test

Selasa, 26 Mei 2009

Ekspo Industri Asas Tani Jadi Medan Judi HARAM

Saya ada cerita tentang bagaimana "Asas Tani" dipergunakan untuk memuaskan Nafsu Hedonisme berkaraoke.
Dalam program itu ada program "Cabutan Bertuah".

Rupanya ianya satu perjudian yang nyata.



Sekeping tiket dijual pada harga RM 3, dan mendapat nombor.

Barah sosial sudah melarat, sehingga judi boleh dilakukan secara terang-terangan, menggunakan Agensi kerajaan iaitu FAMA:

Saya pun tak faham bagaimana Perjudian, dan Hedonisme dapat membantu para Petani.
Mungkin YB Tey boleh persoalkannya di sidang DUN nanti.

Isnin, 25 Mei 2009

Nak Bertani atau Berkaraoke? Nak Berindustri atau Berkaraoke

Hakikat yang perlu PAS Melaka ketahui sekarang ialah UMNO Melaka suka berkaraoke dan PAS Melaka gagal melahirkan bintang karaoke peringkat Kampung.

Perlukah setiap kampung ada bintang Karaokenya?

Hampir setiap majlis yang diadakan oleh UMNO Melaka dan sekutu-sekutunya akan ada karaoke.
Naik setapak lagi, kini sudah ada 'live band'.

Kenduri kahwin orang UMNO mesti ada karaoke, mana yang peringkat bawahan, guna DJ.
Yang berduit, atau ketua cawangan, akan ada 'live band'.

Yang memeningkan kepala dialah kenduri kahwin yang guna DJ Kampung, Kebiasaannya akan kuatkan volum bunyi sekuat mungkin tetapi ada bunyi 'distorded'. Adakalanya ditolak melebihi hadnya.

Akibat daripada lambakan sistem bunyi cap ayam yang murah dipasaran, ditambah pula permintaan yang tinggi, maka lahirlah banyaknya DJ kampung.

Jarang-jarang kualiti bunyi yang elok kedengaran, mungkin hanya 20% sahaja DJ kampung yang benar-benar mementingkan kualiti.

Akibat daripada sifat suka berkaraoke, budaya ini diserap sehingga ke jabatan dan Perbadangan milik  Kerajaan Negeri (PKNM) dan AJK sektor Industri.



Apa kaitan Industri dan Perumahan dengan Karaoke?


Di atas nama "Ekspo Industri Asas Tani", yang sepatutnya memberi manfaat kepada golongan Tani, ianya dijadikan platform berkaraoke.

klik untuk zum.

Jika anda perhatikan, "Tarian Poco Poco", ditambah "Bersama YB".
Saya pun tak tau jenis apa tarian Poco Poco itu, tetapi kalau cari di youtube, jumpalah tarian itu.

Nasib baik YB UMNO tak pandai shuffle, kalau tidak, mahunya di suruh adakan "Shuffle Bersama Hassan Rahman"

Agak pelik juga melihatkan Hedonisme UMNO Melaka, kerana ia melibatkan "lagu lama", Suatu ketika dulu, mereka sibuk dengan "Irama 60 an".

Maklumlah yang berkaraoke bukannya muda sangat.

Hedonisme di Melaka berada di tahap serius. Sehinggakan di MYDIN, pun ada "MYDIN Idol".

Memperkenalkan Bapa Hedonisme UMNO Melaka ....


Ahad, 24 Mei 2009

Harga Emas tidak naik, tapi USD & Ringgit yang jatuh

Terdapat analisis di blog ahzar yang mengatakan bahawa

US Dollar terus lemah , Harga Emas & Nilai Ringgit Semakin Meningkat



Di blog itu menyiarkan carta harga emas dalam USD dalam tempoh 6 bulan kebelakangan.


Jika anda anggap emas adalah matawang, automatik apabila USD jatuh, emas akan naik.

Tetapi adakah harga emas sememangnya naik?
Kena lihat harga emas dalam matawang lain.

Harga emas dalam pound UK 60 hari kebelakangan....



Harga emas dalam Dollar Australia 60 hari juga,


Harga emas dalam euro




Di sini, kalau kita lihat, hampir tiada kenaikan harga emas dalam euro, aud ataupun GBP sejak awal mei yang lalu.


Apa yang berlaku sekarang ialah fasa, berakhirnya "False dollar rally". dimana dollar akan jatuh.

Kejatuhan dollar ini akan mengakibatkan nilai ringgit meningkat berbanding dollar, tetapi jauh berbanding euro, gbp dan aud.

Dalam tempoh 3 bulan kebelakangan...




Ringgit naik berbanding USD sebanyak 5% , mungkin ada yang gembira.

Tetapi Ringgit jatuh 5% berbanding Euro dan Pound British.

Dan Jatuh 15% berbanding Dollar Australia.

PAS Melaka tak sabar mendengar amanat pimpinan utama..

PAS Perak membuat satu konvensyen PAS peringkat negeri.

Hari ini akan berlangsung Konvensyen PAS Perak di Dewan Perbandaran Teluk Intan. Seluruh perwakilan dari kawasan-kawasan negeri Perak akan mendengar amanat-amanat penting pimpinan utama parti terutama Datuk Presiden yang akan merasmikannya nanti pada sessi sebelah petang.
 Di Melaka, terumata sekali Bukit Katil, masih bersabar untuk menanti peluang untuk "mendengar amanat-amanat penting pimpinan utama'.

Media Optik Tujuan Politik, VCD atau DVD?

Ini adalah lanjutan daripada catatan lama

Ruanglingkup pemikiran pengundi Kampung

Berkisar tentang media optik yang digunakan sebagai sebaran kegiatan politik yang disasarkan kepada orang Melayu, masih lagi banyak dalam format VCD.

Akan tetapi, apabila ianya disasarkan kepada kaum cina, automatik format DVD dipilih.

Ketika berlakunya skandal seks Dr Chua Soi Lek, format DVD digunakan sebagai sebarannya,

Baru-baru ini, ibupejabat DAP di geledah, dan format DVD yang dirampas, bukannya VCD.

Akan tetapi, pada masa yang sama, BN cetak 50,000 VCD kekecohan dalam Dun Perak 7 Mei lalu untuk dahulukan rakyat!

Ia menunjukkan , sekiranya ia bertujuan untuk disebarkan kepada semua orang, termasuk orang Melayu, maka format VCD akan digunakan.

Agak menghairankan juga, apabila media optik yang digunakan oleh Pakatan Rakyat, dijual ketika ceramah, juga dalam format VCD, Untuk sebaran kepada Melayu juga?


Ketika Pesta buku Antarabangsa KL 2009, yang lalu, saya mendapat media optik percuma, juga dalam format VCD.



Media yang digunakan oleh PKS, Partai Keadilan Sejahtera, untuk pengundi Indonesia, juga dalam format VCD.

Bila agaknya Format VCD ini nak mampus?
Kalau pengeluar media, masih lagi ragu samada orang melayu mampu membaca DVD atau tidak, selagi itu format VCD tidak mati.

Begitu juga industri filem, hanya beberapa syarikat filem melayu sahaja yang berani mengeluarkan medianya dalam bentuk DVD, kebanyakkannya VCD.

2 sumber media optik utama yang sering digunakan oleh orang Melayu, iaitu filem/drama dan ceramah masih banyak dikeluarkan dalam bentuk VCD.

Sekiranya 2 sumber ini mula berani beralih ke DVD, maka saya percaya, tidak lagi badan politik tidak memperlekehkan orang melayu bahawa, orang melayu mungkin tak boleh buka DVD.

Jumaat, 22 Mei 2009

Persepsi Rakyat Terhadap Mahkamah Rayuan

Bagaimana agaknya Persepsi Rakyat Terhadap Mahkamah Rayuan?

Khamis, 21 Mei 2009

Saya pun Anti British macam Chin Peng Juga

Ketika era sebelum merdeka, terdapat beberapa aliran nasionalisme.
Nasionalisme ditakrifkan sebagai pembentukan Negara,
Ketika itu negeri-negeri Melayu ada yang bersekutu, ada yang tak bersekutu, ada yang diperintah secara langsung oleh Inggeris.

Ada banyak kerajaan-kerajaan kecil yang tak macam kerajaan.
Kesultanan Kedah yang diancam Siam, Kesultanan Perak yang ada masalah 'kontraktor' bijih timah yang berebut kawasan, ditambah pula dengan perebutan tahta.

Ini semua adalah masalah untuk membentuk negara.

Maka ada pihak yang ada aliran nasionalisme sendiri dengan ingin menjadikan Malaya sebagai negara komunis.
Mereka Anti British, macam saya.
Mereka anti Jepun.

Terdapat lagi satu aliran ialah aliran "Melayu Raya". Kemerdekaan dengan membentuk negara "Melayu Raya".

Dr Burhanuddin anti British, tetapi tidak anti Jepun.
Ketika zaman Jepun, Dr Burhanuddin boleh adakan persidangan Ulama Malai-Sumatera.


Komunis pula anti British dan Anti Jepun, disebabkan pengaruh daripada China yang anti Jepun.

Terdapat satu Vakum ketika penentangan Inggeris ialah ketiadaan pasukan bersenjata Melayu yang lawan Inggeris.

Pasukan Bersenjata Melayu, "Askar Melayu" kerjanya menjaga kepentingan Inggeris.
Tok Janggut pun dilawannya.

"Askar Melayu" sudah ambil tugas askar Gurkha.

Maka para komunis yang anti British terpaksalah lawan juga "Askar Melayu" dan "Polis Melayu" yang pro British ini.
Bagi mereka, itu Boneka Inggeris.

Jadi Kemerdekaan atas dasar "Kebangsaan Melayu" sukar dicapai, disebabkan ada yang pro british, ada yang pro komunis.

Sultan pun Pro British, bagaimana orang kampung nak lawan Inggeris.
Nak derhaka?

Apabila semua pejuang "Kebangsaan Melayu" disumbat ke penjara oleh British, kerana dilabel komunis, maka yang tinggal hanya "kebangsaan melayu sempit" yang pro British.

Jadi kalau anti British seperti Chin Peng tak dapat balik kampung.

Jadi penentang PPSMI pun bersedialah cari tanah di Medan atau Yala, kalau-kalau tak dapat balik kampung bila tua nanti.

Google+ Hasbullah Pit