test

Jumaat, 15 Ogos 2008

Puteri PAS: Jawapan kepada Pemikir

Saya terpanggil untuk menjawap pemintaan pendapat oleh pemikir di catatan blognya (jemput kilk)

Adakah Dewan Muslimat PAS juga ada sikap begitu sehingga perlu menubuhkan Dewan Muslimat PAS Muda?

Tidak cukup dengan unit Amal Nisa'?


Macam mana saya nak jawap? Ini hal orang Perempuan.

Suatu ketika dahulu, ketika saya mula mengenali Muslimat, Muslimat yang saya kenali itu muda belia, baru sahaja menamatkan ijazahnya di Idaho. Semua kawan-kawannya yang Muslimat ramai yang muda belia.
Saya labelkan dia sebagai Muslimat[0].

Muslimat[0], telah berjaya meracuni fikiran kawan sepejabat saya untuk menyertainya. Muslimat[1].

Dunia siber ketika itu cukup kecil, rupanya, kawan siber saya yang lain adalah seorang Muslimat PAS , seorang pakar keselamatan IT tersohor, Muslimat[3].

Ketika sekembalinya Muslimat[0] ke Tanah air, dia pernah bekerja dengan Muslimat[4].

Dipendekkan cerita, ketika peringkat awal, Musilmat yang saya kenali (Muslimat[0..4]) semuanya muda belia. Zaman itu belum ada lagi Puteri UMNO.

Muslimat[0..4] secara kebetulan bergiat aktif dengan sumber terbuka.

Jadi pada pandangan saya ketika itu, Muslimat adalah golongan muda yang celik IT.

Rupanya tanggapan saya itu salah.
Tetapi berbeza pula dengan keadaan realiti Muslimat di Negeri Melaka yang ramai makcik-makcik.

Di Negeri Selangor, ada Muslimat Makcik yang celik IT, itu kes terpinggir.

Apabila Muslimat Melaka mencadangkan supaya diwujudkan Puteri PAS, maka bagi saya ia menunjukkan betapa bermasalahnya Muslimat melaka untuk mendekati golongan muda. Puan Emy kerja kuat agaknya.

Kalau Puteri PAS diwujudkan hanya sebagai jentera parti dan tidak berpolitik seperti Puteri UMNO. saya rasa baik tidak perlu ada. Walaubagaimanapun ia agak perlu untuk menarik sokongan wanita muda.

Sekiranya Puteri PAS diwujudkan, ianya seperti menggalakkan politik berjentera dan politik tagih sokongan.
Saya tidak minat sangat "politik berjentera", rajin buat kerja tapi tak mahu bersuara.

Apabila Munirah Bahari dihentam teruk apabila mengatakan Baju Sekolah seksi, Mana suara garang Muslimat PAS Melaka? Kasihan dia sampai cuti berblog selama 3 bulan.

Maafkan saya kalau tulisan ini kelihatan seperti menghentam Muslimat PAS Melaka. Akan tetapi saya pernah menyuarakan cadangan kepada Ketua Muslimat PAS Jasin supaya mempromosi penyusuan Ibu sebagai satu langkah mengatasi gejala sosial.

Itu politik saya, politik pembentukan Manusia.

Khamis, 14 Ogos 2008

Muqabalah Dengan Shahrir Samad


Saya baru pulang dari Putrajaya, selepas berjumpa dengan Shahrir Samad, di atas tiker persatuan (bukan tiket PAS).

Jadi nak utarakan permasalahan rakyat susah sikit, kerana persatuan nak "berterima kasih" ke atas komisyen. Jadi saya diam sahajalah dalam sesi persatuan dengan Shahrir Samad.

Jadi selepas tamatnya perbincangan persatuan dengan shahrir samad, maka bolehlah saya bawa agenda rakyat kepada dia.

Saya katakan kepada dia,kenapa tidak selesaikan masalah kenaikan harga minyak pada puncanya?
Shahrir kata: apa puncanya?
sebol: Nilai Matawang.
Pada mulanya dia mengatakan memang ringgit meningkat tidak lagi terikat dengan 3.80

Saya pun menerangkan bahawa ringgit memang dibawah nilai. Nilai ringgit yang kita hanya 40% daripada nilai ringgit kita sebelum krisis 1998. Itu punca utama kenaikan harga minyak.

Dia bersetuju juga nilai riggit sepatutnya pada kadar kurang dari RM 250 1 USD.
Tapi dia kata ada polisi yang mahukan nilai ringgit rendah supaya barangan eksport murah.

Saya pun balas balik, bila nilai ringgit rendah, bahan mentah jadi mahal, serupa juga.

Saya bagitau dia, sekarang masa terbaik untuk lakukan sesuatu pada nilai matawang.
Saya tak nyatakan sebab kepada dia kerana dia ada hal lain.

Sebabnya ialah , sekarang masanya nilai dollar agak tinggi dan harga komoditi agak rendah (buat seketika), jadi kalau nak tambat sebahagian ringgit kepada emas, sekarang inilah masa yang sesuai.

Jadi, Shahrir Samad adalah menteri KPDN yang kedua yang saya telah maklumkan bahawa punca kenaikan harga minyak adalah nilai matawang. Sebelum ini saya sudah beritahu Shafie Afdal.


Mahu terima tak mahu terima, saya dah utarakan cadangan penyelesaian masalah rakyat ke peringkat tertinggi.

Populis atau tidak? cadangan menilai semula ringgit adalah cadangan yang paling tak populis.

Tapi hasilnya akan menjadi begitu populis kalau harga minyak tanpa subsidi berada di bawah RM 2.00.
Kalau nilai Ringgit berada pada tahap 1USD = RM 2.30, bukankah harga minyak akan berada pada lingkungan RM 1.50?

Kepada Datuk Shahrir, sila usahakan supaya nilai matawang dikaji semula, tekan sedikit Kementerian Kewangan dan Bank Negara.

Selasa, 12 Ogos 2008

Cadangan Penyelesaian Masalah Body Snatching

Saya sering mendapat idea memblog ketika memandu kereta.
Tapi 80% idea hilang sebaik sahaja keluar dari kereta.

Tadi ketika memandu, untuk pergi mesyuarat membela nasib orang kaya, saya terfikir akan penyelesaian masalah "body snatching".

Pemuda PAS perlu memainkan peranan untuk menelesaikannya walaupun sebelum ini tidak mendapat banyak input tentang "body snathing".

Saya membayangkan, Khairul Faizi, sebagai ketua Lajnah Perpaduan Kaum Pemuda PAS, mengorak langkah dengan mengambil input daripada mangsa "body snatching", untuk dikumpulkan dan dibawa kepada peringkat tertinggi untuk mendapatkan penyelesaian.

Saya juga membayangkan bahawa Damian Yeo, selaku rakan Pakatan Rakyatku, dan ahli Majlis Peguam, dapat mengumpulkan kes-kes terdahulu, untuk diberikan kepada Pemuda PAS.

Rupanya, di harakah, Salahudin telah mencadangkan perkara yang lebih kurang sama.

Sehubungan itu, Salahuddin menyatakan kesediaan untuk menjadi perantara bagi membolehkan dialog dan perbincangan dilangsungkan antara Majlis Peguam (dan pihak-pihak lain) dengan tokoh ulama, mufti dan cendekiawan Islam khusus bagi membincangkan perkara-perkara sensitif berhubung Islam dan ajarannya.

"Majlis Peguam boleh menyenaraikan isu-isu yang mereka perlukan penjelasan yang mungkin dianggap sensitif tetapi masih boleh dibincangkan secara akademik dan tertutup," jelas Salahuddin


Jadi apa yang saya bayangkan ketika memandu tadi boleh direlalisasikan.

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Negaraku.net

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Negaraku.net

Apa tu Negaraku.net?

Ianya klon kepada digg yang bagi saya sesuai untuk kandungan blog tempatan terutama sekali blog politik dan separa politik berbanding rockyourvote, innit, dan layann.

Negaraku.net bukan Agregator RSS, kerana ruangan agregator RSSnya telah berpindah ke sini

Jadi apa kelebihan negaraku.net berbanding 3 pencabarnya itu? Entahlah.
Bagi saya kandungan sedia ada didalamnya lebih bertamadun berbanding lain, jadi bagi blogger yang bertamadun ayuh daftar negaraku.net dan letakkan wiget negaraku.net pada blog anda.

Sekiranya tidak meletakkan wiget pun boleh juga, tetapi sukarlah pengunjung setia anda yang berjuta-juta itu untuk mengundi anda.

Pengunjung blog ini, jemput daftar di negaraku.net untuk mengundi catatan-catatan saya yang anda rasa menarik. Anda tidak perlu menjadi blogger untuk mengundi.
Atau anda juga boleh mengundi catatan yang anda rasa menarik di kemasukan baru (Latest Buzz)


Bagi menulis blog yang sudah mendaftar, maka bolehlah belajar bagaimana meletakkan tag Negaraku.net di blog anda. Bagi pengguna blogger.com, anda hanya perlu perlu "layout" --> "Edit HTML" --> Expand HTML untuk meletakkan HTML itu.


Bagi penulis blog yang menggunakan feedburner, anda boleh menambah tag negaraku.net pada suapan RSS anda menggunakan 'FeedFlare'.

Kepada pelanggan RSS Beras Terpilih, tag "fave it on Negaraku!" juga disediakan.
(klik sini untuk langgan RSS Beras Terpilih menggunakan Google Reader)

Lihatla betapa indahnya aliran maklumat.

Daripada blog-blog yang dibaca oleh saya, jed, mudin, dan erisar, kemudiannya dipilih, dan kemudiannya pengguna boleh membaca catatan terpilih itu untuk dipilih lagi di negaraku.net oleh orang ramai.

Noktah hitam, Saya nak beli 20% negaraku.net? mahu jual?

Isnin, 11 Ogos 2008

Masalah Yang Ada sebelum Forum "Memeluk Islam" Perlu Diselesaikan

Nak tau apa pandangan saya tentang Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam?

Bagi saya, Forum Memeluk Islam itu hanya satu langkah yang tidak tepat untuk menangani "masalah" yang ada.

Saya tidak menafikan terdapat beberapa masalah, ada yang boleh diselesaikan, ada yang tidak boleh diselesaikan. Cubaan untuk menyelesaikan masalah berkaitan pemelukan agama Islam oleh Majlis yang diketuai oleh bukan Islam memang menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.

Jed Yoong telah menggariskan beberapa permasalah yang timbul sebelum Forum Memeluk Islam
.
Sila baca.

Majlis Peguam bukan sahaja-sahaja membuat forum "Memeluk Islam" kerana sebab suka-suka.

Saya pendokong Undang-Undang Syariah tapi Ilmu tak banyak.

Tidak dinafikan terdapat kekeliruan antara dua sistem menyebabkan "masalah".

Ramai pembaca blog umat Islam tidak pernah tahu akan adanya permasalahan sebegitu.
Mungkin disebabkan terlalu lama duduk dibawah tempurung Tranungkite.

Masalah "body Snacthing" telah lama ada. Istilah Body Snatching itu bukan saya yang reka, tetapi para blogger bukan Islam yang menggunakan istilah sebegitu.


Ia merujuk kepada, situasi secara tiba-tiba Mayat seseorang bukan Islam diambil oleh jabatan Agama Islam kerana dia dikatakan telah memeluk Islam.

Bukan Islam menyalahkan "Islam Hadhari" sebagai punca berlakunya perkara sebegitu, orang PAS pula menyalahkan "Islam Hadhari" berlakunya maksiat.

Memang sudah menjadi tanggungjawap umat Islam untuk menyempurnakan jenazah umat Islam. Persoalan timbul ialah mengapa apabila sudah meninggal dunia baru tahu dia Islam? Tidakkah ada cara lain?

Kerana sebab itu, sebaik sahaja selepas pilihanraya, Paklah mengumumkan sesiapa yang memeluk Islam perlu memberitahu kepada umum. Saya tentang langkah itu kerana ia akan membahayakan nyawa saudara baru itu.

Namun apa penyelesaiannya?
Yang tidak sedap didengar, ialah apabila berlakunya seseorang bukan islam itu meninggal dunia, rupanya dia Islam, tetapi harta pusakanya jatuh hanya kepada anaknya yang beragama Islam jika ada.

Akhirnya, ia dianggap sebagai satu tektik bagi seseorang untuk membolot harta pusaka.
Salah seorang adik beradik masuk islam, pakat dengan bapa supaya masuk islam, kemudian bolot harta kerana hanya dia seorang sahaja yang islam.

Sebab itulah orang bukan islam beria sangat supaya sesiapa yang masuk islam dimaklumkan kepada umum. Tetapi apabila diumumkan kepada umum, lain pula masalahnya. Nyawa saudara baru itu yang akan terancam.

Saya tidak mahu Agama Islam dijadikan sebagai tektik bagi membolot harta.

Terdapat satu kes dahulu dimana seorang ibu kepada saudara baru tidak dapat mendapatkan harta anaknya yang memeluk islam tetapi gagal kerana dia bukan islam. Mahaguru58 mencadangkan kepada JAWI supaya memulangkan wang Insuran anaknya itu keada ibunya.
Dalam kes ini , si ibu adalah "mangsa" proses memeluk islam.

Kalau bab harta pusaka ini, sebenarnya ada penyelesaiannya.
Saudara baru hanya perlu diberitahu tentang perlunya membuat wasiat jika ingin memberi harta kepada ahli keluarga yang bukan islam.

Tentang makluman memeluk islam, bagi saya, tidak perlu memaklumkan kepada semua orang atas sebab keselamatan. Akan tetapi perlu juga beberapa bukan islam dimaklumkan tentang keislamannya, cukup sekadar kawan rapat yang bukan islam mengetahuinya.

Saya nak tulis panjang-panjang takut salah.

Walaubagaimanapun, saya mencadangkan pakar undang-undang syariah, atau Majlis Syura mengkaji persoalan yang ditulis oleh Jed Yoong itu. Ia boleh diumpamakan sebagai ringkasan kepada permasalahan yang ada.

Atau mungkin perlu diadakan pertemuan antara "mangsa" pemelukan Islam bertemankan Peguamnya berjumpa dengan Ulama-ulama PAS. Itu mungkin penyelesaian terbaik.

Jangan SPAM Malaysiakini

Akhir-akhir ini ramai blogger yang meletakkan tajuk catatannya mengandungi perkataan "Malaysiakini" dengan harapan mendapat pautan di Laman Malaysiakini.

Pernah saya tertipu kerana menyangka sesuatu artikel itu datangnya dari Malaysiakini, Rupanya tidak.
Jika mahu siarkan pendapat ke Malaysiakini, hantarlah ke Malaysiakini.

Rasanya tiba masanya Malaysiakini menapis blog yang mengandungi "Malaysiakini" ikut gaya Beras Terpilih.

Berikut adalah cara yang saya fikirkan boleh digunakan oleh staff Malaysiakini.

Langgan RSS yang blogsearch "Malaysiakini" di google reader.
Kemudian, staff itu "share"kan hanya catatan yang memang berkait Malaysiakini.
Laman Malaysiakini menggunakan RSS yang dikongsi daripada googlereader itu.

sekian.

Sabtu, 9 Ogos 2008

Hamzah Kepatahan Gigi, Tetapi....

Beberapa hari lalu, Anak saya, Hazmah kepatahan giginya
Namun giginya yang patah itu tidak dijumpai.



Kemudian isterimudaku menulis diblognya:

Continuation from hamzah's broken tooth entry. Today i have to clean hamzah's poo since no one is at home to help. Guess what i found? The missing tooth. Ramalanku benar belaka. Hamzah tertelan giginya sendiri.

Google+ Hasbullah Pit