test

Rabu, 19 Ogos 2009

Bulan Baru Astronomi tidak bererti 1 Ramadhan

Bulan Baru atau New Moon atau Ijtimak dalam ilmu falak, tidak membawa maksud esoknya ialah bulan baru kalendar Hijrah.

Bulan dalam kalendar hijrah adalah merujuk kepada ketampakan anak bulan dan bukannya bulan baru astronomi.

Pening?

Anak bulan hanya boleh dilihat setelah berlakunya ijtimak atau bulan baru.

Berbanding dengan kalendar Cina, bulan baru bermula pada hari berlakunya ijtimak.

Pada 20 Ogos 2009, adalah 1 haribulan bagi bulan baru.

Akan tetapi dalam kalendar Hijrah ianya bukan 1 Ramadhan.

Sekiranya anda pernah mendapat emel sebegini:

Menurut kiraan astronomi hari 01 Ramadhan ialah pada 21 Ogos 2009, Jumaat. Dan 01 Syawwal ialah pada 19 September 2009, Sabtu. (20 Ogos, jam 6.01 petang awal bulan; dan 19 Sept. jam 2.44 pagi awal bulan
Ianya tidak boleh menentukan bahawa 21 Ogos adalah 1 Ramadhan.

Yang berlaku pada jam 6:01 petang ialah ijtimak atau bulan baru atau new moon.

Anak bulan hanya boleh kelihatan setelah berlakunya ijtimak dan kena syarat-syaratnya.

Di Malaysia ada syarat "8 jam", iaitu anak bulan hanya boleh kelihatan setelah usia bulan lebih daripada 8 jam.

Secara teorinya sebegitu.

Ada pendapat supaya syarat 8 jam itu dinaikkan ke 12 jam, memandangkan rekod dunia kenampakan anak bulan hanyalah pada usia bulan 11 jam lebih.

Disebabkan kesepakatan untuk guna 8 jam, maka kita guna 8 jam.

Kalau 8 jam dikatakan agak mustahil untuk melihat anak bulan, inikan pula pada usia bukan 1 jam lebih.

Tapi kita cerap juga anak bulan, kalau-kalau ia boleh muncul dengan kuasa Allah.

Kepala Tergantung? Budaya Planet GNOME




Merujuk kepada gambar di atas, Anakanda Fedy berkata

pakdek, gamba tuh scary laa.. kepala tergantung! =p

Persoalannya kenapa gambar kepala tergantung?

Ini adalah persoalan budaya.

Di dalam komuniti GNOME, ketika mula-mula planet dilancarkan, kebanyakan pembangun GNOME menggunakan avatar "floating head". Pada peringkat awal, blog ditulis di advogato.com

Planet menggabungkan beberapa catatan blog terkini, untuk disiarkan pada satu laman.
Laman itu dipanggil planet. untuk GNOME, dipanggil Planet GNOME(klik)

Kebiasaannya penulis akan menyediakan kepala terapungnya sendiri, dan budaya itu kekal sehingga hari ini.






Selepas daripada planet GNOME, maka wujudnya planet lain.
Sebagai contohplanet tempatan ialah http://planet.foss.org.my/

Budaya kepala terapung wujud di planet foss.org.my, tetapi tidak sepopular di Planet GNOME.




Manusia wujud pelbagai budaya, maka dikongsi supaya manusia saling kenal mengenali.

Selasa, 18 Ogos 2009

Berapa Kes Terbaru H1N1 hari ini?

Bagi pengumuman hari ini 18 ogos, Jumlah kematian adalah 3, menjadikan 67.

Buletin 130 ada menyebut lebih 400 kes baru H1N1, namun tidak pula kelihatan di sumber lain, termasuk h1n1.moh.gov.my

Mushkil

Artikel 'Konspirasi' PAS?

Menurut Malaysiakini,

Satu lagi blog – mendakwa wujud konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor – membuang artikelnya selepas menerima surat ugutan dikenakan tindakan undang-undang.

Blog Perisik Rakyat (www.perisik-rakyat.com) Khamis lalu menyiarkan semula artikel di blog Malaysia Waves, 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor' – tetapi menarik balik sehari selepas itu.


 Sebahagian daripada petikan berita:



Tujuh penyumbang terlibat mengusahakan blog Perisik Rakyat, termasuk Tulang Besi sendiri.

Sebenarnya, saya adalah salah seorang daripada "tujuh penyumbang", namun amat jarang-jarang sekali menyumbang.

Saya tiada kena mengena dengan artikel itu.

Kehadiran saya dalam senarai "tujuh penyumbang" itu hanya sebagai penasihat teknikal sahaja.

Ahad, 16 Ogos 2009

Bila Masa PAS Memilih ke Arah Sistem 2 Parti?

Telah diberitakan bahawa Pakatan Rakyat dijangkakan didaftarkan sebagai satu organisasi.

Ianya salah satu kaedah yang dapat meningkatkan undi terhadap Pakatan Rakyat, akan tetapi bagi saya ianya bukan langkah yang bijak untuk membentuk politik baru.

Sistem dua parti popular di Amerika, Walaupun mengikut sistem, boleh banyak parti bertanding, namun hanya 2 parti besar sahaja yang boleh menang. Parti hijau tidak menang apa-apa undi elektoral.

Di negara-negara eropah, demokrasi tidak ke arah kepada sistem 2 parti.

Apa ertinya di Malaysia ada 2 parti besar, tetapi ianya sebenarnya ada banyak parti yang disembunyikan.

MemBNkan Pakatan Rakyat, akan membuatkan masalah BN di eksport ke Pakatan Rakyat.

BN dan Pakatan Rakyat ketika ini pun tiada mekanisme khas untuk menentukan siapa yang duduk di sesuatu kerusi atau daripada parti manakah. Pasti akan wujud ketidakadilan dalam 2 'parti berdaftar' itu.

Undi penyokong Gerakan kepada UMNO tidak boleh ditafsirkan sebagai kekuatan Gerakan.
Begitu juga undi Penyokong UMNO kepada calon Gerakan tidak boleh ditafsirkan kekuatan UMNO.
Apa guna parti diperkukuhkan diperingkat akar umbi?
Sekadar menjamin undi terhadap Barisan bertambah sahaja.

Saya lebih suka politik Malaysia bergerak kepada Perwakilan Berkadar, atau Proportional Representation.
Kita tidak perlu lagi berebut kerusi di antara parti yang membentuk Pakatan atau Barisan.

Saya lebih suka Barisan Nasional itu berubah daripada parti berdaftar kepada Pakatan Nasional, berbanding negara mempunyai lagi 1 Parti Berdaftar Gabungan antara beberapa parti.

Selain dari itu, Perwakilan berkadar akan menyebabkan tiada lagi Kerusi yang dijadikan "Pemberian" atau Pinjaman.

Khamis, 13 Ogos 2009

Tindak Tanduk Politik Terhadap Bukan Kata-Kata Sebenar

Sejak akhir akhir ini banyak berlaku pergolakan politik di dalam Pakatan Rakyat.

Isu kerajaan Perpaduan
Isu "DAP hina Islam"
Isu Arak di Selangor

Yang agak menyedihkan ialah banyak permasalahan timbul daripada maklumat yang kurang tepat.

Saya tercari-cari di mana "DAP hina Islam", apa perkataan yang diungkap oleh YB Loke?

Yang ada hanyalah kenyataan YB loke yang disiarkan di sjsandteam, dimana komennya yang menghina islam.

sjsandteam itu adalah kawan-kawan surind yang hina islam dulu.

Andaikata kenyataan Ustaz Kamarudin Sidek disiarkan di sjsandteam, dan wujud ulasan hina islam di situ, adakan anda semua mahu kata Pemuda PAS Melaka hina Islam?

Isu arak di selangor juga pelik, Hassan Ali kata lain, media kata "pecat", semua orang ulas yang kononnya Hassan Ali kata pecat.

Isu Kerajaan Perpaduan lagi lah,
95% yang berkata tentang kerajaan perpaduan tidak merujuk kepada maksud apa yang Tuan Guru Haji Hadi sampaikan.

Mungkin anda ahli politik peringkat atasan, tolonglah cari betul-betul ungkapan apakah yang dikatakan oleh seseorang sebelum membuat ulasan terhadap seseorang.




Rabu, 12 Ogos 2009

Kewarasan Berpolitik

Teknik berpolitik yang pelik.

Makin tertekannya parti politik itu, makijn tidak waras tindakannya.

Mushkil juga, bagaimana teknik demontrasi secara mencarut dapat menarik sokongan yang lebih terhadap mereka.






Yang pasti, Imej Melayu & Imej Islam tercemar akibat perbuatan mereka.


Google+ Hasbullah Pit