boleh menggunakan CSS untuk menambah ruang putih dengan menjarakkan baris ayat.


#content {
  line-height: 1.2em;
}


Juga boleh menggunakan CSS untuk menambahkan ruang antara hujung tulisan dengan tepi dinding.

Terdapat satu mahzab lagi berkenaan ruang putih yang dikenali Mahzab Mahathirisme.
Dia membuat perenggan dengan baik, dan meletakkan nombor pada perenggan supaya ia senang dibaca.


Bacaan tambahan:
White Space di performancing.com

Sabtu, 13 September 2008

Kegiatan Spamming Malaysiakini yang Menjijikkan

Sejak akhir ini, apabila tetnik memperbanyakkan pengunjung blog diketahui dengan meletak tajuk "Malaysiakini", maka berleluasalah kegiatan itu sehingga ke tahap spamming yang menjijikkan.

Ya. saya tahu ianya sesuatu teknik meningkatkan pengunjung, tetapi adakah perlu sehingga semua catatan blog mempunyai perkataan Malaysiakini?

Sehingga satu tahap, catatan itu seolah-olah membohongi pembaca kononnya ia berasal dari sumber Malaysiakini.

Apa ertinya menyalin tepek berita harakah dan mempersembahkan ia di dalam blog seolah-olah ianya dari Malaysiakini?

Tak salah untuk kita meletakkan perkataan "Malaysiakini" di tajuk jika benar ia menceritakan tentang sesuatu yang berasal dari Malaysiakini atau bercerita tentang Malaysiakini.

TETAPI JANGAN SPAM.

Ianya satu teknik yang kita boleh gunakan sekali sekala. Saya ulangi "SEKALI SEKALA".
Bukannya tiap-tiap kali catatan blog kita akan mengulas berita dari Malaysiakini, adakalanya kita ulas dari sumber lain.

Spamming itu tidak beretika, tidak berakhlak.
Kalau dalam dunia nyata kita ada akhlak dan etika, begitu juga dalam internet.

Kalau benar mahu menyuarakan sesuatu ke Malaysiakini, buat cara anak Jantan, hantar terus ke Malaysiakini di ruangan Surat atau Pendapat. Kandungan Bahasa Melayu diruangan itu cukup kurang.
contoh Akhirnya Ezam pergi jua...

Cara anak jantan yang betul-betul jantan ialah keluarkan terus Kenyataan Media ke Malaysiakini, seperti yang pernah dilakukan oleh Khairul Faizi. 

Oleh kerana kegiatan Spamming ini berleluasa, maka tindakan telah diambil di Peringkat Beras Padu, dimana beberapa blog yang terlibat dengan kegiatan menjijikkan itu telah dikeluarkan dari senarai,

Google+ Hasbullah Pit