Ceritanya di
Sini.
Bagi saya, Ketua Eksekutif JCorp memang bersalah apabila meramalkan ia akan naik 500% daripada RM 1.00 kepada RM 5.00
"ASJ telah mendapat sambutan hebat di kalangan orang Melayu Johor berikutan kenyataan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Jcorp, Tan Sri Mohamad Ali Hashim, yang menyatakan nilai saham ASJ akan ditingkatkan sehingga RM5.00 seunit dalam tempuh lima tahun, iaitu pada 1997 (sila rujuk "Suara Johor", buletin rasmi Kerajaan Johor terbitan Jun 1996, halaman 10). "Kenyataan ini menyebabkan ramai rakyat Johor menganggap ASJ seperti 'Skim Cepat Kaya' atau 'Skim Pak Man Telo', disebabkan keyakinan yang tinggi menggunung, pelabur telah membuat pinjaman bank antara RM10,000 hingga RM150,000, untuk dilaburkan di dalam ASJ.
Akan tetapi pelabur sepatutnya perlu tahu apa risiko yang ada.
Mengapa rakyat Johor terlau bodoh untuk mempercayainya? Mengapa harus meminjam untuk melabur tanpa mengkaji prospektus ASJ dengan lebih terperinci.
Memang Pengurus Dana harus dipersalahkan apabila menjanjikan apa yang tidak sepatutnya dijanjikan.
Akan tetapi pelabur juga dipersalahkan kerana mengambil risiko tambahan (meminjam) untuk melabur di tempat yang berisiko.
Melihat akan harga seunit ASJ lingkungan 20 sen, tawaran 1.00 seunit itu dikira sudah baik (Kenaikan 500%).
Sekiranya ASJ diniagakan semula setelah ia digantung, amat sukar untuk dia naik sendiri ke tahap RM 1.00 bersamaan 500 peratus.
Public Mutual yang tersohor itupun bertungkus lumus untuk meningkatkan prestasi dana ke 500%.
Prestasi Dana "Public Balanced Fund" hanya meningkat 169% dalam masa 20 tahun.
Public Saving Fund meningkat 176% dalam masa 20 tahun.
Mengapa pelabur Johor begitu bodoh untuk percaya ianya boleh naik 500% dalam masa 5 tahun?
Walaubagaimanapun, Pelabur mempunyai hak untuk menukar pengurus dana, jika ianya dinyatakan di dalam prospektus seperti yang sepatutnya difahami dahulu. Ada beberapa hak-hak pelabur yang perlu pelabur ketahui.
Kalau benar PAS Johor nak menyelamatkan Pelabur ASJ, jangan cadangkan ia supaya diniagakan agar harganya naik. Ianya amat-amat sukar untuk mencapai tahap 500% menyamai tawaran JCorp itu.
Harap Maaf, Saya tidak bersetuju dengan
cadangan Datuk Dr Mahfodz Muhamad:
"PAS Johor mendesak Jcorp membatalkan niat untuk menamatkan ASJ, sebaliknya mereka perlu merangka satu plan tindakan yang lebih agresif dan mampan bagi memulihkan harga ASJ.
"Kerugian yang dialami pelabur ASJ pada masa sekarang bersifat atas kertas tetapi apabila tindakan menamatkan skim amanah ini dilakukan maka ia merupakan tindakan bagi merealisasikan kerugian yang sebelumnya bersifat atas kertas kepada suatu realiti,"
Oleh itu, Pelabur ASJ perlu sehati sejiwa untuk mendapatkan apa mereka mahu, sekiranya mahu ia diniagakan semula, Desak JCorp supaya senaraikan dulu siapa calon Pengurus Dana itu. Sekiranya pengurus Dana itu bernama Warren Buffet, barulah ia boleh diniagakan.
Pelabur juga boleh memohon untuk menambahkan harga yang patut dibeli oleh JCorp atas sebab "Janji" CEO JCorp, untuk menjadikan RM 1 itu kepada RM 1.20 . Sila bawa salinan Suara Johor itu sebagai bukti.
Kemudian, Pelabur perlu desak JCorp untuk menyediakan kursus pemahaman kepada risiko Unit Amanah, supaya kelak pereka boleh jadi pelabur sebenar.
Dipendekkan cerita, Walaupun tawaran itu cukup baik (bagi saya),Pelabur ASJ yang akan hadiri mensyuarat itu perlulah jual mahal sedikit, Jangan terus setuju minta ianya dijadikan 1.20 atas kesalahan mereka menjanjikan sesuatu yang agak mustahil.