test

Rabu, 13 Mei 2009

Separa Fiksyen : Kisah ADUN Melawat Pejabat MB Perak

Seorang ADUN datang untuk berjumpa MB Perak di pejabat MB pagi tadi, jam 9:20 Pagi.

Namun hasratnya untuk berjumpa MB tidak kesampaian, kerana MB tiada di pejabat.

"Mengapa MB tiada di pejabat?" katanya di dalam hati.

Kemudian dia tersenyum sendirian,

"Eh lupa pula, aku yang failkan mahkamah rayuan supaya MB tak boleh masuk pejabat".

Bola di Gelanggang Sultan Tetapi ....

Bola berada di Gelanggang Sultan , Dari blog Tok Sago.


"Sebab itu benar seperti kata ramai penganalisis bahawa bola berada di gelanggang sultan; maksudnya sultan perlu bertindak menyelamatkan negeri dan jangan dibiarkan isu ini berlarutan di mahkamah," tegas Aziz.

Tetapi kini telah dirampas oleh Pele.

Kenaikan Harga Emas, Perak, Minyak dalam USD

Ketika ini, harga dalam USD :

Emas USD 920 seaun
Minyak Mentah USD 58
Perak USD 14.3 seaun

Ramai yang suka harga minyak dunia rendah kerana menjimatkan mereka yang suka berjalan.

Namun yang paling suka harga minyak rendah ialah Amerika, kerana mereka boleh beli minyak murah daripada Negara Islam.

Negara Islam pula masih tidak faham-faham dan terikut-ikut rentak mereka, sehingga negara Islam pun mahukan harga minyak murah.

Di Malaysia harga minyak ron97 dikatakan akan "dinaikkan" kepada RM 2.00 , mengapa ia tidak diapungkan terus?

Berikut adalah carta kejatuhan nilai dollar yang menyebabkan harga minyak/emas/perak dalam USD naik.


Dalam 3 bulan kebelakangan, USD telah jatuh 15% berbanding AUD (Australia). tetapi hanya turun 5% berbanding euro, dan seikit dengan Ringgit.

Graf yang sama untuk 5 tahun.
(klik pada imej di tab baru)

A adalah ketika USD jatuh , dan ketika itu harga minyak dunia USD 130 , Perak USD 20 , emas USD 950.

B adalah ketika harga minyak dunia USD 35 , perak 9USD, emas 800 USD.
Fasa ini saya panggil "False Dollar Rally".

Setelah Obama mencetak trilion USD, bekalan matawang mereka banyak , Tidak masuk akal kalau nilainya kekal tinggi.

Namun nilainya tinggi dan mereka mampu beli komoditi. dengan duit yang banyak dan harga yang murah.

"False dollar Rally" tidak boleh bertahan lama Ianya akan jatuh jua.

Jika diunjurkan graf itu menggunakan tetikus warna oren, maka ianya akan tiba ke tahap C yang sama dengan A.

Agaknya berapa harga minyak dunia ketika itu?
USD 130?
Berapa agaknya harga emas dalam USD ketika itu?
Kalau hari ini sudah 920?
Berapa harga perak?
USD 20? mungkin

Kita , rakyat Malaysia amat merasai kesan turun naik harga komoditi ini kerana nilai ringgit ditentukan dengan kaedah "Managed Float".

Untuk mengelakkan kita sengsara harga minyak naik, maka perlunya Ringgit perlu keluar daripada "Managed float".

Sekiranya graf sebelum "False dollar rally" diunjurkan (warna biru), ia akan sampai ke paras D.

Akhir kata, selamat kumpul tin.

Pening Kepala Saya Mengkaji Facebook

Semalam saya mempelajari cara menggunakan Facebook daripada Hani Nasution.

Sebenarnya saya masih anti Facebook, kerana syarat keahlian yang dikenakan oleh mereka.

Akan tetapi suka benar Adinda Asyraff & Rausyanfikir pada Facebook.

Disebabkan saya telah diberikan kebenaran untuk menggunakan akaun Facebook isteri muda saya, maka saya gunakanlah ia. Akan tetapi masih lagi tidak dapat membaca apa yang ditulis oleh kedua orang mahasiswa itu.

Rupanya kena jadi "kawan" dulu baru boleh baca.

Ada 2 syarat,
1. Keahlian Facebook
2. Menjadi kawan.

Syarat ke dua itu bergantung kepada empunya akaun, tertapat ahli Facebook yang tidak mensyaratkan keahlian untuk membaca dindingnya. Sebagai contoh Bang Bakaq.

Pening kepala saya untuk membayangkan yang mana penulisan yang boleh dibaca oleh kawan, yang mana tidak.
Yang mana masuk terus ke "Laman Utama" ? Yang mana masuk ke "Dinding" ?


Jadi, kalau bagi Asyraff, facebook adalah tempat berbincang yang sesuai. mungkin Ya.
Akan tetapi kalau sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat kepada umum, Facebook tidak sesuai, disebabkan syarat-syarat tadi.

Namun dalam Facebook cukup ramai orang untuk membaca apa yang ditulis.
"Ramai" tapi bukan semua orang.

Maka terjumpa saya akan profil Facebook Bang Bakaq yang menyediakan pautan ke laman blognya.

Menarik juga.

Saya cuba kaji bagaimana dia boleh meletakkan suapan RSS blognya itu ke Dinding Facebooknya.


Orang lain tidak ada pun macam itu.

Maka saya kaji apa benda yang membolehkan dia buat sebegitu.
Maka saya cuba Aplikasi "RSS Connect"

Ianya menjadi tetapi hasilnya lain.


Kandungan Blog dipaparkan, tetapi ianya tidak masuk ke Dinding.

Kemudian saya cuba satu aplikasi RSS yang lain (Simply RSS), ianya boleh dimasukkan ke halaman dinding tetapi ia tidak dijadikan sebagai kandungan Dinding.



Entah bagaimana saya terjumpa kaedah untuk menjadikan kandungan RSS blog sebagai kandungan di facebook.


Saya tidak pasti pula, "Blog/RSS" itu wujud selepas memasang aplikasi "RSS Connect" atau "Simply RSS"?
Atau dia memang sudah ada tanpa pemasangan Aplikasi itu?

Daripada "Blog/RSS" itu, bolehlah dimasukkan URL RSS untuk dijadikan kandungan Dinding.


Ada opsyen untuk tambah dari google Reader & lain-lain juga.

Tapi ianya dijadikan terus sebagai kandungan blog, bukan pautan di Dinding sebagaimana yang Penarik beca lakukan.

Maka saya pun terjumpa bahawa Penarik Beca menggunakan "Simplaris Blogcast".

 Hasilnya kandungan blog saya ini dijadikan pautan pada Dinding facebook Isteri Saya.


Jadi, sekiranya kandungan Blog boleh dimasukkan terus kedalam facebook, maka teruskanlah berblog.
Sekiranya tidak mahu komen "anonymous" yang tidak enak, maka tutup terus ruangan komen, tetapi Pengguna Facebook masih boleh komen. Akan tetapi, dikenakan syarat keahlian Facebook pula.

Jadi apa jalan tengah?

Saya sempat mengkaji sedikit OpenSocial Networking, di dapati bahawa facebook terasing daripada aplikasi web Rangkaian sosial yang lain, yang semakin patuh kepada spesifikasi opensocial networking.

Tidak perlu paksaan untuk menjadi ahli kepada sesuatu Rangkaian Sosial.

Selasa, 12 Mei 2009

Tumpang lalu, Nak Buat Ujian Lagi

Ujian lagi sekali boleh tak?

Ujian Suara

Ujian Suara

Satu Dua Tiga

Dengar Tak?

Langkah Zambry Pelik

Hairan bin Ajaib, Zambry cukup suka ambil langkah tidak popular, sedangkan dia mampu menjadi lebih popular.

Zambry hanya meminta mahkamah rayuan untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi yang telah diputuskan semalam.

Dia memang terang-terang tidak mahu Nizar memohon untuk membubarkan DUN tatkala semua orang mengatakan pembubaran DUN adalah penyelesaian masalah.

Zambry mampu menang dan menjadi MB secara demoktratik, tetapi dia menolak kaedah itu.

Entah apa yang seronoknya berlakon menjadi MB? Tatkala MB yang sah tetap Nizar.

Sekiranya Mahkamah Rayuan memutuskan supaya keputusan mahkamah tinggi ditangguh, Kerusi MB kekal milik MB sebelum keputusan semalam, iaitu Nizar juga.

Zambry tiada kena mengena dengan Kerusi MB.

Apa penyelesaian krisis Perak yang Zambry mahukan?

Adakah Zambry mahu Negeri Perak dipecah kepada beberapa sektor seperti yang berlaku pada Jerman selepas kekalahan Perang Dunia ke II ? Sektor Barat laut diperintah Kedah, Sektor Barat Daya  diperintah Selangor, Sektor Timur laut diperintah kelantan, sektor tenggara diperintah Pahang.




Itukah yang dia mahukan?

Sektor pangkor pula bagaimana?
Diperintah terus persekutuan dengan menlantik Zambry sebagai "Residen Persekutuan"?

Google+ Hasbullah Pit