Kesedaran tentang emas, terutama dinar emas telah meningkat.
Walaubagaimanapun, kebanyakan orang yang membeli emas itu, membelinya untuk melabur. Mereka bukanlah pendokong Dinar Emas sebenar yang inginkan emas kembali menjadi matawang setelah 200 tahun diambilalih oleh kertas.
Disebabkan kenaikan mendadak akibat daripada terbongkarnya konspirasi merendahkan harga emas selama berpuluh tahun. Maka mereka melihat emas sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan dan bukannya melihat emas sebagai nilai sebenar emas.
Oleh itu, wujudnya permintaan buatan yang mana permintaan dari pelabur yang menyebabkan harga naik. permintaan daripada barang kemas dan menyimpan emas sebenar juga agak tinggi. Akan tetapi faktor pelabur agak besar.
Oleh itu, perlunya satu cara dimana dinar emas dibolehkan untuk diniagakan.
Ahmad (bukan Ahmad Ismail) membeli emas beberapa dinar.
Aminah juga begitu.
Akan tetapi Dinar emas tidak berfungsi sebagai matawang selagi Ahmad dan Aminah tidak dapat membeli barang menggunakan dinarnya itu.
Takanlah selama-lamanya dinar emas digunakan sebagai mahar perkahwinan dan untuk gadaian sahaja. Apabila ada emas, hendak berbelanja, kena tukar kepada ringgit dahulu.
Untuk mewujudkan permintaan sebenar bagi emas, emas hendaklah boleh dijadikan matawang dan boleh digunakan untuk membeli barang. Sekurang-kurangnya barangan tertentu.
Jadi siapa yang mula-mula sekali perlu membenarkan barangan boleh dibeli menggunakan dinar?
Sekiranya peniaga biasa boleh menjual baranganya menggunakan dinar, kemana dinar itu hendak pergi? dia tidak boleh membeli barangan daripada pembekal menggunakan dinar.
Setelah beberapa hari mengelamun, saya mendapati barangan yang sesuai untuk dimulakan didagangkan dengan dinar emas ialah kambing (atau mungkin lembu).
Mengapa?
Akibat daripada kekurangan ketara denominasi kecil iaitu dirham , maka cukuplah dimulai dengan dinar sahaja dahulu.
Seekor kambing berharga diantara 1 hingga 2 dinar.
- 1 dinar
- 1 1/4 dinar
- 1 1/2 dinar
- 1 3/4 dinar
- 2 dinar
Penjual kambing hanya perlu mengasingkan kambing yang hendak dijual berasaskan harga sebegitu.
Jadi siapa yang perlu jadi penternak kambing dan penjual kambing itu?
Penternak kambing biasa, mungkin tidak dapat menggunakan dinar yang diterima untuk membeli apa-apa.
Jadi siapa?
Saya terfikirkan bahawa Permodalan Kelantan lah yang menternak kambing dan menjual kambing dalam dinar.
Untuk keselesaan, pembeli dibolehkan untuk membeli kambing menggunakan ringgit tetapi menggunakan pada nilai dinar.
Ahmad atau Aminah yang telah menyahut seruan satu keluarga satu dinar itu bolehkan membeli kambing daripada permodalan Negeri Kelantan untuk tujuak Aqiqah atau korban.
Apabila Permodalan Negeri Kelantan telah memperolehi dinar-dinar akibat dari penjualan kambing, dinar itu boleh dipindahkan ke Ar-Rahn sedia ada supaya boleh dijual seperti biasa.
Maka dinar berkitar sebagai matawang.
Lambat laun, sekiranya kambing yang diternak Permodalan negeri Kelantan itu cukup banyak cukup sihat.
Kedai makan yang menyediakan sup kambing akan bersedia dengan dinar di tangan agar senang untuk membeli kambing.
Penternak kambing biasa juga akan bersedia dengan dinar apabila dia mahu membeli anak kambing daripada permodalan Negeri Kelantan. (Atau Permodalan Negeri kelantan beli anak kambing dari perternak biasa).
Lambat laun lagi, sekira model di Kelantan Berjaya, Permodalan Negeri Kelantan boleh menternak kambing di Negeri-negeri lain, supaya rakyat Malaysia yang ada dinar boleh membeli kambing menggunakan dinar, dan Ar-Rahn tidaklah kesukaran mendapatkan bekalan emas, kerana ianya berkitar.
Maka dapatlah Dinar Emas direalisasikan sebagai matawang, bermula di Kelantan.