test

Jumaat, 17 Julai 2015

Tips untuk tabayyun berita.



Tips untuk tabayyun berita.

Sekiranya anda ternampak orang share artikel Malaysiakini, atau tmi. Maka janganlah percaya tajuk itu bulat-bulat.

Ianya mungkin sensasi, atau menyentuh perasaan anda, untuk cepat-cepat percaya tajuk.

Mungkin adakalanya, tajuk itu sudah cukup untuk membuatkan anda percaya tajuk, sebab tajuk itu membolehkan anda menghentam pihak lawan.



Ada berita yang diambil daripada kenyataan verbal, ada yang diambil daripada kenyataan media.


Untuk verbal, memang susah nak dapatkan ayat-ayat sebenar. melainkan ada video.

Namun untuk yang bersumberkan kenyataan media, anda boleh cari di http://mediaterus.blogspot.com .
confirm tak ada spin.

Maka anda boleh baca, tanpa terpengaruh tajuk yang diubah suai.

Cara lain, ialah, anda perlu cari dimana punca sebenar kenyataan itu, sebagai contoh, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, boleh dicari di Fanpage dia.




sekian.

Jumaat, 3 Julai 2015

Emas 916 Berapa Karat?

Emas 916 Berapa Karat?

Jawapannya ialah 22 Karat.

Bagaimana nak kira?

Mudah sahaja,



22/24 = 91.66666 %

Maka dapatlah 916.

Jumaat, 19 Jun 2015

Cicak Ini Setia Menjadi Penunggu Modem sehingga....

Pada 12 june 2015 lalu, Ketika berlaku masalah Talian Internet TM ke Antarabangsa, saya baru perasan ada seekor cicak duduk di atas modem. Kusangkakan Cicak itu mati rupanya masih hidup.



Selepas 12 jun, berhari-hari cicak itu masih hidup di situ.

Pada 14 jun, dia boleh keluar seketika, dan kembali ke modem.
15 jun, masih ada, 16 jun masih ada...




Walaupun ada kalanya anak saya rapat ke arah situ, namun cicak itu tidak lari.
Bukankah biasanya cicak akan lari bila manusia menghampirinya?


Pada 18 jun, dia masih setia..





Dan berubah posisi sedikit..




Namun masih setia.

Aku tertanya-tanya sampai bila dia masih di situ,

Namun pada 18 jun, petang...

Dia dijumpai mati di sebelah "power bank", 1.5 meter daripada modem rumah kesayangannya itu,




Spekulasi pnca kematian ialah...
"Dia tak dapat makan bandwidth"
"powerbank tak mengeluarkan haba yang diperlukan"
"lupa sahur"


Rabu, 6 Mei 2015

Tak semudah itu untuk simpulkan kononnya "Pengundi Rompin sokong GST".

Tak semudah itu untuk simpulkan kononnya "Pengundi Rompin sokong GST".
Itu sudah macam ikut gaya Ali Rustam "salahkan pengundi"

Ada banyak faktor lain yang mempengaruhi pengundi.
Kesimpulan yang lebih tepat adalah

"PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin"..

Atau nak tambah lagi

"PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin walaupun pengundi tak suka GST"..

atau...

"PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin kerana
1.
2.
3.
4.
5.
6. (kena cari sendiri, dan berhenti salahkan faktor luaran)

"..

Isnin, 4 Mei 2015

Beli Pakaian Tshirt Muslimah Kanak Kanak Budak Perempuan

Dulu susah juga nak cari dan beli pakaian untuk budak perempuan.

Bila jalan-jalan di shoppping complex, nak cari yang lengan panjang pun susah.
dalam 100 baju, mungkin jumpa 1,2 helai sahaja baju budak perempuan yang lengan panjang.

Itu baru sahaja lengan, belum pilih labuh lagi...

Sekarang ini, kalau nak cari baju budak perempuan, Tak payahlah buang masa cari di shopping complex.

Zaman sekarang boleh beli online, Sebab ada penjual pakaian muslimah online, juga menjual pakaian muslimah kanak-kanak budak perempuan.

Dimana nak beli Tshirt Muslimah Kanak-Kanak Perempuan sebegini?





Anda hanya perlu klik pada gambar di atas untuk beli.
Harganya pun, boleh tahan murah.

Alang-alang membeli untuk anak, emaknya pun boleh beli Tshirt Muslimah juga, biar warna sepadan.


Nanti dulu,

Kalau anda hendak beli baju sedondon , emak dengan anak perempuan, anda boleh beli di Sedondon Emak dengan Anak.







Sabtu, 18 April 2015

Bayar GST ke Pusat Zakat

Sebenarnya Mufti Wilayah cakap lain, nak elak cukai berganda.

Tapi saya nampak lain.

Apa kata kalau macam ini.

Peniaga buat GST macam biasa, logmasuk TAP dan isi apa yang patut.

Bila pembayaran, kasi opsyen untuk bayar ke pusat zakat.
Bayar zakat extra.
Muatnaik slip pembayaran di TAP.

Ahad, 12 April 2015

Kena Tipu 22sen "GST Kami Bayar" oleh Mr. DIY

Kedai Mr. DIY mengadakan kempen "GST Kami Bayar".
Kononnya GST dia yang bayar.

Ianya berbeza dengan kempen "Harga tak naik selepas GST", sebab Kempen harga tak naik selepas GST tidak membawa maksud "GST Kami Bayar".


Apabila diperkatakan GST Kami Bayar, maka jika sesuatu barang itu, harga tak termasuk GSTnya ialah RM 10 , GST 60sen itu Mr.DIY yang bayar.

Namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Saya membeli 3 buah cawan berharga "RM 3.90". Tidak dinyatakan di Shelf Label, samada ianya termasuk GST atau tidak.

Kebiasannya , harga di shelf label adalah termasuk GST.

Jadi. saya beratur dan untuk membayar.
Saya tanya pada juruwang, adakah RM 3.90 termasuk GST?
dia jawap "Ya".

Jadi, GSTnya ialah 22sen

Maka harga tidak termasuk GSTnya ialah RM 3.68

Maka saya sediakan RM 3.65 untuk membayarnya.

Yang anehnya, tidak meminta tambahan 3 sen atau 5 sen, sebaliknya meminta untuk lagi 25 sen.

Maka dipanggilnya supervisor atau orang atasan lain bernama Din.

Dia menerangkan bahawa harga tidak naik selepas GST.
Tetapi itu bukan persoalannya.

Persoalannya ialah "GST kami Bayar", tetapi bukan soal harga naik atau turun atau kekal.

Untuk melihat tax invoice (invois cukai), kena bayar dulu 3.90 baru dapat.




Maka saya minta 22 sen, sebab sepatutnya GST Kami Bayar, saya tak perlu bayar.
Tapi tak dapat.

Mana janji "GST kami Bayar" itu?

Kalau dia nak guna sangat kaedah GST kami bayar, dia 3 x1.30 itu sebagai 'excluding GST'.
Jadi harga termasuk GST adalah, RM 4.13 ..
Baru lah betul "GST Kami Bayar" dengan membayarkan 23sen bagi pihak pelanggan , dan pelanggan tetap bayar RM 3.90 sahaja.

Namun , bukan soal harga berapa kena bayar, tetapi ini soal penipuan.

22 sen pun penipuan juga.




-------
No Aduan kpdnkk: 0150010542
No. Aduan Kastam : 2015-04-12-6836


---- update ---

Soalan dari Carigold:

harga dia pamer dekat rak berapa?.. rm3.90 kalau betul la.. GST coloum memang kena papar dalam resit..
lain la kalau harga dia papar dekat rak rm3.90, lepas tu time bayar dia caj lagi GST rm3.90 x 6%.. tu baru tak betul.. kalau harga dekat rak papar rm3.90 and sebelum ada GST pn harga dia rm3.90.. dah betul la tu..
Jawapan saya:
Kalau  harga shelf RM 3.90 inclusive GST , bayar RM 3.90 , itu implementasian biasa kedai-kedai berGST yang tak ada "GST Kami Bayar".

Jadi apa bezanya kedai ada "GST kami bayar", dengan GST sudah dimasukkan kedalam harga inklusiv?

Jadi apa perlunya letak "GST Kami bayar" kalau sekadar guna kaedah implementasi biasa kedai-kedai berGST lain?













Google+ Hasbullah Pit