test

Selasa, 5 Ogos 2008

Wiget Jadual Melaka

Anda boleh meletakkan wiget "Jadual Melaka" untuk mendapatkan aktiviti terkini PAS Negeri Melaka, atau aktiviti negeri Melaka yang lain.

Ada 2 versi

Versi ringkas:
Sila salin tepekkan HTML ini di blog anda.


Outputnya sebegini:

Rupa parasnya bergantung pada CSS blog masing-masing




Versi serabut:
(salin tepek di blog anda)


Outputnya sebegini:



Terpulanglah bagi anda yang mana satu pilihan hati.

Jadual Melaka

Terasa cemburu pula apabila blogger Kelantan sudah dahulu mempunyai RSS khas untuk aktiviti negeri mereka.



Walhal saya sudah lama merancang untuk adakan 1 blog khas dimana rssnya digunakan sebagai senarai aktiviti PAS Melaka. Ianya dilakukan pada malam yang sama selepas perbincangan.

Akan tetapi bila saya jemput blogger PAS Melaka sedia ada, seorang pun tak mahu terima "invitation" :(

Pagi ni saya hantar lagi sekali jemputan.

Maklumbalas Dinar Emas

Semalam saya mendapat satu maklum balas melalui emel yang menarik tentang Dinar Emas.


Saudara Wan Mohd Sharif Wan Musa memberi jaminan untung membawa cadangan saya ke atas.

Cadangan tuan mengenai upah simpan emas di Ar-Rahn nampaknya lebih 'realistic' dan "Islamic" berbanding dengan amalan sekarang. Cadangan tersebut akan diangkat untuk keputusan Jawatankuasa berkenaan secepat mungkin.

Beliau juga cuba meyakinkan saya bahawa masalah kehabisan stok dinar akan selesai setelah adanya perbincangan "World Islamic Trade Organisation" dan "World Islamic Mint"

Peminat Dinar dan Pendokong matawang Dinar harap bersabar.
Sementara stok akan diperbanyakkan, simpan dulu di Public Bank.

Ketika berborak santai di Chatbox Puan Emy



err Ali Rustam tak marah kah, kalau Puteri UMNO tunggu Pembukaan Ar-Rahn di Melaka?

Isnin, 4 Ogos 2008

Hadiah RM 250 Akan Diboloti Sishoney Jika Tiada Penyertaan Lain

Peraduan "Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Emas" masih berjalan, menanti hari 20 Ogos untuk tamat.

Sekiranya tiada penyertaan lain, selain daripada penyertaan oleh Sishoney, maka dia akan memboloti keseluruhan hadiah RM 250 itu.

Adalah dimaklumkan, bahawa "karangan" yang dimaksudkan itu bukanlah semestinya seperti karangan sekolah, cukup sekadar satu catatan blog yang menyatakan hujah-hujah dan sebab musabab.

Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas"

Dengan ini saya ingin melancarkan 1 peraduan bertajuk "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas".

Hadiah Pertama: RM 100
Hadiah Kedua: RM 50
Hadiah saguhati: RM 15 (untuk 10 orang pemenang).

Tarikh tutup: 20 Ogos 2008

Apa yang anda perlu lakukan ialah membuat catatan blog atau catatan diforum, menceritakan mengapa KWSP perlu membenarkan Pencarumnya membuat pengeluaran untuk membeli emas.
Catatan itu mestiilah lebih daripada 150 patah perkataan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Gambar visual dibolehkan, tetapi tidak melebihi 2 grafik. (untuk menunjukkan graf sekiranya ada)

Di catatan itu mestilah mengandungi tag (berserta pautannya sekali):

------mula-------

Ini adalah Karangan untuk Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas" anjuran Hasbullah Pit

------tamat-----

Peserta mestilah mempunyai akaun bank Maybank atau Public Bank, untuk digunakan bagi menerima hadiah. Keputusan Peraduan adalah muktamad.


Penyertaan:
  1. demi incik sebol...... - Sishoney
  2. Emas, emas dan emas - ASAL
  3. Simpanan Hari Tua Anda - GARAM (secukup rasa)
  4. Emas,KWSP & Encik Hasbul.+PsyChoMaTix+
  5. encik hasbullah yang hensem - JeBorn
  6. KWSP GOLD ?- HardyWeb
  7. Withdrawing KWSP to buy gold ?- |1f34|-|1r3
  8. Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham
  9. PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil
  10. Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok)
  11. Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap)
  12. Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah



Terima Kasih kerana Promosi
  1. Faisal Rahim (Acai)
  2. Nur Aflah
  3. Penarik Beca
  4. Kak Jie
  5. Sosialis Kanan
  6. Ustaz Adzhar




Kemaskini 6 Ogos:
Hadiah Telah ditambah menjadikan hadiah keseluruhan RM 300, Penambahan dibuat kerana dapat duit terpijak.

Ahad, 3 Ogos 2008

Seminar Bloggers PAS Melaka, Berjaya atau Tidak?

Kalau dikira dengan bilangan peserta, ianya agak ramai.
Kalau dikira daripada kepuasan peserta, mungkin Ya mungkin tidak.

Bagi sesiapa yang belum tahu berblog, mungkin ianya satu platform yang memuaskan.
Bayar RM 5 dapat 2 buku, dapat belajar.

Bagi siapa yang sudah ada blog, mungkin bagi dirinya ingin tertanya-tanya, siapa lagi yang sudah ada blog, saya nak kenal.

Mungkin siapa yang sudah ada blog ingin kan sesuatu yang lebih.
Mungkin itu pengisian babak ke 2 Seminar Blogger PAS Melaka.

Yang paling mengembirakan saya ialah kehadiran Prof Hamirdin, datang dari jauh, terus balik kampung.
Perbezaan orang yang cintakan ilmu dengan tidak, ialah kesanggupan untuk datang dari jauh untuk sesuatu majlis ilmu.

Saya banyak meluangkan masa untuk menunjuk ajar Fauzi, yang saya harapkan akan menjadi blogger tersohor, berdasarkan satu tulisannya yang menyentuh nasib pekerja.

Jemput baca:
  1. Ulasan Angkasanuri
  2. Ulasan Mutaligat
  3. Ulasan Prof Hamirdin

Bersama Prof Hamirdin

Ketika seminar bloggers PAS Melaka



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Google+ Hasbullah Pit