test

Jumaat, 31 Ogos 2007

JawapCarian: Ahmad Boestamam di tangkap pada...

Terdapat pengunjung yang memasuki laman blog ini kerana mencari "Ahmad Boestamam di tangkap pada" melalui Yahoo dan Google. Untuk tidak mengecewakan pengunjung, Anda boleh baca sebahagian daripada halaman 183, Buku Merintis Jalan Ke Punchak oleh Ahmad Boestamam sendiri di bawah:-


Jadi kesimpulannya, Ahmad Boestamam ditangkap pada petang, Khamis 1 julai 1948.

Satu lori 'Mata-mata' (Polis) tiba di hadapan rumah Ahmad Boestamam, Setelah mata-mata memastikan dia adalah ahmad Boestamam, maka mata-mata memberitahu Ahmad Boestamam akan dia akan ditangkap. Setelah ditanya akan wujudnya waran untuk menangkapnya atau tidak, mata-mata itu menerangkan bahawa tiada waran diperlukan untuk menangkap sesiapa ketika 'Dharurat'.

Ahmad Boestamam 'disimpan' di lokap polis Tanjung Malim. Keesokan paginya dia dibawa ke ke Lokap Balai Polis High Street Kuala Lumpur, selepas singgah sebentar di Balai Polis Kuala Kubu Bharu. Balai Polis High Street, pada buku itu ditulis dipanggil 'Jalan Bandar'. Mungkin sekarang ini nama dia lain.

Beliau di tahan selama 7 Tahun Genap.

Lagu 'Merdeka' Di Perimis Perniagaan



Saya lambat dapat idea.
Satu hari sebelum 31 Ogos baru dapat idea nak pasang lagu-lagu merdeka kat Stesyen.

Nak cari lagu dah tak sempat.
Petang 30 Ogos baru dapat idea. Tapi tak sungguh-sungguh cari lagu.
Dok sibuk buatkan "Komentar Terkini" sahaja, tapi tak mengapa, kerana dari laman blog Kak Jie lah saya dapat idea.

Tapi petang ni saya baru jumpa banyak lagu patriotik untuk dimainkan.
Terus mainkan guna iTunes, bila fikir balik, kenapa saya tak peragakan MMV 200?

Barisan Kita, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Malaysia Gemilang.


Hari ini, buat pertama kali sejak beberapa tahun lepas, saya tunggu di Kaca TV (atau 'kepala') menonton perarakan. Bukanku bangga sangat dengan 'Kejayaan' Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.
Tapi hanya kerana nak tengok Sukhoi.

Bila Sukhoi tu buat menuver tertentu, memang nampak yang itu sukhoi, sesuatu yang MIG tak boleh buat.
Kata orang tua-tua, "Kalau nak kalahkan Sukhoi, anda perlu Sukhoi yang lain"

Kenapalah kita hanya beli 18 sahaja Sukhoi Su 30 MKM?
Kalau beli 32 biji, boleh 2 orang pergi ke Angkasa Lepas.

Tapi, aku lagi suka syarikat tempatan beli Syarikat Sukhoi tu.

Kak Jie, Salin dan tepek dari yang ini

Malaysia yang SOMBONG DAN KURANGAJAR?

makin kurang ajar (bambylibra@ya..., 26/08/2007 13:44)
Malaysia ini makin lama memang makin kurang ajar, mulai dari mencuri lagi kroncong Terang Bulan Terang di kali dijadikan lagi kebangsaannya, mencuri lagu-lagu Indonesia diakui sbg lagu Malaysia spt lagu Gelang sipatu gelang dll, mencuri desains batik Indonesia diakui batik Malaysia, mencuri Sipadan dan Ligitanb, pencurian kayu-kayu di perbatasan dan pencurian-pencurian lain, menganiaya tki-tki dan sekarang menaniaya wasit karate kita. Malaysia yang SOMBONG DAN KURANGAJAR.
Walaupun agak kasar, tapi hakikatnya itulah komen orang Indonesia apabila Jurulatih Karatenya dipukul oleh Polis Malaysia.

rujukan: http://www.gatra.com/artikel.php?id=107198

Sambutan Kemerdekaan yang suram

Rata-rata di merata tempat, Jalur Gemilang berkibaran, entah apa yang hendak gembirakan.

Kemerdekaan ke 50, hanya ada pada nombor, kerana nombor 50, ia disambut dengan lebih meriah.

Kemerdekaan ada harganya.

Kita memilih untuk merdeka, walaupun kita tahu Pendapatan perkapita kita akan tidak kemana berbanding semasa pemerintahan british.

Namun kita tetap memilih untuk merdeka.


Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun, pemerintah sendiri tidak menambah jalinan rel keretapi selepas peninggalan british. Melainkan di Kuala Lumpur.

Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun tahu risikonya.


Bersyukurlah , Negara kita jauh lebih maju daripada Zimbabwe.
Dan ada Sukhoi SU-30 MKM

Kempunan Tak tengok Malaysia lawan Myanmar

Sila klik gambar ini untuk cerita selanjutnya

Pestabola Merdeka

Khamis, 30 Ogos 2007

Tip Pemblog: Membuat 'Komentar Terkini' pada blogger dalam BM.

Sebelum ini terdapat beberapa tapak hos yang menyediakan javascript supaya anda boleh memnyediakan Wiget 'Recent Comment' pada blog blogger/blogspot anda.

Kebanyakkannya mempunyai perkataan 'Commented on' dalam Bahasa Inggeris, Amat tidak sesuai jika kandungan blog anda dalam Bahasa Melayu.


Maka berikut adalah tip untuk mendapatkan 'Komentar Terkini'.

Mula-mula sekali anda perlu ke http://blogger-templates.blogspot.com/2007/03/recent-comments.html

Masukkan nama Tajuk Wiget seperti 'Komentar Terkini', atau 'Kata Pengunjung' atau apa-apa.
Masukkan alamat blogspot. ie. "bluequil", "reddiva".

Ubahsuai bilangan komen yang hendak dipaparkan. Tak perlu panjang-panjang seperti blog ini.
Tandakan samada ingin memaparkan tarikh, tajuk. dan Saiz mesej.
Pada pendapat saya tarikh tak perlu.

rujuk gambar.


Kemudian klik 'Apply' dan kemudian 'Add widget to my blog'

Pada laman seterusnya, klik 'Edit Content'

sila tukar http://giga.ovh.org/rc kepada http://hasbullah.pit.googlepages.com/rc.htm (Walaupun nama anda bukan Hasbullah Pit).


kemudian 'ADD WIDGET'

Anda akan dibawakan ke "Pages Elements" blog anda, dan klik 'save'.

Anda boleh melihat hasilnya sebegini.


Kepada yang suday mempunyai "Recent Comments", daripada Blogger-Templates, Anda hanya perlu tukar URL

Google+ Hasbullah Pit