test

Selasa, 20 Oktober 2009

Defisit Melampau: Keselesaan Rakyat lebih Penting daripada Anak Cucu

Agak merisaukan apabila defisit meningkat secara melampau.

Defisit itu hanya nombor yang kita lihat hari ini, berapa peratus, berapa bilion.

Media perdana sudah berkempen seolah-olah defisit melampau itu adalah tidak mengapa.

Semalam pula di The Star terdapat cerita seolah-olah defisit sehingga 100% itu tidak mengapa.

"Defisit Amerika Syarikat ialah 100 peratus tetapi mereka masih boleh menguruskannya.

"Asalkan bajet kita distrukturkan dengan baik, ia boleh diuruskan,

Ini Mahzab ekonomi baru.

Ambil dulu duit daripada anak cucu kita, untuk "keselesaan rakyat", kemudian biarkan anak cucu kita yang tanggung.

Duit raya yang anak anda simpan secara automatik akan tersusut nilainya bila tiba masa.

Defisit dalam belanjawan biasanya dipaparkan dalam peratus, jarang pula disebut dalam bentuk bilion Ringgit.

Tidak pernah pula Menteri Kewangan menceritakan kepada awam, tahun ini defisit 40 bilion, iaitu Kerajaan Meminjam 40 bilion daripada anak cucu kita.
"Atuk pakai dulu ya cu..."

Angka rasmi defisit belum diketahui, anggarannya dalam 40 bilion.

Angka 40 bilion defisit belanjawan 2010 perlu ditambah dengan angka 60 bilion belanjawan khas rangsagan awal tahun ini.

Dipendekkan cerita Najib sudah pinjam 100 bilion daripada anak cucu kita tahun ini sahaja.

Apa kita nak jawap pada anak cucu kita?

Politik hari ini bukan untuk hari ini, tetapi untuk hari ini dan anak cucu kita.

Isnin, 19 Oktober 2009

Betul MTUC mahu Caruman KWSP 11 % ?

Betul MTUC mahu Caruman KWSP 11 % ?

Adalah lebih baik kalau pekerja boleh memilih samada 11% atau 9 %.

Bukan semua pekerja yakin bulat-bulat kepada KWSP untuk menjaga simpanan ketika tua.

Musim Defisit bilion-bilion ini, pencarum mahukan 5% dividen yang tidak pernah diistiharkan sebagai 'syariah compliant' ?

Lebih baik perbezaan 2-3 % itu digunakan untuk melangsaikan hutang apa yang ada.

Khamis, 15 Oktober 2009

PAS Perlu Terima Hakikat Pengundi Melayu Suka Meminjam

PAS perlu menerima hakikat bahawa pengundi zaman sekarang cukup suka meminjam dan sayangkan peminjam.

Kreditor seperti TEKUN umpama rahmat turun dari langit.
Pinjaman TEKUN umpama kurniaan Ilahi.

Kini Pemuda UMNO mahukan Bank Belia.
Banyak sangatkah duit mereka sehingga tidak cukup bank untuk menyimpan duit?

Eh, Mereka bukan mahu mendeposit duit, tetapi sebenarnya mahu meminjam.

Teruskan meminjam.
Pinjaman adalah rahmat dari langit.

Antara punca kekalahan PAS di Bagan pinang, ialah kegagalan Ustaz Khairul meminjamkan tali leher kepada pengundi. Akibatnya pengundi tidak dapat mengundi dengan bergaya.

Menyedari hakikat pengundi yang suka meminjam, maka setiap Markas PAS perlu menyediakan tangga 12 kaki, supaya bakal pengundi boleh meminjam tangga itu apabila ingin menukar mentol lampu.

Ingat!
Pinjaman adalah rahmat yang turun dari langit bagi pengundi Melayu.

Program Beras Percuma dan Beras ST 15

Apabila tersiarnya berita tentang beras percuma, perkara yang terlintas difikiran adalah seolah-olah BN kelihatan begitu pemurah, memberikan beras percuma kepada rakyat.

Hakikatnya ialah sumber kewangan untuk program itu adalah daripada wang rakyat juga.

Politik menentukan dasar dan kaedah, adakah BN wajar diberikan 100% kredit kerana menyediakan program beras percuma?

Anda tentukan.

Politik Subsidi Makanan, Kupon Makanan, Beras Percuma sudah lama wujud dalam penulisan di blog ini.
Google sahajalah.


Terdapat satu catatan lama yang menceritakan bahawa saya mencadangkan supaya "beras percuma" diberikan untuk menggantikan Subsidi beras.


Adakah BN dengan sengaja menyediakan peruntukan khas daripada perbendaharaan negara untuk memberikan beras percuma?

Tidak.

Program ini hanya menggantikan kaedah pengsubsidian beras ST 15, yang selama ini subsidi diberikan kepada pengilang. Kemudian dijual kepada kedai.

Tidak banyak kedai yang menjual beras ST 15, namun ada juga kedai yang mendapat limpahan beras ST 15.

Harganya lebih murah lebih kurang RM 8 bagi pek 10 kg berbanding harga beras ST 10 dan ST 5.

Rakyat Malaysia ada yang tak jumpa beras itu, tetapi adakalanya warga asing dapat membeli beras itu.

Puluhan juta sebulan digunakan untuk merendahkan harga beras ST 15 ke tahap RM 17 10kg.

Wang itulah yang akan digunakan untuk program beras percuma.

Walaupun beras percuma diberikan kepada golongan miskin, namun perbendaharaan negara akan jimat kerana beras percuma yang diberikan itu nilainya lebih rendah daripada subsidi beras ST 15 yang sebelum ini diberi kepada pengilang untuk merendahkan harga beras ST 15.

Bukannya mereka 'suka-suka hati' mahu mengadakan dasar kaedah ini.

Ianya dibuat atas dasar menjimatkan perbendaharaan negara.

Belum pernah termimpi lagi mesyuarat UMNO dengan suka-suka hati mencadangkan beras percuma diberikan kepada golongan miskin. Kalau mereka mahu, sudah lama mereka cadangkan.

Sekiranya ini adalah inisiatif penjawat awam, mengambil idea daripada blog pro Pakatan Rakyat.
Kenapa BN yang mendapat kredit.

Apa yang dirisaukan dengan program ini ialah, beras ST 15 yang murah sedikit itu kemungkinan besar tidak akan dibeli pada harga RM 17 lagi.

Jadi, jika anda atau saudaramara atau jiran anda yang sememangnya menggunakan beras ST 15 untuk makanan harian, akan menghadapi sedikit kesukaran harganya akan dinaikkan.

Adalah dicadangkan kepada pengguna beras ST15 sedia ada supaya menyimpan plastik beras itu, supaya ia boleh dijadikan bukti bahawa sememangnya menggunakan beras itu untuk sekian lama. Gunakan plastik itu untuk memohon disenaraikan dalam program beras percuma.

Dari sudut ekonomi pula, sekiranya harga beras ST 15 disenarai dalam sebakul barangan yang dikira oleh Bank Negara bagi menentukan kadar inflasi. Maka kadar inflasi diatas kertas akan naik. Ia hanya paparan sebenar bagi inflasi yang disembunyikan.

Rabu, 14 Oktober 2009

Undi Pos: Ke arah Keadilan Politik dan Hak Mengundi Tentera

Apa yang diperjuangkan oleh Suhaizan, Kamaruzzaman, Mohzaid, Suhaimi dan seluruh pasukan PACA Undi Pos PAS ketika Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N31 yang lalu bukanlah sekadar mahu memenangkan PAS sahaja.

Suhaizan telah menyediakan satu laporan yang jelas menunjukkan ketidakadilan itu berlaku.

Samada PAS menang atau tidak undi Pos di Bagan Pinang adalah bukan persoalan utama.

Soal pertama ialah keadilan politik dan hak mengundi tentera.

Table 1 : Undi Pos Mengikut Peti Undi



Table 2 : Keputusan bagi 3 Pilihan Raya

Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya.
Anda perlu baca laporan itu di sini.

Sejak dari awal PAS tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memang undi pos, dan memang tidak menang pun.

Jadual pertama jelas menunjukkan bagaimana PAS tidak mendapat sebarang undi pada peti 14,15 dan 16.
Peti 17 pula digabungkan dengan peti 13 semasa kiraan, maka tidak dapat dipastikan samada PAS juga dapat telur ayam seperti peti 14,15 dan 16.

Adalah dimaklumkan bahawa Peti 1 hingga 13 adalah undi pos tempatan, di kem dan sekitarnya. Manakala peti 14,15,16 dan 17 adalah daripada Mindef.

Ketidak adilan politik itu jelas.

Pengundi pos masih lagi menggunakan kertas undi bernombor siri, maka ia juga akan menyebabkan ketua unit boleh mengetahui anggotanya siapa dia undi.

Walaupun tentera adalah pahlawan negara, namun belum tentu semua tentera yang mahu undi PAS berani undi PAS.
Namun lebih kurang 30% yang berani.

Di kertas undi ada nombor siri, kemudian dicatat di SAMPUL SURAT KERTAS UNDI, dan di borang A juga dicatat nombor itu.

Di Sampul Keutamaan tiada nombor siri.

Memandangkan ramai pengundi pos berada di kem dan mampu hadir pada hari pengundian, maka langkah terbaik ialah membenarkan pengundi pos mengundi secara awam.




Berikut adalah gambar-gambar ketika bertugas sebagai PACA undi Pos.:


Hari pertama sebelum masuk ke Kem.

Makan pisang sebelum kiraan undi jam 5 petang


Selesai Kiraan, Amin kelihatan lapar, berborak dengan Suhaizan.


Suhaizan berucap & Amin makan.

Selasa, 13 Oktober 2009

Pengkianat Perpaduan

Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan di Malaysia.

Sekiranya ada seseorang dengan sengaja menggunakan bahasa SMS atau istilah yang dilacurkan (*err), yang menyebabkan ia sukar dibaca oleh bukan Melayu.

Maka kita boleh menggelarkan mereka sebagai Pengkianat Perpaduan

Isnin, 12 Oktober 2009

Anugerah Datuk di Melaka Mengalami Inflasi semula

Tahun ini, (2009) bilangan penerima anugerah datuk Negeri Melaka

DGSM = 5 orang Datuk Seri
DCSM = 10 orang Datuk Wira
DMSM = 75 orang Datuk

Menjadikan jumlah keseluruhan 90 orang.

Tahun 2008 = 78 orang
Tahun 2007 = 80 orang.

Inflasi 15%

Google+ Hasbullah Pit