test

Memaparkan catatan dengan label Matawang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Matawang. Papar semua catatan

Isnin, 31 Disember 2007

Tahun baru, mari mengira berapa peratus

Ini bukan ucapan Selamat Tahun Baru kerana saya tidak menggalakkan sambutan tahun baru seolah-olah ianya satu perayaan besar. Ada pendapat yang mengatakan sambutan adalah berdasarkan peristiwa lama agama tertentu.

Akan tetapi perubahan nombor dari 2007 ke 2008 tetap memberi makna, dari banyak sudut, kerana banyak perkara diukur berdasarkjan tahun.

Prestasi Indeks Komposit BSKL juga diukur mengikut tahun dan indeks ketika ditutup petang ini adalah begitu bermakna kerana prestasi bagi tahun 2007 berdasarkan pada indeks petang ini.

Jika ia kekal dalam 144x, maka prestasi BSKL 2007 adalah lebih 30%

Dari sudut matawang pula, Ringgit meningkat lebih 5% berbanding USD, tetapi merosot hampir 5% kepada Euro.

Harga Emas yang dikira dalam USD meningkat 32%
Harga Emas yang dikira dalam ringgit pula meningkat dari RM 2,309 seaun ke RM 2858.
berapa peratus, jap saya kira. ......

23% sahaja.

Khamis, 1 November 2007

Warkah buat Dr Zetty Aktar Aziz

Harga minyak dipasaran Nymex meningkat ke USD 96 setong, Harga emas pula menghampiri USD 800 seaun troy. Semua berpunca dari kejatuhan dollar yang melampau, sehingga terendah sejak 40 tahun yang lalu. Dan dijangka akan jatuh lagi.

Ringgit kita, walaupun tidak ditambat secara langsung dengan Dollar Amerika, namun tambatan ringgit pada matawang utama, masih banyak bergantung pada Dollar Amerika dan membuatkan Ringgit jatuh berbanding matawang negara jiran.

Walaupun kita duduk di dalam negeri yang mempunyai Menteri Kewangan yang tak ambil tahu tentag matawang. Di harap Dr. Zetty dapat membuat tindakan yang bijak.

Pada pendapat saya, Dollar Amerika akan merosot dalam jangka masa panjang, walaupun ia merosot sekarang, dia akan naik sedikit, tapi akan terus merosot dang merosot.

Maka, Amat tidak sesuai bagi Ringgit untuk bertambat pada peratusan tinggi pada dollar Amerika, sudahlah Ringgit lambat dilepaskan tambatannya dengan USD 3.80 dahulu.

Adalah sebaik baiknya ringgit ditambat sebahagian dengan Emas sebagai salah satu matawang secara berperingkat.

Adalah dicadangkan, setelah berlakunya 'correction' terhadap kejatuhan dollar, adalah ada baiknya tambatan ringgit diubah kepada

20% emas
80% matawang asing yang mempunyai dagangan dengan Malaysia.

Maka selepas itu, kita tidak akan merasa kehangatan 'Kenaikan harga minyak'

Akan tetapi janganlah pula lakukan sekarang, di saat harga emas terlalu tinggi.

dan jangan lupa baca Cadangan tambahkan rizab emas di Bank Negara.

Isnin, 29 Oktober 2007

Harga Minyak naik? matawang, pendapatan perkapita

Harga Minyak dunia yang dikira dalam USD, nasik sehingga mencecah USD 92.xx.

Maka seperti biasa, pembangkang akan mengatakan kerajaan akan menaikkan harga minyak selepas Pilihanraya atas alasan untuk sengaja menyusahkan rakyat.

Ada juga yang mengatakan bahawa PETRONAS yang akan meminta supaya harga minyak dinaikkan.

Dan kerajaan memerintah tanpa fikir panjang akan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya.
dan apabila harga barang naik, kerajaan akan menyalahkan peruncit kerana menaikkan harga.

Dan PETRONAS akan untung besar kerana bukan sahaja dapat menjual minyak yang dikorek di Malaysia dengan harga tinggi, minyak negara orang lain pun keuntungannya dibawa ke negara kita.

dan ramai akan mengatakan kita patut gunakan keuntungan PETRONAS untuk subsidi minyak. Tetapi tidak mempersoalan kenapa keuntungan Shell, Caltex, Exxon Mobil boleh dibawa ke negara asal mereka.


Pada pendapat saya, Subsidi minyak itu adalah subsidi yang tidak adil, kerana pengguna Mercedes mata belalang dapat lebih subsidi berbanding dengan penunggang motosikal modenas.

Walaubagaimanapun ia amat perlu untuk mentabilkan harga minyak yang dibeli oleh pengguna.

Ketika zaman 1 USD = RM 2.50, ianya amat relevan kerana, harga minyak pengguna boleh kekal RM 1.13 agak lama.

ketika itu, adakalanya rakyat dapat subsidi, adakalanya kerajaan jual minyak lebih mahal kepada rakyat.
Tiada sesiapa yang komplen, walaupun ketika itu adakalanya kerajaan ambil subsidi dari rakyat.

Zaman ini, nilai ringgi kita rendah, pusing macam mana pun, kerajaan tetap kena beri subsidi minyak.


Bagi saya, tak mengapa kalau dihapuskan subsidi minyak kalau rakyat kita mampu.
Akan tetapi yang dipersoalkan mengapa pendapatan perkapita rakat tempatan rendah, dan nilai ringgit juga rendah.

Suatu ketika dulu, mantan PM (yang memecat TPMnya), telah menambat nilai ringgit kepada 1 USD = RM 3.8, kerana ketika itu, nilai ringgit telah jatuh lebih teruk. Ianya bagi saya sesuai dengan keadaan ketika itu.

Namun setelah pemulihan ekonomi, Pak Lah menjadi PM, dia amat leka dengan 'Islam Hadhari'. Sejak dia menjadi Perdana Menteri, tiak pernah sentuh soal ekonomi selama beberapa tahun. Agak menghairankan juga kerana dia memegang tampuk menteri kewangan.


Suatu ketika, nilai ringgit patut dilepaskan tambatannya dengan lebih awal, namun ia dilepaskan amat lewat, itupun diumumkan oleh Zetty, dan bukannya PakLah atau menteri kewangan.

Disebabkan kelewatan itu, negara kita rugi banyak.

menurut graf yang perbandingan nilai Ringgit, Dollar Singapura dan Bhat Thailand berbanding Dollar Amerika.

Bhat Thailand meningkat 40% berbanding USD
Dollar Singapura 20% berbanding USD
Ringgit Malaysia hanya menokok 10%




Mari belajar Matematik secara subversif.
Sekiranya Pak Lah melepaskn tambatan ringgit lebih awal, dan nilai ringgit meningkat 33%.

3.8 - 33/100 =2.546

1 USD = RM 2.546

Sudah jadi balik asal ketika sebelum gawat.
Walaupun harga minyak dunia dalma USD naik, harga minyak petrol tanpa subsidi mungkin hanya RM 1.50 seliter.

Takkan ku maafkan kesilapan PakLah lewat melepaskan tambatan Ringgit.

Isnin, 17 September 2007

Harga Minyak Dunia Naik hingga melepasi USD 80 setong


Kini harga minyak dunia naik sehingga USD 80 setong, Salah satu sebab adalah kejatuhan matawang Dolar Amerika Syarikat. (nota: kalau nilai matawang USD turun, automatik nilai sesuatu komoditi itu 'kelihatan naik', adakalanya nilainya hampir tak berubah dalam matawanng lain)


Disini terdapat satu perbincangan tentang kenaikan harga minyak dunia itu,
sila baca di http://bincang.net/forum/printthread.php?t=79346&pp=40

Secara umumnya, pandangan saya lebih kurang sama dengan morpheuzneo
,

Saya akan menulis pandangan saya tentang isu ini sedikit masa lagi.

Sebagai persediaan, untuk memahami apa yang saya akan tulis itu, sila baca pautan yang diberikan tadi. (saya tahu ramai yang tak faham apa yang saya tulis).


Google+ Hasbullah Pit