test

Selasa, 6 Mei 2008

Rindunya aku pada dia



Isnin, 5 Mei 2008

Perkara yang Tertinggal Ketika "Pemuafakatan Melayu"

Kekanda Bakaq cukup main hentam lagi Konvensyen MMMM itu, akan tetapi melihat akan ulasan Redhuan Onn, rasanya tidak perlulah dihentamkan sangat konvensyen itu.

I think you are too harsh towards your own Malays (well, what is new then with u anyway? haha!)

You should understand that Malays easily feel threatened due to their socio-economic status compared to non-malays.

You yourself cannot solve that status issue for the Malays. So why don't you let the MMMMM be and you focus on other positive activities?


Biarlah orang melayu berfikir cara untuk mempertingkatkan orang melayu, Bangsa lain pun boleh berkonvensyen juga, agama lain pun boleh berkonvensyen juga. Peniaga pun boleh berkonvensyen juga. Nelayan juga patut berkonvensyen.

Asalkan Konvensyen itu tidak menjadi medan membasuh minda supaya menyokong UMNO cukup lah.

Kalau mereka tidak berkonvensyen, tidak keluar kenyataan Presiden PAS bahawa kekuatan Melayu itu pada Islam. Saya pula ada isi tambahan tentang Bahasa Melayu.

1 kali konvensyen, akan ada ratusan kenyataan yang perlunya Islam pada Melayu.

Bagi saya, berkonvensyen untuk meningkatkan bangsa, tanpa memijak bangsa lain, adalah perkara biasa yang patut dilakukan.

Kalau berkonvensyen supaya sangka buruk bangsa lain, maka itu tidak sepatutnya berlaku.

Akan tetapi saya mendapat bau, bahawa ada perkara remeh berkenaan melayu tertinggal dalam konvensyen tersebut.

Adakah konvensyen itu menyebut supaya tidak menggantikan telur dengan gula-gula ketika kenduri kahwin?

Adakah konvensyen itu menyebut supaya dikekalkan reka bentuk rumah melayu supaya ada "para". Supaya ada "bawah rumah". Supaya ada pintu yang dibuka separuh.

Adakah konvensyen itu bercerita tentang nasib songket melayu apabila diklonkan oleh pakistan?

Adakah konvensyen itu mempersoalkan kenapa budaya melayu, kalau kenduri kahwin perlu buat 2 belah, sebelah perempuan & sebelah lelaki. Bukankah ia membazir.

Adakah konvensyen itu membincangkan bagaimana permainan tradisional seperti gasing boleh dinaik tarafkan sehingga olimpik?

Adakah konvensyen itu membincangkan kenapa Nama sukan "Sepak Takraw" tidak dipanggil Sepak Raga dalam Istilah Bahasa Melayunya?

Boikot Louis Vuitton?

Risau juga, kalau saya cerita tentang jenama beg tangan, bulu kakiku akan gugur.

Entah bagaimana saya terjumpa catatan blog mengenai boikot Louis Vuitton.

Sabtu lepas saya menonton Majalah 3 yang ada menceritakan tentang barangan Louis Vuitton yang tiruan. Sebelum ini saya tidak tahu pun sejauh manakah jenama itu popular.

Tidak sangka pula ia begitu popular sehingga ada pihak yang mengklonkan beg tangan itu sehingga hampir sama dengan yang asli. Tak sangka pula beg sebegitu mencecah ribuan ringgit.

Dan tak sangka pula yang klon pun ratusan ringgit.

Biasanya orang sanggup berbelanja besar untuk sesuatu jenama kerana sukakan jenama tertentu. Akan tetapi jika sukakan jenama tertentu, kenapa beli yang klon? Kalau beli yang klon, maksudnya tidak berapa suka pada jenama tersebut.

Kalau Ali suka jam Tag Heur, dia akan kumpul duit sehingga dia mampu beli. selagi dia tak mampu dia tak perlu beli yang klon. Kerana itu menunjukkan dia tak berapa suka Tag Heuer. Jadi belilah jam casio yang original.

Jadi, Kalau perempuan gilakan Louis Vuitton, kumpullah duit sehingga mampu, kalau tak mampu beli jenama lain yang mampu dibeli.

Kembali ke cerita Louis Vuitton. Jenama gilaan wanita itu.
Tahulah popular sehingga dikloni ramai orang, tetapi kenapa perlu saman badan kebajikan yang nak tolong orang yang kebuluran?

Hanya kerana lukisan yang menyerupai beg tangan Louis Vuitton?


lagi catatan:

Louis Vuitton Is Suing Darfur Charity?

Ahad, 4 Mei 2008

Mitos "Ekonomi" UMNO

Apabila UMNO bercakap tentang Melayu, asyik-asyik ekonomi.

bla bla bla Ekonomi, bla
bla bla Ekonomi bla
bla bla Ekonomi.
bla bla bla DEB
bla bla bal Ekonomi
Bla bla bla Ketuanan Melayu
Bla bla bla DEB
Bla bla bla Ekonomi

Sejak Bila maruah bangsa diangkat apabila menjadi kaya?
Kalau maruah diangkat apabila jadi kaya, sudah lama Umat Islam Arab diangkat maruahnya.

Kalau kaya jadi pengukur, sudah lama dunia arab Islam dihormati.

Akan tetapi perkara berlaku sebaliknya.


Transkrip Ceramah Saudara Adly Zahari di Bukit Tembakau suatu ketika dahulu.

Ya kita boleh tengok dia kaya raya
Kaya raya ini bukan penilaian manusia
Semata mata untuk hidup ini kita kena ingat,

Ali Rustam ini kalau dia sebut dalam apa ucapan.

Samada berucap depan pegawai kerajaan, depan rakyat
termasuk dalam majlis tilawah peringkat kebangsaan.

dia kata
"Orang Melayu ini, musuh utama dia ialah kemiskinan
sebab itu yang paling penting bagi orang melayu ini
keluarkan dia dari kemiskinan supaya supaya dia ada maruah
Yang penting kalau nak ada maruah, dia mesti jadi kaya
kalau org melayu nak ada maruah dia mesti jadi kaya."

Tuan puan

Manusia ini punya maruah punya harga diri bukan sebab dia kaya.

Kalau nak kira orang islam dia punya maruah akan dihormati atas sebab dia kaya...

sepatutnya manusia yang paling dihormati ialah bangsa arab
orang arab itu mereka bukan punya harta macam kita tuan puan.

saya dulu ada tanya ustaz ustaz kenapa dia pergi arab dia tak kahwin dengan orang arab. Macam Ustaz Kamal itu, Kenapa dia tak kahwin dengan orang arab, dia kahwin dengan orang sini?



sebab nak kahwin dengan orang arab ini kena bagi rumah kereta.

Kaya!
Bukan senang ....

Bukan berjuta-juta ringgit, Bukan ratus juta ringgit .....

Tapi kenapa bangsa arab yang kaya raya tapi tidak dihormati
Apa nasib orang arab hari ini, trengok arab yang kaya raya itu


Adakah orang Amerika hormat mereka sebagai orang yang kaya raya sebagai orang islam yang punya maruah. TIADA. dia tiada prinsip.

Orang lain boleh taknak iktiraf Israel, kita yang miskin ini, tak berapa kaya pun taknak iktiraf israel.
Tapi orang arab yang kaya itu, Antara negara yang mula mengiktiraf Israel itu adalah dikalangan orang Arab.


Sila dengar daripada minit ke 7 hingga 11:



Nang it!

Melihat Konvensyen Melayu Dari Sudut Islam dan Bahasa Melayu

Setelah kecundangnya UMNO di beberapa negeri, wujud kerisauan di kalangan orang melayu tentang masa depan melayu.

Kalau tidak salah saya, cukup banyak perhimpunan yang membincangkan soal melayu. Seperti biasa bila bercakap tentang Melayu, ia biasanya dikaitkan dengan "Perpaduan Melayu" dan kemudiannya menjadi agenda UMNO.

Saya tidak pasti sangat apa yang berlaku di Konvensyen "Melayu" di Johor Bahru. Akan tetapi sudah nampak bibit-bibit perubahan pemikiran bahawa Melayu sudah tidak boleh lagi bergantung kepada UMNO.

Pemikiran begitu juga sudah meresap di kalangan orang UMNO sendiri.

Kasihan pula UMNO, mungkin mereka yang menganjurkan konvensyen sedemikian, akan tetapi ianya menikam balik mereka.

Bagi orang PAS, kebiasaannya, mereka akan lebih suka menyebut "ketuanan Islam" berbanding "ketuanan melayu". Bagi orang PAS, mereka lebih suka berbincang tentang Islam dengan UMNO berbanding isu "Melayu".

Apa yang hendak dikonvensyenkan sangat, sedangkan penyelesaiannya mudah.

Kalau benar Orang yang berkonvensyen itu ingin menyelamatkan Melayu, dengar sini baik-baik.

Melayu sebenarnya tidak perlu bersatu untuk terus kekal. Melayu sebenarnya akan rosak apabila bersatu (bersatu dalam konteks duduk dalam satu organisasi). Sifat taat pada pemimpin yang ada pada kebanyakkan orang melayu akan digunakan oleh pemimpin yang rakus.

Selama ini pun, zaman kesultanan Melayu, terdapat banyak kesultanan melayu yang berasingan. Tanah Melayu tidak mempunyai Yang dipertuan Agung yang menjadi ketua kepada semua Sultan. "

Namun, Agama Islam terus kekal sehingga hari ini di Tanah Melayu yang telah ditukarnama menjadi Semenanjung Malaysia.

Bahasa Melayu juga kekal dengan nama "Bahasa Melayu" sehinggalah ditukar kepada "Bahasa Malaysia" , kadang-kalanya di sebut "Bahasa Kebangsaan".

Walaupun ia telah dikembalikan kepada nama asal oleh Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Menteri Pendidikan, namun nama "Bahasa Melayu" turut dipenjarakan bersama-sama Anwar Ibrahim.

Dipendekkan cerita, sejak 1400 , Melayu itu wujud kerana 2 sebab, Islam dan Bahasa Melayu.

Sekiranya benar orang yang sibuk berkonvensyen itu ingin menyelamatkan melayu, maka 2 perkara penting perlu dilakukan.

1. Tidak Berkompromi soal Islam
2. Tidak Berkompromi soal Bahasa Melayu.


Perlu saya jelaskan 2 perkara itu?

Mari kita imbas sejarah bagaimana tamadun Islam itu wujud sehingga menguasai semua bidang Ilmu. Ketika Zaman Khalifah (lupa pula), Para cendekiawan bertungkus lumus menterjemah 1001 buku daripada bahasa yunani (greek) ke bahasa Arab. Daripada situ ilmu berkembang dalam bahasa arab.

Bayangkan kalau khalifah ketika itu mewajibkan semua sekolah mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa greek, adalah zaman kegemilangan itu akan wujud?

Bayangkan kalau Bahasa Arab dilacurkan dan dibunuh istilahnya oleh pemimpin seperti Bahasa Melayu, adakah Islam akan berkembang?

Bahasa Melayu mempunyai 1 sifat yang sama dengan Bahasa Arab iaitu, ianya adalah bahasa ibunda kepada majoriti umat Islam.

Bahasa Arab adalah bahasa ibunda orang Islam di Negara-negara Arab.
Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda majoriti orang Islam di Malaysia.

Kalau nak Bahasa Melayu berkembang, Mengapa kau membunuh Istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu?

Kalau nak Bahasa Melayu berkembang, Mengapa kau halang bukan melayu belajar di IPTA dalam Bahasa Melayu?


Apa yang perlu dikonvensyenkan sangat, kalau jawapannya sudah ada di sini.


Parti yang memperjuangkan Islam ialah PAS.
Parti yang kuat memperjuangkan Bahasa Melayu adalah PKR.
UMNO tidak perjuangkan Islam dan Bahasa Melayu.

Nang it

Rock Your Vote

Sabtu, 3 Mei 2008

Ulasan Menarik di youtube keluaran Hanief

Hanief yang popular dengan video keluarannya, selalunya ada bunyi

"Ha... Correct corect correct." - Lingam
"Polis kata jangan" - Pak Lah


Kini ulasannya popular menjadi rebutan petak pertama.


Pengunjung Beras Padu berpeluang untuk merebut petak pertama kerana ia akan tersiar di Beras Padu setiap kali ada video baru.

Selain dari itu, anda juga boleh melanggan suapan RSSnya di alamat:

http://www.youtube.com/rss/user/malaysianews/videos.rss

Pengguna tegar Youtube, boleh melanggan malaysianews melalui youtube.

Mari kita lihat, siapa yang menang pada video seterusnya.

"Polis kata jangan..."

Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?

Ini Cerita DAP Melaka, PAS Melaka, PKR Melaka

Saudara Damien Yeo, telah menceritakan bagaimana 3 Y.B. DAP Melaka ditangkap ketika usaha mereka untuk mencegah budak sekolah dari ancaman besi.

Lihat Gambar:

YB林敬賢被扣上手銬帶返警局

Kalau dari gambar, memang nampak benda itu bahaya.

Tahulah ianya milik kerajaan Negeri, kalau ya pun nak buat projek, mana dia pengadang supaya kanak-kanak tidak boleh masuk.

Ini, apabila ada pihak cuba menyelesaikan, mereka pula yang ditangkap.

Bagi saya, potong besi adalah bukan langkah terbaik, akan tetapi kalau guna papan untuk kepung besi itu, mungkin langkah yang lebih baik.

Dunia Media Alternatif begitu sibuk dengan cerita Raja Petra ditangkap, begitu sedikit cerita YB Melaka ini disiarkan di media perdana alternatif.

Cerita di Melaka dipinggirkan.
Paling menyedihkan lagi, tiada apa-apa ulasan Uncle Lim di blognya tentang isu ini.

Sudahlah Berita PAS Melaka terlalu sedikit di Harakah, Berita DAP Melaka pun tidak diketengahkan.

Eh
Berita PKR Melaka pun amat kurang diceritakan oleh Anwar Ibrahim.

Saya rasa Politik Pakatan Rakyat di Negeri Melaka ini agak pelik berbanding dengan luar. Kerana, untuk mendapatkan jadual ceramah PAS, kena masuk blog orang DAP.


Announcement
6th May 2008 at kampung Pulau Durian Tunggal with YB Tuan Haji Mahfuz Omar (MP Pokok Sena)

DAP Forum on incident 1.5.2008 titled "Police and Gangsterism" on the 4th May 2008 at 8.00pm
Saya mendapat tahu tentang ceramah PAS di Sebatu,beberapa minggu lalu, pun dari blog Damien Yeoh. Kebetulan dia berceramah di situ bersama, Aminuddin Jalil dan Mujahid (AP Parit Buntar).

Google+ Hasbullah Pit