test

Rabu, 22 Oktober 2008

Syabas Selvam Wartawan TV3

Saya ingin mengucapkan Syabas kepada saudara Selvam, (nama penuh tidak perasan),Wartawan TV3,  kerana telah menggunakan Bahasa Melayu sebutan baku yng cukup indah didengar  ketika di Buletin Utama.

Catatan lama saya: Bahasa Melayu dan Islam Diangkat Martabatnya oleh Bukan Entik Melayu

Betulkah Simpanan Terjamin? Apa terjadi selepas 2010?

"sicksand" bertanya

saya baru hendak menanyakan kenapa bank negara memberi jaminan sehingga 2010 duit pendeposit akan selamat?

1. kenapa bnm buat kenyataan sedemikian?
2. lepas tahun 2010 apa akan jadi?
3. lepas tahun 2010, adakah tiada bank lagi?
 Ezza bertanya

Apapun aku harap, duit aku selamat. Penat aku kerja datang pukul 8 balik pukul 7 malam kalau duit simpanan aku lesap. Ekonomi dunia merudum, meleset sana sini, pelabur lebih suka ambil pendekatan tunggu dan lihat, jadi haruskan aku yakin dengan simpanan dalam bank aku? Sudah tentu negara juga akan merasa tempiasnya bukan? Perlukan aku beli peti besi simpan duit dalam rumah bawah lantai papan sahaja?

Kalau diikutkan hati, senang sahaja saya menjawap.

"Entah."


Setakat yang saya faham, pendeposit dijamin sebanyak RM 60k untuk setiap akaun. Jaminan melalui PIDM.

Zaman kita kecil-kecil dulu, zaman simpan duit di "Pejabat Pos", ada tulis "DIJAMIN OLEH KERAJAAN", Saya tidak pasti samada Simpanan Al Wadiah BSN kini dijamin oleh kerajaan atau tidak. Kena tanya orang BSN atau Najib.

Kalau tidak salah saya, simpanan di Tabung Haji juga dijamin oleh kerajaan.

Simpanan di SSPN juga dikatakan ialah dijamin oleh kerajaan.(tertakluk kepada pindaan Akta 566)

Maksudnya 3 tempat itu, simpanan dijamin oleh kerajaan walaupun selepas 2010.

"Dijamin oleh kerajaan" itu apa maksudnya?
Mungkin banyak mana ringgit yang ada dalam itu, ia tidak akan berkurangan.

Akan tetapi kerajaan tidak menjamin nilainya (kuasa beli atau dinilai dengan emas) adalah sama atau lebih dari sekarang.

Kalau RM 20,000 nilai sebuah basikal pada 2020. Dengan duit yang dijamin ada itu, bolehlah beli basikal.

Saham Mawi Jatuh, Pinjam 5 bilion?

Ulasan saya di catatan pakdi - Mawi Ikin Kahwin .

Najib dah “pinjam” 5 bilion daripada KWSP untuk naikkan saham Mawi.

Kalau Valuecap boleh pinjam 5 bilion daripada KWSP, kenapa pula Mawi tidak boleh pinjam 5 bilion?

Di sini saya ingin membawa anda untuk melihat kisah pinjaman 5 bilion itu dari pelbagai sudut.

Sekiranya 5 bilion untuk dilaburkan ke BSKL itu cukup menguntungkan, Mengapa tidak KWSP sahaja yang melakukan pelaburan? Kalau tidak salah saya, Had maksimum pendedahan ekuiti KWSP tidak lebih 30%,  5 bilion itu hanya 2% drpd keseluruhan 242 bilion.

Apabila banyak saham tergolek, secara kiraan kasar, pendedahan ekuiti dalam KWSP akan merosot secara automatik.

Andaikata maksimum pendedahan ekuiti KWSP adalah 30% (saya tidak pasti berapa peratus pendedahan ekuiti KWSP yang dibenarkan, maklumat tidak dijumpai).

Maka, 30% daripada 242 bilion ialah 72.6 bilion.

Sekiranya pasaran saham jatuh sebanyak 30% , maka 72.6 bilion itu telah menjadi 50 bilion, dan menyebabkan jumlah keseluruhan menjadi 220 bilion.

30% darpada 220 bilion adalah 66 bilion.
Jika nilai ekuiti telah menjadi 50 bilion, KWSP boleh labur 16 bilion untuk genapkan 30% ekuiti.

Mengapa perlu pinjamkan Valuecap 5 bilion?


Lihat sudut lain pula.
Pinjaman 5 bilion oleh Valuecap, Najib menyebelahi mana? Disebelah KWSP atau di sebelah Valuecap? Atau kedua-duanya sekali?

KWSP adalah pelaburan, Valuecap juga pelaburan.
Najib mahu siapa lebih untung? KWSP atau valuecap?
Atau hanya mahu naikkan indeks BSKL semata-mata?

Pinjaman 5 bilion itu siapa luluskan?
Saya tidak rasa pengarah-pengarah pegawai kerajaan di KWSP itu boleh luluskan pinjaman 5 bilion sesuka hati.

Najib "meminjam" atau "memberi pinjaman" ?

Adakah kerana Valuecap yakin boleh boleh bayar hutang secara "rating tinggi", maka dia boleh dapat pinjaman 5 bilion.

Kalau hanya kerana mampu bayar?
Mana bukti Valuecap mampu bayar?
 
 
Apa akan jadi sekiranya pelaburan Valuecap rugi dan tidak lagi mampu membayar hutang kepada KWSP? Siapa mahu membayar duit hutang KWSP yang bernilai RM 5 bilion itu? Adakah peserta KWSP akhirnya yang akan menanggung kerugian sepenuhnya seperti mana pencarum dana pencen di US dan Eropah yang kerugian besar akibat krisis sub prima?

Kalau nak sangat guna duit KWSP untuk rancakkan saham, ada baiknya pengeluaran KWSP untuk unit amanah yang 3 bulan sekali itu, dipercepatkan jadi sebulan sekali sehingga krisis selesai.

Pencarum yang berani boleh ambil risiko lebih jika mahu, yang tak berani tidak diganggugugat.


Isnin, 20 Oktober 2008

Beli Konsesi Lebuh Raya Sekarang

Bulan 6 yang lalu, terdapat seseorang yang tidak ingati namanya (orang MCA) telah mencadangkan supaya itulah masa yang sesuai untuk membeli PLUS. kerana ia hanya melibatkan kos 3 bilion sahaja.

Namun, masa berubah, indeks BSKL sudah jatuh, dan mungkin kosnya lebih murah.

Bayangkan, dengan modalkan tak sampai 3 bilion, tol boleh dihapuskan.

Krisis Ekonomi : Bersedia Untuk Kemungkinan Terburuk

Apabila kita melihat cara hidup masyarakat hari ini, seolah-olah tidak akan berlaku krisis ekonomi. Beberapa jaminan diberi seolah-olah kita akan betul-betul terselamat daripada krisis ekonomi.

Sebenarnya kita tidak boleh meramalkan bentuk apa krisis ekonomi akan berlaku terutama sekali yang berkaitan dengan komoditi.

Krisis Ekonomi berlaku apabila harga komoditi terlalu rendah atau harga komoditi terlalu tinggi?

Ketika zaman harga minyak melonjak ke tahap USD 140 setong dulu, ramai diantara kita yang berasa susah akibat kenaikan harga minyak. Tanpa disedari ianya sebenarnya rahmat bagi negara yang kaya dengan komoditi Minyak, getah, sawit.

Kini berlaku kejatuhan harga. Ada yang bersorak gembira harga minyak diturunkan malah mahu minta diturunkan lagi tanpa menyedari nasib penoreh getah.

Yang mana satu hendak digelar krisis ekonomi? semasa ia tinggi atau rendah?

Daim sudah kata "Prepare for the worst".

Tidak dapat dibayangkan bagaimana "the worst" itu.

Tetapi mari kita bayangkan juga bagaimana rupanya the worst itu, supaya kita boleh lebih bersedia. Walaupun the worst tidak semestinya berlaku tapi bersedialah sedikit.

"The worst" yang tidak mustahil.

1. Ringgit jatuh, Inflasi seperti Zimbabwe
2. Kejatuhan harga komoditi melampau atau kenaikan harga komoditi melampau.
3. Pengangguran bertambah.
4. Pekerja kilang "makan basic".
5. Maybank muflis.
6. ASB runtuh (collaspe)
7. Kilang-kilang ditutup
8. Sektor Insurans runtuh
9. Bekalan makanan terhad
10. Ramai orang kena tarik kereta atau sebaliknya Bank tidak mahu tarik kereta kerana ia akan lebih rugi.
11. Guru sekolah mogok.
12.
13.
14. (sila isi diruangan komen)


Apa lagi yang anda boleh fikirkan "the worst" itu? Sudahkah bersedia?
Cukup Rizab Bank Negara untuk mengatasinya?

Satu lagi persoalan yang saya sering fikirkan. Atas sandaran apakah Bank Negara memberi Jaminan pendeposit bank boleh dijamin sehingga 2010?

Berbanding singapura, Mereka telah asingkan USD 101 bilion.

SINGAPORE (AFP) – Singapore on Thursday set aside 150 billion dollars (101 billion US) to guarantee all bank deposits in the city-state until the end of 2010, but insisted the banking system here remains sound.

Ahad, 19 Oktober 2008

Jed, Mari masuk Kelab Penyokong Muda PAS

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum Dewan Pemuda PAS Pusat, telah memaklumkan bahawa "Kelab Penyokong Muda PAS" akan ditubuhkan.

Apabila ditanya samada Kelab Penyokong Muda PAS adalah untuk lelaki sahaja atau sebaliknya, Saudara Khairul Faizi juga mengatakan ianya adala campur.
Comment by khairul faizi
2008-10-15 17:59:13
Kelab Penyokong Muda utk lelaki dan perempuan
Oleh itu saya menyeru, rakan-rakan blogawan yang bukan Islam terutama sekali Jed Yoong untuk mempertimbangkan supaya Kelab Penyokong Muda PAS dijadikan satu platform politik yang bersih apabila ianya ditubuhkan nanti.

Di sini saya tidak boleh menjanjikan sekurang-kurangnya satu kuota menteri kabinet bagi Kelab Penyokong Muda PAS.



Google+ Hasbullah Pit