test

Selasa, 24 November 2009

Musim Bank Pusat Beli Emas

Sekarang Adalah musim Bank Pusat beli emas.

Rakyat Malaysia usahlah berharap sangat Bank Negara Malaysia menyimpankan rizab emas untuk anda, Sebagaimana yang dilakukan oleh bank pusat negara lain.

Oleh itu dinasihati supaya pembaca menyimpan sedikit rizab emas untuk keluarga, dalam anggaran nilai 3 bulan gaji.

Lebih pun boleh.

Ahad, 22 November 2009

Nasrudin Tantawi bawa imej The Rock?

Ini The Rock



Ini Nasrudin Hassan Tantawi



Daripada Perspekstif lain




Ini The Rock



Ini Nasrudin


Tapi ini bukan The Rock.

Jumaat, 20 November 2009

Prejudis Terhadap Beberapa Pemimpin PAS

Kebelakangan ini, saya lihat wujud prejudis terhadap tindakan beberapa pemimpin PAS.

Tindakan yang tidak seberapa, kalau dilakukan oleh orang lain, ianya tidak mengapa, akan tetapi tindakan kecil oleh pemimpin PAS yang diprejudiskan itu, seolah-olah besar benar kesalahannya.

Label "Pro UG" menggunakan takrifan Kerajaan Perpaduan yang salah tidak perlu diteruskan.

Khamis, 19 November 2009

Budaya Menuduh 'Pembangkang' Tak Bersyukur

Sudah banyak kali saya dengar, pihak tertentu sering melabelkan 'pembangkang' tidak bersyukur.

Maka keluarlah cerita bagaimana susahnya rakyat negara lain.

Pihak tertentu itu bukan hanya BN, tetapi penjawat awam tertentu pun turut serta suka menuduh 'pembangkang' tidak bersyukur.

Saya tidak pasti adakah 'pembangkang' itu termasuk Khir Toyo dan Anuar Musa sekali atau tidak.

Memang saya tidak nafikan bahawa Malaysia bumi bertuah. Segala sumber mencukupi.
Sumber air, angin, matahari, tanam tanama, ternakan dan lain-lain.

Agak menghairankan juga bagaimana negara pengeluar minyak sawit no 1 dunia, kehabisan stok minyak massak di kedai.

Begitu juga pernah berlaku pada gula. Malaysia bukan pengeluar gula nombor 1, tetapi tidak mustahil untuk keluarkan gula sendiri secara pukal.

Tatkala sumber air yang melimpah ruah, ada yang mengeluh tentang bil air yang agak tinggi.
Apabila ada usaha untuk mengurangkan beban, wujud pula pihak yang cuba menggagalkannya.

Begitu juga elektrik.
Negara mempunyai minyak dan gas, juga mempunyai angin yang tidak henti bertiup sepanjang tahun, hujan sepanjang tahun.
Akan tetapi tenaga yang dijana boleh angin tidak pernah mencecah 1%.
Adakah perlu kita mengimport arang batu? Pada masa yang sama kita mempunyai polisi matawang ringgit rendah supaya 'menggalakkan eksport'.

30% tenaga dijana oleh arang batu pada negara yang melimpah ruah sumber alam, adakah itu efisyen?

Disebabkan Federalisme acuan penjajah, syarikat air milik kerajaan negeri dijual kepada persekutuan. Persekutuan kaya, negeri miskin.

Maka peninglah syarikat air negeri berusaha untuk untung kerana tak mahu rugikan kerajaan negeri.
Manakala yang sentiasa kaya ialah kerajaan persekutuan.

Saya pun tak faham, bagaimana negara ini mempunyai jurang perbezaan kewangan yang terlalu tinggi di antara negeri dengan persekutuan.

Persekutuan ada Bank Negara, Negeri tidak ada Bank Negeri.

Persekutuan bercakap tentang bilion-bilion.
Suka-suka sahaja "60 bilion".

Belanjawan negeri Melaka dan Kelantan, tidak sampai pun 0.5 bilion.

Negeri pula dipecahkan kepada PBT, yang masing-masing ada tugasan untuk menjana kewangan.
Mana-mana PBT yang boleh capai sasaran, akan dinaikkan taraf kepada "Majlis Perbandaran".

Maka berlumbalah PBT merekayasa sistem parkir yang memperkayakan mereka.
Di kawasan luar bandar pun ada parkir berkupon, agar mereka boleh berbangga dinaiktarafkan daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran. Itu yang mereka mahu.

Maka sumber alam yang melimpah ruah ini harus disyukuri dengan menggunakan seluruh sumber yang ada dengan efisyen.

Sistem Persekutuan -> Negeri -> PBT yang cacamerba ini harus diperbaiki.

Sekiranya Allah kurniakan Minyak di Merlimau , belum tentu penduduk boleh parkir percuma, sekolah percuma.
Yang kaya ialah Persekutuan.

Selasa, 17 November 2009

Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek

Jemput Hadir ke
Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek



Dr Mujahid Yusuf.
-Ahli Parlimen Parit Buntar
-Pengerusi Lanjah Perpaduan Kaum PAS.

Ustaz Kamarudin Sidek
-Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka


17hb November 2009
9.20 ptg - 11.55 ptg
Baitul Hikmah Kampung Sempang, Merlimau Melaka


Ahad, 15 November 2009

Parti Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia sepatutnya diberi peluang untuk mengundi parti pilihan utamanya sendiri.

Bukan parti yang duduk dalam pakatan dengan parti pilihan utamanya.
Bukan parti yang bergabung dengan parti pilihan utamanya.

Anda mahu sistem 2 parti yang menafikan hak rakyat Malaysia menyatakan apakah parti plihan utamanya?

Setiap orang hanya perlu ada 1 parti pilihan utamanya dalam satu piihanraya.

Daripada itu, barulah boleh menunjukkan sokongan dan kekuatan sebenar sesuatu parti itu?

Berapa peratus rakyat Malaysia memilih PAS sebagai parti pilihan utamanya?

Rabu, 11 November 2009

Sumbatsemuadisekolahisme Murugiah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah mencadangkan subjek Pendidikan Moral dimansuhkan dan digantikan dengan subjek 1Malaysia yang menekankan aspek perpaduan, penghayatan Rukun Negara serta semangat patriotik.

Katanya, sudah tiba masanya 1Malaysia yang yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diperkenalkan sebagai subjek dengan pengajaran dan pembelajarannya menerapkan nilai pengukuhan perpaduan kaum dalam negara diajar di peringkat sekolah rendah
Sumbatsemuadisekolahisme adalah satu jenis pemikiran yang mendorong sesuatu aktiviti disumbat ke sekolah.
Dengan menyumbatkan ke sekolah, maka semua akan dirasa selesai.

Untuk mengekalkan permainan tradisional pun perlu disumbatkan ke sekolah.

Kibar bendera pun budak sekolah yang kibarkan.

Apabila dibincangkan sesuatu, maka penyelesaian yang timbul adalah "Ini perlu diterapkan di sekolah".

Google+ Hasbullah Pit