Diberitakan bahawa
Khairul Faizi telah ditangkap ketika mengedar risalah anti PPSMI .
Kejadian berlaku hanya
beberapa jam selepas Khairul Faizi membalas ulasan saya di blog beliau.
Polis yang menangkap Faizi bolehlah digelarkan sebagai Polis British, kerana menjaga kepentingan British, supaya Bahasa Inggeris tetap penjadi pujaan di British Malaya.
Di Buletin Utama pula diceritakan cerita indah tentang Henry Gurney, Pesuruh Jaya British. Pembunuhannya oleh Komunis dikatakan "
kerana inilah orang tanah melayu bangun menentang komunis".
Tengkorak reput Henry Gurney di perkuburan Cheras pasti bergembira, masih ada pihak yang memujinya.
Masih ada polis ternakannya yang jaga kepentingan British, menangkap Khairul Faizi.
Nasib baik Henry Gurney mati di sini, kalau dia mati di Palestin semasa serahkan tanah umat Islam kepada Israel, pasti dia akan dikeji.
Kuburnya di Malaya ditulis
In proud and loving memory of Henry Lovell Goldsworthy Gurney K.C.M.G. High Commissioner for the Federation of Malaya 1948–1951 Born 27 June 1898 Died 6 October 1951 Greater Love Hath No Man Than This That A Man Lay Down His Life for His Friends R.I.P.
Kepala hotak dia.
Komunis nak bunuh dia, bukan saja-saja nak bunuh pemandu Melayu.
Nak buat apa komunis nak bunuh pemandu Melayu?
Kejadah apa dia dijadikan hero kerana nak selamatkan pemandu melayu?