test

Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Disember 2008

Mutaligat & Zubli Ketagih Politik Harga Minyak?

Kerajaan Tagih Subsidi atau Mutaligat Ketagih Politik Harga Minyak?
Atau Zubli yang lebih ketagih politik harga minyak?


Pengasas politik harga minyak di Malaysia adalah Anwar Ibrahim, dia yang banyak cakap fasal turunkan harga minyak.

Apabila harga minyak turun, tetapi harga barang tidak turun, maka ia menunjukkan teori Anwar Ibrahim gagal.

Namun, masih boleh bagi penagih politik harga minyak untuk meneruskan ketagihannya dengan cara:-
1. Terus salahkan BN bila harga barang tak turun, tanpa menunjukkan bahasa teori Anwar gagal
2. Terus mengatakan kerajaan ambil subsidi apabila harga minyak semasa lebih rendah daripada harga semasa.

Eh tunggu,
Kejadian harga minyak semasa lebih rendah daripada harga runcit petrol telah berlaku berbelas yang lalu.

Ketika tahun 90an sebelum berlaku krisis kewangan 1997, harga minyak semasa juga rendah daripada harga runcit.
Bayangkan harga minyak dunia ketika itu adalah dibawah USD 30, dan tukaran ringgit dengan USD adalah dalam lingkungan 1 USD = RM 2.50 - RM 2.60. Harga minyak semasa rendah berbanding harga runcit, dan hanya diturunlan 3 sen sahaja kepada RM 1.10.

Disebabkan wujudnya polisi harga minyak tetap, maka ianya dibiarkan sahaja.

Dan disebabkan ramai yang masih mampu, tidak pula kedengaran persoalan kerajaan tagih subsidi daripada rakyat ketika itu.

Politik harga minyak tidak dijadikan satu ketagihan ketika itu.

Apabila berlakunya krisis 1997/1998 harga minyak naik 10 sen dari RM 1.10 ke RM 1.20 punca utama ialah kejatuhan ringgit. Harga minyak semasa tidak lagi semurah dulu apabila ringgit jatuh.

Apabila berlakunya pengembalian harga minyak daripada "dirt cheap" ke harga sepatutnya, maka harga minyak dunia naik sedikit demi sedikit mencecah 140 USD.

Namun politik harga minyak dimainkan supaya minyak murah, apabila kerajaan beri subsidi, tetap dipersoalkan kenapa minyak naik. Akan tetapi apabila turun, kerajaan akan dipersoalkan kenapa harga minyak masih lambat turun.

Mana dia polisi harga minyak tetap yang mengstabilkan harga minyak Malaysia sejak berpuluh tahu yang lalu?
Adakah ia mahu digantikan dengan polisi harga minyak apung?

Itu persoalannya. Kalau mahu harga minyak runcit ikut harga minyak dunia, maka kita perlu rela harga minyak runcir mencecah RM 3.10 ketika puncak dahulu.

Kalau mahukan polisi harga minyak tetap, satu harga tetap perlu dicadangkan dan ianya tetap sepanjang tahun.

Sekarang ini, politik harga minyak terlalu populis, mahu yang urah sahaja, tetapi tidak mahu tinggi.

dan 90% faktor turun naik harga minyak dalah bergantung kepada USD, dab bukannya penawaran dan permintaan.

Tidakkan kita rasa bodoh apabila terikut rentak Amerika.

Harga minyak dunia dalam USD turun kerana nilai USD naik.

Amerika seperti biasa mahukan harga minyak rendah supaya boleh beli apa-apa dengan duit yang dicetaknya. Sudah dibailout bertrilion pun nilai USD masih tinggi.

Jadi sebagai blogawan PAS, yang mendokokng Islam, saya lebih suka PAS menjurus kepada Muamalat, harga minyak tidak tetap dan matawang ialah emas.

Pernah tengok graf harga minyak dalam emas?
tengok yang kuning

Annual average cost of crude from 1946 to 2008


Harga minyak dalam gram emas lebih kurang tidak meningkat sejak berdekad yang lalu.

Kalau kita guna Dinar emas dan Dirham Perak, maka harga minyak mungkin tidak dijadikan persoalan.

Rakyat yang tentukan nak undi parti politik pro ekonomi Keynessian atau sebaliknya.
 Tapi apa yang rakyat ada hanyalah politik yang pro keynessian tetapi sedikit populis.

Isnin, 1 Disember 2008

Audio Umar Ibrahim Vadillo di UPM 28 Nov 2008

Beberapa hari lalu saya perlu "melabur" dalam bentuk pelaburan ilmu dengan perlu bersama isteri ke "Public Talk" oleh Umar Ibrahim Vadillo, di UPM.

Tajuk: The twilight of capitalism: muamalat - The way forward





Terima kasih kepada Rausyanfikir kerana memberitahu.

Kalau hendak diterangkan keseluruhan ceritanya dalam satu catatan blog memang agak sukar.
Kalau hendak dijadikan transkrip pun rasanya tidak terdaya.

Berikut adalah audio MP3 ceramah Umar Ibrahim Vadillo
Sila tekan shif+klik untuk memuatturunnya.


Buat transkrip sendiri.

Ahad, 30 November 2008

Dziauddin Sharif Pakatan Dinar atau Barisan Dollar?

Pagi tadi saya terkejut membaca catatan Saudara Dzaiauddin Sharif berkenaan tindakan OPEC ingin mengurangkan bekalan dikatakan sebagai "Perbuatan keji".

Saya menghormati pandangannya namun saya tidak bersetuju.


Seperti yang saya faham, harga minyak dunia dalam USD turun kerana kenaikan melampau USD akibat daripada penjualan saham berleluasa, dan meningkatnya permintaan "Tunai" sebagai alternatif pelaburan.

Apabila saham jatuh, pelabur menjual saham yang ada dan menyimpan tunai USD secara fizikal, kerana takut bank muflis.

Banyak komoditi jatuh akibat kenaikan melampau USD termasuklah getah dan kelapa sawit.

Harga emas kurang jatuh kerana ia menjadi pilihan "save heaven" bagi pelabur selain daripada tunai.

Fenomena ini  digelar "False Dollar Rally".

Ini  menjadikan nisbah harga minyak berbanding emas begitu rendah, maka harga minyak rendah.

Apabila OPEC melihat harga minyak hanya pada USD, maka mereka seolah-olah mengiakan supaya mereka diliwat oleh Amerika lagi.

USD adalah punca Amerika mempeolehi minyak murah selama 22 tahun , dan kemudian akan sambung lagi?

Cuba lihat situasi sekarang, Amerika dalam krisis, Saham jatuh, Bank muflis sana sini, Citi Bank tidak di selamatkan oleh Bank K, akan tetapi, nilai Dolarnya tinggi supaya boleh membeli segala mak nenek komoditi dalam dunia ini dengan murah.

Bagi saya mereka boleh diibaratkan meminta masa tambahan supaya tidak tergolek.

Amerika yang keji, bukan OPEC.

Tiba masa OPEC atau pengeluar minyak bukan OPEC seperti Malaysia melihat harga minyak dalam dinar.
Mana cartanya?

Takkanlah semua hendak diharapkan pada Umar Vadillo, mungkin kita perlu sediakan.

Jumaat, 28 November 2008

Tender/Bida Barang Kemas Bank Rakyat

Ini adalah gelang emas, adakalanya di panggil "Bangle"?



Terlalu banyak permintaan di blog wawa meminta supaya diberitahu kaedah membida Barang Kemas yang di'lelong' di Bank Rakyat.

Apabila Ahmad gadaikan emas, tak mampu bayar maka bank akan 'lelong'.

Akan tetapi lelong itu bukanlah jenis lelong di Ebay atau lelongan fizikal yang Husin Lempoyang gunakan untuk mendapatkan tukang urutnya.

Ianya lebih kepada 'tender', umpama tender terbuka, siapa letak harga tinggi dia dapat.

Jumaat lepas, saya singgah di Bank Rakyat Melaka untuk menggadaikan sesuatu, kerana nak mencuba apa rasanya menggadai emas. Kalau tidak cuba maka tidak tahu.

Di bahagian luar bilik, terdapat pameran emas yang dinyatakan beberapa makluman.

Ketulenan: 21K atau 22K   
berat: cth 12.91g
no akaun barangan itu.
Harga minimum. contoh RM 1079.00


Maka saya agak mushkil, adakah dia mahu menjual emas itu pada harga itu?

Kelihatan harga di situ agak murah berbanding kedai emas.
1079/12.91 = RM 83 per gram.

Oleh kerana saya biasa melihat harga emas di kedai emas , di Public Bank, maka nampak jelas ianya murah.

Akan tetapi dengan berbekalkan RM 1079 anda tidak boleh dapat emas itu.

Maka saya bertanyalah pada 'Pak Guard' yang ada di situ.
Ini apa?
"Lelong"
"Ohhh"
"Bagaimana nak masuk"
"kena isi borang"
"Siapa paling tinggi dia dapat"

Namun kita tidak boleh sesuka hati mengisi borang, kerana ia menggunakan konsep tender.
1 borang RM 5, perlu di bayar di kaunter.

Isi borang, ambil nombor, bayar, isi dalam kotak.

Maka, pilih dulu gelang kah rantai kah, lihat harga minimumnya, markup sedikit dan masuk tender.

Bahagi harga minimum dengan berat emas itu.

Berdasarkan kemampuan, maka letaklah harga yang agak sesuai dengan keadaan semasa.

Kalau emas itu harga minimumnya RM 83 pergram, kalau letak harga RM 84 per gram maka mungkin harga akan dipintas oleh orang lain.

Saya mengambil kira, kalau letak harga RM 100 per gram sekalipun, ia tetap lebih murah daripada kedai emas (walaupun ia agak tinggi berbanding harga emas public bank)


Maka terpulanglah nak letak berapa. Risiko yang ada ialah, kalau kalah, hilang RM 5.
Kalau memang, MESTI beli.

Ikut hukum Islam, wajib beli kalau sudah letak harga.

Namun Bank Rakyat meletakkan syarat 7 hari , bagi pemenang untuk membeli barang kemas itu.

Terima Kasih kepada Pak Guard Bank Rakyat Melaka Jalan Hang Tuah kerana telah memberikan maklumat yang berguna.

---

Ketika saya membelek harga emas itu minggu lepas, kedengaran juga akak yang berkata, "Kalau beli di kedai emas, boleh minta kurang".

Di sini konsepnya terbalik, ianya rendah, kemudian kena lawan siapa tinggi supaya dapat. Hasilnya akan jadi lebih murah daripada beli di kedai emas yang siap ditawar.

Di kedai emas, tauke biasanya akan turunkan upah, jarang pula turunkan harga.

--

Lelongan Bank Rakyat bukan setiap hari, ianya ada beberapa hari dalam sebulan sahaja, bergantung kepada ada barang yang hendak dilelong atau tidak.

Rabu, 12 November 2008

Cetak Duit Fiat Tak Semestinya Inflasi

Ini adalah sebahagian daripada tulisan Ustaz Zaharuddin pada catatan bertajuk Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex
Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.

Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh.

Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.

Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu inflasi akan berlaku. Contoh mudahnya, jika dahulu RM 5 boleh membeli ayam sekilogram, selepas inflasi RM 5 hanya boleh membeli ½ kilo ayam.
 
Mari kita berfikir diluar kotak.
Apa terjadi kalau sesebuah negara kurang cetak duit?

Secara kebiasaan, orang ekonomi di dalam kotak, akan berkata bahawa pencetakan wang berlebihan dan pemberian kredit berleluasa akan mengakibatkan inflasi.

Ianya sebenarnya betul dalam konteks tertentu tetapi tidak semua.

Untuk matawang yang diapungkan sepenuhnya teori itu boleh digunakan.

Apa terjadi kalau M1,M2,M3 sesebuah matawang tidak bertambah langsung?
Itulah sesuatu yang perlu difikirkan kalau kita benar-benar nak menggunakan dinar emas dan sistem ekonomi Islam.

Kita ambil satu contoh negara X, dia sememangnya tidak mencetak matawangnya berlebihan, mengawan kredit cantik-cantik, nilai matawangnya akan stabil.

Harga ayam 5 matawang itu sekilo, akan tetap 5 matawang itu sekilo.

Tetapi, negara X itu nilai matawangnya akan kelihatan terlalu tinggi berbanding matawang lain. Maka eksport negara X itu akan menjadi mahal, dan akan berlaku kemelesetan keekomi di negara X kerana eksport berkurang.

Tidakkan ia sesuatu yang pelik?

Jadi negara yang guna wang fiat, akan terus mencetak duitnya supaya lebihkurang stabil dengan matawang yang berdagang dengannya.

Kita bolehlah memanggil aktiviti ini sebagai "Pesta merayakan inflasi bersama".

Sejarah telah menunjukkan kalau ada negara yang guna gold standard, ia akan lambat sedikit memulih ekonomi berbanding negara yang lari daripada gold standard.


Great Britain, Japan, and the Scandinavian countries left the gold standard in 1931. Other countries, such as Italy and the United States, remained on the gold standard into 1932 or 1933, while a few countries in the so-called "gold bloc", led by France and including Poland, Belgium and Switzerland, stayed on the standard until 1935-1936.

According to later analysis, the earliness with which a country left the gold standard reliably predicted its economic recovery. For example, Great Britain and Scandinavia, which left the gold standard in 1931, recovered much earlier than France and Belgium, which remained on gold much longer. 

Perkara yang lebih kurang sama boleh dilihat dalam konteks yang lain iaitu, negara yang memudahkan pinjaman akan pulih ekonomi dengan lebih cepat.

Memberi pinjaman daripada "thin air", serupalah dengan mencetak duit daripada "thin air". Kalau bukan bank kerajaan yang cetak, tetapi orang biasa yang mencetaknya, orang biasa itu akan ditangkap.

Kelakar juga sistem matawang fiat ini.

Kalau kita tengok balik sejarah, terdapat banyak negara kaya dan kuat ketenteraannya, tidak mahu menerima hakikat kemiskinan apabila emasnya berkurangan.

Amerika Syarikat dan Britain.

Kita lihat Britain, ketika perang dunia pertama, mereka menggantungkan penebusan emas bagi matawangnya.
Tak ada duit, ada hati nak berperang. Sudahlah dirompaknya bijih timah dan getah dari tanah air kita, itupun mereka tidak cukup emas untuk membenarkan rakyatnya menebus emas.

Ketika perang dunia kedua pula, Britain membeli senjata menggunakan emas daripada Amerika sehingga emasnya tinggal sedikit.

Amerika yang kehabisan duit akibat perang vietnam, sudah tidak mahu membenarkan emas ditebus lagi.

Ini apa cerita?

Sudah kehabisan emas, tidak mahu mengaku miskin, tetapi cetak lagi duit.

Teori ekonomi yang mengatakan jangan cetak duit banyak-banyak, sebenarnya telah diterbalikkan oleh Amerika dengan menjadikan sebagai "Cetaklah banyak manapun, asalkan permintaan ada".

Kita lihat senario hari ini.
Ya hari ini. (11 November 2008), setelah bailout 400 bilion dan 700 bilion, nilai USD naik sehingga menekan harga emas dan minyak kebawah.

Maksudnya, mereka dalam krisis kewangan, tetapi mereka ada lebihan wang 1.1 trilion USD dan dan nilainya lebih tinggi daripada sebelum ini. Kali ini Siapa pula akan kena baham.?

Berbalik kepada persoalan diluar kotak, Apa terjadi kalau sesebuah negara kurang cetak duit?

Ada tempat, inflasi disebabkan oleh cetakan wang berlebihan. Akan tetapi ada tempat, inflasi disebabkan oleh tukaran wang asing akibat daripada tambatan itu ini.

Pada 1998, Ringgit ditambat dengan USD, tetapi Amerika cetak duit, dapat duit yang dicetak, kita terima inflasi. Malaysia dapatkah duit yang Amerika cetak itu?

kemudian 2005, ditambah dengan beberapa matawang asing. Matawang lain dicetak lebih, adakah ringgit dicetak pada kadar yang sama?

Amerika mencetak duit dan menguasai dunia, Negara lain diajar pula supaya jangan cetak duit.

Saya bukan pro kepada matawang fiat, akan tetapi alang-alang bersilat dalam sistem ekonomi fiat, lebih baik fiat dalam keadaan banyak duit berbanding fiat dalam keadaan duit sedikit.

Mungkin sejarah 1979/1986 berulang.
Akibat daripada kenaikan mendadak harga komoditi 1979, kemudian berlakunya penurunan  harga komoditi melampau 1986.

Tahun ini juga harga komoditi naik kepada yang sepatutnya,tahun ini juga harga komoditi turun ke tahap diluar jangkaan.

Negara pencetak duit sahajalah yang mewah membeli komoditi yang murah daripada negara yang kaya sumber asli.

Amerika buat-buat risau kenaikan harga komoditi, kita juga tersungkur.

Malaysia dan Indonesia sebenarnya cukup kuat untuk mengeluarkan syarat "tiada emas, tiada minyak sawit".

Isnin, 10 November 2008

Hari ini Ustaz Zaharuddin bercakap macam Van Eeden

Hari ini Ustaz Zaharuddin bercakap macam Van Eeden, Mike Hewitt,  Ron Paul etc...


Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex» www.zaharuddin.net - 


 Belum ada ulasan oleh saya.

Selasa, 4 November 2008

Re: DINAR EMAS (Perhatian: Chedet)

Pagi tadi saya berborak dengan seorang staff Maybank Melaka Main, yang masih ingat lagi muka saya yang pernah beli kijang emas 2 tahun lepas. Ramai orang mendepositkan wang ke bank tempatan berbanding dahulu kerana kurang yaking kepada bank asing. merujuk kepada HSBC.

Saya tanya stok, hanya 1/4 aun kijang emas sahaja yang tinggal.

Chedet telah menulis tentang Dinar Emas hari ini. Tidak pasti pula, tulisan tentang Dinar Emas oleh CheDet "kebudak-budakan" atau tidak.



1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

Belum ada sesiapa nak wawancara saya lagi. Rausyanfikir ada juga masuk siasah



2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

setuju

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

Ketika itu, wujudnya sistem tukaran matawang dengan Amerika, tetapi emas masih boleh ditebus dengan pada kadar 35 USD 1 aun. Bretton Wood, masih boleh dikira sebagai "Gold Standard" juga.


4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

Ketika itu nilai emas sebenarnya bukan 35 USD, namum boleh ditebus dengan 35 USD 1 aun.


Paul Van Eeden menulis:


By 1968, when the London Gold Pool croaked, US gold reserves had declined more than fifty two percent from their 1957 levels. In 1971 US gold reserves were 9,070 tonnes, only seventy-two tonnes more than they had been in 1935. It was clear that thirty-five dollars were no longer worth an ounce of gold. But what should the gold price have been?

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

British adalah negara yang lambat sertai Bretton Wood. Ketika perang dunia ke dua, British telah membelanjakan emasnya untuk membeli senjata dari Amerika.

British juga lambat kembali ke Gold Standard selepas perang dunia pertama.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.


Ini adalah punca segala malapetaka. Amerika cetak duit lebih untuk perang Vietnam, kemudia tidak mampu lagi nak sediakan emas kalau negara lain tebus.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.
Termasuklah negara kita.



8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.
Tambahan: Nilai emas ditekan dengan meminjamkan emas daripada simpanan Bank Pusat untuk mencukupkan bekalan emas sehingga emas jatuh. Apabila emas jatuh, USD naik.



9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

Amerika guna "Federel Reserve Notes", British yang guna "Bank Notes".
Kedua-dua asalnya menggambarkan emas yang kononnya wujud. Tapi kini Bank Notes dan Federel Reserve Notes tidak boleh tebus emas.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

Apa kurangnya Malaysia.
Siapa yang banyak meminjam, dia yang hidup mewah, kereta besar, rumah besar, bini besar.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

Malaysia juga telah menjamin deposit bank sehingga 2010, bailout dari "atas angin"?

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

Siapa ya yang menggalakkan pinjaman kereta, sehingga boleh bayar 9 tahun dan kadar faedah amat rendah?
(Pasca 1998)

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.
Teringat pada catatan Pakdi yang mengatakan, Insurans juga melabur pada saham dan guna matawang kertas.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

Mungkin perlu kepada Perjanjian Ala Bretton Wood dahulu kemudian Gold Standard kemudian barulah emas fizikal.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.
Dinar emas juga sepatutnya boleh digunakan untuk urusan jual beli benda besar seperti Kambing,Lembu dan Kibas. Itupun kalau ada pesefahaman antara tauke kambing dengan tauke Emas, atau tauke kambing adalah juga tauke emas.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.
Sebenarnya cukup. Tetapi nilai emas itu akan melonjak berbanding kertas supaya menjadikan ianya cukup.
17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.
Ya.
18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.
Ya.
Mari kita kira berapa banyak 10 juta dinar itu.

10 000 000 * 4.25g
=  425000000
= 425000 kg
= 425 tan

Tapi rizab emas BNM hanya 36 tan.


19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

no komen

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

Permintaan terhadap emas perlulah realistik, dan bukannya pembohongan terhadap permintaan emas.
Langkah awal yang saya kenal pasti untuk mencari bahan dagangan yang boleh dijual beli dengan emas, seperti Kambing Husam Musa.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Che Det ketika bersara dulukan Menteri Kewangan I, tidak tahukah rizab emas Bank Negara hanya 36 tan? Emas telah digunakan untuk selamatkan krisis kewangan 1998, tanpa diganti.

Isnin, 27 Oktober 2008

Kecurian Emas Ar Rahn: Kerajaan Negeri Tanggung Semua?

Beberapa bulan lalu telah berlakunya rompakan di satu Cawangan Ar Rahn Kelantan yang melibatkan kehilangan emas bernilai  lebih 9 juta ringgit.

Bagi saya memanglah sepatutnya Ar-Rahn tanggung kerugiannya, itu sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

Walaubagaimanapun diberitakan di Harakah seolah-olah kerajaan negeri menanggung semuanya.


Saya tidak pasti samada editorial Harakah perenggan pertama itu sahih atau tidak. Sekiranya ianya sahih, ianya boleh diumpamakan bailout "Kerajaan Negeri" kepada Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn.

Di perenggan ke dua menunjukkan bahawa "PKINK" yang mem'bailout' Pusat Gadaian Ar-Rahn.

Adakalanya saya terfikir, tidakkah emas dalam gadaian itu tidak mempunyai perlindungan Takaful langsung?

Bagaimana agaknya kalau Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn bukan milik kerajaan negeri?
Bagaimana agaknya kalau kedai pajak gadai konvensional yang ingin menggunakan konsep Ar-Rahn, sekiranya dirompak, siapa mahu bailout?

Persoalan lain yang muncul di fikiran saya, ialah gantian itu dibuat dalam ringgit, Walaupun mengikut harga semasa, adakah gantian ringgit itu boleh membeli emas sama berat dengan emas yang hilang?

Kedai emas biasa, mengenakan "upah" dan harga yang dipaparkan di dinding kedai emas biasa agak tinggi dan "lambat jatuh" berbanding harga emas bank-bank.

Pada pendapat saya, emas itu digantikan dengan emas yang sama berat dan bukannya Ringgit.

Sekiranya emas yang digantikan itu ialah dinar emas, maka akan ada dinar emas bernilai 9 juta dalam kitaran.


Esok sudah boleh berniaga kambing yang boleh dijual menggunakan dinar.

Selasa, 14 Oktober 2008

Sistem Ekonomi Kapitalis, Soasialis, Islam. Eh Mana Sistem Ekonomi Melayu?

Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan.

Benda yang tiada di adakan, maka betulkan ianya tidak ikut peraturan,

Ketika musim krisis ekonomi ini, golongan sosialis kuat menghentam kapitalis. biarlah.

Ada juga pemimpin Malaysia yang salahlan liberisasi ekonomi sebagai punca. Dalam erti kata lain, "pengswastaan" yang salah.

Samada nasionalisasi atau tidak nasionalisasi. Kapitalis atau sosialis. Kesemua itu tidak pro kepada percetakan wang kertas berleluasa, dan pinjaman daripadan "thin air" terlalu dipermudahkan.

Pakdi tanya Mana dia Sistem Ekonomi Islam? 

Kalau setakat sebut sistem Islam lebih baik dari sistem Kapitalis, budak ngaji PASTI pun boleh sebut.
 Adakah ekonomi islam itu "sistem" atau peraturan?

Saya melihat akan ianya satu peraturan. Buatlah apapun sistem, tetapi ikut peraturan.

Peraturan Muamalat.

satu ialah satu
dua adalah dua.
Kalau tak mampu bayar pinjaman tidak boleh pinjam.
jual beli mesti jelas.

semua itu peraturan, dan tidak kelihatan sebagai sistem.

Dr Yusuf Qardhawi telah mengulas tentang Krisis ini.

Replace capitalism with Islamic financial system: cleric



Walaupun tajuk berita bercakap tentang sistem, tetapi kandungannya ialah tentang falsafah.


"The collapse of the capitalist system based on usury and paper and not on goods traded on the market is proof that it is in crisis and shows that Islamic economic philosophy is holding up,"

"The Western system has collapsed and we have a complete economic philosophy as well as spiritual strength," 

"All riches are ours... the Islamic nation has all or nearly all the oil and we have an economic philosophy that no one else has,"

"profit from the crisis to bring about the triumph of the (Islamic) nation, which holds the spiritual and material resources for victory."


Ayat pertama sudah jelas menyalahkan sistem kewangan yang tidak mengikut peraturan adalah punca krisis.

Wang kertas  dari thin air
Pinjaman dari thin air
pinjaman dari thin air itu boleh dijual beli.
Penilaian pinjaman berasaskan nilai pada kertas , tetapi nilai itu berubah-rubah.


Saya pernah mempersoalkan, bagaimana nilai pinjaman boleh sama kalau dinilaikan dalam ringgit yang boleh berubah.

Tetap akan timbul satu persoalan lain, bagaimana nak dapatkan nilai yang sama kalau nilai matawang yang digunakan untuk menilai hutang itu berubah?

Hutang Abu bernilai RM 20,000 pada 2001, ketika itu 66 dinar
Ahmad ingin membeli hutang itu RM 20,000 pada tahun ini, tapi nilai itu kini 50 dinar sahaja.

Ahmad patut beli hutang itu pada nilai 66 dinar atau pada nilai RM 20,000 ?

Memang pening kalau nak merealisasikan kewangan islam selagi masih menggunakan wang kertas.

Andaikata penggunaan wang emas direalisasikan, barulah boleh senang kira, Ahmad beli hutang Abu yang bernilai 66 dinar itu sebanyak 66 dinar juga.

Begitu juga pinjaman rumah secara islamik, menggunakan nilai yang diakadkan dalam ringgit.

Andai kata baki pinjaman rumah saya ialah RM 40,000 , tiba-tiba berlalu krisis inflasi seperti Zimbabwe pada matawang ringgit, dan RM 40,000 itu hanyalah harga sebuah basikal. Pasti bank akan rugi.
 
 Kalau Ustaz Zaharuddin tak jawap, saya tak taulah siapa lagi akan jawap.


Pinjaman zaman duit kertas ini agak pelik kerana wang yang dipinjamkan diambil daripada  "thin air".

Ada sesiapa sini pernah pinjam duit di bank , sebagai contoh RM 20,000  kemudian minta bank tunjukkan Mana dia emas bernilai RM 20,000 itu?

Fed boleh bail out 70 billion. Ron Paul agaknya terlupa nak tanya, "Boleh tunjukkan emas bernilai USD 70 bilion itu?"
Atau mungkin, dia cakap, bail out mesti dalam bentuk emas. Tercirit Fed cari emas bernilai 70 bilion.


Melayu ada sistem ekonomi kah?

Berdasarkan pantun Melayu.
 
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar 
Hutang budi dibawa mati

Tidak pula dinyatakan hutang emas itu boleh dibayar dengan emas atau hanya dengan pisang emas.

hehe

Ahad, 5 Oktober 2008

Krisis Ekonomi Amerika, 2 Pandangan Islam, 1 Sosialis

Sebelum membaca apa yang ditulis ini, anda perlu baca 2 pandangan berunsur islam tentang krisis Ekonomi amerika, dan satu pandangan sosialis.

 
 
 
 
Apabila catatan Hishamudin Rais disiarkan di Tranungkite, maka bersilatlah pengunjungnya mengatakan jangan terapkan ideologi sosialis.

Apa yang berlaku pada krisis di Amerika, sosialis atau kapitalis, ianya hampir tiada beza.
Kapitalis bail out kepada syarikat, sosialis bail out pada rakyat?

Tetap bail out.


Hishamuddin,

Sistem Islam tetap yang terbaik. Usah nak kempen kat sini.
 
samada sosialis ataupun kapitalis....tiada sistem ekonomi yang lebih baik melainkan sistem ekonomi islam


sistem kapitalis(kalau tak silap) berasal dari amerika sedangkan sistem ekonomi sosialis berasal dari komunis.....
 
sistem ekonomi Islam dah ada tak mau ikut
nak ikut kapitalis juga
tunggu dan lihat balasan Allah
terima ajer lah
susah sangat ke nak ikut Islam....
Lantak lah kau labu.......
sendiri mau pikir le

Apabila berlakunya krisis sebegini, sepatutnya Ahli Politik Islamlah yang mula-mula menerangkan kepada dunia, bahawa sistem ekonomi Islam dapat mengelakkan krisis itu dari berlaku.

Akan tetapi perkara sebegitu tidak berlaku.

Tak ada guna salahkan kapitalis dan cadangkan supaya guna sistem ekonomi Islam tanpa terangkan bagaimana sistem muamalat boleh mengelakkan krisis dari berlaku.

Penerangan Ustaz Zaharudin, buat masa ini yang paling terbaik bagi saya untuk menerangkannya.

Krisis kewangan Amerika terjadi disebabkan oleh banyak faktor. kebanyakkan faktor itu boleh dielakkan kalau menggunakan matawang tunggal iaitu emas. Berbanding matawang yang wujud daripada 'thin air' atau /dev/null.

Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja. 
 
3)       Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.
 
Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.
 
Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.

Saya kira ianya boleh berlaku jika tidak mengambil langkah yang berhati-hati. Ini kerana di pasaran kewangan Islam juga ada mempunyai produk yang seakan-akan serupa dengan sub prime tersebut. Antaranya ialah bay' Dayn atau jual beli hutang. Maksudnya hutang boleh dijualbelikan atau pindah milikkan atau dipindah tanggungkan kepada pihak ketiga.
 Bukan semudah itu, berkata gunalah sistem kewangan islam untuk terus selesai semua masalah.

Andaikata semua ulamak berpendapat supaya hutang mesti dijualbeli dengan nilai yang sama adalah betul.

Tetap akan timbul satu persoalan lain, bagaimana nak dapatkan nilai yang sama kalau nilai matawang yang digunakan untuk menilai hutang itu berubah?

Hutang Abu bernilai RM 20,000 pada 2001, ketika itu 66 dinar
Ahmad ingin membeli hutang itu RM 20,000 pada tahun ini, tapi nilai itu kini 50 dinar sahaja.

Ahmad patut beli hutang itu pada nilai 66 dinar atau pada nilai RM 20,000 ?

Memang pening kalau nak merealisasikan kewangan islam selagi masih menggunakan wang kertas.

Andaikata penggunaan wang emas direalisasikan, barulah boleh senang kira, Ahmad beli hutang Abu yang bernilai 66 dinar itu sebanyak 66 dinar juga.

Begitu juga pinjaman rumah secara islamik, menggunakan nilai yang diakadkan dalam ringgit.

Andai kata baki pinjaman rumah saya ialah RM 40,000 , tiba-tiba berlalu krisis inflasi seperti Zimbabwe pada matawang ringgit, dan RM 40,000 itu hanyalah harga sebuah basikal. Pasti bank akan rugi.
Parlimen Malaysia pula bersidang untuk luluskan 7 trilion bail out untuk Bank tempatan.

Apa yang saya lihat disini, akad pinjaman mestilah dinilaikan dalam emas dan bukannya matawang fiat.

Mungkin kewangan islam tidak perlu markup sehingga 5 % untuk pinjaman rumah kalau ianya dinilaikan menggunakan emas.

Akan tetapi, nilai emas pula menjadi masalah, beberapa tahun dulu, Amerika telah merendahkan harga emas supaya USD tinggi. Jadi, mahu tak mahu usaha untuk mengembalikan emas sebagai matawang mestilah diutamakan dahulu supaya kewangan islam, lebih islamik apabila akad-akad yang digunakan semuanya berasaskan emas.

Oleh itu, Husam Musa perlu bela kambing. sebagai langkah awal mengembalikan emas sebagai matawang.
 

Khamis, 2 Oktober 2008

Bail Out 700 Bilion Mana Cukup! 5 Trilion lah

Saya membaca slashdot, apabila melihatkan kelembapan blog tempatan. Terjumpa pula undian tentang bail out.
Menarik juga bila golongan geek berbicara tentang ekonomi.

Baca:http://slashdot.org/pollBooth.pl?qid=1647&aid=-1

Ada pula catatan yang mengatakan 700 bilion itu tidak cukup, ianya hanya secebis daripada 50 trilion yang diperlukan.

Ada yang mengatakan bail out mesti sekurang-kurangya 5 trilion. dirujuk dari bloomberg.

Barulah padan dengan dengan 53 Trilion yang dijanjikan untuk rakyat.

$53 trillion is (drum roll please) the approximate size of this country’s bill for the Social Security and Medicare promises we’ve made

Err
Kenapa mereka tak mohon untuk bail out rakyat 53 trilion terus? Kasi pada rakyat, selepas itu tak payah janji apa-apa.

Kalau 700 bilion adalah secebis daripada keseluruhan bail out, maka sempat lagilah kita beli emas perlahan2.


Bila Parlimen Malaysia nak bersidang?

Hidangan Jaminan Palsu yang Indah Pada Hari Raya

Najib sudah tidak berapa betul.

Walaupun sudah menjadi kebiasaan, makanan yang sedap-sedap akan dihidangkan ketika hari raya, Berita juga dihidangkan dengan Jaminan Palsu yang indah.

Menteri Kewangan Baru, Najib Razak, menghidangkan cerita indah ekonomi, menjamin begitu kukuhnya ekonomi kepada rakyat jelata pada hari raya.

Apa motifnya?
Entah.

Mari menikmati hidangan cerita indah ekonomi oleh Najib.



Ada penganalisis lain yang mengatakan Najib sudah Mabuk Tapai.

Alasan Najib ekonomi begitu kukuh adalah kerana rizab. AS$$119 bilion (RM404.6 bilion)

Rizab yang dipetik dalam USD dan Ringgit mestilah meningkat kalau adanya pesta kejatuhan dollar.
Berani Najib nyatakan rizab Bank Negara dalam Nilai emas?
Tengok dia meningkat atau merosot.

Rizab 119 bilion USD itu sebenarnya merosot berbanding 122 bilion USD (RM 428bilion )pada  29 Ogos 2008.

Banyak sangatkan 119 bilion USD rizab sehingga boleh menjamin ekonomi negara?

Laporan BNM akhirnya menyatakan berapa banyak rizab emas. Setiap kali laporan rizab bank negara, Rizab emas kekal pada tahap 0.3 bilion USD. dalam RM tidak sampai 1 bilion.

Dan ini Najib katakan ekonomi negara terjamin pengukuhannya?

Di Negara lain, ada yang rizab emas mencecah 10% daripada keseluruhan rizab.
Barulah tonggang terbalikpun, masih boleh bernafas.

Berapa peratuskah rizab emas Bank Negara berbanding keseluruhan rizab?
0.3/119*100 =0.25200 
0.25 % sahaja.

Oleh kerana hari ini hari raya, dan dihidangkan dengan hidangan cerita indah ekonomi dan jaminan pengukuhan ekonomi, maka bedal sahajalah hidangan itu.

Banyak sangatkan 119 bilion USD sehingga boleh dikatakan kukuh oleh Najib?
Hanya 1/5 daripada 700 bilion yang kononnya untuk dibailoutkan oleh Fed.

Lainlah kalau kita ada beberapa trilion USD.
Boleh juga kita bailoutkan Wall Street, kemudian minta Alaska sebagai ganti.

Ekonomi dunia sebenarnya masih belum merudum habis lagi, belum masanya untuk istiharkan "Kita selamat".

Kita bukan mahu doakan ekonomi kita menjadi teruk, akan tetapi berusahalah supaya kita mempunyai pertahanan yang lebih kuat.


Sudahlah dulu Najib mengistiharkan tidak perlu berbuat apa-apa dengan matawang ringgit hanya setelah beberapa jam mendengar penerangan Nor Mohamed Yackob.

Berbanding dengan Amerika, mereka berbuih mulut berminggu-minggu untuk menetapkan samada mahu bail out atau tidak.

Isnin, 29 September 2008

Cengkerang Apa Yang Hendak Dijadikan Matawang?

Saudara Zubli dan Rastom, dulunya pernah berborak santai, apa akan jadi kalau cengkerang boleh dijadikan duit.

Cengkerang apa ya?

Zaman dahulu, 1 kupang, ialah 1 keping wang emas, dipercayai beratnya 0.6 gram.

Ketika harga minyak turun 10 sen dahulu, ramai yang mengatakan "alahai sekupang sahaja" , namun, kalau zaman dahulu, sekupang itu ialah 0.6 gram emas. Anggaran kasar lebih kurang RM 50.

Cengkerang kupang kah yang di maksudkan oleh saudara zubli itu?
Mengapa cengkerang kupang, dan bukan kupang.


Isnin, 22 September 2008

Racun apa yang Nor Mohamed Yakcop Taburkan pada Najib?

Beberapa hari dulu, Dr Mahahtir mencadangkan "sesuatu" berkaitan tambatan ringgit. Kemudia Muhyidin pula secepat kilat menyokong supaya ianya dikaji. Nor Mohamed Yakcob pula mengumumkan adakan diadakan sesi taklimat kepada Najib.

Alih-alih Najib umumkan bahawa Ringgit Tidak Ditambat Semula.

Ramai yang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. Termasuklah pemberita BERNAMA dan Malaysiakini.

Untuk mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Dr.Mahahir dengan "Ringgit Ditambat Semula" boleh difahami dengan dua maksud.

Ada yang mengganggap "Ditambat Semula" adalah ulangan kepada apa yang dilakukan pada 1997 dahulu, iaitu dengan menambat secara langsung dengan USD.

Akan tetapi dalam berita yang mengatakan "Ditambat semula" itu, Mahahir berkata.

"Kita harus tentukan nilai mata wang dan saya berpendapat kerajaan tidak patut mengapungkan ringgit sebab ia merugikan," 


Dia mahu menentukan satu kaedah baru untuk menilai ringgit. Dia tidak ada pun mengatakan bahawa mesti ikut cara 1997, iaitu ditambat dengan USD secara langsung.

DalamThe  STAR 21 September, dengan jelas Dr.Mahathir mahukan Ringgit itu mengukuh.

He said if Malaysia could strengthen the value of the ringgit by 10% (by pegging the ringgit to the US dollar), the import value should depreciate by 10%.
Bukan Dr. Mahathir sahaja yang mahukan Ringgit mengukuh, akan tetapi Dr Ariff MIER sudah lama mengatakan Nilai ringgit dibawah nilai sebenar,


Ramai yang beranggapan cadangan Dr.Mahahir supaya ringgit ditambat semula adalah ulangan kepada apa yang dia lakukan pada 1997.

Cuba fikirkan, bagaimana hendak mengukuhkan ringgit kalau pada masa yang sama ianya ditambat kepada USD. Dr. Mahathir sendiri telah jelaskan bahawa nilai ringgit perlu dinaikkan.

Terang-terang Muhyidin telah mengataklan ianya adalah bertujuan untuk mengelak kesan buruk daripada kejatuhan dollar.


Mungkin Nor Mohamed Yackob beranggap bahawa Dr Mahathir mahu kerajaan mengulangi tambatan seperti 1997, dan meracuni Najib supaya umumkan supaya tiada tambatan semula.

Penganalisis Ekonomi ramai yang mahu nilai ringgit dinaikkan, satu sebab utama ialah boleh mengurangkan harga minyak tanpa perlu sebut "subsidi".

MIER dan ASLI pernah mengatakan supaya matawang ringgit diapungkan terus.

Ramai pembangkang ekonomi, termasuk dari dalam UMNO mahukan ringgit dilakukan sesuatu supaya ia tidak terus jatuh mengikut USD:


Sebenarnya ada beberapa langkah boleh dilakukan untuk mengukuhkan ringgit.
1. Apungkan terus ikut cara MIER dan ASLI
2. Mengkaji formula tambatan ringgit supaya tidak terus jatuh,

Namun, Nor Mohamed Yackob telah berjaya meracuni Najib supaya ianya hanya kekal.

Saya agak yakin, apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir ialah mengkaji semuala kaedah ringgit ditambat, dan bukannya menambat secara buta seperti 1997.

Di dalam sistem tambatan ringgit sekarang, atau dikenali "Managed float", nilai ringgit ditentukan oleh beberapa matawang dunia dimana pemberatnya bergantung kepada rakan dagangan Malaysia.

Namun tidak mustahil formula itu diubah supaya bergantung kepada beberapa matawang kecuali USD.

Atau formula diubah supaya nilai emas diambil kira sebagai pemberat formula tambatan ringgit semasa.

Harapan Rakyat untuk melihat nilai ringgit naik dan harga barang murah, berkecai begitu sahaja apabila Najib akur kepada Nor Mohamed Yackob setelah beberapa jam diberi "taklimat".

Sia-sia sahajalah PakLah serahkan Menteri Kewangan Kepada Najib, bukankah sepatutnya dia serahkan kepada Muhyiddin?

Siapa Penyangak Matawang Ringgit musim ini?
Anda tentukan.

Bincang Penambatan Semula Ringgit - Malaysiakini

Setelah Najib menjadi Menteri Kewangan, barulah bersuara beberapa orang UMNO tentang soal matawang,

Kenapa ketika Pak Lah jadi menteri kewangan tidak timbul soal ini?

Mulanya Dr Mahathir mencadangkan supaya "Tambatan Ringgit ddiadakan semula". Mungkin ramai yang tidak faham apa maksudnya. Adakah dia mahu ringgit ditambat secara langsung dengan satu matawang?
Adakah tambatan kepada beberapa matawang perlu diubah?

Semuanya tidak jelas, kerana Mahathir sendiri tidak nyatakan tambatan semula yang dia maksudkan itu dengan apa.

Yang agak pasti, dia mahukan nilai ringgit naik sedikit.
Sama ideologi dengan saya tapi kaedah lain.

Kemudian Muhyidin, secepat kilat mahu ianya dikaji. Kenapa selepas cadangan Mahathir baru bersuara soal matawang? Kenapa tidak semasa Pak Lah masih Menteri Kewangan?

Itu pun menghairankan saya.

Menteri kewangan baru pula,  diberi taklimat soal kewangan, kemudian perlu berbuat sesuatu dengan berbincang soal tambatan ringgit. (Malaysiakini)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan esok, yang akan turut membincangkan sama ada sistem tambatan ringgit akan dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Saya tidak nafikan, negara perlu lakukan sesuatu supaya ringgit dinaikkan, sekurang-kurang 10%. Tapi mengapa secara tiba-tiba?

Agaknya apa keputusan perbincangan soal tambatan matawang itu?

Adakah 20% daripada Ringgit akan ditambatkan dengan emas seperti yang saya pernah tulis 10 bulan yang lalu?


Sempena perbincangan itu, elok saya salin tepek catatan lama (1 Nov 2007) yang diubahsuai namanya.

Harga minyak dipasaran Nymex meningkat ke USD 96 setong, Harga emas pula menghampiri USD 800 seaun troy. Semua berpunca dari kejatuhan dollar yang melampau, sehingga terendah sejak 40 tahun yang lalu. Dan dijangka akan jatuh lagi.

Ringgit kita, walaupun tidak ditambat secara langsung dengan Dollar Amerika, namun tambatan ringgit pada matawang utama, masih banyak bergantung pada Dollar Amerika dan membuatkan Ringgit jatuh berbanding matawang negara jiran.

Walaupun kita duduk di dalam negeri yang mempunyai Menteri Kewangan yang tak ambil tahu tentag matawang. Di harap Dr. Zetty Najib dapat membuat tindakan yang bijak.

Pada pendapat saya, Dollar Amerika akan merosot dalam jangka masa panjang, walaupun ia merosot sekarang, dia akan naik sedikit, tapi akan terus merosot dang merosot.

Maka, Amat tidak sesuai bagi Ringgit untuk bertambat pada peratusan tinggi pada dollar Amerika, sudahlah Ringgit lambat dilepaskan tambatannya dengan USD 3.80 dahulu.

Adalah sebaik baiknya ringgit ditambat sebahagian dengan Emas sebagai salah satu matawang secara berperingkat.

Adalah dicadangkan, setelah berlakunya 'correction' terhadap kejatuhan dollar, adalah ada baiknya tambatan ringgit diubah kepada

20% emas
80% matawang asing yang mempunyai dagangan dengan Malaysia.

Maka selepas itu, kita tidak akan merasa kehangatan 'Kenaikan harga minyak'

Akan tetapi janganlah pula lakukan sekarang, di saat harga emas terlalu tinggi.

dan jangan lupa baca Cadangan tambahkan rizab emas di Bank Negara.

Ahad, 21 September 2008

Harapan Palsu Harga Barang Turun Bila Harga Minyak Turun.

Jika benar Pakatan Rakyat dapat menjatuhkan BN ketika parlimen bersidang lagi, Penurunan harga minyak dapatlah direalisasikan.

Ada rakyat yang mengharapkan harga barangan akan turun. Akan tetapi ianya agak mustahil untuk turun kerana harga barangan jika berkait dengan matawang, Harga minyak itu hanya faktor sampingan.

Ramai yang berpendapat harga barang tidak boleh turun.

Saya tidak setuju.

Akan tetapi kalau budaya kewangan satu dunia disandarkan pada kepalsuan, maka harga barang tidak turun.

Akan tetapi harga barang boleh turun kalau matawang kekal pada nilainya.

Jangan kita fikir dulu gaji RM 500, sekarang gaji RM 600 ianya meningkat.
Tidak semestinya.

Jangan fikir, apabila gaji berkurang dari RM 500 ke RM 400 kita menjadi lebih miskin.
Tidak.

Ter dapat 2 hala ekonomi.

1. Duit diperbanyakkan, semua akan naik, gaji, kos, dan lain-lain.
2. Duit kekal bilangannya.

Pendokong Dinar Emas, pilih yang ke 2 kerana ia menggambarkan sesuatu yang benar.

Ramai orang yang tidak faham, kalau buat pinjaman bank, duit itu diambil dari duit siapa.
Sebenarnya pinjaman itu datang dari duit yang tidak wujud.

Makin banyak pinjaman, makin banyak duit baru dicipta.

Kerana sebab itu, apabila berlaku krisis, ramai yang suka meninggikan kadar faedah, kerana boleh kurangkan pinjaman dan seterusnya mengurangkan bilangan duit.

Apa punya dunia ini?

Duit tiada boleh diadakan. kemudian boleh digunakan untuk berbelanja.

Lihat sahaja pinjaman ASB.
Daripada duit yang tiada, diadakan , dipinjamkan untuk pelaburan. dan kemudian melonjakkan Indeks.

Jadi, Indeks BSKL itu, sebahagiannya adalah daripada duit yang tidak ada tetapi telah diadakan.
Tak mustahil Pinjaman ASB akan jadi seperti masalah sub prima di Amerika.

Nasib baik  fail hutang pinjaman ASB tidak didagangkan.
Hari ini bayar di Bank A kadar rendah, esok lusa bayar ke Bank B, kadar lebih tinggi pula.

Saya sudah lari dari tajuk nampaknya.

Di sini saya nak sampaikan, harga barang sebenarnya boleh turun kalau tiada penciptaan wang yang baru.
Sekiranya matawang Dinar dilaksanakan, pinjaman adalah pinjaman sebenar bukannya penciptaan wang. Bilangan wang tetap sama.

Adalah mustahil untuk menambah bilangan emas kalau kita tidak korek dalam tanah.

Kerana itu emas dijadikan matawang sejak beribu tahun lamanya.

Ringgit?

Ringgit sebenyanya boleh dijadikan umpama emas, kalau kita mahu.
(Undilah saya sebagai Perdana Menteri di ruangan tepi)

Sekiranya tiada penambahan wang, maka sebarang peningkatan produktiviti akan merendahkan harga.
Umpama industri telefon.

Jadi, kalau gaji kita RM 500, tidak meningkat 20 tahun, tidak mengapa kalau harga barang tetap sama dan tiada inflasi.

Masyarakat zaman dahulu tidak pernah dengan "inflasi" ketika menggunakan matawang emas.

Akan tetapi orang tua di Malaysia, yang kenal hanya ringgit, diperbodohkan kononnya "memanglah, begitu, dulu boleh beli nasi lemak 20 sen, sekarang tak boleh lagi)

Sebenarnya, kalau matawang ialah matawang sebenar, nasi lemak 20 sen tetap 20 sen hari ini.
Melainkan timun 2 potong dan telur rebus (makanan anjing Teresa Kok) digantikan dengan Sayur, ayam, telur goreng.

Jadi, kalau mahu memberi harapan harga barang murah kepada rakyat, lakukan sesuatu dengan matawang, bukan harga minyak.

Sabtu, 20 September 2008

Harga Unta dalam USD Juga akan naik?

Kepada sesiapa yang pernah baca catatan lama berkenaan apa yang naik kalau saham dan emas turun, pasti faham kejatuhan harga minyak adalah berpunca daripada kenaikan dollar Amerika.

Bandingkan Graf di bawah dengan Graf USD berbanding AUD di catatan itu.


Fenomena kenaikan dollar ini digelar sebagai "False Dollar Rally" ata "false dollar hope" dalam erti kata lain, Peluang beli emas.

False Dollar Rally kelihatan seperti akan berakhir, Dollar mula jatuh, dan apa yang turun ketika false dollar rally akan naik.
Dalam beberapa hari ini, Emas naik macam ular tedong, minyak naik sehingga mencecah USD 104, Saham mula naik hari ini.

Lihat pada graf itu, Dollar hanya turun sedikit sahaja, tetapi Minyak naik dari 93 hingga 104. Emas sudah naik sehingga 880.

Itu hanya baru sedikit penurunan Dollar,

Sekiranya ia tiba kepada purata 200 harinya,(warna hijau) pasti harga minyak dalam USD sekitar USD 14x , harga emas mencecah 9xx. Atau mungkin lebih.

Tanyalah Saudagar unta yang girang menyanyi tentang harga unta.

Harga minyak tempatan bagaimana?
Mati lah kita januari ini kalau polisi matawang masih sebegini.

Khamis, 18 September 2008

Engkau Sempat Beli Emas Tak?

 

Baru sekejap tadi dia sudah kembali ke harga yang hampir sepatutnya. Macam ular tedong.

Siapa yang nak beli harga lama, bolehlah tertongok di depan kedai emas sebelum dibuka.
Mana tau dia belum dapat berita Harga emas sudah naik seperti asal.

Rabu, 17 September 2008

Bahasa dan Ekonomi

Rausyanfikir menulis panjang di catatan blognya bertajuk Ekonomi dunia sedang nazak.

Namun, mempersoalkan betapa kurangnya perbincangan ekonomi dalam Bahasa Melayu, dan merugikan Melayu sendiri.

Saya agak tertekan dalam memikirkan hal ini. Pertama, isu ini kompleks dan teknikal. Kelemahan dan kurangnya wacana ekonomi yang mantap dalam Bahasa Melayu telah membantutkan kapasiti saya untuk menulis satu kupasan kemas dan yang mudah difahami berkenaan isu ini. Kesan daripada ini jikalau kita lihat adalah betapa sebenarnya orang Melayu merupakan antara bangsa yang rugi dalam memahami selok belok ekonomi dunia kerana para intelektual ekonomi negara kita tidak mampu membicarakan masalah tersebut dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri.
 Juga turut meminta PAS lebih proaktif dalam persoalan ekonomi terutama sekali dalam membangkitkan Dinar Emas.

Saya harap PAS dapat menumpukan semula kepada program dinar emas yang telah mereka jayakan dengan lebih mantap.

Bagi pembaca yang baru sehari dua membaca blog ini, anda mesti baca 2 catatan saya ini:-


Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas

Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing




Kemaskini:
Ada lagi satu catatan Rausyanfikir yang perlu dibaca oleh pengunjung

Runtuhnya sebuah Dinasti Kapitalisme

Selasa, 9 September 2008

Kesan Bail Out Fannie dan Freddie Terhadap Batang Hidungmu

Telah diberitakan bahawa "The Fed" akhirnya bersetuju untuk "bail out" Fannie dan Freddie, 2 firma pinjaman yang sedang mengalami kegagalan demi kepentingan rakyat Amerika. Ianya sebanyak 200 bilion USD.

Di Amerika, bail out bukanlah satu proses dimana suatu dana diambil daripada sumber tertentu untuk diberikan kepada firma yang menerimanya. Mereka mewujudkan duit daripada tiada ke ada. Dalam erti kata lain, duit USD 200 bilion itu diambil daripada /dev/null.

Untuk orang kampung, dipendekkan cerita, Amerika cetak duit lebih.

Bail out yang begitu banyak  akan meningkatkan M3 Dollar Amerika.

Kalau siapa yang pernah baca blog ini, dia akan faham, kenaikan M3 Dollar Amerika akan menyebabkan kenaikan harga minyak dunia.Akan tetapi kenaikan itu bukanlah serta merta, kerana Amerika akan membiarkan satu situasi diamana duitnya banyak dan harga murah. baca: Pak Arab kena tipu lebih 20 tahun,

Lihat carta M3 USD berbanding harga minyak dunia.

 

Ramai yang berasa lega apabila harga minyak dunai dibawah USD 110. Namun bagi saya kelegaan itu adalah sementara kerana harga yang sepatutnya ialah 120,  itu pun pada sebelum bail out 200 bilion itu.

Ya, dia akan "sideway" atau "stabil" untuk sekian waktu, akan tetapi ia akan berada pada harga yang sepatutnya jua.

Apabila meningkatnya M3 USD, lambat laun nilai USD akan jatuh sedikit demi sedikit.

Sepatutnya, kalau dasar matawang kita baik, harga minyak dalam ringgit tidak akan naik apabila USD merosot.
Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ialah, setiap kali M3 Dollar Amerika meningkat, kesannya harga minyak dalam ringgit juga meningkat.

Kalau harga minyak dalam ringgit hendak dikekalkan menggunakan "pengsubsidian", maka secara tidak langsung "Setiap kali Amerika mencetak duit, jumlah subsidi akan meningkat".

Sekiranya subsidi dihapuskan atau dikekalkan pada kadar 30 sen mengikut cara Shahrir Samad, maka harga minyak akan naik.

Harga barang lain akan naik, bukan hanya disebabkan harga minyka naik akan tetapi penurunan nilai ringgit yang sering mengikut USD, akibat daripada bail out Freddie dan Fannie itu.

Jadi apa kesudahannya?

Cara BN dan Cara Pakatan Rakyat kedua-duanya tidak dipersetujui oleh saya.
Orang-orang Pakatan Rakyat sering menyalahkn Harga minyak sebagai punca kenaikan harga barang, dan kemudian mempersoalkan kenapa harga barang tidak turun apabila harga minyak tidak turun.

Orang-orang BN, terlalu akur dengan "harga global" nya. walhal "harga global" yang diperhatikannya itu hanya dalam USD:


Walhal orang di Australia begitu bijak mengawal matawang sehingga hampir tidak menerima kesan kenaikan harga minyak.

Sudah cerita harga minyak, Harga emas apa halnya pula?
Apabila Bail Out itu berlaku, maka harga emas dalam USD yang sepatutnya akan meningkat.
Anggaran saya, Harga emas yang sepatutnya adalah dalam lingkungan USD 1200 tapi kini baru 800 lebih atau dalam erti kata lain Harga Tengah Cantik.

Google+ Hasbullah Pit