test

Jumaat, 18 Julai 2008

Harga Minyak dan Inflasi bagi Anwar,Shabery

Ketika debat berlangsung, Shabery kata negara yang harga minyak murah juga dilanda inflasi yang tinggi. Anwar kata, lebih baik harga minyak murah ketika adanya inflasi berbanding harga minyak tinggi ketika inflasi.

Jadi, samada harga minyak runcit itu tinggi atau rendah, kalau ada inflasi, tetap berlaku inflasi.
minyak hanya salah satu barang, meskipun kenaikannya menyebabkan kenaikan barang lain, ia tetap satu barang.

Shabery dan Anwar seolah-olah membuktikan mereka membuang masa berdebat tentang harga minyak jika mereka menitik berat soal inflasi.

Ramai orang yang belajar ekonomi dalam berpendidikan formal sentiasa melihat inflasi itu berdasarkan "harga barang". bagi saya inflasi patut diukur dengan nilai matawang berbanding barang, bukannya "beberapa" barang untuk dinilaikan dalma matawang.

Harga minyak tidak dapat menghalangBertekaklah Anwar dan Shabery tentang harga minyak inflasi, tetapi mereka membuktikan inflasi.

Bagi saya, yang menghalang inflasi ialah matawang.

Bagi mereka yang tidak pernah hidup tanpa inflasi, mereka mungkin tak percaya manusia boleh hidup 3000 tahun tanpa inflasi.

Inflasi wujud bila guna wang kertas. Ada jumpa kitab lama bercerita tentang inflasi?

Kalau wang kertas jatuh nilainya berbanding emas, kau berdebatlah tentang harga minyak, inflasi tidak turun.

Khamis, 17 Julai 2008

PAS vs Pas, PETRONAS vs Petronas

Antara PAS dan Pas, mana satu betul?
Antara PETRONAS dengan Petronas mana satu betul?

Ramai di antara kita menulis "Pas" dan "Petronas", sebenarnya salah.

PAS dan PETRONAS kedua-duanya adalah akronim, iaitu singkatan kepada beberapa perkataan, Maka ia perlu ditulis dengan huruf besar.

Di dalam laman Rasmi PAS dan PETRONAS, kedua-duanya menulis PAS dan PETRONAS dengan huruf besar.

Tiada siapa nak marah kalau tulis Pas, Petronas, Dap, Umno, Pkr tetapi ia menggambarkan tahap keprofesionalan seorang penulis blog atau berita.

Oleh itu, kepada wartawan akhbar yang baru nak meningkat naik, sila tulis PAS sebagai "PAS" dan bukannya "Pas".

Kepada bloggers PAS, adalah dicadangkan supaya tajuk catatan blog tidak ditulis dalam tulisan besar, kerana ia akan menenggelamkan "PAS".

Keuntungan PETRONAS Tak Sampai RM 100 Bilion

Dulu saya pernah kira, dambil data daripada keuntungan PETRONAS pada tempoh tertentu, didarab menjadikan setahun, maka dapatkan kiraan keuntangan PETRONAS sebanyak 108 bilion.

Saya tidak pasti samada saya mendarab keuntungan PETRONAS suku pertama dengan empat, atau keuntungan PETRONAS setengah tahun didarab dengan 2.

Yang pasti ketika saya kira, saya menjangkakan keuntungan PETRONAS ialah 108 bilion.
Agak kecewa juga apabila diumumkan hanya 95.5 bilion. kurang sebanyak 12.5 bilion.

Mana pergi?
8 bilion projek LNG di Australia,
baki 4.5 bilion,
Beli Star Energy LC.

OK OK, masuk akal.
Tak perlu persoalkan kenapa tak untung 108 bilion.

Bukan Anwar yang dibebaskan


Bukan Anwar yang dibebaskan, tapi anak saya yang dibebaskan dari rahim ibunya pukul 4:30 pagi tadi.

Rabu, 16 Julai 2008

Amerika Mencukai Rakyatnya Sendiri?


Ahli kongres ini mengatakan bahawa inflasi keatas usd adalah satu bentuk cukai tambahan ke atas rakyat Amerika. Saya bersetuju dengannya malah saya bersetuju bahawa ia juga cukai keatas negara kita. Amerika cetak duit lebih, kita jadi mangsa apabila polisi matawang lemah.

Datuk Salleh Majid Lebih Hebat Dari Anwar Atau Shabery

Saya tidak mahu ulas panjang perdebatan Anwar vs Shabery. Ianya bagi saya tidak menepati piawaian saya.
Dua-dua belah pihak seolah-olah sudah ada perkara yang hendak disampaikan dan tidak menjawap soalan sebenar.

Perdebatan yang dikatakan baik oleh seberapa pihak itu tidak langsung menyalahkah nilai matawang sebagai punca, tidak langsung menyalahkan polisi matawang ringgit. Mereka berdua duduk dalam tempurung masing-masing. Mereka dua-dua tidak langsung menyalahkan polisi matwang Amerika yang menyebabkan semua ini terjadi.

Anwar dari dulu cerita IPP, semalam cerita IPP.
Shabery pula seolah-olkah sudah bersedia dengan serangan yang dijangkakan tidak mampu dijawap Anwar.

Akan tetapi terdapat perbincangan di Astro Awani selepas perdebatan itu dijalankan, dan ianya penuh dengan fakta.

Datuk Salleh Majid mengkaitkan matawang dengan inflasi, mengkaitkan dengan euro. Dia juga mempersoalkan bagaimana rakyat mempunyai ekuiti kalau tiada duit lebih.

Salleh Majid juga menceritakan tentang Kincir angin, akan "Ladang Kincir" sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik, dan mengatakan Nuklear tidak perlu.

Serangan Kilat


2 malam lepas, rumah saya disambar petir. Beberapa komponen komputer dan peranti rangkaian rosak. Tetikus juga rosak sehingga renjatan dirasai walaupun ia plastik. Liang ether kurasa turut rosak tapi papan induk masih ok. 'hub bodoh' meninggal dunia. Modem adsl tak berapa pasti rosak kuat atau tidak.

Google+ Hasbullah Pit