test

Ahad, 19 Oktober 2008

Jangan Lupa, Chua Soi Lek Sudah Minta Maaf - Malaysiakini.

Merujuk kepada berita di Malaysiakini, Dr Chua Soi Lek telah memenangi jawatan Timbalan presiden MCA. Namun dia masuk dikaitkan dengan kisah masa lampau yang tidak sedap didengar.

Jangan lupa, Dr Chua Soi Lek telah pun meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharaf rakyat Malaysia dapat memaafinya.

"After I made my confession, I had hoped Malaysians would be able to accept my apology,"
 Jika masyarakat masih lagi mengkaitkan kesalahan masa lampau itu dengan dia, maka apa ertinya dia memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat?

Apa terjadi kalau Dr Chua Soi Lek, memeluk islam dan bertaubat secara Islam, Adakah masyarakat masih lagi tidak memaafkannya dan kaitkan lagi dengan cerita lampau itu.

Lainlah ceritanya kalau seseorang itu tidak mahu mengaku salah dan meminta maaf.

Kisah masa lampau Dr Chua Soi Lek berbeza sedikit dengan kisah "Sedekah Seks", kerana kisah "sedekah seks" itu melibatkan dengan orang Islam.

Menurut fahaman bukan Islam seperti Dr Chua Soi Lek, memohon maaf secara terbuka itu sudah memadai.

Jumaat, 17 Oktober 2008

3 Hala Tuju Pelabur Wall Street

Apabila berlakunya pesta kejatuhan saham, yang dibebabkan oleh masalah bank yang disebabkan oleh sub prima, Maka pelabur agak kehilangan arah.

Banyak tiga teori pelaburan timbul.

1. Emas sebagai "Save Heaven"
2. Simpan Wang Tunai dahulu
3. Sekarang ini masa sesuai untuk melabur.

ramai yang pilih emas dan tunai.

Terdapat 3 entiti disini, iaitu emas, fulus, dan saham.

Apabila saham dijauhi, dan beralih kepada fulus, maka permintaan fulus akan meningkat. Nilai fulus akan naik.

Akan tetapi apabila emas juga dijadikan pilihan untuk memparkirkan kekayaan, maka harga emas juga tinggi.

Keadaan ini agak pelik apabila melihat banyak komoditi jatuh akibat kenaikan dollar, akan tetapi tidak berlaku pada emas.
Pelabur Wall Street ini sebenarnhya bilahkan percaya emas sesuai untuk dijadikan matawang, akan tetapi ianya hanya sebagai platform selamat buat sementara dan bersedia meletakkan kekayaannya di Wall Street untuk mengaut kekayaan.

Untuk melihat nilai USD sekarang ini randah atau tinggi, tidak boleh lihat graf emas, kerana wujudnya permintaan sementara ini. Maka perlu lihat kenaikan dollar pada graf Dollar berbanding harga komoditi lain dan matawang lain.

Maka dijangkakan Pelabur Wall Street yang membeli emas ini akan menjualnya kembali apabila wallstreet dilihat tempat sesuai untuk melabur. Ia akan menampakkan kejatuhan harga emas sedikit.

Sebentar tadi emas jatuh sedikit, ke tahap USD 780. Kali ini atas sebab apa?
Permintaan dollar terlalu tinggi, sehingga dollar meningkat, dan menjatuhkan sedikit emas dan minyak.

Tatkala emas tetap dijadikan buruan, sehingga bank negara sudah tidak keluarkan Kijang Emas, harga emas boleh turun? Nampak tidak logik.

Maka manfaatkanlah kenaikan dollar sementara ini untuk menyimpan emas atau getah.

Catatan ini bersifat mengikut masa, dan mungkin tidak sesuai untuk dibaca pada 1 bulan selepas catatan ini ditulis.

Khamis, 16 Oktober 2008

Rejim Sumber Terbuka

Mungkin ada yang tidak faham apa dimaksudkan oleh ulasan saya pada topik Sekolah seluruh Malaysia mulai guna OpenOffice.org mulai tahun depan

Langkah ini boleh diibaratkan sebagai Amerika yang membunuh rakyat iraq, dan memaksa "demokrasi".

Apa tujuan sumber terbuka?
Apa sumber terbuka?
Apa Perisian bebas?

Ramai yang tidak faham maksud Perisian Bebas.
Perisian Bebas, dalam bahasa Inggerisnya ialah Free Software.

Apabila tidak membaca takrifan "Free Software" oleh FSF, maka ramai yang menyangka ianya adalah perisian percuma.


Free software is a matter of liberty, not price. To understand the concept, you should think of free as in free speech, not as in free beer. 



Bebas dan percuma adalah dua perkara yang berbeza, namun ianya adalah "free" dalam Bahasa Inggeris.

Penterjemah Ubuntu telah tersalah terjemah "Perisian Bebas" kepada "Perisian Percuma".


Jika OpenOffice adalah Perisian Bebas. Sebarang paksaan supaya ia digunakan adalah terlalu bercanggah dengan prinsip perisian bebas.

Maka ia boleh diumpamakan  Amerika yang membunuh rakyat iraq, dan memaksa "demokrasi"

Ramai penyokong sumber terbuka, agak gembira jika OpenOffice digunakan di sekolah. Sesuatu yang tidak dapat dikecapi suatu ketika dahulu.

Namun, sekira ianya dipaksa, maka mana kebebasannya?

Saya lebih suka paksaan dalam bentuk spesifikasi, supaya wujud lebih kebebasan memilih perisian.

Secara demoktratiknya, format OpenDocument telah diundi oleh badan piawai seluruh dunia sebagai ISO/IEC 26300.

Kerajaan boleh paksa penggunaan spesifikasi piawai.

Namun, spesifikasi itu boleh juga digunakan oleh perisian lain, tidak semestinya sumber terbuka.

Sekiranya spesifikasi ISO/IEC 26300 itu diwajibkan, maka bolehlah wujud persaingan sihat dikalangan perisian-perisian, tidak kira samada perisian itu sumber terbuka atau tidak.

Sekiranya OpenOffice diwajibkan, mana ruang untuk perisian lain yang mengikut piawai untuk masuk.

Sumber terbuka atau perisian bebas tidak bermaksud Anti-Pengkomersilan. Perisian sumber terbuka boleh dijual kalau kena syaratnya. Baca lesen awam perisian itu.

Perisian OpenOffice.org bukanlah satu perisian yang terlalu sempurna untuk diwajibkan.
Penggunaan memori dan CPU amat tinggi terutama sekali untuk pengguna komputer cabuk.

Sekiranya hanya format OpenDocument diwajibkan. Komputer cabuk masih boleh digunakan kalau ada perisian yang menyokong ODF, tetapi menggunakan memori dan CPU yang rendah.

Kalau dibandingkan Abiword dengan OpenOffice.org Writer, mana yang guna memori lebih banyak?

Bandingkan Gnumeric dengan OpenOffice.org Calc.

Dari sudut bahasa, Abiword telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu hampir lengkap (99%). (lihat ms_MY)
OpenOffice.org Write bagaimana?

Gnumeric telah diterjemah sebanyak 28%. Bila-bila masa Kementerian Pendidikan boleh suruh sesiapa siapkan terjemahannya jika mahu.

Dia Poyo? Engkau Poyo? Malaysiakini Poyo?

Sebenarnya saya tak tahu apa maksud sebenar "Poyo".


Setelah membaca catatan menarik tentang Budaya Poyo, saya menjadi mushkil adalah itu maksud sebenar poyo.


Apa maksud poyo?

Rabu, 15 Oktober 2008

Andai Kata Buluhmas Tak Ambil Deposit

Sebenarnya saya mendapat penerangan tentang Buluhmas ini berbulan yang lalu, akan tetapi penerangan yang saya dapat itu hanya setakat bahagian pertama.

"Membantu IKS" dan "Pengiklanan", tidak masuk cerita dapat pencen ataupun pendapatan.

Pada mulanya saya melihatnya sebagai menarik juga kerana nak bantu IKS pasarkan produk.

Masalahnya kebanyakan IKS mengeluarkan produk yang lebih kurang sama. Buat sos, buat air, banyak syarikat buat produk sama.

Bagaimana buluhmas membantu mereka.

Maka saya telah diceritakan oleh seseorang, bahawa selepas membayar sebanyak RM 15, dapat sticker dan dapat baucher barangan.

Rupanya barangan itu tidak boleh dipilih. Maksudnya suka atau tidak, memandang barangan itu adalah keperluan, maka ambil sahajalah barangan itu. Untuk membantu IKS.

Akan tetapi, saya terfikir, urusniaga ini akan menjadi semi-setuju, kerana kita tidak boleh memilih jenis barang.

Maka IKS yang berkait dengan buluhmas sahaja yang boleh dilarapkan produknya.
(Larap == cepat jalan)

Bagaimana kalau ada 10 pengeluar sos? Apa kriteria buluhmas gunakan untuk pilih pengeluar sos yang mana yang dia pilih.

Saya tidak nampak bagaimana buluhmas boleh bantu IKS, selainkan dia boleh bantu IKS yang dipilih sahaja.
Itupun menggunakan cara semi-setuju.

Apa akan terjadi pada IKS itu?
IKS itu akan dibuat oleh permintaan palsu akibat daripada penjualan secara semi-setuju oleh Buluhmas. Ianya tidak menunjukkan permintaan sebenar oleh pelanggan.

Maka, amalan mengeluarkan produk berasaskan permintaan tidak berlaku pada IKS terbabit.

Di laman web Buluhmas, terdapat kenyataan.
Upah yang menyamai RM10.00 keatas akan ditolak 15% dan digantikan dengan produk yang sama nilai di pasaran.
Ini juga satu contoh penjualan produk secara semi-setuju.

Saya tidak mahu cerita soal "pencen" "upah" kerana saya tidak diberitahu tentangnya, walaupun ia agak menggiurkan bagi sesetengah orang.

Buluhmas mempunyai kedainya sendiri bernama Buluhmas Mart.

Saya tidak nafikan bahawa, faktor peruncit juga memainkan peranan untuk melakukan produk yang tidak berapa laku. Akan tetapi ada hadnya.

Merchandising (urusan barangniaga) menyebabkan sesuatu brangan boleh laku atau kurang laku.

Produk IKS boleh diletakkan di aras mata, atau depan pintu, atau depan kaunter supaya ianya lebih tampak dan meningkatkan jualannya. Akan tetapi ada hadnya. Kawasan yang mudah dilihat mempunyai nilai yang tinggi. Kalau selamanya kawasan 'top' digunakan untuk memperagakan produk kurang laku secara simpati, maka peniaga akan rugi.

Walaupun secara kebiasaanya depan kaunter diletakkan barangan yang 'pembelian impuls' , ianya boleh digunakan untuk mempromosikan produk IKS, secara bertukar-tukar.
Hari ini sos mak minah, esok jus dollah.

Bila tengok gambar susunatur kedai di laman ini, terasa pelik. Bagaimana dia nak tolong IKS.

Ada shampu di atas, ada shampu di bawah, Ubat gigi disusun tidak memudahkan membaca jenama.
Sos disusun secara "kembang".

Apa dia risau, barang yang tidak berapa laku boleh dijual secara semi-setuju.

Selasa, 14 Oktober 2008

Hanya 178 Terima Anugerah Negeri Melaka

Pada 1985, 23 tahun yang lalu,  di Negeri Melaka, ketika hari keputeraan TYT.
1 gelaran Datuk Seri dan hanya 3 gelaran Datuk dikurniakan.

Itu pun yang menerima Gelaran Datuk Seri itu adalah Perdana Menteri yang Pertama, Tunku Abdul Rahman.

klik untuk besarkan.
 


Berbanding dengan tahun ini  78 Datuk dikurniakan dan tahun lepas 80 orang Datuk.
Jumlah keseluruhan penerima anugerah ialah 178 pada tahun 1995, berbanding 758 pada 2008, dan 1183 pada 2007.

Berapa agaknya kadar inflasi gelaran Datuk?
Kalau pada 1985, hanya 4 orang dapat gelaran Datuk ke atas, tahun ini 78 orang.
Maka inflasi gelaran Datuk adalah 1950 %.

Nilai "Datuk" Negeri Melaka kini hanya  5.1% daripada nilai Datuk pada tahun 1985. Kemerosotan nilai sebanyak 94.9%.
Susut nilai yang agak tinggi.

Kalau dahulu, semua penerima pingat boleh disenaraikan dalam akhbar.

DSM, Darjah Seri Melaka,tanpa gelaran Datuk pun dipaparkan muka di akhbar.
.

Harap maaf gambar tidak jelas. Tangan goyang.

Sistem Ekonomi Kapitalis, Soasialis, Islam. Eh Mana Sistem Ekonomi Melayu?

Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan.

Benda yang tiada di adakan, maka betulkan ianya tidak ikut peraturan,

Ketika musim krisis ekonomi ini, golongan sosialis kuat menghentam kapitalis. biarlah.

Ada juga pemimpin Malaysia yang salahlan liberisasi ekonomi sebagai punca. Dalam erti kata lain, "pengswastaan" yang salah.

Samada nasionalisasi atau tidak nasionalisasi. Kapitalis atau sosialis. Kesemua itu tidak pro kepada percetakan wang kertas berleluasa, dan pinjaman daripadan "thin air" terlalu dipermudahkan.

Pakdi tanya Mana dia Sistem Ekonomi Islam? 

Kalau setakat sebut sistem Islam lebih baik dari sistem Kapitalis, budak ngaji PASTI pun boleh sebut.
 Adakah ekonomi islam itu "sistem" atau peraturan?

Saya melihat akan ianya satu peraturan. Buatlah apapun sistem, tetapi ikut peraturan.

Peraturan Muamalat.

satu ialah satu
dua adalah dua.
Kalau tak mampu bayar pinjaman tidak boleh pinjam.
jual beli mesti jelas.

semua itu peraturan, dan tidak kelihatan sebagai sistem.

Dr Yusuf Qardhawi telah mengulas tentang Krisis ini.

Replace capitalism with Islamic financial system: cleric



Walaupun tajuk berita bercakap tentang sistem, tetapi kandungannya ialah tentang falsafah.


"The collapse of the capitalist system based on usury and paper and not on goods traded on the market is proof that it is in crisis and shows that Islamic economic philosophy is holding up,"

"The Western system has collapsed and we have a complete economic philosophy as well as spiritual strength," 

"All riches are ours... the Islamic nation has all or nearly all the oil and we have an economic philosophy that no one else has,"

"profit from the crisis to bring about the triumph of the (Islamic) nation, which holds the spiritual and material resources for victory."


Ayat pertama sudah jelas menyalahkan sistem kewangan yang tidak mengikut peraturan adalah punca krisis.

Wang kertas  dari thin air
Pinjaman dari thin air
pinjaman dari thin air itu boleh dijual beli.
Penilaian pinjaman berasaskan nilai pada kertas , tetapi nilai itu berubah-rubah.


Saya pernah mempersoalkan, bagaimana nilai pinjaman boleh sama kalau dinilaikan dalam ringgit yang boleh berubah.

Tetap akan timbul satu persoalan lain, bagaimana nak dapatkan nilai yang sama kalau nilai matawang yang digunakan untuk menilai hutang itu berubah?

Hutang Abu bernilai RM 20,000 pada 2001, ketika itu 66 dinar
Ahmad ingin membeli hutang itu RM 20,000 pada tahun ini, tapi nilai itu kini 50 dinar sahaja.

Ahmad patut beli hutang itu pada nilai 66 dinar atau pada nilai RM 20,000 ?

Memang pening kalau nak merealisasikan kewangan islam selagi masih menggunakan wang kertas.

Andaikata penggunaan wang emas direalisasikan, barulah boleh senang kira, Ahmad beli hutang Abu yang bernilai 66 dinar itu sebanyak 66 dinar juga.

Begitu juga pinjaman rumah secara islamik, menggunakan nilai yang diakadkan dalam ringgit.

Andai kata baki pinjaman rumah saya ialah RM 40,000 , tiba-tiba berlalu krisis inflasi seperti Zimbabwe pada matawang ringgit, dan RM 40,000 itu hanyalah harga sebuah basikal. Pasti bank akan rugi.
 
 Kalau Ustaz Zaharuddin tak jawap, saya tak taulah siapa lagi akan jawap.


Pinjaman zaman duit kertas ini agak pelik kerana wang yang dipinjamkan diambil daripada  "thin air".

Ada sesiapa sini pernah pinjam duit di bank , sebagai contoh RM 20,000  kemudian minta bank tunjukkan Mana dia emas bernilai RM 20,000 itu?

Fed boleh bail out 70 billion. Ron Paul agaknya terlupa nak tanya, "Boleh tunjukkan emas bernilai USD 70 bilion itu?"
Atau mungkin, dia cakap, bail out mesti dalam bentuk emas. Tercirit Fed cari emas bernilai 70 bilion.


Melayu ada sistem ekonomi kah?

Berdasarkan pantun Melayu.
 
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar 
Hutang budi dibawa mati

Tidak pula dinyatakan hutang emas itu boleh dibayar dengan emas atau hanya dengan pisang emas.

hehe

Google+ Hasbullah Pit