test

Memaparkan catatan dengan label Ali Rustam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ali Rustam. Papar semua catatan

Selasa, 2 September 2008

Besar Sungguh Jasa Orang yang Lahir 31 Ogos

Besar sungguh jasa orang Melaka yang lahir pada 31 Ogos.
Kalau tak ada orang yang lahir pada 31 Ogos, tak merdekalah kita.

Dalam Melaka agaknya ada berapa ramai orang yang lahir pada 31 Ogos?
640000/365
1753
Dianggarkan ada 1700 orang untuk diraikan.

Saudara Sofi pula mencadangkan supaya diraikan juga Siapa yang lahir pada 16 September,

Hari pengistiharan kemerdekaan berapa hari bulan?
mari kita raikan siapa yang lahir sama dengan haribulan itu.

Hari Burhanuddin Al-Helmy buat perhimpunan di Melaka berapa haribulan?
Mari kita raikan siapa yang lahir pada hari itu.

Nanti lama-lama kalau semua haribulan dalam setahun itu istimewa, maka semua rakyat Melaka akan diraikan.

Bila agaknya Ali Rustam nak raikan orang yang lahir pada 19 Disember?

Bagi saya keraian itu tidak perlu kerana tidak nampak apa sumbangan orang yang lahir pada 31 Ogos, selain daripada kesanggupan untuk diraikan.

Agak-agaknya berapa peratus daripada kos meraikan orang yang lahir pada 31 Ogos itu akan dapat kepada yang diraikan?

Jumaat, 27 Jun 2008

Mengapa Negeri Melaka Mempunyai Terlalu Banyak Syarikat Pelaburan?

Merujuk kepada laman web Yayasan Melaka, Ekuiti Hospital Putra dimiliki oleh banyak Syarikat milik Kerajaan Negeri Melaka(klik).

Mengapa 1 negeri yang kecil mempunyai begitu banyak syarikat milik kerajaan negeri?

1. Perbadanan Ketua Menteri - (70.55%)
2. Mediquest Sdn. Bhd. - (12.00%)
3. Syarikat Permodalan Melaka Sdn. Bhd. - (5.00%)
4. Yayasan Melaka - (5.00%)
5. Apex Pharmacy Holdings Sdn. Bhd. - (4.00%)
6. Kumpulan Melaka Berhad - (3.45%)


Negeri Johor ada JCorp.
Malaysia Ada Khazanah
Singapura ada Temasek Holding.

Tapi Negeri Melaka ada banyak anak syarikat.
Mengapa perlu ada Perbadanan Ketua Menteri yang berasaskan jawatan, kalau sudah ada syarikat pelaburan untuk negeri?

Adakah Perbadanan Ketua Menteri adalah milik penuh Ketua Menteri?

Patutlah akhir-akhir ini saya sibuk berpolitik, rupanya kalau dapat Jadi Ketua Menteri, dapat hospital.

Selasa, 10 Jun 2008

Ali Rustam Pun Nak Potong Elaun Keraian Juga

"Aku Pun Boleh Potong Elaun Juga"

Ini apa cerita?
Kerajaan Persekutuan, kalau Menterinya dipotong elaun keraian, maka wang kerajaan persekutuan boleh dijimatkan, kerana Wang persekutuan yang boleh digunakan untuk subsidi minyak atau subsidi lain.

Kalau Ali Rustam potong elaun dia , Exco dan Adun, duit kerajaan Negeri yang dijimatkan. Pada waktu yang sama wang kerajaan negeri Melaka yang banyak dibazirkan.

Lagi baik elaun itu tidak payah dipotong.

Jika 5 ADUN DAP Melaka dipotong elaun sebanyak RM 250 seorang, maksudnya RM 1250 dipindahkan daripada kawalan pembangkang kepada Kerajaan Negeri kawalan BN.

Err ADUN DAP dapat elaun keraian juga RM 2500 sebulan?

Kalau benar ADUN dan menteri berjiwa rakyat, mereka sepatutnya mendapat lebih peruntukan supaya mereka boleh bantu rakyat susah secara peribadi.

Adakalanya tanggungjawap ADUN melebihi jangkauan politik.

Ahad, 1 Jun 2008

Ali Rustam Menghina Peniaga Melayu

Terdapat satu catatan blog Ali Rustam di Blognya sendiri bertajuk "SAGUHATI UNTUK PERNIAGA MELAYU BAZAR MARA"

Wajarkah pampasan hanya RM 5000 kepada peniaga Melayu dipanggil "Sagu Hati" olehnya?

Murah benar harga penutupan punca rezeki peniaga tersebut.

Inikah "MARA" dan "DEB" yang tidak adil kepada bukan bumiputra?

Sebelum ini, banyak kes dimana peniaga kecil sering dipindahkan dan diletakkan di kawasan yang "tiada market".

Memanglah bagi orang Melayu berpendapatan rendah, duit RM 5,000 "sedepuk" itu sesuatu yang indah bagi mereka, akan tetapi ianya terlalu sedikit kalau dia dipindahkan ke kawasan yang "tiada market".

Saya pun tak faham, kalau di Negeri Melaka, pihak berkuasa cukup gemar mengharamkan peniaga kecil yang bersepah dan kemudian melonggokkan mereka di kawasan baru yang "tiada market" atas alasan lebih cantik.

Isnin, 19 Mei 2008

Jangan Bermain Api dengan Nelayan Melaka

Adakah "Gila" sesuai untuk merujuk kepada tindakan seseorang umpama menutup telaga minyak yang masih mengeluarkan minyak?


Tersebut Al Kisah seorang pemimpin yang menutup sumber pencarian yang sejak dari dulu memanafaatkan rakyat negerinya hanya kerana ada sumber lain.

Oleh kerana Ikan tidak menguntungkan kerajaan Negeri secara langsung, akan tetapi ikan itu makanan. telah saya katakan jangan meletakkan harga pada makanan. Penutupan sumber makanan adalah sesuatu yang tidak logik ketika dunia sedang mengalami krisis makanan, dan mungkin suatu masa nanti krisis makanan akan menjadi lebih teruk.

Ini semua kerja gila.

Kalau ada krisis makanan, kau makan lah bijih timah itu. Gaulkan dengan nasi.
Itupun kalau nasi ada, kalau nasi tiada, Gaulkan bijih timah itu dengan komputer. Kunyah 4000 kali.

Sektor perikanan negeri Melaka tak popular seperti Trengganu kerana ia tidak dimasukkan ke dalam buku teks Ilmu Alam atau Geografi. Akan tetapi sejak beratus tahun yang lalu, Sektor perikanan memangkin rakyat melaka untuk terus hidup di samping sawah padi yang terbentang luas dari Merlimau sampailah Kandang.

2 sumber makanan itu menjadi faktor terus hidup oleh warga Melaka walaupun dibawha pemerintahan penjajah secara langsung.

Bekas Penjajah Portugis yang ada di Melaka rata-ratanya adalah nelayan.

Ini semua kerja gila.

Di Negeri Melaka, walaupun kecil, hampir semua muara sungai menjadi tempat pendaratan ikan.

Tidak mustahil, kalau pengangkutan laut menggantikan pengangkutan darat untuk bergerak antara Sempang Ke Bandar Hilir.

Ahad, 18 Mei 2008

Kerajaan British Sudah Merancang untuk Membuat Landasan Keretapi untuk Melaka.

Negeri Melaka ialah negeri yang tidak mesra keretapi sejak dari dahulu, Stesyen Keretapi yang ada hanyalah di Tampin dan Pulau Sebang. Kedua-duanya terlalu jauh daripada kawasan perpenduduk padat.

Kebanyakan penduduk negeri Melaka yang saya kenali tidak pernah menaiki keretapi daripada Tampin mahupun Pulau Sebang.

Entah bagaimana Ali Rustam rupanya baru tahu tentang adanya perancangan KTM untuk menyambung landasan keretapi dari Pulau Sebang Ke Batu Berendam. (berita lama, sebelum pilihanraya)


The state government wants to find out the status of an 18km stretch of land from Pulau Sebang to Batu Berendam which had been reserved for the rail network.
Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said no decision on the land could be made as the state was unaware of the future plans of Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
He said a 60m-wide space along the 18km track had been reserved for the expansion of the existing rail network from Tampin to Pulau Sebang and onwards to Batu Berendam for the past several decades.

Yang lebih menghairankan ialah, Ali Rustam sendiri pernah menjawat Timbalan Menteri Pengangkutan.

Rupanya Tanah rizab untuk keretapi itu wujud semasa zaman British lagi, terbantut projeknya apabila Jepun datang menyerang.

“But over time, in some of the areas, people have occupied the land and constructed houses and are now making applications to obtain the land,” he told reporters after launching a gotong royong at Kampung Gangsa recently.

Mohd Ali said that if there were plans to have a rail network, then the bullet train concept should be considered rather than expansion of the existing rail network.
“I will have a meeting with the Transport Ministry soon to discuss on this matter and decide once and for all on the issue,” he said.

Mohd Ali said if the decision by the ministry were to retain the track, then the state government would offer the residents who had built their homes since the Japanese occupation days almost 70 years ago, alternative sites.
Ada tanah yang dirizabkan itu telah dibangunkan, Jadi satu kerja pula nak lakukan "pengambilan tanah". Kalau ianya dilakukan sejak 1957 dahulu, sudah pasti semuanya lebih mudah kerana ketika itu belum banyak pembangunan.

Amatlah menghairankan apabila melihat perbandingan Kerajaan Perikatan/BN dengan kerajaan British.

Kerajaan British dulu, cukup banyak membuat landasan keretapi, untuk menyambung satu tempat ke satu tempat.

Di Muar, ada 1 keretapi lama yang hanya dipamerkan di kawasan "Tanjung", yang menunjukkan sikap malasnya kerajaan Perikatan/BN untuk menyambung landasan peninggalan British.

Kerajaan BN hanya tahu bina landasan baru di Lembah Kelang sahaja. Keretapi di Sabah pun sudah usang, sehingga jatuh ke sungai. Itupun saya rasa ianya peninggalan British dan bukannya usaha Kerajaan BN.

Ketika Lebuh AMJ (Alor Gajah Melaka Johor) dibina, saya pernah terfikir "Mengapa tidak dibina sahaja Landasan Keretapi di tanah Lebuh AMJ supaya kenderaan biasa lalu bersebelahan dengan Keretapi. Kos Pengambilan Tanah boleh di kongsi bersama dengan kos pembinaan Lebih AMJ).

Lebuh AMJ bersambung dengan jalan di Johor. Dari Muar ke Batu Pahat dan .... (sampai mana ya? Kluang?).

Jadi secara automatik, terbentuk satu landasan Keretapi Alor Gajah-Melaka- Merlimau-Muar-Batu-Pahat- Kluang. Kemudian boleh bersambung ke Johor Bahru.


Di Tengah tengah Bandar Melaka, kita buat Tram.
Bandar Hilir - "Ocean" - "Melaka Sentral" Hospital - MBMB - MITC.

Bukankan ia boleh menyambung tempat-tempat penting negeri Melaka. Berbanding Langkah kononnya mahu membuat monorail di sungai melaka hanya untuk perlancongan, sedangkan pada masa yang sama Pengangkutan Air sudah ada.

Kalau Melaka nak majukan pengangkutan Air, saya pun tak kisah.
Buat feri khas:-

Tangga Batu-Bandar Hilir-Umbai-Sempang-Sebatu-Sungai Rambai- Muar.

Khamis, 15 Mei 2008

Ali Rustam Ada Blog Baru, Suruh BPR Siasat

Ali Rustam ada blog baru rupanya. Semua catatan blog yang ada bertarikh 15 hb Mei.

Patutlah bila blog lamanya tidak dikemaskini.

URL nya ialah http://www.mohdalirustam.com/

Mungkin ada orang yang cucuk dia "wordpress lebih baik", "apa kelas guna .blogspot.com".

Mungkin Ali Rustam kecewa dengan google yang tidak mahu melabur di Melaka.
Maklumlah, sudah ada pelabur baru dari New Delhi.

Ali Rustam sekali lagi menulis perkara yang menunjukkan tahap mindanya kepada awam, dengan menulis supaya BPR menyiasat Pembangkang daripada mana datangnya duit itu.
BPR perlu menyiasat daripada mana parti pembangkang dapat wang yang banyak untuk membeli ahli-ali parlimen agar melompat kepada pembangkang seperti yang dilaporkan.



Bukankah yang membuat dakwaan itu ialah Ahli Parlimen BN?

Maka sepatutnya Ahli Parlimen itu sendiri yang membuat laporan supaya dapat tahu siapa yang membuat tawaran sepertimana Nik Aziz di siasat apabila ditawarkan rasuah.

Rabu, 23 April 2008

Greenboc mengAliRustamkan Ahli Parlimen PAS

Suatu ketika dulu, di saat Ali Rustam menyarankan semua ADUN perlu ada blog, hampir tertawa di hati saya. Kali ini grenboc pula MengAliRustamkan dirinya.

Jangan marah Greenboc, KM kita juga.

Mengapa Ali Rustam memilih penyelesaian sebegitu, mungkin kerana dia terlalu paranoid dengan blog.

Sebenarnya dia boleh mencari 1 penyelesaian dimana semua ADUN boleh tulis di satu blog atau laman CMS sahaja.

Tetapi dia sepahkan mengikut ADUN / MP, sudahlah 1 orang penyelengara perlu menjaga 3 atahun lebih blog ADUN. di mana ADUN itu sendiri tidak komited untuk berblog.

Tugas utama ADUN atau AP adalah sebagai wakil kepada rakyat dan bukannya wakil kepada bloggers.

ADUN berkomunikasi dengan rakyat dalam dunia nyata, apabila ADUN berblog, dia akan habiskan lebih masa dengan warga diluar DUN berbanding warga di dalam DUN.

Oleh itu, komunikasi terbaik ialah menggunakan kertas, papan notis atau mungkin SMS.

Atau mungkin, jika ADUN ingin memberitahu sesuatu, selitkan sahaja sebagai iklan surat khabar.

Sekira seseorang ADUN/AP itu tidak komited berblog, maka tidak perlu berblog.

Apa erti ada blog atas nama sendiri tetapi ia menjadi siaran ulangan harakah atau media lain?
Adakalanya tanpa sepatah pun apa yang dikatakan olehnya.

Cuma bila ADUN atau MP tiada blog, dia akan sedikit ketinggalan kebelakang. Akan tetapi jika dia kerap mengeluarkan kenyataan yang dihantar ke media, dia tidak akan kebelakang.

Walaubagaimanapun penyelesaian perlu ada supaya Ahli Parlimen boleh menyuarakan kenyataannya di dunia web ini.

Jadi adalah lebih baik diadakan penyelesaian peringkat negeri, dimana pada 1 tempat yang sama ADUN/AP boleh keluarkan kenyataannya sendiri atau catatannya sendiri. Suapan RSS sendiri.

Andainya ADUN hendak berblog sendiri, pastikan ia tersuap ke penyelesaian peringkat negeri.


Walaubagaimanapun saya ingin menyatakan kemusyikalku tentang budaya berblog PAS yang kurasa berlainan sungguh dengan budaya berblog di mana-mana.

Kenapa Banyak blog PAS menggunakan huruf besar pada tajuk?
Kulihat blog-blog di Petaling Street, Sarawho hampir semua tajuk huruf kecil.
Akan tetapi bila banyak blog PAS di Beras Padu, amat nyata budaya ini popular di Kalangan PAS.

Dari mana datangnya budaya tidak tulis tajuk di ruangan tajuk, tetapi meletakkan tajuk di ruangan catatan, kemudian ia dimerahkan.

Daripada mana datang budaya tulis ulasan kecil di artikel salin tepek?
Mungkin dari Rickywan.

Dari pada mana datang budaya tulisan warna berlainan untuk perenggan berlainan?

Daripada mana budaya letak gambar "taknak BN" banyak-banyak?

Walaubagaimanapun tahniah kepada greenboc kerana berani menegur.

Lee Kah Choon == Optunis Prime?

Ali Rustam dalam catatan blognya menuduh Lee Kah Choon sebagai "optunis" (atau klon)
TINDAKAN Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon untuk menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi InvestPenang dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP menunjukkan beliau seorang yang optunis.

Apa itu Optunis?
Apakah ia merujuk kepada Optunis Prime?

Mungkinkah Lee kah Choon ada kaitan dengan item ebay milik Ladiesman217?

Sabtu, 19 April 2008

Minggu Saham Amanah di Negeri Melaka

Menurut Melaka Hari ini, Minggu Saham Amanah diadakan di negeri Melaka, hanya sehari sebelum ianya diadakan. Maka tidak sempatlah Nadlique untuk pulang ke Malaysia untuk menghadirinya.

Begitulah nasib Negeri Melaka yang mempunyai Media Kerajaan Negeri yang tidak bermaya.


Akan tetapi, pada berita yang sama, Ali Rustam telah mengeluarkan kenyataan yang pelik:-
Katanya, keyakinan ini bukan sahaja wujud di kalangan kaum Melayu dan Bumiputera, tetapi juga di kalangan bangsa-bangsa lain.

"Manifestasi keyakinan ini dapat dilihat apabila unit Amanah Saham Malaysia sebanyak 500 juta yang diperuntukkan kepada bukan-Bumiputera telah habis terjual dalam masa 39 minit saja. Ini adalah satu kejayaan yang wajar dibanggakan," tambah beliau.

Apa yang hendak dibanggakan sangat?
Sejak bila Unit Amanah itu dikhususkan untuk bukan bumiputera? bukanlah ia boleh dibeli oleh semua orang.

Memang lumrah alam bagi kaum bukan melayu menyerbu Unit amanah terbitan baru.
Pelabur Melayu pun ada yang menyerbu unit amanah terbitan baru. Public Islamic Sector Fund (PISSF), dijual habis dalam tempoh 2 hari. Pisang goreng panas.

Akan tetapi, tahap pengetahuan orang Melayu tentang unit amanah memang membimbangkan. Dengan adanya ASB, ASD, mereka kurang faham konsep pelaburan yang sebenar, risiko yang ada, turun naik harganya. dan lain-lain. Apabila ASD habis, mereka terpinga-pinga.


Sepatutnya sebagai Naib Presiden UMNO sepatutnya risau kenapa golongan pelabur terlalu sedikit dikalangan orang Melayu. Buat kajian samada adakah mereka hujung bulan cukup duit, Kalau hujung bulan tiada duit, lupakan saja membeli pisang goreng panas Unit amanah terbitan baru oleh Syarikat Unit amanah tempatan.

Mungkin ramai yang tiada pengetahuan, jadi bagi saya mari kita ramai-ramai ke MITC. kepada yang jauh dari Melaka, kunjungi blog Nadlique, baca sepuas-puasnya.

Apa puncanya orang melayu begitu jahil dengan unit amanah?
Salah satu punca yang saya tahu ialah kerana ejen unit amanah sibuk berblog dan berpolitik.





Orang Melayu Fobia-maaf?

Hari ini ada istilah baru pula, "Fobia-maaf".

Saya bukan hendak melacurkan Bahasa Melayu seperti UMNO Melaka, akan tetapi ianya istilah baru, anggaplah ia sebagai inovasi bahasa kerana DBP belum keluarkan istilah khas untuk senario ini.

Nik Nazmi dan Bossnya kedua-duanya mempersoalkan kenapa begitu sukar untuk orang UMNO memohon maaf.

rujuk:

Kenapa Sukar Memohon Maaf?» Anwar Ibrahim
Isu Kehakiman: Kerajaan Tidak Meminta Maaf» niknazmi.
com

Akan tetapi, sememangnya mereka tidak memohon maaf.

Najib: Payment is no apology» YouTube :: Videos by malaysiakini
PM promises bold judicial reforms but no apology» Kembara Minda Perjuangan...
LIVE COVERAGE: PM announces Judicial Commission, stops short of apology» anilnetto.com
Selama inipun memang tidak kedengaran pemimpin UMNO yang ada mengeluarkan kenyataan meminta maaf.

Seolah-olah jatuh maruah mereka jika memohon maaf.

Ingatkah lagi tentang kes Lim Kit Siang yang cuba memboikot Majlis angkat sumpah, tak sampai 24 jam, dia memohon maaf.

Ketika itu semua orang mengkagumi Lim Kit Siang, martabatnya diangkat sebegitu tinggi.

Begitu juga Dr. Chua Soi Lek, dia mengaku melakukan perbuatan terkutuk, tetapi dia memohon maaf secara terbuka. Walaupun terpaksa mengulanginya.

I have already admitted and apologized for it, both to the public and the people who matter most to me, my family. I have also resigned from all government and party posts.


Dia sudah memohon maaf kepada orang ramai, dan terpulanglah kepada orang ramai untuk memaafkanya atau tidak.

"Kemaafan" sepatutnya boleh dijadikan titik pemusingan diantara "benci" kepada "tidak benci".

Jika satu Malaysia memaafkan dia dan mengangkat dia kembali, itu adalah hak rakyat.

Ketuanan Rakyat.. Ketuanan Rakyat.. Ketuanan Rakyat.


Di negeri Melaka, Ali Rustam terlanjur kata di dalam blognya, akan tetapi tindakannya ialah menutup komen, dan memadam catatan blognya itu tanpa memohon maaf.

Adakah dia Fobia-maaf? Mungkin ya.

Akan tetapi, jika dia membuat lagi 1 catatan blog memohon maaf, saya rasa martabatnya akan diangkat oleh rakyat. Tak hairan kalau ada yang cadangkan dia supaya bertanding Presiden UMNO.

Kerana dia mungkin satu-satunya ahli UMNO yang bukan fobia-maaf.

Lihat Anwar Ibrahim, Kesilapan ejaanpun dia minta maaf, Kesilapan orang lain pun dia yang minta maaf.

Adakah orang Melayu fobia-maaf? atau peminpin UMNO sahaja yang fobia-maaf.

Adakah peminpin Pakatan Rakyat fobia-maaf?

Mari kita buang Fobia-maaf dari dunia politik Malaysia dan dari dalam diri setiap Rakyat Malaysia termasuk diri saya. Semoga martabat Malaysia dijulang setinggi-tingginya.

Akhir kata, saya memohon maaf jika catatan ini menyinggung perasaan pembaca.






Rabu, 16 April 2008

Klon bagi Blog Ali Rustam

Jangan gundah gelana akibat, blog Ali Rustam tidak boleh diulas oleh pengunjung.

Entah mana datangnya Profesor Klon, telah mengklonkan Blog Ali Rustam secukup rasa dan disitu boleh ulas.

Alamat Blog Ali Rustam Klon adalah:

http://mohdalirustam2.blogspot.com/

Profil Ali Rustam pun diklonkannya.

Tahniah kepada profesor klon kerana telah mengklonkan Blog Ali Rustam supaya rakyat boleh bersuara.

Saya pun ada terfikir untuk melakukan perkara sebegitu memandangkan semua blog pembangkang di negeri Melaka tidak boleh diulas.

Mungkin saya akan kumpul semua suapan blog DUN melaka untuk diOPMLkan, dan letakkan di satu tempat yang semua orang boleh ulas.

Penyelesaian sedang dicari.

Joomla?
Planet + Haloscan?

Ali Rustam Tersilap Percaturan Blog

Cukup banyak cerita tentang Blog Ali Rustam, Dari pada mulanya nak pantau 240 blog, kemudiannya dapat surat Permohonan, selepas itu melancarkan blog sendiri dan mengaku "sudah lama berblog".
Kemudian menyuruh semua ADUN ada blog.

Daripada blog "moderated comment", dibuka untuk "registrated user".

Setelah dihentam kuat oleh pihak yang tak bertanggung jawap, maka komen semua sudah hilang pada pagi ini.

Siapa yang rugi?
Rakyat Melaka.

Beberapa perkara menjurus kepada berlakunya perkara ini.
1. Penulisan Ali Rustam yang sesuai untuk orang kampung
2. Pengulas yang tidak ada adab. (Politik ejek-ejek, masih diamalkan)
3. Langkah membuat ulasan menjadi unmoderated.

Apa malunya mempunyai blog yang "moderated comment", di blog Anwar Ibrahim pun "moderated comment". Apa yang hendak dibanggakan sangat ulasan tidak ditapis kalau akhirnya semua ulasan tidak kelihatan.

Mungkin Ali Rustam di cabar oleh pihak tertentu, kalau berani, buka ruangan ulasan seluas-luasnya.
Persetankan cabaran sebegitu kalau Ali Rustam ada prinsip.

Siapa yang rugi, Rakyat Melaka.

Rakyat Melaka tidak dapat melihat politik dunia blog Negeri Melaka secara matang.

Langkah Ali Rustam yang untuk mengadakan blog untuk setiap ADUN dan Ahli Parlimen Negeri Melaka memang pelik, akan tetapi secara jangka masa panjang, ia akan menguntungkan Rakyat Melaka.

Bilangan Rakyat Melaka celik Internet akan bertambah akibat perlumbaan blog antara parti politik.

Parti Pembangkang Negeri Melaka tidak berapa kisah kalau bilangan blog ADUN BN lebih banyak daripada blog-blog pembangkang Negeri Melaka. Sememangnya BN yang memenangi pilihanraya Umum ke 12 di Negeri Melaka dengan penuh bergaya. Kekalahan itu perkara biasa, walaupun kalah dalam bilangan blog.

Ahad, 13 April 2008

Benarkan tiada babi Malaysia dieksport ke Singapura?

Adakah anda semua PASTI babi di Malaysia adalah untuk dalam negeri dan bukannya untuk dieksport ke Singapura?

Persoalan itu saya tak tahu jawapannya, akan tetapi selalu juga nampak lori bawa babi di lebuh raya.

Di Blog ALHUSSEYN, ada menunjukkan statistik bilangan babi di Malaysia.




Manakala di Blog Ali Rustam, mengatakan hanya 40k-60k

Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.

Bukan saya kata, Ali Rustam yang kata.

Jauh pula beza 150k babi dengan 60k babi.

Jika 60,000 had maksimum bilangan babi di Melaka adalah BENAR, nilainya bagi saya tetap terlalu tinggi untuk negeri sekecil Melaka, dengan bilangan penduduk sekitar 648,xxx orang sahaja.

Adakah Kerajaan Negeri mengamalkan dasar "10 penduduk seekor babi"?

Adakah Negeri Melaka mempunyai lembu sebanyak itu?

Jika nilai 150,000 ekor babi diambil kira, maka dasar 10 penduduk seekor babi perlulah ditukar ke dasar "4 penduduk seekor babi"

atau kalau dibiarkan, ia akan tak mustahil menjadi "1 penduduk 1 babi"

Negeri Sabah yang mempunyai peratusan penduduk bukan Islam lebih tinggi, bilangan penduduk keseluruah 2.4 juta, hanya mempunyai 69xxx ekor babi.

Adakah Benar Melaka tidak mengeksport babi ke Singapura?

Mari kita ke australia seketika untuk melihat 1 hasil kajian tentang Bursa babi di Singapura.

The adjacent Malaysian mainland is the primary source, but nearby islands of Indonesia and other South-East Asian countries also deliver produce to the island.


Malaysian pig-farmers stopped pig supplies to Singapore for three days. Because 70% of supplies were coming from Malaysia at the time, the boycott caused havoc in the pork market and attracted much public attention. Pork prices jumped and many butchers' stalls were closed.
Bayangkan, 70% bekalan babi Malaysia datangnya dari Malaysia, sehingga berkuasa untuk memboikot Singapura sehingga peniaga singapura tutup kedai.

Maka, SAYA TIDAK PERCAYA BABI DI MELAKA TIDAK DIEKSPORT KE SINGAPURA.

Negeri Selangor yang dikatakan hanya ada 250,000 ekor babi, dikatakan untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

Eh tunggu, bukankah Kuala Lumpur tu di bawah persekutuan? biar persekutuan yang tentukan daripada mana bekalan babi untuk Kuala Lumpur diperolehi. Mengapa mesti tanah selangor yang perlu dicemarkan untuk permintaan babi penduduk persekutuan?

Mana dia penyelesaian dari peringkat persekutuan?

Saya melihat permasalah babi ini sebagai masalah persekutuan.
ANDAIKATA, negeri selangor boleh mengawal babi di negeri mereka dengan baik, tentunya kos meningkat harga seekor babi di Negeri Selangor jauh lebih tinggi berbanding Babi di Negeri Melaka.

Pembeli babi nak beli babi dari Melaka atau Selangor?

Pembeli babi Singapura nak beli babi Melaka atau Selangor?

Bagi saya, isu babi ini sepatutnya ditangani di peringkat persekutuan, Jikalau 1 negeri tegas, satu negeri "boleh dibeli", maka penternak babi akan lari ke negeri yang boleh dibeli.

Jika difikirkan, pengharaman penternakan babi di Malaysia adalah langkah yang baik untuk alam sekitar di Malaysia. Pemakan babi boleh mengimport dari Vietnam.

Vietnam adalah pengeksport babi yang agak besar.

Kalau nak difikirkan diri sendiri seperti Singapura yang tak boleh ternak babi tetapi membeli sebanyak-banyaknya dari Malaysia. Kita pun boleh buat begitu.

Akan tetapi adalah satu langkah yang tidak beretika. Daging dibawa ke Malaysia, tahi ditinggalkan di Vietnam.

Akan tetapi ia jauh lebih baik daripada "Daging dibawa ke Singapura, tahi ditinggalkan di Melaka". Tahi di Melaka bererti tahi di Malaysia.

Jadi cadangan saya:

  1. Kerajaan Persekutuan mesti haramkan terus penternakan babi.
  2. Penternak-penternak babi di Malaysia habiskan stok.
  3. Dapatkan duit modal.
  4. Kumpul duit modal penternak babi dijadikan satu "konsortium penternak babi di Malaysia".
  5. Kemudian Konsortium itu melabur di membuka ladang berteknologi tinggi di Vietnam.
  6. Sekiranya terbukti Konsortium itu tidak mencemarkan alam sekitar Vietnam, baru beri kelonggaran untuk ternak babi di Malaysia.

Ahad, 6 April 2008

Paraoidnya Ali Rustam Terhadap blog

Suatu ketika dahulu, blogger dianggap sebagai binatang. Saya tidak pasti samada "Beruk" atau "Monyet".

Akan tetapi, setelah berjayanya Zahid Hamidi meyakinkan orang UMNO tetang punca utama kekalahan BN adalah kerana blog.

Maka berpusu-pusulah orang UMNO mendaftar dengan blogger.com untuk membuat blog, kebanyakkannya mendaftarkan dirinya selepas pilihanraya.

Ali Rustam juga pantas mengeluarkan kenyataannya untuk memantau 240 blog pembangkang. Selepas itu, dia juga menyeru semua ADUN untuk membina blog sendiri.

Di Hadapan Menteri Kerjaya, dengan penuh bergaya Ali Rustam telah mengatakan dia telah lama berblog (Berita Harian 4 April) .


"Saya berpendapat tiba masanya bagi setiap pemimpin BN, tidak kira peringkat tertinggi hingga cawangan mewujudkan blog masing-masing. Saya sendiri sudah lama memiliki blog kerana cara ini dapat menyalurkan maklumat tepat, pantas dan boleh mengelak tumpuan hanya kepada blog anti kerajaan,'' katanya selepas menghadiri majlis taklimat ringkas pembangunan jalan raya negeri bersama Menteri Kerjaya, Datuk Mohd Zin Mohamed di Hotel Holiday Inn, di sini, petang semalam.

Menurut tarikh catatan blognya yang pertama, ianya dicatat pada 6:03 PM, pada 1 April 2008. Iaitu 1 hari selepas saya menghantar surat permohonan supaya blog ini dipantau. Lihat gambar:



Keyataan "Sudah lama memiliki blog" itu sebenarnya diungkap hanya selepas 3 hari membuat blog, dan ianya sudah dikira "Lama".

Ahad, 23 Mac 2008

Berapa banyak nak buat "Eye of Melaka"?

Di Negeri Melaka kini sudah mempunyai 1 "Eye of Melaka", sejenis Ferris Wheel yang bersaiz kecil, Terletak di Stesyen Bas lama, bersebelahan dengan Sungai Melaka. Ferris Wheel yang hanya tinggi sedikit dari yang berada di FunFair.


Dikhabarkan, "Eye of Malaysia" yang kini berada Di Tasik Titiwangsa ingin Dipindahkan ke Melaka.


The cost of purchasing the giant ferris wheel outright is RM22.5 million. Should the deal go through the ferris wheel would be dismantled and reassembled here in Melaka just in time for the Deepavali and the end of the school year holidays in October.


Mengapa perlu sehingga ada 2 Ferris Wheel, di negeri yang sama, di sungai yang sama?

Pelancong mana yang hendak datang ke Melaka untuk menaiki Ferris Wheel, sasarannya pelancong tempatan atau pelancong Asing?


Pelancong asing mungkin sudah jemu menaiki Ferris Wheel, sudahlah yang sedia ada di Sungai Melaka terlalu rendah, Ingin dibawa masuk punya yang tak cukup tinggi untuk berlawan dengan Ferris Wheel yang ada di dunia ini.

Pelancong dari Singapura akan mungkin mentertawakan Melaka, kerana mereka sudah ada Singapore Flyer setinggi 165 Meter, (berbanding dengan Eye of Malaysia hanya 60 meter). Menara Taming Sari (RM 24 Juta) itu pun hanya 110 meter.

Di Negara China sudah ada, Star of NanChang setinggi 160 meter, dan akan mempunyai Great Beijing Wheel yang berketinggian 208 meter.

Negara Jerman akan ada Great Berlin Wheel setinggi 185 meter.


Menara Taming Sari 24 juta
Eye of Malaysia yang dipindahkan 22.18 juta
Eye of Melaka, tak pasti berapa juta...


Tapi mana Jeti untuk Nelayan yang dijanjikan oleh Ali Rustam?

Rabu, 28 November 2007

Bayar sajalah RM 380juta untuk konsesi tol

Baru baru ini banyak kedengaran tentang tol akan dinaikkan, ada juga rakan saya yang mengatakan terbukti tol akan dinaikkan.

Sammy Vellu mengatakan

"Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan pada tahun hadapan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu."

Maka pada pendapat saya, bayar sajalah RM 380 juta itu.

Persoalan seperti:-
  • Siapa pemilik syarikat konsesi?
  • Bagaimana perjanjian konsesi boleh dilakukan jika ia terang-terang menyusahkan rakyat?
  • Apa kandungan perjanjian itu?

Boleh difikirkan semasa hampir pilihanraya nanti.

Jadi buat masa ini, bayar sajalah RM 380 juta itu.

Kerajaan pusat tiada duit? boleh kutip hutang dari kerajaan negeri yang berhutang dengan kerajaan pusat sebagai contoh Kerajaan Negeri Melaka.

Dengan hutang sebanyak RM 1 bilion, sekiranya Ali Rustam bayar 1/3 sahaja dari hutang itu, maka kerajaan pusat cukup wang untuk bayar syarikat konsesi.

Mari kita lihat apa yang Ali Rustam buat dengan duit yang dipinjam itu.

Bina semula kota belanda, menggunakan batu baru.


Buat menara entah apa gunanya. Dengarnya "Taming Sari"

Kompleks baru (kos untuk menutup pembinaannya semasa PakLah datang Melaka dulu pun sudah satu juta)


Jadi, Untuk memastikan tol tidak naik, Kerajan Pusat jangan tangguh, Minta hutang dari Ali Rustam dan bayar sahajalah RM 380 juta itu.

Khamis, 16 Ogos 2007

Google Image Search tidak indeks gambar Cikgu Suraya


Tahukah anda,

Google Image Search tidak mengindeks gambar yang dimuatnaik di blogspot atau mungkin laman yang menghoskan penyimpanan gambar yang lain.


Itulah penemuan saya hari ini, setelah lama mengkaji mengapa apabila orang indonesia meng'googleimagesearch' 'BMW' atau 'seksi' atau 'supra' mereka akan jumpa blog ini, walhal ada banyak lagi gambar yang ada pada blog ini.

Puas saya menukarnama gambar yang saya tangkap supaya nama failnya mengambarkan apa yang ada pada gambar. Sia-sia belaka.

Atau mungkin kerana tag HTML yang komplikated menyebabkan ia tidak diindeks?


Entahlah..

Cuba anda google image search "BMW Cikgu Suraya" <-klik
http://images.google.com.my/images?svnum=10&um=1&amp;amp;hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&q=bmw+cikgu+suraya&btnG=Search+Images


Ada gambar BMW Z4M (milik Cikgu Suraya?) dan supirnya sekali (pakai songkok hitam)?

Ada banyak gambar yang dipaparkan sebagai hasil carian "BMW Cikgu Suraya", berada di blog ini tetapi imejnya dihoskan ditempat lain.

Tiba masanya untuk mencari tempat menghos gambar yang sesuai.

Rabu, 1 Ogos 2007

Pecah dan Perintah versi PakLah dan "Melabel"




Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). ?
Wilayah bla bla Selatan?

Aku rasa sesuatu tak kena.
Tak wajar kekayaan Negara diperuntukkan untuk sesuatu kawasan sahaja.
Asalnya, kalau semasa zaman Dr.M , dia amat suka majukan Putrajaya dan Langkawi.
Kalau diperingkat Melaka, Ali Rustam gemar majukan Ayer Keroh.
Kalau masa zaman pemerintahan PakLah, sekejap di Terengganu, sekejap di "Wilayah Selatan" dan kini NCER.
Untuk memuaska hati banyak pihak, NCER diperluaskan untuk memuaskan hati.

Jadi, kalau ikut gaya PakLah, projek khas untuk kawasan ini, kemudian projek khas untuk kawasan itu, projek khas untuk kawasan n (n = Integer).

Ratus billion untuk Selatan, Ratus bilion untuk Utara.

Dengan adanya projek khas dari kerajaan pusat untuk kawasan tertentu, maka penduduk kawasan tertentu akan gembira dan berterima kasih kepada PakLah.

Aku tak nampak apa kelebihan NCER. Setakat mempercantikkan instaruktur yang sedia ada.
(Kerajaan British dah buatkan laluan keretapi khas ke Butterwoth)

Kemudian kawasan-kawasan di"label"kan dengan industri tertentu.

Kalau di Melaka, sesuatu yang hampir sama berlaku, beberapa kawasan dilabel sebegitu untuk menjadikan "Satu Zon Satu Industri".

Langkah sebegitu terlalu artificial dan tak realistik.

Suka hatilah sesiapa untuk lakukan apa yang dia nak lakukan.

Adakah dengan melabel sesuatu kawasan dengan industri tertentu, adakah secara automagik penduduk disitu akan menceburi industri itu?

Adakalanya pembangunan boleh berlaku secara semulajadi, kalau kena dengan sebab musababnya.

Kalau dulu, Ipoh dan KL maju secara automagik bila adanya Bijih timah.
Kerajaan British tidak pula melabel Ipoh dan Kuala Lumpur "zon bijih timah".


Banyak bandar di malaysia maju sendiri apabila ia ada muara sungai.
(Ya Faktor Pengangkutan).

Adakalanya kemajuan boleh disebabkan oleh faktor kerajaan, ada kalanya ia dimajukan atas sebab-sebab yang telah sedia ada, oleh faktor kerajaan atau faktor keluasan pasaran yang ada.

Rabu, 4 Julai 2007

Penjenamaan Melaka: Virus Melaka , Virus KelawarBemban





Nampak kelakar juga, bila nama virus dijadikan isu. Ya memang selalunya, Nama virus dikaitkan dengan nama tempat, atau nama orang yang menjumpainya. Jadi tak salah kalau nama virus yang dijumpai di Melaka, dinamakan "Virus Melaka".

Tetapi, nanti dulu, kalau kita lihat dari sudut "branding" Melaka sebagai pusat perlancongan, pusat pelaburan, maka ia amatlah tidak sesuai. Sepatutnya, langkah lebih hebat dilukan oleh kerajaan negeri untuk memperkukuhkan penjenamaan Melaka.

Ali Rustam yang suatu masa dahulu, telah mencadangkan penggunaan Nama "Melaka" sepenuhnya, walaupun digunakan dalam bahasa Inggeris, namun usaha dia gagal. Walaubagaimanapun saya menyokong beliau dalam usaha menggunakan istilah 'Melaka'dalam semua bahasa. Walaupun dia gagal, tak semestinya tak ada orang yang mampu menjayakannya. Cairo vs Kaherah, Mecca vs Mekah, Ada banyak lagi contoh nama tempat yang telah diinggeriskan oleh penjajah ingeeris namun ia kekal sehingga kini.

Era globalisasi sedang pesat berjalan, maka, ramai penterjemah asing tercari-cari apa nama asal sesuatu tempat itu. Kalau tidak salah saya, dahulu pernah dibincangkan di gnome-i18n@gnome.org tentang nama "Mekah". Jika "Mecca" adalah nama Inggeris bagi Mekah, mengapa orang jerman hendak menggunakan nama inggeris, mereka bukan orang inggeris. Begitu juga untuk orang bukan inggeris yang lain, mereka patut mengenali tempat ini (Melaka) sebagai "Melaka" dan bukannnya "Malacca".
Namun, ada usaha lain dari pihak "Kesihatan" untuk melambatkan usaha ini.

Ya, Memang tak salah bagi menamakan virus itu melalui nama tempat. Adalah baiknya, ia dinamakan sebagai "Virus Bemban" atau "virus Kampung_di_Bemban_di_mana_virus_itu_ditemui" ATAU, nama virus itu dikaitkan dengan sesuatu, sebelum dikaitkan dengan nama tempat, sebagai contoh "Virus Kelawar Bemban". Cadangan Ali Rustam supaya ia dinamakan sebagai Virus kelawar, tertalu tak profesional, Apa jadi kalau Kelawar ada bawa virus lain & juga dijumpai di Malaysia?
Begitu juga, dengan nama "Virus Melaka", mungkin ada virus lain yag akan ditemui di melaka.


Jadi saya cadangkan nama Virus itu, dinamakan sebagai "Virus Kelawar Bemban".





p/s: Nama "Virus Yusry Bemban" dirizabkan untuk virus komputer yang mungkin dicipta oleh Yusry. :)

Google+ Hasbullah Pit