test

Selasa, 15 Julai 2014

Test post drpd Instagram



via Instagram http://ift.tt/We7YIx

Isnin, 14 Julai 2014

Celebrate The Day... hehe



via Instagram http://ift.tt/1qWsqbR

Boikot McD bermusim atau tidak bermusim

Seperti biasa, bila Gaza di serang, maka ramailah sedar untuk boikot McD.

Ada pula yang memperlekehkan orang yang boikot bermusim.

Bagi saya, tak kisah, sebab boikot bermusim itulah yang memberi kesan pada mereka.
Berbanding dengan yang memang sudah lama boikot, ianya tak memberi impak sangat, sebab tiada penurunan jualan sebab dah terkeluar dari senarai pelanggan.

Ada juga usaha McD Malaysia yang mengatakan bahawa mereka tidak membayar yuran francais.
Agak pelik juga, bagaimana boleh guna jenama mereka secara percuma.

Persoalan lain, adakah pemboikotan McD memberi kesan terhadap Israel?

Dari segi keupayaan tentera mereka, bagi saya ia tidak memberikan kesan.
Kalau mereka kehilangan 1 bilion daripada sumber McD pun, mereka tidak memerlukan wang kertas.

Bank-Bank negara diserata dunia adalah milik mereka.
Bila-bila masa boleh wujudkan kredit 2,3 bilion untuk dapatkan seala bentuk sumber daripada seluruh dunia.

Apa mahu semua boleh dapat...

Melainkan...

Melainkan ada negara yang enggan untuk menerima wang kertas sebagai urusniaga.

Nak beli getah tak dapat sebab negara penggeluar getah semua nak emas.

Tetapi bukan mudah untuk tidak terima wang kertas.

China pun tak berani.
Tentera belum cukup kuat, cuma China guna kertas itu untuk beli hartanah diserata dunia.
Termasuklah "Melaka Gateway"

Andaikata ada 1 negara yang enggan untuk terima wang kertas, ada kemungkinan serangan ke atas gaza dihentikan, tetapi negara itu pula yang diserang.


p/s: Follow saya di https://plus.google.com/+HasbullahBinPit




Ahad, 13 Julai 2014

Tazkirah Ustaz Faisol di Sempang

Ujian resepi...



via Instagram http://ift.tt/1mtHufO

Budaya Internet baru, Tiada lagi pautan Mesra...

Ketika zaman internet baru diperkenalkan di Malaysia, Terdapat zaman "personal homepage" ,
Kemudian beralih ke zaman blog.

Pemilik homepage peribadi, atau blog peribadi, akan memberi pautan kepada page kawan-kawan dia, sebagai tanda perkenalan, persabahatan.

Kini semuanya hampir musnah.

Hampir semua pos yang dibuat oleh penguna internet dibuat pada laman sosial.

Tiada lagi "pautan mesra" yang diberikan pada rakan.

Yang ada hanya like, share.

Blog atau laman peribadi hampir mati.

Siapa untung?

Posting pengguna internet tenggelam boleh media sosial.
Nak cari balik posting lama, sudah tak jumpa.

Jadi marilah kita berblog kembali.
Kita boleh buat senarai pautan kawan2 kita di Blog.
Kita boleh buat posting blog dan mentuding posting kawan kita.



Sabtu, 31 Mei 2014

Tolak Politik Fitnah Edit Gambar

Gejala fitnah berleluasa, terutama sekali dalam media sosial melibatan politik.

Ada macam macam gambar.

Gambar pempimpin kena edit, gambar calon kena edit.

Macam-macam rupa, ada yan diletakkan muka pada perempuan separuh bogel, ada yang diletakkan muka pada wanita minum arak.

Ada pula gambar asal tetapi diletakkan kapsyen yan bukan dari pemilik gambar.

Jadi kita perlu tolak semuanya, melainkan memang anda pasti ianya sahih.

Sebagai contoh.
Gambar Dyana berbikini, kita tidak tahu samada yan mengfitnah itu pihak lawan atau pihak yang menyebelahinya.

Mungkin juga pihak lawan.
Mungkin juga pihak sendiri.

Mengapa pula penyokong sendiri nak edit calon sendiri? Jawapannya supaya boleh menuduh pihak lawan yang buat.

Jadi anda semua diharap jangan mempercaya gambar edit, dan terlalu cepat menyimpulkan bahawa pihak lawan yang buat. Kebarangkalian penyokong sendiri yan buat untuk raih simpati tetap ada.

Google+ Hasbullah Pit